Birthday!

Suatu hari di rumah adik beradik alien

Fang - ABANG!

Kaizo - Kau nak apa?

Fang - Abang ingat tak hari ni hari apa?

Kaizo - Hari Selasa.. ada apa dengan hari ni?

Fang - SAMPAI HATI ABANG LUPA HARI JADI ADIK!

Kaizo - Ohh.. hari jadi kau.. selamat hari jadi dan jangan nakal

Fang - Itu aje?

Kaizo - Itu aje dan kau bolehlah celebrate birthday kau dengan video call kawan-kawan kau

Fang - Hmm... yelah

Beberapa minit kemudian

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Bella, Faye, Lily, Harraz, Emmy dan Lynna - HAPPY BIRTHDAY FANG!

Lily - Happy birthday landak!

Fang - Terima kasih korang! Walaupun kita jauh, tapi seronok dapat tengok korang wish birthday aku secara video call aje.. uwaaa! Terharunya

Kaizo - Itu pun nak menangis

Fang - SUKA HATI ADIKLAH!

Boboiboy - Nanti lepas dah habis PKP, kita celebrate birthday kau sama-sama ok

Yaya - Ha ah, nanti aku buatkan kek untuk kau

Lily - Dan Lily akan hadiahkan seekor landak khas untuk landak!

Rizu - Pizu tak tahu nak bagi apa.. tapi apa yang Pizu tahu, PIZU NAK PELUK ABANG FANG!

Fang - Hehehe... terima kasih semua.. UWAAA!

Gopal - Terharu sangat ke?

Fang - Mestilah terharu!

Bella - Eleh, terharu konon.. sudahlah potato, tak payah nak over sangat

Faye - Ala, biarkanlah dia nak over pun. Ini kan hari jadi dia

Harraz - Hehehe.. kau nak request apa-apa tak time celebrate birthday kau nanti?

Fang - Mestilah ada.. AKU NAK DONUT LOBAK MERAH! MUAHAHAHAHAHAHA!

Boboiboy - Hmm... tak payah tanya pun, dah tahu jawapannya

Harraz - Manalah tahu, dia nak benda lain selain donut dia

Lily - Takde maknanya Harraz. Donut lobak merah tu kan kekasih hati dia.. hehehehee..

Fang - Betul tu wahai si pelik!

Rizu - Nanti Pizu buatkan donut lobak merah untuk abang Fang. Itu pun kalau menjadi

Emmy - Takpe Rizu, kakak Emmy akan tolong Rizu nanti!

Fang - Bestnya dapat donut lobak merah nanti!

Rizu - Abang Fang tunggu tau!

Fang - Ok!

Boboiboy - Maaf Fang, aku tak boleh lama.. aku ada kerja kena buat. Nanti kita berborak lagi ok

Yaya - Ha ah, aku pun

Gopal - Aku pun sama juga! Aku nak pergi sambung makan

Ying - Haiyaa.. makan aje kerja kau

Fang - Takpe.. aku faham. Jumpa lagi semua

Video-video call dari kawan-kawan dia terus tutup. Fang mengeluh tetapi dia haru faham. Lalu dia pergi ke dapur

Fang - Abang, adik pergi buat sup lobak merah untuk abang

Kaizo - Tak perlu, biar abang sahaja yang buat. Kau pergi duduk dalam bilik, tengoklah video-video lama ibu bapa kita dan menangislah kau seorang diri dekat dalam bilik tu

Fang - Hampeh punya abang

Kaizo - Apa kau cakap?

Fang - Adik cakap abang baik. Abang jangan letak garam terlampau banyak sangat

Kaizo - Hmmm.. yelah

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa jam kemudian...

Kaizo - PANG! MARI TURUN MAKAN!

Fang - Lama betul abang aku masak sup lobak merah. Nak dekat 4 jam dia masak..

Lalu sang landak itu keluar dari biliknya. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan jeritan HAPPY BIRTHDAY!

Fang - APAKAH?

Boboiboy - Hehehehe.. kita orang buat kejutan untuk kau

Fang - Ta-tapi? Macam mana korang boleh datang ke sini?

Lynna - Hehehe.. Fang lupalah tu. Akak kan ada kuasa teleportasi dan Ochobot pun ada kuasa teleportasi juga

Ochobot - Ha ah, aku dan kak Lynna yang bawa mereka semua ke sini

Lily - LANDAK! SUKA TAK BANNER YANG LILY BUAT NI?

Berkerut dahi Fang melihat banner HAPPY BIRTHDAY LANDAK!

Fang - Tak

Lily - Tak suka takpe, janji yang lain suka! Betul tak BBB-CHAN?

Boboiboy - Err.. betul lah kot

Yaya - Hah! Aku ada buatkan kek lobak merah, khas untuk kau!

Rizu - Pizu ada bawakan donut lobak merah!

Ying - Kami semua ada hadiah untuk kau!

Fang - YAHOOOO! BIRTHDAY PARTY!

Boboiboy - Err... maaf Fang, kita orang datang ke sini sekejap sahaja. Tak boleh lama sangat. Harap kau fahamlah

Fang - Yea, aku faham.. tapi korang sanggup datang ke sini menggunakan teleportasi Ochobot dan kak Lynna, semata-mata untuk buatkan kejutan birthday aku.. ITU MEMBUATKAN AKU TERHARU SANGAT! UWAAAAAA!

Bella - Hmm.. menangis lagi

Fang - Bukan menangis lah wei! Ini adalah air mata kegembiraan! Hehehehe

Emmy - Emmy ada bawakan sesuatu untuk korang semua

Gopal - Apa dia? Macam menarik aje

Emmy - Ianya adalah jam tangan untuk membawa kita ke dunia GAME! Setiap seorang dapat satu. Untuk putera galaxy dan puteri fantasi pun ada.. kita semua boleh main game sambil pakai jam tangan ini dan akan bawa kita masuk ke dalam dunia game tu. Tak perlu duduk dekat luar rumah pun, baring atas katil pun dah ok.. jadi kita dapat bersama semasa kita di dalam dunia game!

Lily - WUUUUUU! Bestnya! Bolehlah Lily gunakan untuk berdating dengan BBB-CHAN!

Boboiboy - Errrr...

Fang - Wah! Menarik betul ciptaan Emmy kali ini.. tapi jangan game hantu sudah. Menangis si Gopal nanti

Gopal - Dey! Aku pulak

Fang - Kau kan selalu menangis bila nampak hantu badut.. hehehe

Gopal - Kau jangan nak buat cerita. Kalau tidak, aku tukar kek kau jadi benda lain

Yaya - Amboi kau! Aku dah penat-penat buat kek tu, kau nak tukarkan jadi benda lain pulak!

Lynna - Sudah, sudah.. jangan nak bergaduh. Sekarang ini bukan masa untuk bergaduh. Kita kena naikkan semangat masing-masing

Rizu - Betul kata kakak Lynna! Apa kata kita pergi cuba game baru kakak Emmy!

Lynna - Ha ah, pasti seronok.. akak pun tak sabar nak cuba

Emmy - Hehehe... jom semua! Kita pulang ke rumah masing-masing, lepas tu jangan lupa pakai jam tangan tu. Nanti tekan butang tepi kiri tu. Dekat jam tu nanti ada tulis Enter Yes or No. Semua tekan YES ok!

Boboiboy - OK!

Bella - Jom Faye, kita balik rumah.. jumpa lagi semua dekat dunia game!

Fang - YAHOOO! CELEBRATE BIRTHDAY AKU DEKAT DUNIA GAME!

Pening Kaizo melihat mereka semua. Setelah mereka semua pulang ke rumah masing-masing, Fang terus peluk abangnya

Fang - Terima kasih abang sebab buat kejutan untuk adik

Kaizo - Macam mana kau tahu?

Fang - Sebab adik kan adik abang.. mestilah tahu.. hehehe.. jom abang, kita main game

Kaizo - Hmm.. aku nak pergi makan kek lobak merah tu tapi... kek tu dah kena makan dengan kucing-kucing kita

Fang - APA?! TIDAKKKKKKK!

Kek lobak merah habis dimakan oleh Pikachu dan Shadow. Selamat donut lobak merah tidak disentuh oleh kucing-kucing tersebut

-----------------------------------------------------------------------------------------

Happy Birthday Fang!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top