Ejen Picu
Pada suatu hari, di base MATA
Jeneral Rama - Saya ada misi penting untuk kamu berempat
Bakar - Errr...
Jeneral Rama - Kenapa dengan kamu, Bakar?
Bakar - Apa benda warna hijau dekat bahu Jeneral tu?
Ali - Ha ah, macam pernah nampak aje benda hijau tu
Jeneral Rama - Ini adalah alien. Tak tahu dari mana dia datang tetapi disebabkan kecomelan dia, saya bagi dia menjadi pembantu saya buat sementara
Ali - Tapi.. kenapa dia pakai misai?
Jeneral Rama - Kenapa? Tak boleh ke?
Ali - Hehehee...
Jeneral Rama - Sudah! Baik kamu berempat dengar misi penting ini. Dos dan Trez berjaya melepaskan diri dari lokap MATA
Bakar, Ali, Alicia dan Rizwan pandang satu sama. Mereka terasa hendak ketawa tetapi masing-masing dapat menahankan diri. Ali dan Alicia tidak tahu bagaimana Picu boleh datang ke MATA. Ini adalah sesuatu yang sungguh misteri
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alicia sedang berlawan dengan Dos dan Trez. Beberapa bola lastiknya di tembak ke arah Trez. Semasa Trez melarikan diri dan berjaya menyembunyikan diri buat sementara, dia terkejut melihat seekor makhluk hijau sedang terapung-apung di udara
Dos - Trez, apa yang kau nampak?
Trez - Entah.. aku macam nampak benda hijau tengah terbang
Dos - Kau jangan nak mengarut. Mana ada benda hijau tengah terbang. Cepat, kita harus beredar dari sini sebelum mereka dapat tangkap kita
Trez - Baik..
Trez rasa mata dia sedang bermain-main dengan dia ataupun dia sebenarnya tengah penat sekarang ini. Lalu dia hiraukan sahaja. Dia pergi ikut Dos untuk melarikan diri daripada ejen-ejen MATA. Sebenarnya, apa yang Trez nampak tadi adalah Picu berada di atas seekor kucing yang menghalimunasikan dirinya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika Ali dan Alicia berlawan dengan Dos. Mereka terkejut dengan dua batang lolipop datang ke arah Dos. Sang gadis itu berjaya mengelakkan diri daripada terkena batang lolipop itu
Ali - Woah! Macam mana Ejen Rizwan boleh guna sampai dua batang lolipop? Selalunya satu sahaja
Alicia - ALI! Ini bukan masanya untuk bertanya. Kita harus halang mereka berdua!
Ali - HEHEHE.. ok
Sebenarnya Picu ada di bahu kanan Rizwan. Setiap kali Rizwan berikan lolipop kepada Picu. Sang Alien itu akan makan gula-gula tersebut dan batang lolipop itu akan diambil semula oleh Rizwan. Begitulah Rizwan dapat gunakan dua batang lolipop sekali gus untuk melemahkan musuhnya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alicia menarik tali Balistiknya untuk menembak Dos dan Trez yang sedang melarikan diri. Akan tetapi, dia tidak menggunakan bebolanya. Sebaliknya, dia menggunakan Picu. Selepas sahaja dia melepaskan tali itu. Picu meluru terus ke arah Dos dan Trez. Badan Picu mula berubah menjadi besar dan mulutnya ternganga luas. Akhirnya dia telan Dos dan Trez
Ali - CUN! Baguslah si Picu ni.. senang juga kerja kita ni
Alicia - Aku rasa, baik kita bawa Picu sahaja daripada bawa kau. Cepat sikit nak jalankan misi
Ali - Cheh
Bakar - Jangan nak bergaduh. Sekarang ni kita bawa mereka berdua ke lokap MATA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Ali tidak sedar bahawa Picu ada di atas kepalanya sehinggalah Viktor menegurnya
Viktor - Ali, apa dekat kepala kau?
Ali - Hah? Dekat kepala aku?
Ali meraba-raba kepalanya. Lalu dia terasa ada sesuatu yang lendir di kepalanya. Dia bawa turun dan terkejut melihat Picu ada di situ
Viktor - Itu mainan ka? Macam mana dia boleh melekat dekat kepala kau?
Ali - Hehehe.. ha ah, ini mainan baru. Nama mainan ni ialah Picu
Sarsi - CIKGU! ALI BAWA MAINAN!
Cikgu Munah - APA?
Lalu cikgu Munah melompat dan mendarat di atas meja Ali
Cikgu Munah - KENAPA KAMU BAWA MAINAN PERGI SEKOLAH? KAMU INGAT INI TADIKA KE?
Ali - Ma-mana ada cikgu!
Tiba-tiba sahaja Picu membesarkan dirinya dan mulutnya terbuka luas. Lalu dia pergi telan Cikgu Munah. Mata Ali terkebil-kebil melihat cikgu kelasnya menjerit namanya di dalam badan sang alien itu
Ali - MAAFKAN SAYA CIKGU!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di Pulau Rintis
Kaizo - PANG!
Fang - Yea abang
Kaizo - Kau ada nampak si Picu tu? Dua tiga hari ni aku tak nampak si alien tu
Fang - Manalah adik tahu. Entah-entah dia ikut kak Lynna balik rumah
Kaizo - Dia tiada dengan Lynna. Aku sudah tanya dia
Fang - Rizu?
Kaizo - Tiada dengan Rizu
Fang - Aik.. pelik betul. Entah-entah si Picu kena kidnap dengan si pelik tu
Kaizo - Mungkin juga. Takpe.. nanti abang bagi dia hukuman latihan tempur dekat si Lily tu sebab ambil Picu tanpa kebenaran aku
Fang - Hehehe.. bagus abang, bagus.. hukum dia sampai dia pengsan
Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat adiknya tergelak sinis. Dia memang rasa pelik. Semasa Comot sudah dibawa pulang oleh Ali, Picu terus hilang. Kaizo langsung tidak terfikir yang Picu ikut Comot pulang ke Cyberaya. Hehehe..
---------------------------------------------------------------------------------------
Macam mana? Menarik tak? Hehehee..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top