Abang Kassim

Pada suatu hari, di halaman rumah Fang dan Kaizo

Fang - Beratur semua.. beratur semua.. jangan nak berebut. Aku akan pastikan semua rumah korang akan dicuci oleh abang Kassim

Lily - Jangan lupa suruh abang Kassim cuci rumah Lily hari sabtu ni

Fang - Tiada masalah

Gopal - Rumah aku hari ahad nanti

Fang - Ok.. lagi, lagi, siapa lagi?

Boboiboy - Amboi kau, mengambil kesempatan yea

Fang - Hehehe... biasalah. Aku dan kenakalan aku untuk kenakan abang... MUAHAAHAHAHAHAHAA!

Yaya - Tak baik tau kau kenakan abang kau

Fang - Kalau dia kenakan aku, boleh pulak

Yaya - Hmm.. itu aku tak boleh nak kata apa

Ying - Haiyaa.. biarkan ajelah dia tu, nanti mesti kena hukuman dari abang dia sendiri

Boboiboy - Tahu takpe, Ying

Fang - Kalau korang tak nak, takpe.. aku tak kisah pun.. Rizu nak abang Kassim cuci rumah Rizu ke?

Rizu - Ermmm... nak! Tapi Pizu ada satu syarat untuk abang Kassim, abang Paizo tak boleh jadi abang Paizo semasa dia cuci rumah Pizu. Abang Paizo kena jadi abang Kassim yang lebih ceria dan tak garang macam abang Paizo!

Fang - Boleh boleh.. bisa diatur.. hehehee... tak lama lagi, bisnes cuci abang Kassim akan menjadi maju! MUAHAHAHAHAHAA!

Fang, Gopal, Lily dan Rizu - Cuci Suci, 5 kali dapat satu free *siap menari lagi* HIDUP ABANG KASSIM! HIDUP ABANG KASSIM!

Boboiboy, Yaya, Ying - ERK! ABANG KASSIM! Eh silap.. ABANG KAIZO!

Kaizo - KORANG SEMUA MEMPERSENDAKAN PENYAMARAN AKU! SETIAP SEORANG AKAN TERIMA HUKUMAN DARIPADA AKU!

Boboiboy, Gopal. Yaya, Ying, Lily dan Rizu - LARI! ABANG KASSIM MENGAMUK!

Fang - Isk abang ni.. abang Kassim mana pernah mengamuk, Kapten Kaizo aje yang jenis suka mengamuk tak tentu pasal. Abang Kassim tu ceria, pandai bersosial dan pandai cuci kapal lanun-lanun jahat

Kaizo - Kau nak kena hukuman latihan tempur daripada aku ke?

Fang - Ermm.. tak nak. Adik cuma nak abang Kassim jalankan tugas cuci hari ini. Rumah pertama kini pada hari ini adalah rumah Bella. Dia cakap kena cuci satu rumah sebelum ibu bapa dia balik

Kaizo - Ada juga nak kena dengan aku ni... eh Lynna

Lynna terus ketawa kerana setiap kali dia nampak muka Kaizo, dia akan teringat balik detik-detik penyamaran Kaizo sebagai Kassim

Kaizo - Kenapa kau gelak?

Lynna - Sebab.. sebab.. hehehee... abang Kassim.. hehehee... ma-maaf Kassim, eh silap.. maksud aku, maafkan aku, Kaizo

Kaizo - Kau pun sama... LAHAP! AMBIK AKU DEKAT SINI! AKU NAK PINDAH KE PLANET LAIN!

Fang - Ala abang.. janganlah lari, siapa nak cuci rumah pelanggan abang ni?

Kaizo - Kau sendiri sahaja yang buat. Kau tu kan suka sangat dengan kebersihan. Sampai rumah kita tiada satu habuk pun

Fang - Betul juga tu. Jadi adik akan gantikan tempat abang Kassim! ADIK AKAN MEWARISI KECUCIAN ABANG KASSIM! MUAHAHAHAHAHAHAA! DAN AKU AKAN MENJADI POPULAR!

Kaizo dan Lynna hanya pandang sahaja si Fang tergelak bersendirian di halaman rumah itu. Tak habis-habis dengan populariti dia, bisik di hati Kaizo dan Lynna. Hehehee...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bertahun-tahun kemudian, anak kepada Kaizo iaitu Rifqi sedang menonton Youtube bersama adik kecilnya yang bernama Lily (Kaizo masih lagi rasa bengang kerana anak kedua dia bernama Lily)

Rifqi - WAH! Ayah dulu-dulu buat iklanlah.. adik Lily nak tengok?

Lily - Pipi.. pipi..

Rifqi - Kita tengok sama-sama ok.. abang Qiqi mainkan iklan ni

Kaizo di youtube - Abang nak basuh kapal ke? Murah je bang! Saya ada package istimewa! Cuci sampai suci! Siap basuh, polish dan vaccum luar dalam! CUCI SUCI 5 KALI, DAPAT 1 KALI FREE

Rifqi - WAH! HEBATNYA AYAH! QIQI SUKA! QIQI SUKA!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa jam kemudian, Kaizo pulang ke rumah. Orang pertama yang dia nampak adalah Rifqi berpakaian seperti lanun

Kaizo - Qiqi, kenapa pakaian kau macam lanun?

Rifqi - Hehehee... ayah nak tahu ke?

Kaizo - Kau main lanun-lanun ke tadi?

Rifqi - Tak!

Kaizo - Habis tu?

Rifqi - CUCI SUCI 5 KALI! DAPAT 1 KALI FREE! CUCI SUCI 5 KALI! DAPAT 1 KALI FREE!

Muka Kaizo terus berubah

Kaizo - Ke-kenapa PENYAMARAN AKU YANG DULU MENGHANTUI DIRI KU SAMPAI SEKARANG! TIDAKKKKKKK!

Lynna - Qiqi, jom makan dengan ibu

Rifqi - Kenapa dengan ayah tu, ibu?

Lynna - Dia ada masalah yang tidak dapat dielakkan

Lynna dan Rifqi tinggalkan Kaizo bersendirian di ruang tamu yang kini sedang menghantuk kepalanya di dinding. Hehehehe..

-------------------------------------------------------------------------

Hehehe xD popular betul si abang Kassim ni

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top