Bincang
Pada suatu hari di rumah Fang dan Kaizo
Kaizo - PANG!
Fang - Yea abang *keluar dari dapur*
Kaizo - Apahal kau sepit hidung kau dengan penyepit baju?
Fang - Sebab dari jauh lagi adik boleh bau busuk badan abang. Abang panggil adik kenapa? Abang nak bincangkan tentang keburukan abang dekat adik ke? Adik sudah pun sediakan senarai-senarai keburukan perangai abang dalam buku tebal yang adik tulis setiap hari. Abang nak kita bincangkan sekarang ke?
Berkerut-kerut dahi Kaizo
Kaizo - BILA MASA AKU NAK BINCANGKAN TENTANG KEBURUKAN AKU! AKU PANGGIL KAU SEBAB NAK AJAK KAU PERGI MAKAN DEKAT LUAR! SUDAH! CANCEL MAKAN DEKAT LUAR!
Terus Kaizo ketuk kepala adiknya kuali. Fang pengsan di ruang tamu dan kepalanya timbul satu benjol
--------------------------------
Kaizo - PANG!
Fang - Yea abang! *keluar dari bilik tidur dia*
Kaizo - Apahal kau tutup mata pulak ni?
Fang - Sebab badan abang terlampau macho sangat sampai silau mata adik melihatnya. Abang panggil adik sebab nak bincangkan tentang badan abang yang serba macho tu ke? Adik tahu abang baru habis mandi, tak pakai baju tapi pakai seluar sahaja. Adik sudah pun hafal jadual mandi abang
Berkerut-kerut dahi Kaizo
Kaizo - BILA MASA AKU NAK BINCANGKAN TENTANG BADAN AKU! ABANG PANGGIL SEBAB ABANG NAK SURUH KAU SEDIAKAN MAKANAN TENGAHARI UNTUK AKU! SUDAH! MALAS AKU NAK LAYAN KAU NI!
Kaizo ketuk kepala adiknya dengan guitar pulak kali tapi kali ini Fang tidak pengsan, cuma dia masih lagi pejam mata dia dan cuba untuk cari jalan masuk ke bilik dia balik. Lalu dia terlanggar pintu bilik. Merah hidung Fang
---------------------------
Kaizo - PANG!
Fang - Yea Kapten!
Kaizo - Kenapa kau panggil aku kapten pulak ni?
Fang - Sebab kalau adik panggil abang, nanti abang akan bertindak ganas dan sadis! Kalau adik panggil abang Kapten, nanti abang akan kurangkan keganasan dan kesadisan abang! Kenapa abang? Abang nak berbincang dengan adik tentang keganasan, kekejaman, kesadisan dan kegilaan abang dekat adik ke? Adik sudah sediakan satu buku tebal tentang keganasan, kekejaman, kesadisan dan kegilaan abang
Berkerut-kerut dahi Kaizo
Kaizo - BILA MASA AKU NAK BINCANGKAN TENTANG KEGANASAN, KEKEJAMAN, KESADISAN DAN KEGILAAN ABANG! KAU NI KENAPA? DARI PAGI TADI SAMPAI SEKARANG ASYIK NAK BINCANGAN TENTANG PERANGAI BURUK ABANG, TENTANG BADAN ABANG, TENTANG KEKEJAMAN ABANG.. KAU SUDAH TAKDE KERJA LAIN KE? CUBALAH PERGI BUAT PERGI KERJA YANG BERFAEADAH. INI TIDAK, TIAP-TIAP HARI KAU BUAT AKU NAIK TENSION! LANGSUNG TAK BAGI KETENANGAN DEKAT ABANG! KAU NAK AKU MENGHUKUM KAU SETIAP HARI KE? KAU NAK AKU PISAHKAN KAU DENGAN KAWAN-KAWAN KAU KE? KAU NAK AKU TINGGALKAN KAU DEKAT BUMI SEORANG DIRI BUAT SELAMA-LAMANYA KE?
Fang tidak menjawab. Dia senyap sahaja
Kaizo - PANGGGG!
Fang - Abang cakap sesuatu ke? *Fang cabutkan earphone dari telinga dia*
Berapi-api Kaizo. Kemarahan dia sudah mula hendak meletup seperti gunung berapi tetapi Kaizo tidak bercakap apa. Dia terus keluar dari rumah dan terus panggil Lahap untuk turun ke bumi. Apa yang terjadi seterusnya, Lahap memandu kapal terbang yang telah dibeli oleh Fang. Manakala Kaizo pula, sudah pun terjun dari kapal terbang dengan beg payung terjun. Dia terjun sambil menjerit
Kaizo - KETENANGANNNNNNNNNNNN!
Lahap - Isk isk isk.. apalah si Pang buat dekat kapten kali ini. Kalau aku jadi kapten, sudah lama aku laporkan diri dekat rumah orang sakit jiwa
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top