BAB 7 GIVE TAIGA TO ME
Zack POV
"Jangan risau, dia hanya pengsan sahaja. "
Aku dan Ayfa menarik nafas lega. Ucapan terima kasih diberi kepada doctor. Ayfa menemani doctor wanita itu keluar daripada bilik aku. Sebaik sahaja kelibat mereka hilang, terus aku memandang wajah yang nyenyak tidur diatas katil aku. Tak fasal-fasal aku ponteng kuliah harini.
Pelik betul mamat ni. Boleh pulak dia pengsan dekat kawasan makmal. Yang lagi hairan, macan mana kucing Uni tu boleh elok menempel dengan mamat ni? Dah lah kucing tu anti lelaki. Dengan aku pun dia suka gigit-gigit dekat kaki. Selamat aku tak makan dia aje.
"Hurmm.. "
Nak sedar ke?
"Urgh.. huh? "
Sah dah sedar!
Aku pun dengan baik hatinya menghampiri dia. Badanya aku bantu untuk bersandar di kepala katil tanpa menghiraukan si dia yang terkebil-kebil. Okay lah aku tolong kau, daripada aku cakap 'Dah blah! Ini katil aku! '. Tak ke naya kau nanti?
"Kau jangan banyak tanya. Kau pengsan tadi. Ini bilik aku. "
Dingin sahaja aku menutur kata. Aku tahu mesti dia nak tanya aku dekat mana, lepas tu apa jadi. Biasalah, cliche kan? Baik aku jawab dulu. Yelah bukan nak belagak,tapi tak main arh ayat-ayat cliche ni. Eceh kau, jatuh hati dekat best friend sendiri tak cliche pulak? Hat tui!
"Oh. "
"Oh aje? " soalku bengang. Aku punyalah bawak dia ke sini dengan tambahan aku ponteng kelasnya. Dia boleh kata OH aje?! Eh, lepas tu boleh pulak kau tayang muka innocent? Halamak, ini yang mengundang marah!
"Err.. Tha-Thanks, i guess. "
Okay tak jadi nak marah. Lahai, lembutnya. Jambu ke ni?
"Tak baiklah buli dia. "
Aku dan lelaki itu menoleh kearah Ayfa yang mendulang 3 cawan kecil dan 1 jag oren. Aku mencebik tanda tak puas hati. Mana ada aku buli dia!
"Muka awak tu garang sangat. Cuba lembutkan sikit. "
Ayfa mencuit pipi ku seperti kanak-kanak. Kemudian dia ketawa kecil dengan muka masam aku. Muka aku garang aje, bukan muka hantu ke jembalang. Bak kata orang, tak apa bodoh, janji kacak. Mesti ramai nak punya! hahaha. Eh kau Zack, nanti Ayfa si angel dalam hati nak letak mana? Kongsi? Hah, mati dulu baru aku kasi!
"Errmm.. nama awak apa? "
Lelaki itu tersentak sebelum menoleh kearah Ayfa. Tersengih-sengih dia memandang wajah Ayfa. Aik mamat ni, jangan sampai aku pengsan kan kau pulak. Kalau aku buat nanti, kemungkinan tak sedarkan diri untuk selama-lamanya sikit aje. 99%.
"Ta-Taiga. "
"Ouh, nama saya Ayfa Ayana. Ini pulak Zachary Rose. Hati-hati sikit dengan dia. Kuat menggigit. " sempat jugak rupanya nak kutuk aku.
"Daripada puak apa? " soalku pula, masih kedengaran tegas dan garang. Ayfa mencubit peha aku sehingga aku berdecih.
"Sakitlah, Aku tanya kut! "
"Tanya baik-baik boleh kan? Tak payahlah tegas sangat! "
"Biarlah! Nanti dia tipu, dah satu hal. At least bagilah takut sikit. "
"Tak ada-tak ada. Kalau nak tanya, tanya elok-elok. Kalau tak, saya campak awak keluar tingkap! "
"Eh, campaklah. Nanti malam aku campak kau atas katil, nak? "
"ZACK! "
Aku buat tak tahu sahaja dengan muka bengang Ayfa. Fikir aku takut kalau dia ugut? Badan pun kecik ketot, ada hati nak campak aku yang tegap lagi sasa. Ahaha.. tak sedar diri jugak minah ni kekadang. Eii.. kenapalah comel sangat perangai?
"Eii! Bencilah cakap dengan awak! "
"Bencilah sangat, malam-malam duk mengigau cari aku. Sian aku kena pergi rumah kau,pastu dodoi-dodoikan kau. Lahai manja. "
Muka Ayfa berubah tona. Haha, nak aje aku terkam musang comel ni ! Nak lawan Zachary Rose, Kaki lawan no satu! Ingat senang aku nak mengalah? Heh, mimpilah!
"Apa-apa jelah! " terus Ayfa beredar. Sempat dia memijak tangan aku. Tak, masalah sekarang en, dia siap hentak lagi tu! Mak ai! Sakit bodoh!
"AYFA AYANA!! "
"BLUEWWKK!!! PADAN MUKA!! "
Dia ni memanglah. Nak sangat aku terkam ke macam mana? Dah lama aku tak guna kuasa dominan aku ni. Karang aku guna, tak fasal-fasal merajuk minah tu. Dia tu bukan suka diarah. Suka ikut kepala otak aje! Geram aku kadang-kadang dengan dia ni.
"Kau sayang dia ke? " soal Taiga tetiba. Aku mengangkat sebelah kening. Pahal nak tahu?
"Kalau aku kata ya pun kenapa? "
"Cute. Both of you really cute as a couple."
Dia tergelak kecil sebelum terbatuk. Cepat-cepat aku mengusap belakang badan dia. Tulah, bercakap time minum. Inilah bahananya.
"You think so? "
Sekali lagi Taiga mengangguk. Well, aku rasa aku dah mula suka dia. Tak salah kut aku nak bela. Kut lah dia tak ada sesiapa en, boleh aku ajak dia duduk sekali. Gasaklah Law nak kata apa, ni rumah keluarga aku! Ikut suka hati aku ahh nak ajak siapa duk sini. Mama dengan papa pun bukan mengesah sangat. Asal budaknya baik aje, diorang on.
"Aku harap kau jaga dia baik-baik. "
"Of course, dude. Anyway kau nak tinggal sini?"
"Huh? "
"Kotlah kau tak ada keluarga, boleh aje kalau kau nak stay. "
Aku perasan raut wajah Taiga berubah. Kepala ditunduk kebawah sebelum diangkat dengan senyuman kelat.
"Keluarga aku memang dah mati. "
"Oh, err sorry. " balas ku serba salah. Belakang leher aku garu. Ok ini janggal.
"Tak apa, aku still ada seseorang yang boleh dikatakan family aku. Jadi terima kasih sebab ajak, tapi aku kena tolak. I can't leave him alone. "
"It's okay. Aku tak kisah. "
Taiga tersenyum manis. Aku membalas senyuman itu lalu bangkit untuk keluar. Sempat aku meramas kasar rambut hitam Taiga.
"Okay budak. Aku ada dekat bawah dengan Ayfa, kalau nak apa-apa cakap aje. "
"Ok. "
Terus aku menutup pintu.
***
Someone POV
"Keluarlah Ren, aku tahu kau dekat sini. "
Perlahan-lahan aku keluar daripada tempat persembunyian. Taiga seperti biasa tersenyum gembira. Exited sangat mamat ni. Aku datang sini pun sebab risaukan dia. Tapi, terharu jugaklah dengan ayat jiwang dia tadi
".. i can't leave him alone. "
Perhh, simple tapi memberi impak yang besar kepada aku. Buatkan aku tak terasa sunyi. Yelahkan, daripada kecik aku membesar sendiri. Ibubapa aku pun, aku tak kenal. Apatah lagi Puak aku. Okay aku memang tak ada puak sejak lahir. Dah mampus gamaknya.
"Tak sangka kau rindukan aku . " Takumi ketawa kecil. Aku memeluk tubuh dan bersandar di pintu. Kepala ditoleh kearah lain dengan mata tertutup.
"Tak ada masa lah nak rindukan kau. Aku datang pun sebab aku nak pastikan kau selamat. "
"Sudah tentu aku selamat. Kau tahu kan diorang ni baik? "
"Kita tak tahu, mungkin mereka pisau dalam lipatan ? Hah? Dah tahu, baru nak menyesal tak guna bro. "
"Yelah. " perlahan suara Taiga ketika itu. Aku mengerut dahi seraya berjalan kearah dia. Telapak tangan aku tekup didahi dia. Mak ai, panas siaa..
"Kau demamlah Taiga. Asal tak kasi tahu? "Soal aku geram. Dia ni pandai tau nak sorokkan suhu badan dia. Tahu tak aku ni cepat risau?
"Maaflah. "
"Hurm.. "
Aku membantu dia baring semula. Taiga ketawa. Apa yang lawakpun aku tak tahu. Dia ni bukan boleh, kekadang otak biul sikit.
"Tidur. Nanti aku datang bawak ubat." Arahku tegas. Taiga pula hanya akur dan menutup mata. Belum sempat pun aku bangkit, bunyi kaca pecah menyentakan kami berdua.
laju Taiga bangkit lalu berlalu ke aras bawah. damn! aku tak sempat halang dia pun!Dengan gelabahnya aku cuba mengejar Taiga. Tak sempatpun aku keluar bilik, aku terkejut apabila seekor serigala hitam muncul dimuka pintu. Tak, bukan seekor. Lima ekor?!
'Blah lah! Kau tahu tak Taiga tu demam?! '
Jelas serigala-serigala itu terkejut apabila aku berkata-kata dalam fikiran mereka. Tetapi tak jugak berganjak. Okay kalau dulu aku nak buat sup kucing, hari ni aku nak buat sup serigala! Arhh!! Inilah sebab kenapa aku benci serigala! Degil!
"BLAH LAH! "
"GRRRR!! "
Membulat mata aku apabila salah seekor daripadanya menyerang aku! Okay fine, kau yang mintak malaikat maut tarik nyawa kau malam ni!
Mata emas ku bernyala terang! Warna rambut aku juga berubah merah semuanya dan 2 tanduk muncul atas kepala.
Kasar yang kau mintak, mati yang kau dapat!
Nak tengok sangat kan Naga mengamuk?!
***
Zack POV
"AYFA! "
Jeritku apabila Ayfa hampir diterkam oleh serigala hitam. Nak tercabut jantung aku tadi! Kalau bukan Taiga yang muncul, mesti serigala tu dah gigit leher Ayfa yang dalam bentuk musang dia.
"GRRR!! "
"GRRAAAA!! "
Sakit bodoh! Serigala depan aku ni memang nak mati gamaknya! Dahlah pecah masuk rumah aku, lepas tu boleh pulak serang-serang. Ingat aku ni lemah ke hah?! Nak tengok sangat ke Serigala Bersayap lawan macam mana?!
"AUUU!!! "
"GGRRR...!! "
Padan muka! Sekarang kau rasalah macam mana kena gigit! Aku tanpa belas kasihan, menekan gigitan di pangkal leher serigala hitam itu. Melolong-lolong dia meminta tolong. Tapi seorang pun tak datang, kalau datang memang mati. Sebab aku libas-libaskan sayap aku hahaha. Ni satu kebolehan sayap aku, sayap aku ni boleh lah dikatakan sebagai pisau kalau aku dalam mood tempur. Serius tajam! Aku tahu ni pun bila aku berlatih dengan papa hari tu. Habis gaklah badan dia time tu, sebab kena sayap aku aje. Parut pun ada!
Kemudian, apabila serigala itu tidak melawan aku melepaskan gigitan. Jatuh, mati. Aku pula hanya memandang sepi. Serigala yang masih mengelilingi aku mula bergetar. Aku menyalakan mata merahku. Penuh dominan!
'KELUAR DARIPADA RUMAH AKU! '
Marahku penuh dengan marabahaya! Kesemua serigala itu mula lari meninggalkan rumah aku, tak kira Alpha atau Beta. Heh, bagus jugak en kalau kita lebih berkuasa daripada Alpha biasa. Boleh control otak diorang. Haha.
"TAIGA! "
BUUMMM!
Aku tergamam apabila susuk tubuh Taiga rebah. Laju kaki ku berlari kearah Ayfa dan Taiga. Ayfa menggoncangkan badan Taiga berulang kali tetapi lelaki itu tidak juga bangun. Nafas Taiga juga tidak teratur. Perlahan-lahan tangan serigala aku diletakan diatas dahi Taiga. Patutlah, dia demam rupanya.
"Dia okey ke Zack? "
"Demam. Letak dia atas badan aku."
Ayfa hanya mengikut tanpa bantahan. Perlahan-lahan tubuh Taiga diletakan diatas badan aku. Aku sabar menunggu. Iyalah, badan Ayfa tu kecik aje kalau nak dibandingkan dengan Taiga.
"ARRRGGHH!! "
Pantas aku berdiri dihadapan Ayfa. Serigala aku mula berbunyi garang. Sial lah! Aku dah suruh semua blah, tapi asal ada lagi ni? Cih!
"Za-Zack.. "
"Duduk belakang aku Ayfa.. "
Sayap aku mengembang besar. Cukup untuk melindungi Ayfa dan Taiga.
"Jangan risau. Anjing-anjing tu dah mampus aku kerjakan. "
Satu suara yang menyapa menyentakkan aku dan Ayfa.
"Belakang. "
Hampir ternganga aku dibuatnya apabila seorang lelaki yang elok diselimuti darah berpeluk tubuh di dinding. Tangan kananya yang penuh dengan darah dijilat. Jelas 2 taring tajam di sebalik bibirnya. Rambutnya putih tetapi mempunyai 2 belang merah.
"Aku dah settlekan mahluk jahanam dekat bilik kau, jadi aku nak something sebagai balasan. "
"Apa? "
"Give Taiga to me."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top