Duit

Pada suatu hari di rumah Fang dan Kaizo

Fang - Abang, adik nak duit!

Kaizo - Kau nak buat apa?

Fang - Nak beli sebuah kapal selam yang boleh menyelam ke dasar laut. Sambil itu bolehlah adik mencari ikan duyung dan ikut dia pergi ke istana dia yang terindah itu. Lepas tu mesti jumpa harta karun dekat dasar laut. Boleh jadi kaya raya kita nanti

Lalu Kaizo ketuk kepala adiknya dengan kuali dan Fang pun pengsan

-------------------------

Keesokan harinya

Fang - Abang, adik nak duit!

Kaizo - Kau nak beli kapal selam lagi ke?

Fang - Tak, adik nak beli kuda terbang! Bolehlah adik terbang ke sana ke sini dekat Pulau Rintis ni. Boleh buat duit. Kalau orang lain nak naik, kena bayar dulu. Kaya kita nanti! Boleh adik belanja abang kapal angkasa baru!

Kaizo - MANA ADA KUDA TERBANG DEKAT DUNIA NI!

Kaizo ketuk kepala adiknya dengan kuali lagi and Fang pengsan lagi sekali

-------------------

Keesokan harinya, Kaizo rasa pelik melihat adiknya mencangkung seorang diri di halaman rumah. Kepala adiknya tunduk ke bawah sambil melihat sesuatu

Kaizo - Apa yang kau tengah buat tu?

Fang - Adik tengah tengok kacang ni, tengah tunggu kacang ni tumbuh menjadi beanstalk macam cerita Jack and the beanstalk. Lepas tu bolehlah adik pergi panjat beanstalk dan ambik barang-barang emas atau duit emas yang ada dekat atas awan tu, dekat rumah orang gergasi or lebih dikenali sebagai giant

Kaizo - Adik aku ni bengong ke apa? *bisik Kaizo*

Kaizo ketuk kepala adiknya dengan kuali buat kali ketiga dan Fang pengsan buat kali ketiga juga

----------------------

Keesokan harinya, Kaizo berasa hairan melihat adiknya asyik perhatikan seekor angsa putih putih di halaman rumah

Kaizo - Pang! Kenapa ada angsa dekat rumah kita ni?

Fang - Adik tengah tunggu angsa ni bertelur. Adik yakin angsa ini akan menghasilkan telur emas! Lepas tu adik boleh jual, dapat duit dan kita akan menjadi kaya! Adik akan bawa abang pergi melancong di seluruh negara yang ada dekat bumi ni!

Kaizo - Kepala adik aku sudah tak betul rupanya. Semalam kacang, hari ini angsa pula

Kaizo ketuk kepala adiknya buat kali keempat dan terus Fang pengsan

--------------------------

Keesokan harinya...

Kaizo - PANG!

Fang - Yea abang ku yang comel *Fang muncul dengan seguni jerami padi*

Kaizo - Apa yang kau cuba lakukan?

Fang - Adik nak tukar jerami padi ini kepada emas *Fang tersenyum lebar* dengan menggunakan spinning wheel atau dalam bahasa melayunya adalah roda berputar!

Berkerut-kerut dahi Kaizo

Kaizo - Kau ni banyak sangat terpengaruh novel fairytale. NAH! AMBIK DUIT NI! JANGAN NAK BUAT BENDA MERAPU, PELIK-PELIK ATAU BENDA YANG TAK MASUK AKAL LAGI! FAHAM!

Fang - Faham abang ku yang kacak *Peluk Kaizo dan terus lari dari situ* Heheheee... akhirnya! Aku berjaya mendapatkan duit dari abang aku. Kalau tidak, satu sen pun dia tak nak bagi sebab dia tahu aku akan pergi beli donut lobak merah! Dan duit yang aku dapat ini adalah untuk beli donut lobak merah ku! MUAHAHAHAAAAA! AKU DATANG WAHAI KEKASIH KU DONUT LOBAK MERAH!

-----------------------

Keesokannya, Lily menerima seribu keping gambar Boboiboy dari Fang sebagai tanda terima kasih kerana mengajar dia teknik untuk mendapatkan sesuatu dengan menggunakan teknik kepelikan. Lily dengan gembiranya, berenang-berenang di dalam lautan gambar Boboiboy

Lily - WEEEEEEE! ANAK MURID KU BERJAYA! Nampaknya, Lily sudah tiada apa lagi untuk mengajar dia. Tahniah anak murid ku si landak *terharu seorang diri sambil mengeluarkan air mata*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top