BIDAN KAMPUNG
Cerita kali ini berlatar belakangkan tahun 60-an.. Cerita ini saya dengar dari Nenek saya, saya,membesar di bawah jagaan nenek saya, almaklumlah mak busy,bapak dah xde, dia kata cerita ni kisah betul yang jadi kat kampung atuk saya dulu, kampung atuk saya ni kat kota Gelanggi, entah betul entah tidak Allah je la yg tahu, nama2 dan watak2 diubah untuk kesesuaian cerita.
Salam baru berpindah semula ke kampungnya, kali ini dia membawa pulang bersamanya seorang isteri yang dinikahinya di Singapura.
Lantas apabila siti mula berbadan dua , dan kepayahan hidup di kota membuatkan salam mengajak Siti untuk tinggal bersamanya di kampung, sekurangnya di kampung boleh survive , di samping kerja2 kampung, makanan mudah dapat, nak ikan boleh gi memukat, nak sayur , boleh tanam keliling rumah.
Lagipun Salam terfikir, memandangkan adik2 nya semua ada kehidupan sendiri merantau, siapa lah lagi nak diharapkan untuk menjaga rumah pusaka Arwah orang tuanya.
Maka selepas berkira2 dan dipersetujui oleh siti, Salam dan Siti pun berangkat pulang ke Kampung nya.
Suasana rumah pusaka nya takdelah teruk sangat, cuma adalah semak samun yang menebal di sekeliling rumah, lantas Salam bersama beberapa orang sahabatnya bergotong royong membersihkan kawasan sekeliling rumah, sudah berapa lama dia tidak pulang, selepas kematian Arwah ibunya 6 tahun dahulu baru kali ni lah Salam pulang malahan kali ini dia bertekad hidup mati biarlah di kampung.
Perabot rumah semuanya lengkap, siti ibarat cuci kaki je masuk rumahnya kali ni, hampir sebulan di sana Siti mula bergaul rapat dengan tetangganya terutama sekali dengan jirannya Esah.
Salam pula mula membuat kerja2 kampung,di samping memukat ikan dan mengambil upah menebas.
Pada suatu malam Salam pulang ketika senja selepas memukat dan dia tanpa sengaja mengikut laluan di depan Rumah Bidan Limah, bidan kampung itu, dapat dilihatnya Bidan limah sedang duduk di tangga rumah sambil melihat orang lalu lalang di depan rumahnya.
Salam memerhatikan saja Bidan tua itu lalu menegurnya, Bidan Limah hanya tersengih2 memandangnya.
Cukuplah 9 bulan kandungan siti dan pada malam itu siti siap untuk melahirkan anaknya, Salam mengetuk pintu rumah Esah dan tidak semena2 pintunya dibuka, Salam meminta Esah tolong menjaga Siti sementera dia pergi mencari Bidan Limah.
Lagipun sudah pukul 2 pagi, klinik kampung pun sudah ditutup, option yang ada hanya Bidan tua itu, ahh, biarkanlah, aku dulu lahir pun dia yang sambut, hidup je aku, fikir Salam.
Salam menunggang basikal dengan tergesa2 , dan.setibanya dia di rumah bidan limah dia melihat rumah bidan limah gelap gelita dan nampak usang seperti sudah lama ditinggalkan jauh berbeza dari waktu dia melalui rumah bidan tua itu.
Ketika Salam tercengang dan mati akal ketika itulah dia ditegur oleh Bidan Limah, walau agak terkejut dia sebenarnya berasa lega kerana ada jugak.bidan yang nak menyambut anaknya.
Salam membawa bidan limah naik basikal bersamanya dan sesampainya dia di rumah dia melihat Esah sedang menunggunya.
Bidan limah yang baru sampai segera mengarahkan Salam keluar untuk membelikannya tawas dan garam juga mencarikannya daun pisang buat menyambut bayi.
Salam yang sedang huru hara dan kelam kelibut segera keluar tanpa memikirkan tentang sesuatu yang pelik , logik lah kan malam2 macam tu kat kawasan kampung era 60an mana ada kedai bukak.
Tapi Salam tak kira sesampainya dia di kedai pak ali dia terus mengetuk rumah Pak Ali hampir2 roboh pintu rumah pak Ali, Pak Ali segera keluar.
"pak ali, tolong pak ali, siti nak beranak dah kat rumah tu, ni nak mintak tolong pak ali nak beli barang Bidan Limah suruh beli" kata Salam dalam kelam kabutnya.
Beristighfar panjang pak ali mendengar nama Bidan Limah dia segera menarik tangan salam dan mencapai kunci motornya dan salam yang sedikit terpinga2 hanya mengikut seperti orang dungu.
Yerla mana tak datang dungunya, dia nak beli barang tapi lain pulak yang orang tua ni buat.
Sesampainya di rumah Pak Ali terus melompat dari motor dan secara tergesa2 masuk ke rumah salam.
Betullah agakannya, sesampainya dia di pintu dia melihat satu pemandangan mengerikan, Salam yang melihat juga hampir pitam bila melihat isterinya Siti sudah kaku tidak bernyawa lagi malah perutnya kempis dan isi perutnya sampai terkeluar dikerjakan oleh Bidan Limah dan Esah (jelmaan) , anaknya pula dimamah habis tak tinggal sisa kecuali serpihan2 tulang bekas dijamah oleh syaitan.
-------------------
Sebenarnya Bidan Limah tu dah mati 5 tahun lepas, tapi salam tak tahu sebab dah lama tak jejak kampung, orang kampung pulak dah tahu tapi sebab salam tak bertanya dorang pun tak cakap apa2, lagipun sebab zaman waktu tu.kerajaan da letak bidan konvensional kat situ, Bidan Limah ni ada membela, yang selalu duduk kat tangga rumah dia tu belaan dia lah, orang kampung banyak dah tahu sebab tu ramai taknak lalu depan rumah dia lepas senja. Kebetulan pulak belaan dia dah lama tak makan, si salam ni pulak boleh bagi siti kat belaan tu memang teruk lah jadinya.
Tentang Esah pulak, Pak Ali bagitahu yang si Salam ni mana ada jiran, lagipun Esah satu keluarga ni dah lama tak balik kampung , sebab Saka arwah ayah dia menuntut untuk waris, so selama ni Esah tu pun bukan orang duk tunggu.kesempatan nak kerjakan siti. Malanglah nasib si siti dikerjakan sekali serentak dua hantu lapar.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top