Chocolate
Pada suatu hari, di rumah Fang dan Kaizo
Fang - Abang, hari ini adik nak abang cuba chocolate ball ni. Sedap ke tak
Kaizo - Kau yang buat ke? Atau kau suruh orang lain yang buat atau kau beli dekat kedai
Fang - Mestilah adik yang buat!
Kaizo - Yea ke.. apasal aku selalu nampak Rizu jual chocolate ball merata tempat
Fang - Adik yang buat, dia yang jual. Kadang-kadang dia suruh si Bella and the geng buatkan...
Kaizo - Begitu ceritanya. Baiklah, aku akan rasa chocolate ball ni
Kaizo ambil satu dan terus rasa
Fang - Macam mana?
Kaizo - Bolehlah
Fang - Itu ajelah jawapan abang. Takde jawapan lain ke
Kaizo - Habis tu, kau nak suruh aku jawab macam mana?
Fang - Bagilah jawapan yang ikhlas selain daripada jawapan Bolehlah.. hah! Apa pendapat abang tentang kecantikan kak Lynna
Kaizo - Hmmm.. bolehlah
Fang - Cheh, jawapan yang sama
Rizu - Abang Paizo cuba rasa cupcake chocolate Pizu buat
Fang - Tapi tak boleh bagi jawapan yang sama!
Kaizo terus rasa cupcake tersebut
Rizu - Sedap tak abang Paizo?
Kaizo - Hmmm... nampak sedap, rasa dia pun sedap dan bolehlah
Fang - Masih lagi dengan ayat tu.. sabar ajelah
Kaizo - Habis tu kau nak aku bagi ayat macam ni ke... SEDAP! MENGAGUMKAN! WONDERFUL! RASA MACAM MAKAN SUP LOBAK MERAH!
Rizu - BETUL CUPCAKE TU RASA SEDAP? TERHARUNYA PIZU! SAYANG ABANG PAIZO!
Kaizo - Yea yea, abang pun sayang Rizu juga. Meh abang belanja Rizu pergi makan pizza
Fang - Adik pun nak ikut sekali!
Kaizo - Tak payah! Kau pergi baiki balik chocolate ball kau!
Fang - APA?! CHOCOLATE BALL ADIK SEDAPLAH! LAGI SEDAP DARI CUPCAKE RIZU PUNYA
Rizu - ERK?! UWAAAAAAAAA!
Kaizo - PANG! APA KAU BUAT DEKAT DIA? BAIK KAU PUJUK DIA BALIK!
Fang - Alamak! Maaf Rizu! Maaf Rizu! Abang tak bermaksud begitu
Kaizo - Rizu, jom kita pergi makan pizza. Biarkan si Pang ni. Sesuka hati dia aje nak buat Rizu menangis
Fang - ABANG! ABANG NI JAHAT SANGAT!
Kaizo - Tak, aku ni sadis tapi penyayang aje
Fang tepuk dahinya
Fang - Baiklah! ADIK AKAN BUKTIKAN BAHAWA CHOCOLATE BALL ADIK LAGI SEDAP DARIPADA CHOCOLATE CUPCAKE RIZU!
Rizu - UWAAAAAAAAAAAA!
Kaizo - Dah dah, Rizu jangan menangis.. biarkan dia tu. Jom kita pergi makan pizza
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa jam kemudian...
Kaizo - PANG! AKU SUDAH PULANG!
Fang - Hah! Abang dah balik.. meh rasa chocolate ball adik. Adik sudah cipta resepi baru untuk chocolate ball ni! Pasti abang akan suka dan adik pasti, lebih sedap daripada cupcake Rizu
Rizu - UWAAAAAAA!
Fang - Rizu jangan menangis. Cupcake Rizu sudah tentu sedap tapi abang kena buktikan kepada abang Kaizo ni bahawa chocolate ball ini akan membuatkan dia rasa teruja! MUAHAHAHAHAHAHA
Kaizo - Hmmm.. boleh ke
Fang - Mehlah rasa.. hehehehehe
Sebenarnya Fang telah letak cili di dalam chocolate ball tersebut. Dia perhatikan abang dia makan chocolate ball itu dalam sekali suap sahaja
Kaizo - Hmm.. sedap. Memang mengagumkan! Tahniah Pang kerana membuat aku rasa ingin makan chocolate ball ini lagi
Fang - YES! Abang tahu tak, chocolate tu adik pergi campur dengan cili
Kaizo - Bagus.. abang suka, tapi lain kali letaklah lobak merah. BARU SEDAP! DAN MENYELERAKAN!
Fang - ABANG! MANA ADA ORANG LETAK LOBAK MERAH DALAM CHOCOLATE?
Kaizo - Kau ni, takde keunikan langsung!
Fang - ABANGGGGGGG!
Rizu - Errrr.. Pizu balik dulu!
Fang - SERANGAN BAYANG!
Kaizo - TOLAKAN TENAGA!
Rizu sempat keluar dari rumah sebelum bermulanya peperangan diantara adik-beradik alien itu. Habis hancur rumah akibat peperangan tersebut
-----------------------------------------------------------------------------
Maaf kalau tak best T_T
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top