Gambar
Pada suatu hari, di bilik Kaizo..
Rizu - Err... abang Fang nak buat apa tu?
Fang - Abang nak tangkap gambar abang Kaizo tengah tidur sambil peluk anak patung itik tu.. hehehehee
Rizu - Anak patung tu abang Fang yang letak ke?
Fang - Ha ah! Abang yang letak semasa abang Kaizo tengah tidur.. hehehee.. bolehlah abang sebarkan gambar ni dekat facebook atau dekat instagram atau mana-mana sosial media.. MUAHAHAHA!
Rizu - Abang Fang ni, memang tak pernah serik kena hukuman dengan abang Paizo
Fang - Ala takpe, menghukum abang adalah salah satu hobi kesukaan abang Kaizo juga.. hehehee.. dia lagi seronok adalah
Rizu - Patutlah Pizu selalu nampak abang Paizo tersenyum aje bila dapat menghukum abang Fang.. korang memang adik beradik alien yang pelik tapi hebat! PIZU SUKA!
Fang - Bagus Rizu.. jom kita pergi upload picture ni dekat seluruh sosial media.. MUAHAHAHA!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengahari itu, Kaizo mula rasa pelik apabila dia pergi bersiar-siar di bandar
Kaizo - Apasal semua orang pandang aku semacam?
Boboiboy - Abang Kaizo tak tahu ke?
Kaizo - Tahu apa?
Boboiboy terus tunjuk sekeping gambar. Kaizo terkejut melihat gambar itu kerana ianya adalah gambar dia sedang tidur sambil memeluk anak patung itik. Dari situ, dia sudah tahu siapa punya angkara
Kaizo - PANGGGGGGGG!
Boboiboy - Abang Kaizo nak berikan dia hukuman latihan tempur ke?
Kaizo - Bukan... hehehee... hukuman ini adalah lebih teruk daripada itu
Boboiboy - Errr... hukuman apa yang lebih teruk daripada hukuman latihan tempur
Kaizo - Itu kau tunggu dan lihat sahaja... sebelum itu.. apa kes budak-budak perempuan ni nak minta tanda tangan aku
Para peminat Kaizo sudah beratur untuk dapatkan tanda tangan dia. Semuanya mahu Kaizo tulis di atas gambar dia dan anak patung itik itu. Berkerut-kerut dahi Kaizo tetapi dia melayan sahaja para peminat dia. Boboiboy menepuk dahinya sendiri tapi malangnya, tiada pula yang inginkan tanda tangan dia
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Kaizo berdiri di depan pintu bilik adiknya bersama Rizu. Dia sudah tersenyum sinis sambil menangkap gambar adiknya sedang tidur. Fang pada ketika itu tidur dalam keadaan wajahnya sudah di makeup seperti watak Doraemon. Tangan dia pula sedang memeluk anak patung Doraemon
Rizu - Abang Paizo nak balas dendam dekat abang Fang ke?
Kaizo - Betul tu Rizu.. semalam dia kenakan abang, hari ini dia terima balasannya.. hehehee
Rizu - Hmmm... abang dan adik, sama aje perangai
Kaizo - Tapi Rizu jangan ikut perangai kita orang
Rizu - Baik abang Paizo!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengahari itu, Fang duduk di dalam sebuah kedai donut sambil menikmati donut kegemaran dia iaitu donut lobak merah. Dia terus tersedar bahawa ada beberapa pelanggan di situ sambil melihat dirinya
Fang - Apahal korang ketawakan aku?
Rizu - Errr... abang Fang
Fang - Kenapa?
Rizu berikan sekeping gambar kepada Fang. Selepas itu membuka facebook dan juga instagram. Fang terkejut melihat gambarnya memeluk anak patung Doraemon dengan mukanya penuh dengan make up seperti Doraemon. Ramai yang share gambar itu di sekitar facebook dan juga instagram. Fang meramas donutnya dan terus menjerit sekuat hati kerana geram sangat terhadap perbuatan abangnya
Fang - ABANGGGGGG!
Rizu - Tapi ok apa.. makin bertambah popular abang Fang
Fang - Tapi tak nak popular macam ni... abang ni memang nak kena, nahaslah dia nanti
Rizu - Err... abang Fang nak buat apa nanti? Tak kan abang Fang nak bagi latihan tempur dekat abang Paizo pula.. tak mungkin itu akan terjadi
Fang - Heheheee... adalah.. Rizu tunggu sahajalah nanti
Rizu - Hmm... yelah
Di dalam hati Rizu, rasa kecewa sedikit dengan dua adik beradik itu. Pada ketika itu, dia mendapat satu idea yang bernas. Rizu tersenyum sedikit sambil melihat Fang koyakkan gambar memalukan itu
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Rizu tidak nampak pula Fang membalas dendam balik dekat Kaizo. Mereka berdua hanya senyap sahaja semasa makan sarapan pagi. Lalu dia keluarkan sebungkus biskut
Rizu - Nah, Pizu nak bagi dekat abang Fang dan abang Paizo!
Fang dan Kaizo melihat biskut yang diberikan oleh Rizu itu. Ada beberapa keping biskut berbentuk watak Doraemon dan juga bentuk seekor itik
Kaizo - Rizu yang buat ke?
Rizu - Yea, Pizu yang buat! Abang Paizo rasalah
Kaizo - Baiklah
Rizu - Abang Fang pun kena rasa
Fang - Hmm.. ok
Rizu tersengih sambil melihat Fang dan Kaizo mengambil sekeping biskut. Setelah mereka berdua makan biskut itu, tiba-tiba satu perubahan berlaku ke atas diri mereka. Rizu mula tersenyum lebar. Kaizo menjadi watak Doraemon dan Fang pula, seekor anak itik
Fang dan Kaizo - RIZUUUUU!
Rizu - Yeah! BERJAYA KENAKAN ABANG-ABANG ALIEN KU!
Kaizo - Bukan ke abang kata semalam jangan ikut perangai kami!
Rizu - Tapi kalau Pizu jadi tukang tengok aje, rasa tak seronok.. lepas tu Pizu fikir elok-elok sampailah Pizu cerita segala-galanya dekat kakak Lily. Dia cakap, buat aje
Fang dan Kaizo - NAK KENA SI PELIK NI!
Rizu - Erk! Jangan marah dia.. hehehe.. abang Paizo nampak comel, abang Fang pun nampak comel
Fang - Betul tu Rizu, abang masih lagi comel walaupun diri abang menjadi seekor anak itik tapi... HAHAHAHAA! ABANG KAIZO JADI BIRU BULAT!
Kaizo - APA KAU CAKAP!
Rizu terus peluk Kaizo
Rizu - Abang Kaizo tetap nampak comel.. bulat, biru, gebu, macam anak patung
Kaizo - Ada juga nak kena ni *bisik Kaizo*
Pada hari itu, Kaizo dan Fang tidak keluar dari rumah tetapi berita sudah tersebar luas. Begitu ramai sekali berada di luar pagar rumah mereka. Rizu tidak memberitahu kepada sesiapa tentang nasib Kaizo dan Fang pada hari itu. Sebenarnya Lily yang ceritakan masalah Rizu kepada rakan-rakan dia di kedai Tok Aba, sehinggalah ada orang lain yang dengar cerita itu. Maka, dengan itu, berpusu-pusulah para peminat Fang dan Kaizo untuk melihat kebenarannya. Hehehe..
----------------------------------------------------------------------
Maaf kalau tak berapa lawak sangat :(
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top