Gangguan

Pada suatu hari, di sebuah taman permainan...

Kaizo - Aku adalah Kapten Kaizo.. Kapten yang..

Rizu - ABANG PAIZO! ABANG PAIZO!

Kaizo - Rizu nak apa? Abang tengah sibuk ni

Rizu - Abang Paizo, tolong bukakan penutup botol air ni.. ketat sangat, Pizu cuba nak buka tapi tak berjaya. Pizu tengah haus ni, lepas tu tadi Pizu pergilah beli air dekat gerai kecil ni. Macam-macam air botol dia jual..

Kaizo buka cepat-cepat penutup botol itu sebelum Rizu bercelotoh lagi panjang di situ

Kaizo - Nah, pergi main jauh-jauh

Rizu tidak pergi jauh, dia hanya duduk di tepi taman permainan itu untuk melihat apa yang Kaizo ingin lakukan

Kaizo - Baiklah.. dekat mana tadi... oh yea.. aku adalah kapten..

Fang - ABANG!

Kaizo - Muncul lagi seorang... kau nak apa Pang? Kau nampak tak aku tengah sibuk

Fang - Tak

Berkerut-kerut dahi Kaizo

Fang - Adik panggil abang sebab adik nak duit untuk beli makanan dekat bandar. Karang, kalau adik tak beli, abang juga yang bising. Lepas tu adik juga yang akan menjadi mangsa keamukan abang

Kaizo - Yelah yelah... nah, ambik RM50.. cukup?

Fang - CUKUP! Ada duit lebih, adik pergi beli donut lobak merah

Kaizo - Apa-apa ajelah, asalkan kau bahagia... mana tadi.. oh yea, Aku adalah KAPTEN..

Boboiboy - Abang Kaizo

Dahi Kaizo berkerut lagi

Kaizo - Kau nak apa?

Boboiboy - Maaf abang Kaizo sebab ganggu. Saya ke sini sebab nak minta tolong dari abang Kaizo. Saya tak berapa nak faham soalan matematik ni

Kaizo - Hmmm... soalan tu senang sahaja.. LILY! AJAR BAKAL KEKASIH KAU YANG ENTAH JADI KE TAK NI

Boboiboy - ERK?!

Lily - YIPEEEEE! Lily akan ajar Boboiboy soalan matematik yang serba susah dan menyusahkan MY BBB-CHAN untuk selesaikan masalah tersebut. Jom Boboiboy, kita pergi duduk dekat sebelah Rizu

Boboiboy - Err... ok

Kaizo - Tiada ganggu lagi? Baiklah.. AKU ADALAH KAPTEN

Idoli - ABANG KAIZO!

Tangan Kaizo sudah mula gatal untuk keluarkan pedang tenaga dia tetapi dia tenangkan diri

Kaizo - Idoli nak apa?

Idoli - Tolong tiupkan bola dan pelampung ni

Kaizo - Kau nak buat apa dengan bola dan pelampung?

Idoli - Idoli nak pergi main dekat kolam renang rumah kakak Emmy! YEAHHH! MAIN AIR!

Kaizo dengan baiknya, dia meniup bola dan pelampung yang berbentuk itik itu. Idoli melihat kesungguhan Kaizo meniup bola itu

Adudu dan Probe - Errrrr...

Probe - Haih, lepas satu.. satu.. ada aje gangguan.. bila dia nak habiskan ayat dia tu tapi Kapten Kaizo memang seorang abang yang mithali, betul tak encik bos?

Adudu - Entahlah... tapi kalau Kapten Kaizo sibuk sangat, kita sambung esok ajelah yea. Kapten Kaizo boleh sambung ayat tu dan serang kita orang esok ajelah.. heheheee... kalau kita orang tak datang, bolehlah datang ke markas kotak saya esok. Kami pergi dulu yea.. jom Probe, kita balik

Boboiboy - Aik, boleh pulak macam tu? Memamg terbaik.. hehehee...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf kalau tak lawak... hehehee.. i will try my best next time

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Episode pendek dari fanfic Kawan Baik Ku 3 untuk Sesi Merapu

Rifqi - YEAHHHH! QIQI ADA ADIK!

Kaizo - Rifqi suka?

Rifqi - SUKA SUKA! Tapi... apa nama adik Qiqi?

Kaizo - Errrr... ibu dan ayah belum namakan dia lagi

Tiba-tiba kepala Lily muncul dari bawah sambil melihat seorang bayi perempuan sedang tidur nyenyak. Mata dia sudah bersinar-sinar melihat bayi itu

Lily - LILY TAHU! Kita namakan dia LILY! Sebab muka baby girl ni comel macam LILY!

Kaizo - ERK!

Rifqi - Wuuu! QIQI SUKA QIQI SUKA! Ayah, nama adik Qiqi ialah LILY! Sama nama dengan aunty Lily

Kaizo - Tak boleh! Nanti ayah dan ibu akan namakan dia

Rifqi - Alaaaa! Qiqi suka nama Lily tu.. nama adik Qiqi ialah Lily! betul tak Lily?

Kaizo berikan renunangan maut kepada Lily tetapi Lily hanya buat muka tidak bersalah. Dia senyum seorang diri sambil belai rambut Rifqi

Rifqi - Ayah setuju ok dengan nama tu.. mulai sekarang, nama adik Qiqi adalah LILY!

Lily - YEAHHHHH

Lily dan Rifqi menari-nari di situ sambil memanggil nama bayi perempuan itu Lily. Dahi Kaizo sudah berkerut-kerut dan tangan dia sudah mulai gatal untul keluarkan pedang tenaga tetapi dia harus tenang kerana dia berada di dalam hospital

Kaizo - Kenapalah wujudnya manusia bernama Lily di dalam hidup aku ni. Semuanya nak nama Lily... Ratu Lily, Lily si itik.. sekarang nama anak aku jadi Lily pulak

Fang - Selamatlah isteri abang bukan nama Lily.. hehehehee... *bisik Fang sambil tersengih melihat abangnya yang cuba tidak mengamuk di situ*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top