Baju Raya
Pada suatu hari, di rumah Fang dan Kaizo
Fang - ABANG!
Kaizo - Kau nak apa?
Fang - Tahu tak.. ESOK NAK RAYA DAH!
Kaizo - Itu aku tahu.. jadi, kenapa?
Fang - Abang tak nak ke beli baju raya untuk adik?
Kaizo - Baju raya tahun lepas kau masih ada lagi
Fang - Itu bukan baju raya! ITU JUBAH RAYA YANG ADA CORAK BUNGA-BUNGA!
Kaizo - Pakai ajelah yang tu
Fang - ABANG! ADIK NAK BAJU MELAYU WARNA PURPLE! BUKAN JUBAH UNTUK BUDAK-BUDAK PEREMPUAN!
Kaizo - Hmmm... yelah yelah, nanti kita pergi beli baju raya untuk kau
Fang - Abang tak nak baju raya ke?
Kaizo - Abang dah beli 3 minggu lepas
Fang - APA!
Kaizo - Kau tak dengar ke.. ABANG DAH BELI 3 MINGGU LEPAS
Fang - KENAPA ABANG TAK AJAK ADIK! ABANG SAJA NAK BUAT ADIK MARAH!
Kaizo - Abang dah ajak kau, tapi kau yang tak nak
Fang - Bila?
Kaizo - Masa tu kau tengah buat kerja sekolah sambil makan donut lobak merah. Abang tanya kau nak tak keluar dengan abang, kau jawab tak nak sebab kau nak berdating dengan donut lobak merah kau
Fang - ERK!
Kaizo - Sudah! Jangan nak menjerit-jerit dekat telinga abang.. kejap lagi kita pergi beli baju raya kau. Itu pun kalau ada lagi
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada hari raya, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying datang beraya di rumah Fang dan Kaizo
Boboiboy - Selamat hari raya abang Kaizo.. selamat hari raya Fang
Fang - Selamat hari raya korang! Masuklah... makanlah kuih raya yang aku buat! Pasti sedap.. tapi pastikan kau rasa biskut raya yang abang aku buat.. hehehe
Fang menjemput kawan-kawan dia duduk di ruang tamu untuk menjamu selera. Kaizo terus masuk ke dalam dapur untuk sediakan hidangan mereka pada hari itu. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tergelak melihat belakang baju Kaizo. Fang hanya tersenyum sinis sahaja
Boboiboy - Ini mesti kau yang buatkan
Fang - Sudah tentu.. hehehe... dia beli baju raya aku last minit, jadi aku akan kenakan dia dengan kenakalan aku! Muahahaahaha!
Yaya - Kau ni Fang, tak habis-habis nak kenakan abang kau tapi... comel pulak gambar yang kau pergi letak tu. Macam mana kau boleh letak gambar tu tanpa abang kau sedar?
Fang - Senang aje.. aku tahu kalau time dia pakai baju tu, mesti dia akan sedar punya. Jadi aku terpaksalah letak gambar tu sewaktu dia sudah pakai baju raya dia tu. Masa tu aku pura-puralah cakap ada sesuatu dekat belakang tu. Time tulah aku letak gambar abang Kassim dekat baju dia tu.. muahahahahaa! Langsung dia tak sedar sampai sekarang!
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying gelengkan kepala sahaja. Kaizo pula, dia masih tidak tahu kenapa sehari suntuk orang-orang yang datang beraya rumah dia, panggil dia abang Kassim. Gambar di belakang baju Kaizo adalah gambar abang Kassim sedang mengenyit mata secara comel. Bagaimana mereka tahu tentang penyamaran dia? Adakah ini salah satu kenakalan adiknya? Tidak mengapa, fikir Kaizo. Dia teruskan sahaja dan berlakon menjadi abang Kassim pada hari raya pertama. Hari raya kedua nanti, tahulah apa yang bakal tiba nanti. Latihan tempur di kapal angkasa selama 12 jam.. nasib kaulah Fang xD hehehehe...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat Hari Raya Semua!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top