Buku

Pada suatu hari, di kedai buku

Kaizo - PANG! KENAPA KAU BARING DEKAT DALAM KEDAI BUKU NI?

Fang - Adik sebenarnya tengah kesedihan

Kaizo - Kesedihan? Kau sedih sebab apa?

Fang - Buku yang adik nak... sudah habis dijual.. UWAAAAAAA! Adik sudah cari buku yang adik nak tu tapi semua kedai buku sudah habis dijual. Dia orang kata kena tunggu bulan depan, baru adik dapat beli

Kaizo - Buku apa yang kau mahukan itu? Jangan cakap buku mengarut yang kau mahukan

Fang - Bukanlah abang.. buku yang adik inginkan adalah sebuah buku yang amat berguna untuk adik. Sebuah buku yang mempunyai pelbagai warna dan dapat tenangkan pemikiran adik. Tidak lupa juga dapat gembirakan hati adik yang sedang kesedihan ini.. kenapa buku sudah habis dijual ada lagi? kenapa kenapa kenapa...

Kaizo - Bukan ke buku latihan matematik yang lain ada, beli ajelah apa yang ada dekat kedai buku ini

Fang - Bukan buku latihan matematik yang adik mahu

Kaizo - Habis tu, buku apa yang kau mahukan? Buku latihan mata pelajaran lain ke?

Fang - Bukan abang ku yang terlebih garang

Kaizo - Habis tu, apa dia?

Fang - Adik cuma mahukan buku komik yang adik minat tapi nasib adik begitu malang sekali. BUKU ITU SUDAH HABIS DIJUAL.. UWAAAAAAAAAAAA!

Kaizo - BUKU KOMIK YANG KAU MAHUKAN?! BILA MASA KAU TIBA-TIBA MINAT KOMIK NI? ABANG TAK SURUH KAU BACA KOMIK!

Fang - ABANG! Abang tak tahu ke.. dalam kehidupan manusia ni, dalam umur macam mana pun.. tak kiralah kecik ke dewasa ke remaja ke.. dah tua ke, mesti ada yang baca komik! Kerana itu adalah benda yang mereka minat. Jadi kita tidak boleh mempersoalkan minat mereka. Kita hanya tumpang gembira sahaja kerana mereka telah mendapat sesuatu yang selama ini mereka cari-carikan tetapi.. adik masih lagi tidak jumpa buku komik yang adik mahukan itu.. kesedihan melanda diri ku ini

Kaizo - Hmm.. yelah adik ku. Menangislah kau sorang diri dekat situ. Abang nak pergi cari novel hantu misteri. Bolehlah abang pergi takutkan kawan baik kau si badan besar tu

Fang terus sambung mengenang nasib dia yang sungguh malang itu. Kenapa kawan-kawan dia dapat beli buku komik tersebut tetapi kenapa bukan diri dia. Adakah benar apa yang Lily katakan tentang diri dia? Yang dia lahir dalam bulan gelap. Fang terima sahaja nasib dia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya

Kaizo - PANG!

Fang - Yea abang ku kapten ku yang terlajak kuat tapi diri tu keding macam lidi

Berkerut-kerut dahi Kaizo. Lalu dia tarik nafas dan tenangkan diri dia sebelum berkata-kata

Kaizo - Abang ada belikan sesuatu untuk kau. Pergilah tengok dekat bilik kau tu. Mesti kau akan suka hadiah daripada abang

Fang - Abang belikan komik yang adik nak tu ke? *Mata Fang bersinar-sinar sambil buat muka comel dekat abang dia*

Kaizo - Pergi ajelah tengok

Fang terus lari naik ke bilik dia dengan penuh harapan. Hati dia sudah berbunga-bunga, senyuman dia sampai ke bibir tetapi senyuman itu terus bertukar menjadi masam

Fang - ABANGGGGG! APASAL ABANG BELIKAN ADIK BUKU ABC, 123, MARI MEWARNA PULAK NI? ADIK BUKANNYA BUDAK-BUDAK 2 TAHUN! ABANG SUKA SANGAT BULI ADIK! SUDAHLAH BUKU NI ABANG PERGI BELI BANYAK-BANYAK! ABANG INGAT ADIK NI TAK RETI ABC DAN 123 KE? ABANG JAHAT!

Kaizo terus pakai headphone, dengar lagu rock sambil baca novel cerita hantu kerana dia tidak mahu dengar bebelan adiknya yang sudah mengamuk tak tentu pasal

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top