Fang Mengamuk!

Pada suatu hari, Fang melangkah masuk ke pekarangan sekolah. Dari situ bermulanya drama landak

Bella - Good morning landak goreng

Fang - NAMA AKU FANG LAH! Grrrrr...

Pelajar 1 - Selamat pagi landak!

Fang - Aku cakap, nama aku FANG!

Pelajar 2 - Hehehe.. comel pulak landak ni marah

Pelajar 1 - Jom masuk kelas. Bye bye landak!

Fang - Ada juga nak kena belasah dengan aku ni

Yaya - Kenapa kau marah-marah pagi ni?

Fang - Aku marah sebab orang panggil aku landak

Yaya - Ohhh.. bukan nama kau memang landak ke?

Fang - KAU PUN SAMA MACAM DIA ORANG?

Ying - Aiyaa.. jangan marah-marah maaa... nanti cepat tua. Jomlah Yaya, kita lari dulu sebelum landak ni mengamuk

Fang - Kenapa semua orang panggil aku landak hari ni? INI MESTI KERJA SI PELIK TU! NAHASLAH KAU LILY!

Gopal - Kau ni landak, pagi-pagi lagi, kau dan mengamuk

Fang - KAU PUN PANGGIL AKU LANDAK?

Gopal - Dah tu, nama kau landak.. kau tak suka ke nama tu?

Fang - NAMA AKU FANG LAH!

Gopal - Apa-apa ajelah. Aku pergi kantin jap. Nak beli makanan sebab perut aku lapar

Fang - Lapar aje kerja kau

Gopal - Dey! Jangan salahkan aku, salahkan perut aku yang sentiasa lapar

Fang - Suka hati kau lah

Halilintar - Kau apasal pagi-pagi macam nak makan orang? Donut lobak merah kau kena curi ke?

Fang - Senyaplah kau Hali

Gempa - Biarkanlah dia Hali. Aku tak nak kacau landak time dia marah ni

Fang - Kau cakap tak nak kacau aku kan tadi! TAPI APASAL KAU PANGGIL AKU LANDAK?!

Halilintar - Sah budak alien ni tak betul

Blaze - Tak baik marah-marah. Cuba kau tenang macam si Ice tu. Dia sentiasa tenang

Fang - Dia tenang sebab asyik fikirkan pasal makanan aje. Tengok phone dia pun, penuh dengan gambar makanan

Blaze - Hehehee... dia tu suka makan dan juga suka tidur. Jomlah landak, kita masuk kelas

Fang - NAMA AKU FANG LAH!

Papazola - Kenapa dengan kamu ni? Pagi-pagi lagi sudah mengamuk

Fang - Cikgu, dia orang panggil saya landak. Nama saya Fang bukannya landak

Papazola - Kamu ni sudah buang tabiat ke apa. Nama kamu kan landak..

Fang - CIKGU PUN SAMA! RIMBA BAYANG! SERANG MEREKA SEMUA

Papazola - LARI! ANAK MURID KEBENARAN MENGAMUK!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di rumah Kaizo dan Fang

Kaizo - Kenapa kau balik awal?

Fang - Cikgu suruh adik balik rumah sebab mengamuk dekat sekolah

Kaizo - Mengamuk aje kerja kau ni. Takde kerja lain ke. Kau mengamuk sebab apa? Jangan cakap sebab kau tak dapat beli donut lobak merah

Fang - Bukan sebab donut tapi SEBAB SATU SEKOLAH PANGGIL ADIK LANDAK!

Kaizo - Dah tu, dekat nametag sekolah kau tulis nama landak

Fang - APA?! INI MESTI KERJA SI PELIK TU! SAJA NAK KENAKAN ADIK! Suka sangat tengok adik mengamuk

Kaizo - Sebelum kau tuduh si pelik tu, baik kau fikir balik. Walaupun si pelik tu memang memelikkan, tapi dia tidak akan buat kerja macam ni. Dia bukan jenis yang suka kenakan orang. Yang aku tahu, kau yang suka kenakan orang

Fang - Habis tu, kalau bukan dia.. MESTI ABANGKAN! Abangkan nakal juga, suka kenakan orang terutama adik!

Kaizo - Jangan nak tuduh aku sebarangan!

Fang - Kalau bukan abang, siapa yang buat? Entah-entah, memang abang yang buat

Kaizo - Kau nak kena dengan aku ni! PEDANG TENAGA!

Fang - Pelindung bayang!

Di luar rumah adik beradik alien. Terdapat 3 orang remaja sedang menyorokkan diri diatas pokok. Dia orang ke situ semasa time rehat dekat sekolah

Thorn - Patut ke kita beritahu Fang, kita yang tukar nametag sekolah dia

Blaze - Alaa... tak payah beritahu dia pun. Cuba kau tengok, peperangan antara Kapten Kaizo dan Fang sudah bermula

Taufan - Kau suka yea tengok dia orang bergaduh

Blaze - Sekali sekala aje

Thorn - Tapi.. tapi.. rasa bersalah pula

Taufan - Kalau kita beritahu, nanti dia mengamuk dekat kita orang. Baik senyap, kalau tidak.. Blaze berperang dengan Fang

Blaze - Betul tu! Korang pun tak nak kan aku marah-marah sampai bakar rumah. So Thorn, setiap kali kau nampak Fang, kau lari aje untuk selamatkan diri daripada beritahu dia tentang rahsia kita bertiga ni

Thorn - ERK! Ok.. Thorn akan lari dari dia dan rahsia ini kita akan simpan buat selama-lamanya!

Blaze - Bagus.. sekarang kita enjoy!

Fang sampai sekarang masih tidak tahu siapa yang tukar nametag sekolah dia. Setiap kali Thorn nampak Fang, dia akan larikan diri sambil jerit nama landak mengamuk, landak mengamuk. Padahal Fang tidak mengamuk pada ketika itu. Dia rasa pelik dan hiraukan sahaja perangai pelik Thorn

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top