Fang dan Rizu

"Hm... mana pulak adik aku ni. PANG!"

Lalu Fang keluar dari biliknya. Dia menjenguk ke bawah untuk melihat Kaizo

"Abang Paizo nak apa?"

"Abang Paizo?" bisik Kaizo. Lalu dia memerhatikan Fang dengan penuh teliti "APASAL KAU PANGGIL AKU PAIZO PULAK? Bukan ke kau selalu menjawab macam nak cari gaduh dengan aku tapi hari ini, sopan aje"

"Maaf! Maaf! Pizu tak sengaja..ERK!" Mula Fang mula berubah menjadi cuak "Alamak!"

"Pizu?" Kali air muka Kaizo berubah menjadi marah "RIZU! MANA SI BUDAK PANG TU?!"

Rizu menggigil kerana takut dengan kegarangan Kaizo. Lalu dia turun dari tingkat atas, terus ruang tamu. Lalu dia berdiri di hadapan Kaizo. Mata dia tidak mahu melihat wajah Kaizo yang garang itu

"Rizu, abang Kaizo tanya ni. Mana Pang dan macam mana pula Rizu boleh masuk dalam badan Pang?"

"Abang Fang sebenarnya.." Kepala Rizu tertunduk sedikit "Dia yang nak tukar badan dengan Pizu. Dia cakap, dia kena denda tak boleh keluar rumah. Jadi dia tukarkan badan kita orang. Abang Fang dalam badan Pizu dan Pizu pula, dalam badan abang Fang. Jam kuasa abang Fang pun, dia ambik sekali. Jadi Pizu tak dapat nak merasa macam mana ada kuasa bayang"

"Jadi, dia gunakan Rizu sebab nak keluar dari rumah"

"Yea" kata Rizu "Dia nak keluar pergi main dengan abang Boboiboy dan abang Gopal"

"Ohhh.." Kaizo mengusap dagunya sambil tersenyum nakal "Bagus Rizu kerana jujur dengan abang. Dengan itu, aku akan belanja Rizu makan apa sahaja yang Rizu nak"

"PIZU NAK PIZZA!"

"Boleh boleh. Tiada masalah" Makin bertambah lebar senyuman nakal Kaizo "Tapi sebelum tu, bila masa korang bertukar badan?"

"Ohh... masa tu abang Paizo tengah tidur nyenyak atas sofa. Abang Fang senyap-senyap keluar dari rumah dengan Pizu. Lepas tu kita orang terus ke rumah kakak Emmy" Rizu buat muka comel dekat Kaizo "Kakak Emmy bantu kita orang"

Kaizo hendak tergelak melihat muka kecomelan adiknya. Padahal itu Rizu yang buat. Lalu Kaizo berkata

"Begitu rupanya. Dia takut aku tahulah dia keluar rumah kalau dia pergi main dengan kawan-kawan dia. Jadi dia paksa Rizu tukar badan dengan dia. Terima kasih Rizu"

"Err.. abang Paizo nak bagi hukuman dekat abang Fang ke?"

"Lebih daripada itu" Kaizo tergelak sinis sambil fikirkan rancangan nakalnya "Hehehehe. Jom Rizu, kita pergi makan PIZZA!"

"YAHOOO! ABANG PAIZO IS AWESOME!"

"Ehem" Tiba-tiba muncul Lily "Salah tu Pizu nampak macam landak? Miahahahahaha! Sopan aje, budak baik pun ada.. hehehe tapi apa-apa pun, Pizu kena ingat, kakak Lily yang awesome bukan kapten itik hot"

"Ada juga yang nak kena tendang ni" bisik Kaizo

"Oh.. ok.. kalau macam tu, ABANG PAIZO IS THE BEST!"

"Hmm.. oklah tu" Lily angguk kepalanya tanda setuju "Baiklah, Lily the awesome lari dulu sebelum kapten itik hot kejar LILY!"

Kaizo rasa lega kerana Lily sudah lari keluar dari rumah itu

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy dan Gopal rasa jangkal melihat sikap Rizu seperti Fang. Mereka tahu itu adalah Fang bukan Rizu yang sebenar. Selama ini mereka tidak pernah melihat Rizu ketawa seperti Fang atau mengamuk seperti Fang. Mereka baru sahaja pulang dari tempat pusat permainan video

"Fang, kau tak takut ke kalau abang kau tahu dengan rancangan kau ni"

"Abang aku? Hahahaha!" Fang ketawa besar sambil mencekak pinggang "Dia bukannya sedar pun aku sebenarnya ada dekat luar, bukan dekat dalam rumah!"

"Hmm.. yelah tu" Gopal mengeluh sedikit

Boboiboy dan Gopal memang agak takut melihat Rizu ketawa seperti orang gila. Tubuh badan Rizu memang kecil tetapi gelakan dia, boleh buat orang lain takut. Muka Rizu yang comel dan innocent, berubah menjadi muka nakal. Penduduk-penduduk disekitar bandar Pulau Rintis, terkejut melihat perubahan Rizu. Setengah daripada mereka, beranggap bahawa Rizu sudah mula terpengaruh dengan Fang

"Hahaha! Hari ni aku rasa sangat gembira kerana AKU DAPAT KALAHKAN BOBOIBOY DALAM PERMAINAN GAME TADI!" Fang tersenyum bangga sambil berjalan mencari kedai makan yang berdekatan "HAHAHAHA!"

"Hmm.. sukalah kau yea"

"Mestilah suka, Boboiboy!" Fang berhenti seketika dan lalu dia pusing kebelakang untuk bercakap sesuatu kepada Boboiboy "Walaupun aku tidak selalu main video game tapi aku dapat kalahkan kau! AKU TETAP NOMBOR SATU!"

"Nombor satulah sangat tapi kalau bab-bab lawan dengan alien jahat ke, orang jahat ke, siapa-siapa yang jahat ke, Boboiboy juga yang nombor satu. Dia kan adiwira paling hebat"

Berkerut dahi Fang kerana kata-kata Gopal tadi. Lalu dia sambung kembali berjalan

"Takpe, SUATU HARI NANTI AKU DAPAT KALAHKAN BOBOIBOY!"

"Adeh" Boboiboy tepuk dahinya "Tak habis-habis dengan nombor satu kau. Bukan ke kita selalu bekerjasama untuk kalahkan musuh-musuh kita. Kalau bukan korang, aku rasa, aku tak dapat tewaskan musuh-musuh kita"

"Bekerjasama tapi asyik kau sahaja yang dapat pujian" Fang bersilang tangan kerana tidak puas hati

"Apa-apa ajelah Fang" Boboiboy sebenarnya malas hendak bincang tentang itu. Ianya boleh bawa gaduh dan paling tidak seronok, melihat Fang bermasam muka "Jomlah kita pergi makan"

"Hah! Jom jom! Perut aku dah lapar ni" kata Gopal

Mereka bertiga masih lagi mencari kedai makan yang sedap, murah dan paling penting sekali, semua kena setuju. Kalau seorang tak setuju, kena cari kedai makan yang lain. Gopal tak kisah pun makan dekat kedai mana, asalkan sedap. Bagi Boboiboy pula, asalkan halal dan Fang, dia memilihlah juga. Akhirnya mereka bersetuju untuk pergi ke sebuah kedai mamak yang berhampiran dengan kedai Pizza. Gopal tidak sabar hendak makan kari ikan. Ianyalah makanan kegemarannya. Boboiboy sudah mula terbayangkan roti canai cicah dengan kari. Fang makan apa sahaja yang ada dan apa yang pasti, sebelum pulang ke rumah. Dia akan singgah di kedai donut terlebih dahulu untuk membeli donut kegemarannya iaitu donut lobak merah

"Wei Fang, kenapa aku nampak diri kau dekat sana"

Gopal tuding jarinya ke arah luar kedai pizza. Mata Fang perhatikan apa yang ditunjukkan oleh Gopal tadi. Tiba-tiba mata dia membulat besar. Dia tidak percaya apa yang dia lihat ketika itu. Dia berjalan secara menghentak kaki menuju ke dirinya

"RIZU!"

Terkejut Rizu sehingga membuatkan pizza yang dipegang olehnya, terlepas dari tangannya. Kaizo muncul di meja itu dengan sepiring pizza yang lain pula

"Alamak!" bisik Fang "Errr... abang Paizo buat apa dekat sini" Dia cuba berlakon menjadi Rizu

"Aku ada dekat sini bawa si budak Pang ni makan pizza. Dia lapar sangat sampai bergulung dekat atas jalan tadi" Kaizo tersenyum nakal sambil melihat adiknya "Makan banyak-banyak yea Pang. Aku ada belikan pizza lagi. Makan, jangan tak makan!"

"ERK?!" Fang menjadi cemas "Jangan makan banyak-banyak, nanti muntah pulak dekat sini"

"Tapi Pizu selalu makan banyak" kata Rizu sambil kunyah pizzanya

"Rizu!" Fang tepuk dahinya sendiri "Eh.. maksud aku, ABANG FANG! KENAPA ABANG FANG MAKAN GELOJOH SANGAT!" Dia buat-buat muka baik dan comel di depan abangnya

"Tak payah nak berlakon sangat! Aku tahu itu kau, PANG!"

Terkejut Fang. Dia tidak tahu bagaimana abang dia tahu. Lalu dia memandang Rizu yang sedang tersengit itu

"Hehehe.. maaf abang Fang. Pizu terkantoi dekat rumah tadi"

"Adeh.. takpelah Rizu" Fang mengeluh sedikit "Abang maafkan tapi.. JANGANLAH MAKAN BANYAK! BUNCIT DAH PERUT ABANG TU! UWAAA!"

Boboiboy dan Gopal tergelak melihat perut Fang yang membuncit itu. Selepas sahaja Rizu habis makan pizzanya, dia mengambil sekeping lagi pizza. Fang hampir hendak pengsan. Badan dia mula rasa layu

"Rizu!" Fang terduduk sambil merayu kepada adik angkatnya "Rizu, janganlah makan lagi. Habis image abang lepas ni. Abang tak nak jadi popular sebab buncit tapi abang nak jadi popular KERANA ABANG LAGI HEBAT DARIPADA BOBOIBOY! HAHAHA!"

Berkerut dahi Kaizo. Lalu dia menepuk kepala adiknya

"Kau ni kenapa? Biarlah Rizu tu nak makan seberapa banyak pun! JANGAN NAK GANGGU DIA!"

Fang mula menangis bukan kerana sedih tetapi kerana tidak mahu image bertukar menjadi lebih dasyat. Boboiboy cuba tenangkan kawan baiknya

"Kau jangan menangis. Kau kena positif" kata Boboiboy "Lepas kau dah bertukar badan balik dengan Rizu, kita pergi buat latihan tempur ok! Betul tak Gopal"

"Erk! Aku pun kena join sekali?"

"Mestilah! Kita kena bantu kawan kita ni" Boboiboy tepuk bahu Gopal "Kita semuakan kawan baik"

"Hah! Kalau macam tu, Rizu jangan berhenti makan!" kata Kaizo "Kau tak perlu risau, si Boboiboy dan Gopal akan bantu adik aku ni"

Makin kuat Fang menangis. Rizu rasa bersalah pula kalau dia makan sekeping pizza lagi, tapi sebahagian daripada itu, dia rasa bersalah kalau dia makan lagi. Dia takut kalau dia buat hati Fang atau hati Kaizo kecewa. Dia mula hilang selera. Kepala dia tertunduk sedikit. Fang terpandang mata adik angkatnya yang mula berkaca sedikit

"Rizu, maafkan abang" Fang bangun dan terus duduk di kerusi kosong yang bersebelahan dengan Rizu "Makanlah pizza tu. Lagipun abang boleh buat latihan tempur dengan kawan-kawan abang"

"Be-betul ke?"

"Betul Rizu" Fang mula tersenyum "Abang tak nak buat Rizu rasa sedih"

"Terima kasih abang Fang!" Rizu tidak lagi rasa bersalah "Jom makan sama-sama!"

"Hah! Makan-makan, aku belanja korang semua!" kata Kaizo. Tiba-tiba sahaja dia berubah menjadi ceria

"Eh! Abang Kaizo belanja kita semua! YAHOOO!" Tangan Gopal mencapai sekeping pizza

"Kecuali kau" kata Kaizo secara tiba-tiba. Mata dia terus merenung ke arah Gopal

"ERK?!" Pizza ditangan Gopal terlepas. Wajah dia berubah menjadi sedih "KE-KENAPA SAYA DIKECUALIKAN? ABANG KAIZO KEJAM! UWAAAA!"

Dalam tangisan Gopal, sempat lagi dia mengambil pizzanya tadi. Kaizo ketawa kecil. Dia hanya bergurau sahaja. Fang rasa pelik pula, semenjak bila abang dia reti bergurau?

"ENTAH-ENTAH INI BUKAN ABANG AKU! TIDAKKKKKKK!"

Terkejut mereka dengan jeritan Fang tadi. Kaizo ketuk kepala adiknya. Fang tersengih dan terus makan pizza. Kaizo perhatikan kawan-kawan adiknya. Dia suka melihat mereka gelak ketawa walaupun dia rasa agak terkejut melihat adiknya ketawa di dalam tubuh badan Rizu. Ianya seperti budak kecil dirasuk dengan hantu gila. Manakala tubuh adiknya, Rizu ketawa secara kecil dan comel. Kaizo tersenyum kecil sambil terkenang masa lalu

----------------------------------------------------------------------------------------

Maaf kalau tak best T_T

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top