BAB 6 KUCING

Rambut hitam Taiga beralun mengikut tiupan angin. Matanya memerhati University of Magic atau lebih tepat Ayfa Ayana. Lega dia melihat Ayfa baik-baik sahaja dengan Zack. Tetapi dia masih dapat merasakan aura kegelapan di sekolah itu. Rambut hitamnya diramas kasar.

"Kau dah jumpa mereka Ren? " soal Taiga kepada Ren yang diam seribu bahasa.

"Aku hanya dapat rasainya. Tapi aku tak dapat nak agak siapa. "

Taiga mengangguk faham. Nafas berat meniti dibibirnya. Badan disandarkan di pokok, tempat mereka memerhatikan Uni itu.

"Kalaulah Takeru hidup lagi, mesti dia tahu apa nak buat. "

Bisik Taiga sendirian. Sudah 2 tahun berlalu sejak puaknya musnah. Dan satu-satunya mahluk yang tahu kewujudanya hanya Ren. Fikiran dia mula melayang ke masa lampau. Masa dimana dia hilang segalanya.

"Kau kena pergi Taiga! Dunia kita dah tak selamat! "

Tubuh Taiga ditolak kasar oleh Takeru, Kembarnya. Sekeliling mereka semuanya hutan yang sudah terbakar. Tempat tinggal mereka musnah. Musnah kerana kerakusan dan ketamakan mahluk yang angkuh! Air mata Taiga mengalir tanpa dia sedari. Dia menggeleng kepala. Tidak mahu!

"Abang Taiga! Pintu keluar dah dibuka! "

"Arghh!! "

"Abang! "

Aimy iaitu isteri kepada Takao menjerit lantang. Tubuh sang suami didekati begitu juga anak mereka, Taiga dan Takeru. Mereka dikeliling oleh mahluk-mahluk yang berwajah hodoh. Mahluk-mahluk itu juga cuba memusnahkan pintu keluar yang dibuka oleh salah seorang puak mereka.

"Taiga.. " panggil Takao yang cedera parah. Taiga mendekati lalu mengenggam erat tangan papanya.

"Kau kena pergi! Pergi daripada puak kita, kau kena cari Zeroes! Kalau tak, puak lain juga akan terima nasib yang sama! " Mata Taiga membulat apabila papanya sendiri menyuruhnya pergi. Air matanya mengalir tanpa henti. Kepala digeleng.

"Taiga nak tinggal dengan papa, dengan mama.. Takeru dan Maya .. "

"Abang.. " sentuhan dibahunya membuatkan Taiga mengangkat kepala. Wajah adik perempuanya menyapa mata.

"Kalau abang sayangkan kami, tolong. Tolong pergi. Abang masih boleh selamatkan dunia lain. " lembut tutur kata Maya. Tanpa diduga dia mengusap kedua belah pipi abangnya lalu satu kucupan hinggap didahi lelaki itu. Mata Taiga sekali lagi membulat.

"I love you brother. I love you so much. So please, go. Go and protect yourself."

Maya menjauhi abangnya. Dia berpaling lalu darah naik ke udara dan membentuk senjata.

"I trust you. "

ZZAAAPP!!!

ZZZRRAANGG!!

"MAYA!!! "

Gugur jantungnya apabila Maya bertarung. Kecederaan adiknya juga semakin teruk.

"Cepat Taiga.. "

Arah Takeo yang ingin berdiri kembali. Darah dimulutnya dikesat. Lukanya juga mula hilang sebaik sahaja minum darah isterinya.

"Taiga anak yang baik kan? "

Kini giliran ibunya pula. Jelas wajah ibunya sedikit pucat dan luka-luka mula bermaharaja. Hati Taiga tergores.

"Taiga.. "

Kedua belah tangan anaknya ditarik. Rantai yang selalu dipakainya dibuka lalu diserahkan kepada Taiga.

"Ini.. "

"Ini rantai yang ayah bagi kepada ibu dulu. Rantai ni boleh lindungi Taiga. Jadi pergi. Pergi selamatkan diri. "

"Ibu pula? "

Sedikit demi sedikit, seorang lelaki bernama Taiga mula hancur. Sinar mata yang selama ini penuh kegembiraan bertukar kelam. Aimy nampak, sangat jelas. Dia tersenyum manis untuk anak lelakinya.

"Ibu akan baik sahaja. Ayah sentiasa lindungi Ibu. " tutur Aimy sambil menoleh Kearah Takeo yang bersusah payah melawan dan melindunginya. Sama seperti dahulu. Kepalanya ditoleh kembali menghadap Taiga.

"Jadi, jangan risau ya? "

Taiga mengenggam erat rantai pemberian ibunya. Perlahan-lahan dia bangkit dan berpaling kebelakang. Aimy tersenyum apabila Taiga berlari kearah pintu keluar. Begitu juga Takeru, Takeo dan Maya.

"ARGHHHH!!!! "

Taiga membunuh mana-mana mahluk yang menghalang laluanya. Air mata yang mengalir tidak dapat diseka. Hatinya pilu dan pedih. Sebaik sahaja dia kakinya melangkah kekuar dia sempat berpaling kebelakang.

"I love you guys... " bisiknya. Bagaikan dapat mendengar bisikan itu, kesemua mereka tersenyum. Perkara terakhir yang Taiga nampak adalah kembarnya tersenyum. Tetapi..

.. Takeru ditikam daripada belakang dan darah membuak keluar.

Sejak hari tu, Taiga diburu mimpi ngeri. Pertemuanya dengan Ren sedikit sebanyak merawat hati yang lara. Dan dia berjanji akan buru Zeroes! Dia akan tuntut balik kematian keluarganya!

"Taiga.. "

Taiga tersentak daripada lamunan. Senyuman diukir kepada Ren yang kelihatan risau.

"Aku okay. Just teringatkan masa lampau."

"Bukan itu yang aku nak kata."

"Huh? "

"Tu. "

Dengan terkebil-kebilnya Taiga memandang kearah ribanya. Seekor mahluk berbulu elok bergesel diatasnya. Mata hitam yang bulat memanah mata merah Taiga. Ekor yang berbulu gebu bergerak kiri dan kanan.

"Meow..! "

"AAARRRRRRGHHHHHH!!!! "

***

"Bunyi apa tu? " soal Ayfa yang duduk ditepi tingkap. Zack juga mendengar tetapi sekadar mengangkat bahu.

"Entah. Dah lah, kemas barang tu. Sat lagi kelas Prof Leo. "

"Prof Leo?"

"Ha'ah. Tak salah aku Prof baru. "

Ayfa mengangguk faham. Dia kembali mengemas barang-barangnya. Sementara itu, Mira dan Zarf berpandangan antara satu sama lain. Mereka sedang menunggu Zack dan Ayfa di taman bunga. Terkejut mereka apabila mendengar suara jeritan seperti perempuan.

"Weh Zarf,ada ke perempuan jerit tapi garau-garau sikit?"

"Perempuan tu ada halkum kut. "

"Betul jugak."

Zarf dan Mira bertatapan seraya mengusap dagu dengan jari telunjuk.

"Abnormal ni.. "

Daripada jauh, Ren menekup mulut Taiga. Muka Taiga yang hendak nangis itu dipandang sepi. Selamat dia sempat menutup mulut Taiga sebelum jerita lelaki itu melerek.

"Kau ni, kucing pun nak takut ke? " marah Ren. Taiga dah mula sesak nafas apabil kucing itu mula mendekat. Ren yang memarahinya tidak dihiraukan

'Pergilah mahluk yang bernama kucing! Aku tak kacau kau pun! Shuuh! Shuuh! '

Taiga mula tak tentu arah apabila kucing itu berura-ura untuk menerkam kearahnya. Mata dia mula berpinar. Pada pandangan matanya, kucing itu berwajah hodoh. Tersenyum sehingga menampakan gigi taringnya. Dan menyebut 'makanan,makanan,makanan'.

"Meow..! meow.. ! "

Sedar-sedar sahaja kucing itu mendarat elok dimuka Taiga. Dan-dan badan Taiga mengeras, kejung. Ren yang menekup mulut Taiga mula hairan dengan gerak-geri lelaki itu. Dia mengalihkan tanganya perlahan-lahan.

"Taiga-"

BAMMM!!

Tak sempatpun dia menghabiskan ayat, tubuh Taiga elok mencium tanah. Mata Taiga berpinar-pinar manakala mulut berbuih putih. Hampir jatuh rahang Ren melihat ketakutan Taiga kepada kucing. Bapak sadis. Ren mengehela nafas berat sambil bercangkung didahan besar itu. Dia memandang bengang kucing yang gatal mendarat di atas muka rakanya.

"Kau suka lah kan tengok aku kena heret dia balik rumah? " soalnya bengang.

"Meow.. "

"Tak guna punya kucing. Dah shuh! "

"Meow.. "

Kucing itu pun melompat selamba lalu mendarat diatas Taiga. Membulat mata Ren apabila kucing itu bagaikan mengejek dia.

"Eh kucing ni, aku buat jadi sup kang.. "

Ren dah berura-ura mahu buat sup kucing hari ni, tetapi niatnya terbantut apabila Ayfa dan Zack berlari kearah Taiga yang pengsan. Ren dah mendengus lalu cepat-cepat menyorokkan diri. Kucing itu pula, elok bergesel di kaki Ayfa.

'Sekarang aku betul-betul nak buat sup kucing. ' kata hatinya.

Kemudian Ren mengeluh apabila Zack mendokong Taiga dibelakangnya. Sebaik sahaja dua susuk tubuh itu hilang, Ren terduduk dan tersandar di pokok itu.

"Satu lagi masalah! "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top