Dendam Kaizo

Pada suatu hari, ketika Fang masih kecil lagi. Dia terlalu aktif sehingga membuatkan Kaizo rasa nak campak adik dia dekat tempat lain

Fang - ABANG! PANG NAK MAIN DENGAN ABANG!

Kaizo - Abang penatlah

Fang - NAK MAIN DENGAN ABANG! Jom kita main kejar-kejar.. adik jadi polis, abang jadi alien jahat! TEMBAK DIA! KETUK DIA! TANGKAP DIA! GIGIT DIA!

Kaizo - Adeh.. yelah yelah..

1 jam kemudian, baru Kaizo dapat rehatkan diri tetapi beberapa minit begitu

Fang - ABANG! ADIK NAK MAIN BOLA DENGAN ABANG!

Kaizo - Abang nak tidur!

Fang - Jom abang! *Dia baling bola dekat kepala abangnya*

Kaizo - Yelah yelah!

1 jam kemudian, Kaizo baringkan dirinya di atas katil sebab sudah tiada tenaga. Mata dia mula kuyu tetapi beberapa minit lepas tu

Fang - ABANG! JOM MAIN SOROK-SOROK!

Kaizo - Abang nak tidurlah!

Fang - Jomlah abang! Abang sorok, adik cari ok

Kaizo - Hmm.. yelah, yelah

Kaizo hanya sorok dibawah katil. Lalu dia lelapkan matanya. Beberapa minit kemudian

Fang - JUMPA PUN ABANG! YEAH! ADIK DAH JUMPA ABANG! Apalah abang ni, tak reti nak sorok

Kaizo - Kalau macam tu, Pang pergi sorok. Biar abang cari adik

Fang - Ok!

Kaizo tersenyum nakal. Lalu dia mengambil kesempatan untuk tidur. Kaizo bangun dari tidurnya apabila hari sudah menjadi malam. Dia terlupa tentang adiknya yang masih lagi menyorok. Kaizo pergi ke dapur kerana lapar

Keiko - Kaizo, mana adik kamu? Dari tadi dia tak muncul

Kaizo - Erk! Alamak!

Keiko - Hah! Apa Kaizo sudah buat dekat adik?

Kaizo - Ka-Kaizo tak buat apa-apa dekat dia.. hehehee

Keiko - Jangan nak tipu ibu

Kaizo - Kita orang main sorok-sorok. Kaizo suruh dia sorok dan saya pergi cari tapi.. hehehee... Kaizo pergi tidur sebab penat sangat

Keiko - KAIZO! Pergi cari adik sekarang

Kaizo - Ba-baik ibu

Setelah Kaizo puas mencari Fang. Akhirnya dia jumpa adiknya sedang tidur di dalam almari baju ibu bapanya. Kaizo kejutkan adiknya

Fang - Apalah abang ni *dalam suara mengantuk* abang tak reti main sorok-sorok. Lama tau adik tunggu

Kaizo - Hehehe.. maaf

Keesokan harinya, Fang mengajak abangnya main sorok-sorok lagi

Fang - Abang sorok kali ni! Pang cari abang pula!

Kaizo - Hmm.. yelah

Lalu pergi menyorokkan diri di dalam bilik pejabat abangnya. Sudah hampir 4 jam Kaizo sorok di dalam bilik itu. Lalu dia keluar dari bilik itu untuk melihat apa yang berlaku. Dia terkejut melihat Fang sedang menonton television sambil gelak ketawa

Kaizo - PANG!

Fang - ABANG! Abang pergi mana tadi?

Kaizo - Pergi mana tadi?! PANG SUDAH LUPA KE?

Fang - Lupa? Pang lupa apa?

Kaizo - Ada juga nak kena ni.. Pang lupa ke kita main sorok-sorok tadi

Fang - Alamak! Adik lupa.. hehehe.. sebab tadi bila adik nak start cari abang, tiba-tiba adik terbau donut lobak merah dekat dapur. Ibu yang buat! Adik habiskan semua! Lepas tu adik pergi main warna-warna buku, main perang-perang, main dekat bilik abang.. adik lupa pula nak kemaskan bilik abang

Kaizo - Sabar ajelah.. takpe, jaga kau nanti PANG!

Keiko - Kaizo! Jangan nak buli adik!

Kaizo - Takdelah ibu. Kaizo tak buli adik pun.. hehehe.. (dalam hati) Kau tunggulah nanti, Pang

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo tidak pernah lupakan tentang itu. Akhirnya, masanya sudah tiba. Dia tersenyum nakal sambil melihat adiknya yang sibuk bermain dengan video game

Kaizo - PANG!

Fang - Abang nak apa? Apasal abang senyum semacam.. menakutkan betul

Kaizo - Hari yang aku tunggu-tunggukan sudah tiba

Fang - Errr... maksud abang, adakah hari yang abang tunggu-tunggukan itu adalah HARI PERKAHWINAN ABANG!

Kaizo - BUKAN ITU MAKSUD AKU! Hari yang aku tunggu-tunggukan adalah hari untuk menghukum kau!

Fang - ABANG! Apasal pulak? Apa yang adik buat dekat abang?

Kaizo - Kau ingat ke tak ingat ke, aku akan tetap menghukum kau! KAU BUAT AKU SOROK DEKAT DALAM BILIK SELAMA 4 JAM TAPI KAU BOLEH LUPA PULA! PEDANG TENAGA!

Fang - ABANG! ADIK BUKANNYA INGAT PUN!

Kaizo - Ada aku kisah! BELAHAN PEDANG TENAGA!

Di rumah Boboiboy

Boboiboy - Hmmm..

Ochobot - Kenapa Boboiboy?

Boboiboy - Aku nampak si Fang kena kejar dengan abang dia lagi. Entah apa si Fang buat dekat abang dia tu

Ochobot - Biasalah, adik beradik. Biarkanlah mereka, asalkan dia orang bahagia

Boboiboy mampu tersenyum sahaja dan Fang pula, hukuman dia telah beralih ke kapal angkasa Kaizo

----------------------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top