BAB 9 ZEROES
Zack POV
"Jadi yang serang rumah aku haritu Puak Freesia? "
Soalku sambil berpeluk tubuh dibawah sebuah pokok. Ren yang duduk bersila mengangguk. Dah dekat 4 hari aku bagi Takumi stay dekat rumah keluarga aku. Ren pun setuju kalau Takumi tinggal dengan aku. Takumi sendiri yang cerita dekat aku siapa dia dan Ren Hirioshi yang sebenar. Tapi tak lah semua dia cerita. 50-50 aje.
Tak sangka rupanya memang ada musuh yang sedang perhatikan kami. Kemungkinan kumpulan itu ialah Dark Knife yang dikatakan oleh Zarf dulu dan diketuai oleh Serigala bernama Zeroes. Zeroes seekor serigala yang dah bawak banyak bencana dekat dunia Galaxiesia dan salah satu penyebab kematian keluarga Takumi. Shit, aku tak tahu pun Takumi ada kisah sedih even dia happy aje selalu.
"Jadi sekarang Freesia dengan Dark Knife bergabung untuk dapatkan Ayfa? "
"Bukan Ayfa aje. Takumi juga. "
"Maksud kau? "
"Takumi daripada dunia lain Zack. Diorang tahu kebolehan dan kelebihan yang ada pada dia. Kalau kuasa Takumi dirampas, bukan sahaja dia akan powerless tapi nyawa dia juga akan terancam. Dalam erti kata lain, maut menanti."
Serius kata-kata Ren ketika itu. Tergamam bercampur terkejut membuatkan aku mengeluh kasar. Belakang kepala aku hantukkan di pokok itu. Stress! Satu demi satu masalah timbul!
"Kau janganlah risau. Buat masa ni aku tak rasa apa-apa pergerakan mereka. "
"Itu lagi buat aku takut. Kau tahukan senyap lagi merbahaya? "
"Tahu. "
Ikut hati nak aje aku luku si Ren ni. Dah tahu, kenapa muka tenang aje? Tak risau ke dia dekat Takumi?
"Anyway, Zarf ada apa-apa perkembangan?"soal Ren tetiba. Aku diam sejenak. Zarf dan Mira pun,dah sedia maklum fasal Takumi dengan Ren ni. Jadi tak lah teruk sangat urusan aku.
"Dia kata nanti dia datang. Mira pun. "
"Hurmm.. "
Kemudian kesunyian menyapa. Aku tak tahulah, tapi kalau dengan Ren sunyi tu tak janggal langsung. Pelik, tapi nyata. Perlahan-lahan badan aku jatuh kebawah dan terduduk. Angin yang menium lembut menenangkan hati yang rawang. Ren juga seperti sedang merehatkan minda. Lama aku merenung lelaki itu.
Demon hah..
"Ayfa!! "
Sebelum sempat aku membuka mulut, Laungan Takumi menyentakkan aku dan Ren. Tersenyum kami berdua melihat telatah Takumi dan Ayfa. Sejak rapat ni, ada aje benda budak berdua tu nak buat.
"Ala-ala. Kucing ni baiklah Takumi. Tengok? " Ayfa mengangkat kucing parsi yang berbulu putih keatas. Pipi kucing itu dicium-cium. Takumi yang melihat pula sudah pucat. Ren cakap Takumi ni ada masalah sikit dengan kucing, katakanya trauma dari zaman kanak-kanak lagi.
"Tak! Kucing tak baik! Takumi musuh kucing! Kucing pun musuh Takumi!! "
"Tapi kucing comel apa? "
"Ren lagi comel. "
Membulat mata Ren apabila namanya dipetik. Haila budak Takumi ni. Memetang Ren baik gila dengan kau, boleh pulak dia petik-petik? Hahaha. Ayfa menoleh kearah Ren seketika sebelum memandang kucingnya kembali. Pipi dikembung tak puas hati.
"Reon lagi comel lah! "
Ayfa juga tak mahu mengalah. Haaii.. macam budak-budak!
"Tak, Ren lagi comel! "
"Reonlah!"
"Ren! "
"Reon! "
"Ren! "
"Reon! "
Hahaha, sudahnya dua-dua bertekak dekat tengah panas. Haish, kalau burn kulit tu nanti memang aku sekeh-sekeh aje kepala dua ekor tu.
"What a troublesome. " keluh Ren.
***
Somewhere
Seorang lelaki memasuki pekarangan Istana hitam. Hoodie hitamnya menutupi seluruh wajah. Dia tersenyum sinis kearah Istana yang gah itu.
"Tch. "
Suara berdecih disebelahnya membuatkan dia menoleh.
"Kau kenapa? "
"Apahal kau ajak aku hah? Kau tahu tak aku sepatutnya berada di Puak Aster? " soal lelaki itu seraya menurunkan hoodie miliknya. Rambut hitamnya digayakan side part. Mata hitamnya berkilau dibawah cahaya bulan. Mulutnya pula ditutup untuk menyorokkan wajah. Lelaki berhoodie pula mengeluh.
"Itu aje kut. Kau ni kecohlah! Dah Tuan Zeroes yang suruh panggil kau, aku pun ikut ajelah. "
Selamba lelaki berhoodie membalas. Si Rambut hitam mengeluh lalu menyambung langkahnya untuk masuk diikuti rakanya.
"Chill lah. Kau tahu kan kita tak boleh ingkar Arahan tuan? "
"Do i care?"
Si hoodie hanya mampu tersenyum kelat. Setelah berjalan hampir setengah Jam barulah mereka tiba di sebuah bilik. Meja yang panjang berbentuk bujur mampu dipenuhi sebanyak 10 orang. Di bahagian tengah meja itu, seorang lelaki berambut hitam sedang elok menongkat pipi. Matanya tajam bersama aura yang sengaja dilepaskan. 2 orang lelaki itu menunduk hormat sebelum mengambil tempat masing-masing.
Jika dicampur, jumlah mereka yang berada di dalam bilik itu sebanyak 6 orang termasuk sang ketua.
"Semua dah ada Tuan. " bisik seorang butler kepada sang ketua yang menongkat pipi. Dia menjeling butler itu seketika sebelum berdehem.
"Semua dah ada hah? " soalnya serius. Mereka dibilik itu mengangguk.
"Aku tahu korang semua terkejut dengan perjumpaan ini. Tapi aku ada tugas yang penting untuk diberi. By hook or by crook, i want this job settle. Got it? "
Mata merahnya menyala garang. Semua yang melihat tertunduk takut kecuali lelaki berhoodie.
"Apa yang tuan mahukan? " soal lelaki berhoodie. Tidak terkesan dengan pandangan garang ketuanya.
"Aku mahu kau orang serang mereka berdua."
Sebuah skrin besar dibelakangnya menyala lalu memaparkan 2 wajah susuk tubuh. Dibawah gambar tersebut tertulis nama mereka.
AYFA AYANA
TAKUMI VALDEMAR
"Kalau gagal? " soalnya lagi.
"Mati yang akan datang kepada kau orang."
Tegas Zeroes menutur kata. Sebelah mata yang jelas parut panjangnya menyala hitam terang. Penuh dengan kegelapan dan kekejaman. Lelaki berhoodie tidak pula berkata apa-apa.
"Aku bagi tempoh selama sebulan."
Sebaik sahaja tutur katanya tamat, kesemua mereka berdiri dan melutut. Zeroes sekali lagi melepaskan auranya dan sekelilingnya retak dan merekah.
"Jangan paksa aku jadi malaikat maut. Berambus! "
Tak membantah, laju mereka meninggalkan bilik mesyuarat itu. Lelaki berhoodie sahaja yang teguh ditempatnya.
"Apa yang menganggu kau Black? "
"Kenapa tuan terlalu obsess dengan musang dan vampire itu? " soal Black.
"Aku? Obsess dengan mereka? Soalan kau yang salah Black. "
"Apa? "
"Kenapa aku obsess dengan kuasa mereka?itu soalan yang kau patut tanya. "
Black hanya diam. Zeroes tersenyum sinis. Dia berjalan menghampiri Black dan mengelilingi lelaki itu. Mata merahnya bercahaya bagaikan mahu Black tunduk kepadanya tetapi hampa, Black hanya tenang dan berdiri teguh.
"And your answer is? "
"Heh, kau memang sesuatu. "
Zeroes berhenti mengelilingi Black. Kini dia betul-betul berada dihadapan lelaki itu.
"Kepuasan! Aku mahukan kepuasan! Kau tahu, orang selalu cakap yang kita kadang kala tak cukup jika hanya ada satu. Jadi aku mahukan lebih kuasa! Aku nak hancurkan Dunia Galaxies ni! Galaxiesia? Huh, aku tak tahu apa yang jadi. Tapi dunia itu juga sudah musnah."
"Dan kau mahu dunia ini terima nasib yang sama? " cantas Black. Zeroes tersenyum sinis.
"Tepat sekali. "
Black terdiam. Tak lama kemudian dia hanya menunduk hormat lalu beredar. Zeroes hanya tersenyum penuh makna.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top