Biskut

Pada suatu hari, di dalam dapur rumah Yaya

Rizu - Hello semua! Saya adalah Rizu atau kamu semua boleh panggil saya PIZU!

Kaizo - Ehem..

Rizu - Hehehee... abang Paizo tengah tak sabar untuk sesi video live kita di facebook! YEAHHHH! Pizu hari ini berada di rumah kakak Yaya kerana abang Paizo ingin belajar cara-cara membuat biskut kakak Yaya! Jadi para penonton boleh belajar resepi biskut kakak Yaya!

Boboiboy, Fang, Gopal dan Ying tersengih sahaja kerana masing-masing tidak mahu hati Yaya tersinggung atau buat Kaizo marah pada itu. Lebih-lebih lagi kalau Kaizo mengamuk tak tentu pasal, sudah pasti mereka semua akan diberikan hukuman latihan tempur. Bagi mengelakkan benda itu berlaku, mereka berpura-pura suka berada di situ menjadi penonton

Rizu - Kakak Yaya.. hari ni kakak Yaya buat biskut resepi yang mana satu?

Yaya - Sudah tentu biskut resepi akak yang terbaru! Akak baru cipta resepi baru ni.. akak tak sabar untuk mencuba resepi baru ini bersama dengan abang Kaizo!

Rizu - ABANG PAIZO! YEAHHH! Mengikut kata abang Paizo.. dia belajar buat biskut kakak Yaya sebab dia nak bagi adik dia makan

Boboiboy - Habislah kau Fang

Fang - Habislah perut aku lepas ni *Dia menelan ludah sambil tersengih lagi*

Gopal - Jangan kau masuk hospital sudah

Ying - Aku cuma takut si rambut cacak pengsan dalam beberapa hari aje.. hehehe

Yaya - Baiklah, mari kita mulakan sekarang! Rizu pun nak tolong juga ke?

Rizu - NAK!

Kaizo - Apa yang kita perlu buat sekarang ini?

Yaya - Kita potong bawang!

Rizu - Apa kata abang Paizo potong bawang tu dengan pedang tenaga abang Paizo

Kaizo - Boleh juga tu

Rizu - Tapi abang Paizo kena senyum sambil potong bawang tu

Kaizo - Tapi... sebelum itu.. adakah ini permintaan dari Rizu atau permintaan dekat komen-komen facebook tu?

Rizu - Errr.. dua-dua sekali *Rizu tersengih di situ*

Kaizo - Baiklah.. aku buat hanya sekali sahaja

Kaizo keluarkan pedang tenaganya. Dia genggam pedang itu dengan penuh erat. Yaya sudah pun sediakan beberapa ulas bawang merah di atas meja. Kaizo pejamkan mata dia sebentar dan selepas itu, dia menghempas meja itu dengan tapak tangannya. Bawang-bawang itu melambung ke udara dan terus Kaizo mencincang-cincang bawang itu. Rizu sudah sediakan bakul untuk menyambut bawang-bawang yang sudah siap di cincang. Boboiboy, Fang, Yaya, Ying dan Rizu teruja melihat aksi Kaizo tadi. Mereka sudah bertepuk tangan di situ

Rizu - WAH! ABANG PAIZO MEMANG HEBAT! Komen-komen dekat facebook mengatakan.. mereka ingin melihat lagi

Yaya - Hah! Kalau macam tu.. potong kentang dan lobak merah pula.. dengan daging lembu ni sekali

Boboiboy, Fang, Gopal dan Ying sudah menelan ludah. Selepas itu, Yaya keluarkan susu, telur, mentega, gula, satu bekas buah strawberry, tepung dan juga serbuk koko dari kedai Tok Aba. Selepas itu, Yaya letak blender di atas meja itu. Kaizo sudah siap memotong kentang, lobak merah dan juga daging lembu. Ramai yang berikan emoticon muntah hijau di ruangan komen facebook. Rizu tersengih sahaja tanpa berkata apa

Yaya - Wah! Terima kasih abang Kaizo. Seterusnya, kita blend semua yang sudah siap di potong. Rizu dan abang Kaizo boleh uli-uli tepung tu.. jangan lupa campurkan dengan telur, gula dan juga mentega.. bila semuanya dah siap nanti, Yaya akan campurkan dengan bahan yang sudah di blend nanti

Fang - Aku rasa.. aku nak pengsan sekarang juga

Boboiboy - Nanti dulu Fang.. bila kau kena cuba biskut tu.. kau pengsanlah waktu tu

Fang - Ok juga tu.. lepas tu koranglah yang akan jadi mangsa yang seterusnya nanti.. hehehehe

Boboiboy - ERK?!

Fang - ABANG JANGAN LUPA LETAK GARAM SATU BALANG!

Yaya - APA KAU KATA FANG!

Fang - Erkk... aku cakap.. jangan lupa letak asam dekat dalam tu.. hehehe

Yaya - Idea yang bagus tu Fang! Aku pergi ambik asam keping jap

Boboiboy, Gopal dan Ying berikan renungan maut mereka kepada Fang. Rizu sibuk membaca komen-komen di facebook. Semuanya berikan idea bahan yang manakah untuk membuat biskut Yaya. Fang hanya tersenyum suka sahaja dengan rancangan dari Boboiboy tadi

Boboiboy - Menyesal aku bagi cadangan tadi *Boboiboy menepuk dahinya sendiri*

1 setengah jam kemudian

Kaizo - Biskut ini sudah siap dibakar... PANG!

Fang - Yea abang

Kaizo - Mari rasa biskut yang aku sudah buatkan untuk kau

Fang - Tapi.. biskut ni, bukan abang sahaja yang buat.. Yaya dan Rizu yang buatkan juga..

Kaizo - Apa-apa ajelah.. sudah, cepat cuba biskut ni

Fang melihat dulang yang penuh dengan biskut berbentuk bulat. Semuanya berwarna perang dan ada sedikit sos strawberry di atasnya. Dia dapat melihat aura-aura hijau keluar dari biskut tersebut. Lalu dia menelan ludah di situ

Kaizo - Apa yang kau tenungkan lagi tu.. cepatlah rasa!

Fang - Ba-baik abang

Fang mengambil salah satu biskut itu. Tangan dia agak mengigil sedikit semasa dia menyentuh biskut itu. Dia perlu buat apa yang telah di cadangkan oleh Boboiboy kepada dia sebentar tadi. Fang buka mulutnya dan biskut itu sudah semakin hampir dengan mulutnya. Semuanya sudah teruja untuk melihat sesuatu yang menarik akan berlaku nanti. Fang dengan tabah hatinya, dia terus berpura-pura pengsan di situ. Dia rebahkan dirinya di atas lantai dapur rumah Yaya

Kaizo - PANG!

Rizu - Abang Fang!

Yaya - Fang!

Boboiboy, Gopal dan Ying tidak begitu terkejut kerana mereka sudah menyangka apa yang akan berlaku nanti. Jadi mereka perlu bersiap sedia untuk giliran mereka pula menjadi mangsa biskut Yaya

Kaizo - Pang, kenapa kau tiba-tiba pengsan?

Rizu - Hmmm... agaknya abang Fang tak makan lagi kot. Masa breakfast tadi, abang Fang tak makan apa-apa... dia cuma bersihkan rumah aje

Kaizo - Agaknya.. kalau aku sumbat biskut ni dalam mulut dia, mesti dia akan bangun

Fang terus bangun dengan serta merta. Dia rasa lega sedikit kerana biskut itu tidak sempat sumbat di dalam mulutnya

Kaizo - Bangun pun kau.. apa lagi, cepat makan biskut tu.. aku tahu kau tengah lapar tu. Sebab tu kau pengsan tadi

Boboiboy, Gopal dan Ying sudah tersenyum lebar di situ. Kali ini, Fang tidak dapat mencari idea lain tetapi dia tidak mahu mengalah. Dia pandang ke arah abang dia dan selepas itu, dia pandang ke arah kawan-kawan dia sudah tersenyum lebar itu. Yaya masih tertunggu-tunggu lagi di situ. Rizu sibuk membaca kata-kata komen di facebook. Lalu Fang mendapat satu idea bernas

Fang - ALAMAK! BORARA DATANG!

Kaizo - Mana?

Fang terus larikan diri apabila Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Kaizo pandang ke arah luar tingkap. Dia sudah lari keluar daripada rumah Yaya

Gopal - Dey! Mana ada Borara.. eh.. mana si Fang

Rizu - Dia dah larikan diri dengan biskut kakak Yaya

Kaizo - Tak guna punya adik.. nak makan sorang-soranglah tu. Sampai tak nak berkongsi dengan kawan-kawan dia sendiri. SIAP KAU PANG!

Kaizo lari keluar dari situ untuk mengejar adiknya

Fang - ABANG! KENAPA KEJAR ADIK?

Kaizo - SEBAB KAU LARIKAN DIRI DENGAN BISKUT TU SEKALI.. KENAPA KAU TAK BERKONGSI DENGAN KAWAN-KAWAN KAU?

Fang terus hentikan dirinya daripada berlari. Kaizo hampir terlanggar adiknya

Kaizo - Kenapa kau berhenti pulak ni?

Fang - Hehehe.. saja.. jomlah abang, adik akan kongsikan biskut ni dengan kawan-kawan adik.. hehehee

Aura kenakalan Fang mula tersebar di seluruh badan dia. Kaizo tidak tahu kenapa dengan adiknya itu tetapi dia malas menyoal adiknya. Mereka kembali ke rumah Yaya. Kali ini, Kaizo menyuruh kawan-kawan adiknya makan biskut tersebut kecuali Yaya dan Rizu kerana biskut itu adalah hasil air tangan mereka

Ying - Abang Kaizo mahu kami makan ke? *Ying menelan ludah*

Gopal - Macam mana ni Boboiboy? Kita tak boleh larikan diri

Boboiboy - Apa nak jadi.. jadi ajelah

Lalu mereka bertiga telan terus biskut tersebut. Fang hanya tersenyum sinis sahaja selepas melihat muka ketiga-tiga rakan dia berubah warna kepada hijau. Boboiboy, Gopal dan Ying terus lari balik rumah kerana perut mula mengulas. Fang tergelak di situ

Kaizo - Apasal kau tak makan lagi? Dan kenapa dengan mereka semua? Sakit perut ke?

Fang - Errr.. entah, adik pun tak tahu kenapa dengan mereka..

Tiba-tiba Lily muncul di belakang Kaizo dengan kuali. Dia angkat kuali itu dan terus ketuk kepala Kaizo. Benjol besar mula timbul di kepala Kaizo tetapi nasib tidak menyebelahi Lily

Kaizo - SIAPA YANG KETUK KEPALA AKU NI?

Lily - Siapa lagi, kalau bukan LILY THE AWESOME!

Kaizo - Kenapa kau ketuk kepala aku?

Fang - Ala abang ni.. dia ketuk kepala abang sebab abang suruh BBB-CHAN dia tu makan biskut Yaya

Lily - Betul tu! Sampai hati abang Kaizo buat Boboiboy sakit perut.. Lily tak puas hati dengan abang Kaizo!

Kaizo - Ohh.. tak puas hati yea... jagalah kau esok

Lily - Erk?

Rizu - Rasanya, sampai di sini sahaja kot rancangan memasak bersama Yaya.. takut nanti tiba-tiba ada keganasan dari abang Paizo pula.. jumpa lagi semua! Sekian terima kasih.. bye bye!

----------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya..

Di kapal angkasa Kaizo

Lily - UWAAAAAAAA!

Kaizo - CEPAT! AKU NAK KAU BERSIHKAN KAPAL ANGKASA NI SEHINGGA BERSIH! KALAU TIDAK, LATIHAN TEMPUR AKU AKAN BERIKAN KEPADA KAU!

Lily - Mana adil! SURUHLAH SI LANDAK TU YANG BUAT KERJA! DIA KAN ADA PENYAKIT OCD!

Kaizo - Jangan nak bising!

Lily - Apalah nasib ku ini...

Kaizo - PANG!

Fang - Yea abang

Kaizo - Biskut kau semalam sudah habis ke?

Fang - Err... sudah.. kot

Kaizo - Hmmm... kalau sudah habis, bagus.. nanti abang akan buatkan lagi untuk kau

Fang - Hehehee.. terima kasih abang..

Sebenarnya, biskut itu dia telah berikan kepada Lahap. Maka dengan itu, terselamatlah Fang daripada menjadi mangsa biskut tak sedap itu. Sekian, terima kasih

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top