Bagaimana?

Bagaimana kalau episode 3 terakhir Boboiboy, berlainan daripada episode originalnya.. mari kita saksikan bersama si Fang yang banyak sangat mulut, tak reti nak duduk diam

-------------------------------------------------------------------

Forward ke episode 25..

Fang - Kapten, kenapa tak tunggu aku?

Kaizo - Aku dapat rasakan kau akan perlukan lebih masa. Kau belum tahu lagi siapa pemilik jam-jam kuasa tu

Fang - Tapi Kapten

Kaizo - Aku akan datang semula bila tiba masanya nanti

Fang - Tapi Kapten nak aku tinggal dekat bumi dengan tiadanya rumah? KAPTEN NAK SAYA MEREMPAT KE? *Fang terus mengamuk dekat situ" Kalau yea pun, bagilah aku duit untuk beli rumah, beli baju, beli makanan dan minuman nanti.. takdelah aku merempat dekat tepi jalan! ABANG MEMANG SUKA SANGAT BULI ADIK, LEPAS TU TINGGALKAN ADIK SORANG-SORANG! WHY ABANG WHY! Apakah kesalahan ku terhadap abang ku kapten ku yang terlajak macho ni

Berkerut-kerut dahi Kaizo. Lalu dia bangun dari tempat duduknya

Lahap - Kapten nak pergi mana?

Kaizo - Aku nak pergi uruskan si Pang tu.. banyak bunyi pulak budak ni

Lahap - Oh, baguslah tu Kapten nak pergi belikan dia rumah. Selesalah dia nanti

Kaizo - Bukan, aku cuma nak pergi kejar dan belasah dia puas-puas.. itu sahaja

Lahap - ERKK! *Lahap menepuk dahinya sendiri*

----------------------------------------------------------------------

Rewind ke episode 24

Kaizo - Beritahu nama sebenar kau Fang

Gopal - Kau tipu nama kau!

Fang - Nama aku bukan Fang.. ta-tapi Pang.. Prebet Pang

Ying - Haiyaa.. kalau nak menyamar pun, janganlah nama nak dekat-dekat sama

Fang - JANGAN NAK SALAHKAN AKU PULAK! Ini semua salah kapten aku.. dia ni suka-suka aje nak panggil aku Pang dari dulu sampai sekarang! Nama betul aku memang Fang pun! Tapi Kapten aku ni, suka sangat nak buli aku

Kaizo - HABIS TU! KAU NAK SALAHKAN AKU JUGA! SEPATUTNYA, KAU YANG PATUT DIPERSALAHKAN. Masa kecik-kecik dulu, kau juga yang tak reti nak sebut nama sendiri. Pang Pang Pang.. selamat aku tak lempang kau

Fang - Lempanglah kalau berani.. lempang dekat pipi adik ni.. biar bagi merah menyala macam mata abang tu

Berkerut-kerut dahi Kaizo

Kaizo - Kau ni memang nak betul-betul nak kena dari aku! PEDANG TENAGA!

Terus Fang lari dari situ sebab abang dia sudah mula mengamuk tak tentu pasal

Gopal - Adeh.. ini sudah menjadi cerita lain.. memang terbalik

Boboiboy - Tahu takpe.. terbalik *pengsan Boboiboy*

-------------------------------------------------------------------------------

Kaizo - Hahahaa.. mustahil, Pang akan ikut semua arahan aku!

Gopal - Hah! Itu rahsia dia Boboiboy. Dia dah kena rasuk, serang Kapten Kaizo tu

Boboiboy - Baik! Boboiboy Halilintar! TETAKAN HALILINTAR!

Tetapi Fang bukannya nak selamatkan kapten dia. Fang hanya biarkan sahaja Kaptennya terkena renjatan pedang Halilintar dari Boboiboy Halilintar. Berasap-asaplah Kaizo dan dia mula hendak mengamuk balik

Kaizo - PANGG! APASAL KAU TAK SELAMATKAN KAPTEN KAU SENDIRI?

Fang - Dah kata abang tu kapten yang terkuat di seluruh galaxy. Jadi adik biarkan ajelah.. lagipun abang memang patut kena balasannya sebab tinggalkan adik dekat planet sorang-sorang. Dia orang aje yang jadi teman adik, tahu tak!

Kaizo - PANGGGGGGG! MARI SINI KAU! DARI TADI KAU ASYIK NAK CARI PASAL DENGAN AKU AJE! MACAM MANA AKU TAK SAKIT KEPALA DENGAN PERANGAI KAU NI!

Berlakulah lagi sesi Kaizo mengamuk tak tentu pasal

----------------------------------------------------------------------------

Kaizo - Kau dah lupa siapa aku, kau dah lupa siapa yang jaga kau selama ni

Fang - Aku mana ada lupa, yang lupanya ialah kapten aku sendiri! Abang selalu pandang adik seperti prebet sahaja, bukan seperti adik abang sendiri *Fang mula berdrama di situ* Walaupun adik memandang tinggi terhadap abang tapi abang sanggup buat adik ni seperti kuli abang. Oh abang ku yang terlajak handsome, hentikanlah dengan kekejaman abang terhadap adik mu yang lemah ini. Adik masih kecik lagi *Terus Fang buat muka comel yang sedang bersedihan itu* Abang tak rasa kasihan ke dengan adik mu ini?

Berkerut-kerut dahi Kaizo. Terus tak jadi nak hukum Fang sebab makin lama, makin sakit kepala dia. Terus dia suruh Lahap urut kepala dia

Gopal - Haih, dah kena gari pun sempat lagi nak buat drama si Fang ni

Boboiboy, Yaya dan Ying - Tahu takpe

---------------------------------------------------------------------

Kaizo - Serahkan kuasa kau sekali. Kau tak layak gunakan dua kuasa sekali gus

Fang - Tapi kapten pun tak layak juga guna dua kuasa. Helmet abang tu, apa cerita? Kita kenalah adilkan, adik serahkan jam kuasa ni, abang tanggalkan helmet abang tu. Baru adil!

Kaizo menarik nafas sebab hati dia sudah mula berapi-api dengan adiknya sendiri

Kaizo - KAU NI SUDAH KENAPA? SELALUNYA KAU IKUT SAHAJA ARAHAN DARI AKU! INI TIDAK, MENJAWAP AJE KERJA KAU! APA YANG KAWAN-KAWAN KAU SUDAH BUAT DEKAT DIRI KAU! PEDANG TENAGA!

Berlakulah lagi sesi Kaizo mengamuk tak tentu pasal untuk kali ke 3

Lahap - Aduh, boleh hancur kapal angkasa kapten aku ni *Lahap menghantuk-hantuk kepalanya di dinding kapal angkasa berkali-kali*

---------------------------------------------------------------------------

Kaizo - Tapi sebelum tu.. Pang perlu membuat keputusan

Fang - Keputusan?

Kaizo - Ya, kau kena pilih samada nak sertai kawan-kawan kau atau ikut-

Fang - YAHOOOOOO! SUDAH TENTU AKU NAK SERTAI KAWAN-KAWAN AKU DARIPADA IKUT KAPTEN AKU YANG TERLAJAK GANAS! *meloncat-loncat Fang dekat medan latihan tempur. Dia siap berguling-guling lagi sebab terlampau gembira sangat* TAK PERLULAH AKU KENA LATIHAN TEMPUR TIAP-TIAP HARI! LEPAS NI BOLEHLAH ENJOY SEPUAS-PUASNYA DEKAT BUMI! YAHOOOO!

Dahi Kaizo sudah berkerut-kerut, dia sudah menggenggamkan tangannya dan hati dia sudah membara seperti mahu meletup bila-bila masa sahaja

Kaizo - PANGGGG! CANCEL! KAU IKUT AKU PULANG SAHAJA! TAK PAYAH NAK BERANGAN YANG KAU DAPAT DUDUK DEKAT BUMI!

Fang - KENAPA PULAK? ABANG YANG SURUH ADIK BUAT KEPUTUSAN! JADI ADIK NAK DUDUK DEKAT BUMI DENGAN KAWAN-KAWAN ADIK!

Kaizo - TAK PAYAH! IKUT ABANG PULANG!

Fang - TAK NAK! *Terus Fang menjelir lidahnya kepada Kaizo*

Kaizo - KAU NI MEMANG NAK KENA! PEDANG TENAGA!

Kaizo mengamuk lagi sekali buat kali ke 4. Lahap cepat-cepat menghantar pulang Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying ke bumi sebelum mereka terkena keamukan dari kaptennya. Lahap pun sudah pening dengan dua adik beradik alien. Lalu dia pengsan dekat dalam kapal angkasa

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top