Arnab dan Itik
Pada suatu hari, di rumah Fang dan Kaizo
Kaizo - KENAPA ADA BANYAK SANGAT ARNAB DEKAT RUMAH AKU NI?
Boboiboy - Ma-maaf abang Kaizo.. si Fang tu nak uji abang Kaizo
Kaizo - Uji apa?
Gopal - Dia suruh abang Kaizo teka yang mana satu arnab yang betul
Kaizo - Maksud kau?
Gopal - Fang telah menukarkan diri dia menjadi seekor arnab dengan bantuan dari Emmy, dan dia menyuruh abang Kaizo meneka yang mana satu adik abang Kaizo yang sebenarnya
Kaizo - Oh begitu, kenapa dia nak uji aku?
Yaya - Sebab dia nak tahu sebanyak mana kasih sayang abang Kaizo kepada dia
Kaizo - Aku sudah berikan dia macam-macam, bermanja dengan aku, gaduh dengan aku, ketuk kepala dia, buat kepala aku pening, suka sangat berkawan dengan si pelik tu, suka bagi aku makan benda yang pelik-pelik, buli dia dalam bermacam-macam cara, bagi dia hukuman latihan tempur dan paling penting sekali, guna kad kredit aku tanpa pengetahuian aku. Itu pun masih lagi tak cukup kasih sayang dari aku?
Ying - Hehehee... dia tu memang macam tu.. suka sangat bagi idea yang pelik-pelik dan nakal maaa tapi idea dia semuanya tak masuk akal
Kaizo - Hmm.. baiklah, aku akan teka mana satu adik aku yang sebenarnya tapi kenapa ada sesat seekor landak di sini?
Lalu Boboiboy mengangkat landak itu dan masukkan ke dalam sangkar. Lily si itik suka pula diri dia di kelilingi dengan arnab tapi yang paling seronoknya, kesemua arnab itu telah diikatkan sebuah ribbon pink di telinganya. Kaizo masuk ke dalam dapur sebentar dan 10 minit kemudian, dia keluar dengan sebuah mangkuk yang penuh dengan potongan lobak merah
Kaizo - Baiklah, aku mahu berseronok dulu.. siapa mahu lobak merah ni?
Semua arnab tersenyum dengan mata bersinar-sinar mereka sambil melihat lobak merah itu di tangan Kaizo. Semuanya angkat tangan kanan
Boboiboy - Hehehe.. comel pula tengok
Kaizo - Bagus.. semua nak yea.. beratur cepat kalau nak
Arnab-arnab itu beratur dengan sukanya, termasuklah Fang sekali. Kaizo berikan satu per satu lobak merah itu kepada arnab-arnab tersebut
Boboiboy - Pelik betul aku, arnab-arnab ni pandai pula dengar cakap abang Kaizo tapi salah satu daripadanya mestilah dengar cakap sebab arnab itu adalah Fang
Gopal - Tahu takpe, Boboiboy. Ini mesti si Fang sudah latih arnab-arnab yang lain supaya dengar cakap abang Kaizo
Yaya - Tapi comel pula tengok arnab ni beratur tadi.. hehehee
Ying - Yolah yolah.. aku pun rasa geram, rasa macam mahu peluk aje
Tiba-tiba salah satu arnab minta satu lagi lobak merah daripada Kaizo
Kaizo - Hmmm... ini bukan adik aku
Boboiboy - Aik, macam mana abang Kaizo tahu?
Kaizo - Kerana arnab tu takde bau lobak merah.. aku sudah tahu mana satu dia
Mata Kaizo melihat arnab-arnab itu sehinggalah mata dia terjatuh kepada salah satu arnab yang ada di celah-celah kerusi. Arnab itu sedang makan secara sopan bukan gelojoh. Kaizo mengangkat kening sebelah dan lalu dia pegang kedua telinga panjang arnab itu. Dia angkat arnab itu yang sudah tersenyum lebar
Fang - YEAHHH! ABANG DAPAT MENEKA YANG MANA SATU ADIK ABANG YANG TERCOMEL NI!
Kaizo - Comel konon.. kau takde benda lain ke nak buat?
Fang - Takde abang ku sayang.. adik buat macam ni, sebab adik nak tahu.. sejauh mana abang mengenali diri adik yang kadang-kadang separuh tak betul ni.. adik sungguh terharu
Kaizo - Macam-macam betul kau ni.. baiklah, abang akan tunjukkan kasih sayang aku kepada kau
Fang - Abang nak buat apa? *Fang tersenyum lebar dan berharapkan sesuatu yang indah daripada abang dia*
Kaizo - Aku nak kurungkan kau dalam sangkar landak ni.. bermalamlah kau dengan landak ni.. kalau kau sayangkan abang, kau tak kan merungut sepanjang malam
Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying menelan ludah kerana duri-duri di belakang badan landak itu memang tajam. Fang tersenyum takut kepada abang dia
Fang - Adik akan buat apa sahaja untuk tunjukkan kasih sayang adik kepada abang ku!
Kaizo - Bagus
Terus Kaizo masukkan adiknya di dalam sangkar landak. Dia kunci sangkar itu sekali. Fang takut pula melihat landak itu. Dia duduk di tepi sangkar untuk jauhkan diri dia daripada duri-duri tajam itu
Yaya - Abang Kaizo tak patut buli Fang dengan cara begitu. Itu namanya seksa adik sendiri
Fang - Betul tu abang! Abang dengarlah kata Yaya yang bijaksana.. dia ni memang terlalu sayangkan haiwan dan tumbuhan di dunia ini dan juga di planet lain. Abang janganlah seksa adik abang yang comel ini *Fang terus buat muka anak kucing dia yang comel itu*
Kaizo - Kau tu arnab bukannya anak kucing *Fang tukar dan buat muka arnab yang comel* Yelah yelah.. aku akan kurungkan kau di tempat lain
Fang - Janganlah kurungkan adik wahai abang ku terlajak baik
Kaizo - Hmm... kurungkan kau dekat dalam sangkar itik pun ok juga
Lily si itik - QUACK QUACK QUACK QUACK!
Fang - Betul kata itik tu, dia pun tak nak kongsi sangkar dia dengan adik
Kaizo - Banyak bunyi pulak si arnab ni
Lalu Kaizo keluarkan Fang dari sangkar landak itu. Lily si itik rasa teruja pula melihat arnab itu telah pun dikeluarkan dari sangkar. Di dalam pemikirannya sudah merancangkan sesuatu
Kaizo - Nasib kau begitu baik sekali, Pang. Jadi abang benarkan kau bermalam dengan kucing-kucing kita dan juga si itik tu
Fang - Terima kasih abang ku yang terlajak macho!
Kaizo - Sekarang... BAWAK KELUAR ARNAB YANG LAIN NI!
Terus Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying bawa keluar kesemua arnab-arnab keluar dari rumah Fang dan Kaizo. Tinggal lah Fang seorang sahaja yang arnab di dalam rumah itu
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Kaizo terkejut melihat ruang tamu rumahnya penuh dengan bulu-bulu itik. Mata dia pandang ke arah seekor arnab sedang nyenyak tidur di atas cushion sofa. Badan arnab itu penuh dengan bulu-bulu itik tetapi Lily si itik tidak kelihatan di ruang tamu itu
Kaizo - PANGGGG!
Fang - YEA ABANG! *Fang bangun dengan serta merta*
Kaizo - APA KAU SUDAH BUAT DENGAN ITIK TU?
Fang - Erk?! Mana ada adik buat apa-apa dengan Lily si itik tu. Yang adik tahu, malam semalam adik tengok TV dengan Shadow, Pikachu dan si itik tu. Lepas tu adik tidur dekat sini seorang diri. Yang 3 ekor tu, dia orang pergi tidur dekat dapur
Kaizo - Betul ke ni? Kau ni bukannya boleh percaya sangat kalau dalam hal-hal kenakalan
Lalu Lily si itik keluar dari bawah meja dan jalan terhuyung-hayang seperti orang mabuk
Lily si itik - Quack quack quack quack quack *Kepak dia tuding ke arah Fang*
Kaizo - Jadi, ini memang kerja kau tapi tak nak mengaku pula
Kaizo angkat arnab itu dan lalu dia kurungkan adiknya di dalam sangkar
Kaizo - Duduklah kau dalam sangkar tu! Abang akan keluarkan kau selepas sahaja abang habis jalani latihan tempur. FAHAM!
Fang - Tapi... ini bukan salah adik...
Kaizo abaikan sahaja, dia terus keluar dari rumah dan biarkan Fang di dalam sangkar dengan mukanya sedih. Lalu dia menarik telinga arnab dia sebab terlampau sedih sangat. Lily si itik berjalan ke sangkar Fang
Lily si Itik - QUACK QUACK QUACK QUACK.. QUACK QUACK QUACK!
Fang - APA! KAU YANG RANCANG SEMUA INI? JAGA KAU LILY!
Fang mengamuk di dalam sangkar itu dan Lily si itik pula, ketawa seperti orang gila di luar sangkar itu. Shadow dan Pikachu hanya gelengkan kepala sahaja kerana Lily si itik telah bertukar menjadi Evil Duck
Lily si itik - QUACK QUACK QUACK QUACK QUACK! (HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAAA)
Fang - Apalah nasib aku dapat itik yang tak betul ni.. UWAAAAAAAAAAAAAA!
Pada malam itu, selepas sahaja Fang sudah pulih daripada menjadi seekor arnab. Dia telah pun bersiap sedia tempat untuk BBQ. Dia akan panggang si itik itu dan akan gelak sepuas-puasnya tetapi apakah dayanya apabila Kaizo dapat tahu rancangan adiknya. Kepala Fang di ketuk dengan periuk dan itik itu terselamat daripada kena panggang oleh Fang
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top