Biskut Raya
Pada suatu hari di rumah Fang dan Kaizo
Kaizo - PANG!
Fang - Yea abang ku terlajak handsome. Abang nak apa?
Kaizo - Apa kau tengah buat tu?
Fang - Adik tengah buat kuih raya! Hehehe...
Kaizo - Kuih raya?
Fang - Yelah, kan orang-orang di planet bumi ni bakal menyambut Hari Raya tak lama lagi. Jadi, adik pun teringinlah juga nak buat kuih raya sendiri. Adik namakan kuih raya ni.. KUIH RAYA KAPTEN KAIZO!
Kaizo - TAPI KENAPA KUIH RAYA NI BENTUK ITIK?
Fang - Sebab rambut abang macam itik.. hahahahaa! Perisa kuih raya ni ialah teh hijau! bukan petai ataupun durian. Jadi abang tak perlu risau. Adik sudah pun berikan sample kepada kawan-kawan adik untuk merasai kuih raya ciptaan adik sendiri!
Kaizo - Lepas tu? Dia orang suka ke?
Fang - Dia orang suka dan dia orang nak tempah kuih raya ni.. hehehee... dapat duit, boleh beli DONUT LOBAK MERAH!
Kaizo terus tepuk kepala adiknya
Kaizo - Tak habis-habis dengan donut lobak merah
Fang - Yelah, yelah.. adik beli buku matematik lah nanti!
Kaizo - Bagus.. abang pun nak cipta kuih raya abang sendiri. Nama kuih raya ini adalah PREBET PANG!
Fang - Menarik tu tapi... MESTI RASA DIA MASIN!
Kaizo - APA KAU CAKAP!
Fang - Adik cakap, mesti biskut raya abang tu rasa masin.. sebab abang bubuh banyak sangat garam. Boleh dikatakan satu balang garam abang pergi letak
Kaizo - Tak, kali ini aku akan pastikan biskut raya ini tidak rasa masin!
Fang - Hmmm.. habis tu rasa apa?
Kaizo - Kau tunggu sahaja
Fang - Hmm.. yelah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya
Kaizo - PANG!
Fang - Yea abang
Kaizo - Mari rasakan biskut raya abang!
Fang - Biskut raya Prebet Pang tapi bentuk... errr... abang main hentam sahaja ke bentuk dia?
Kaizo - Itu bentuk landak, macam rambut kau
Fang - Takde bentuk rambut adik pun. Bentuk kelam kabut adalah
Kaizo - Ada ke, takde ke.. janji biskut ni ada rasa. Cuba kau rasa satu
Fang - Baiklah
Kaizo hulurkan biskut rayanya kepada adik dia. Fang mengambil biskut itu tanpa rasa was-was. Lalu dia makan biskut itu dengan sekali gus. Tiba-tiba muka dia berubah menjadi merah. Asap-asap putih keluar dari telinga dan lubang hidungnya
Fang - PEDASNYAAAAAAAAAA!
Kaizo - Macam mana? ada rasakan.. tak rasa masinkan
Fang - AIR! AIR! AIR! AIR!
Fang minum air sejuk yang ada di dalam peti sejuk
Fang - Apasal pedas sangat biskut abang ni
Kaizo - Dah kau kata aku selalu buat terlampau masin. Jadi abang letaklah lada dalam biskut tu. Ada beberapa jenis cili abang letak juga dalam biskut tu. Tak sedap ke abang buat?
Fang - Bukan tak sedap TAPI PEDAS SANGAT!
Kaizo - Hmm.. baiklah, abang akan buat yang baru!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya
Kaizo - PANG!
Fang - Yea abang
Kaizo - Cuba kau rasa biskut raya yang abang baru buat. Tiada lagi rasa pedas ataupun rasa masin
Fang makan biskut itu. Tidak sampai 1 saat, dia terus pengsan
Kaizo - Apasal pengsan pulak ni? Aku buat kuih raya tu menggunakan resipi biskut dari kawan perempuan kau si Yaya tu.. kau pengsan sebab gembira sangat ke? Tak faham aku dengan budak Pang ni
Kaizo terus susun biskut-biskut raya dia di dalam balang. Dia biarkan sahaja adik dia pengsan selama 1 jam lebih.. hehehe.. kasihan Fang
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top