BAB 4 QUEEN
Sampai sahaja dirumah, terus Zack masuk kedalam biliknya. Baju yang basah dibuka lalu dicampak masuk kedalam bakul baju. Tuala digapai lalu kakinya masuk kebilik air. Badanya dah melekit! Segar sikit dirinya apabila pancutan air mengalir menuruni tubuhnya. Tak semena-mena memori ketika kecil menyapa minda. Tersengih-sengih Zack didalam bilik air itu.
10 tahun yang lepas.
"Weh Zack, mak aku suruh kita mandi." Tegur Ayfa dengan lagak pailang. Tahu sangat Zack dengan identiti Ayfa yang ini. Ayken,satu-satunya Identiti seperti lelaki dalam tubuh Ayfa.
"Urmm.. okay. Jom lah mandi. Badan aku pun dah peluh ni."
"Okay aku pergi tengok bilik air yang kosong."
Zack hanya membalas dengan anggukan. Dia bangkit daripada duduknya. Mainan dia dan Ayken yang bersepah disimpan didalam kotak semula. Kemudian Zack termenung sendiri.
"Kenapa semua budak tak nak kawan dengan Ayken? . Lagak aje macam mafia bawahan, tapi hati baik. " gumam Zack sambil merenung tupai diatas pokok yang berhampiran. Satu keluhan dilepaskan. Tak ada mood nak main aci kejar dengan tupai.
"Aku nak jugak tengok Ayken kawan dengan budak-budak yang lain. "
BBRAAMM!!
"ARGHH!! "
Satu jeritan menyentakkan Zack. Tak berlengah, kanak-kanak 10 tahun itu berlari masuk kedalam rumah 2 tingkat itu. Terkejut dia apabila melihat tangan Ayken berdarah dan kaca bersepah sana-sini. Raut mukanya jelas menahan kesakitan. Ada sedikit darah mengalir di dahi. Tak sampai sesaat, Ayken pengsan. Makin membulat mata Zack apabila melihat seekor serigala hitam elok berdiri tidak jauh daripada Ayken dengan riak wajah sinis. Mengelegak darah Zack ketika itu.
"LAW! "
Suara Zack yang memetir membuatkan semua di dalam rumah terkejut. Dek kerana marah, Zack berubah menjadi serigalanya lalu menerkam kearah Law. Law yang terkejut cuba melawan tetapi hampa, kerana tubuh badan Zack lebih besar daripadanya. Zack semakin mengganas, dia mencakar dan kadang-kala menggigit tubuh kecil Law.
"ZACHARY ROSE! "
Suara Puan Zayra, Ibu kepada Zack pula yang memetir. Tetapi tiada kesan langsung pada Zack. Zack yang hampir membenamkan taringnya pada leher Law, diangkat kasar oleh ayahnya Encik Lee. Dibalingnya Zack jauh daripada Law sehingga menghempas dinding. Zack mengerang sakit lalu menggeleng kepalanya untuk menghilangkan pening. Puan Ayra dan Encik Edwin terkejut melihat suasana di situ. Baru sekejap mereka keluar untuk membeli manisan, dan apa yang berlaku?
"Ayken! "
Tak menghiraukan sesiapa, terus Zack berubah menjadi manusia lalu mencempung tubuh genit Ayken. Dia berlari dengan linangan air mata kearah Puan Ayra dan Encik Edwin.
"Tolong bawak Ayken ke hospital! Ayken cedera! "
"Bawak dia masuk kedalam kereta Uncle. Law pun! "
"Tak payah! Dia yang buat Ayken macam ni! " bantah Zack keras. Matanya menyala merah darah menandakan bertapa marah dan bencinya dengan tindakan Law. Law teguk liur apabila melihat wajah benci abang angkatnya.
"Zack, kawal marah kamu. Kita bawak Law sekali ya? " pujuk Puan Ayra. Lembut wanita itu bertutur. Zack menunduk memandang Ayken.
'Ahh!! Baik pergi ajelah sekali dengan Law, kalau tak lagi lambat Ayken dapat rawatan! '
"Fine! Tapi cepatlah uncle, darah Ayken dah banyak keluar ni! Law pulak, naik dengan papa! "
Tak menunggu balasan, laju kaki Zack keluar daripada rumah, terhinjut bahu semua orang disitu apabila Zack menghempas pintu kuat.
***
"Huh? "
"Ayken? "
Ayken yang masih kabur penglihatanya memandang Zack lemah. Kepalanya elok tersandar di dada lelaki itu. Dia pula duduk diatas peha Zack. Wajah Zack juga kelihatan lega sedikit.
"Apa, jadi? " soal Ayken lemah. Kepala cuba dialih daripada terus bersandar, tetapi dihalang apabila tangan Zack menolaknya. Kembali tersandar didada kanak-kanak lelaki itu.
"Kau cedera. Kita nak pergi hospital ni. Kau janganlah banyak gerak, nanti darah keluar. "
"Aku okay aje."
Sekali lagi Ayken cuba mengalihkan kepala sekaligus cuba bangun. Tetapi sekali lagi dihalang Zack. Kali ni tangan Zack elok memeluk pinggang Ayken. Kepalanya disembamkan dibahu Ayken.
"Tolong.. tolong duduk aje dengan aku.. "
Ayken tergamam dengan permintaan Zack. Suara Zack ketika itu, betul-betul lirih dan lembut. Tanpa diduga, satu kucupan hinggap di pipi kananya. Zack tersenyum apabila Ayken kaku tetiba. Kepala diangkat lalu sengaja menyembamkan kepala Ayken didadany lagi.
"Tidur. Nanti sampai aku cepung kau. "
"Hurmm.. "
Itu sahaja yang dibalas Ayken. Mukanya merah dek malu dan suka. Gila tak malu, even dia identiti ala-ala lelaki, tetapi tubuhnya wanita! Milik Ayfa! Of course hormonenya seperti wanita juga.
Tetapi, perlahan-lahan bibir menguntum senyum dan matanya direhatkan. Zack tersenyum suka dengan wajah tenang Ayken.
"Amboi Zack, suka hati aje kiss my princess! "
Tegur Encik Edwin dengan gaya-gaya nak marah. Dia memandu kereta dengan cermat tetapi laju kerana mahu segera sampai. Zack dah terkebil-kebil sebelum wajahnya berubah tomato. Malu! Macam mana boleh lupa yang dalam kereta ni ada ibubapa Ayken? Puan Ayra tersenyum melihat wajah malu Zack.
"Ala, kiss pipi aje. Bukan kiss bibir dia uncle. Dah besar nanti kot baru dapat peluang kiss bibir." Selamba pula dia membalas. Tapi dalam hati rasa macam nak lari aje dengan Ayken. Malu!
"Banyak cantik! Pi cari lain! Sebuk aje nak Ayfa. "
"Tak nak! Zack nak Ayfa! Ayfa baik! "
"No! Ayfa Princess uncle! "
"Ohoho, tapi Ayfa Queen Zack! Ha, uncle jangan cakap Ayfa Queen uncle. Jealous aunty. "
"Dengar tu abang? Jealous saya nanti. "
"Dengan anak pun nak jealous ke? "
Memuncung mulut Encik Edwin apabila Zack tayang muka kemenangan. Puan Ayra pula ketawa melihat wajah tidak puas hati suaminya.
"Saya gurau ajelah."
Encik Edwin mengangguk sambil ketawa. Tahu. Tak semena, idea jahat datang dalam benak fikiran Zack . Hehehe..
"Uncle tengok ni! "
Encik Edwin melihat telatah Zack di pantulan cermin depan. Membulat matanya apabila Zack selamba mengucup bibir Ayfa.
"MY DAUGHTER FIRST KISS!!! "
***
BAAAMMM!!
"Ahhh!! Bapak, tak guna kau Zachary Rose!! "
Zack tak henti-henti menghentakan kepalanya di dinding. Mukanya malu seperti epal merah setiap kali teringatkan peristiwa itu. Macam mana dia boleh selamba badak mengucup dan mencuri ciuman sulung gadis itu? Serius, memang gila!
Dia masih ingat, bertapa riuhnya suasana kereta ketika itu. Sian Ayfa terjaga. Dahlah tak tahu apa-apa. Lagi-lagi tentang kepalanya. Sebaik sahaja mendapatkan rawatan, Law sendiri menceritakan segala-galanya pada gadis itu setelah 'dipaksa' olehnya. Law tak sengaja menolak-nolak Ayken sehingga melanggar pasu. Pasu yang diatas meja kecil tu pulak, jatuh terkena dahi Ayken lalu pecah ke bawah.
Ibubapa Zack tak habis-habis memohon maaf kepada ibubapa Ayfa. Tetapi mudah sahaja Ayfa memaafkan Law. Begitu juga Puan Ayra dan Encik Edwin. Huh, Law bertuah kerana dapat dimaafkan dengan mudah! Kalau ikut hatinya, pasti dia minta Law melutut!
Zack menghela nafas berat. Tak lama selepas itu dia keluar daripada bilik air. Dia hanya memakai tuala paras pinggang hingga lutut. Satu lagi tuala, mengelap rambut kelabunya yang basah. Setelah itu, badan direbahkan diatas katil. Smartphone digapai, lalu laju jari jemarinya menari diatas skrin. Aplikasi WhatsApp dibuka. Penuh messagenya daripada rakan-rakan. Dia tersengih apabila group yang hanya ada dia, Ayfa, Zarf dan Mirana sahaja sudah mencecah 100 message.
Mira
Weh mangkuk sekalian. Mengapa kalian tak datang hah? Aku dah berjanggut tunggu ni!
Zarf
Cukurlah janggut tu. Kau dahlah nampak macam atuk. Ni ada janggut, lagi teserlah!
Susahlah aku nak bezakan kau dengan atuk aku nanti. Haduiihh..
Mira
Taik kau! Nak mati ke hah?!
Zarf
Uuu.. takutnya😂
Miranda
😑💣
Me
Pebenda siaa. Chill lah. Tadi aku dengan Ayfa dah gi. Tapi tulah, ada masalah sikit. Yang tu balik.
Mira
Woi! Balik tak cakap! Aku yang mangsanya tunggu bawah hujanlah setan!
Me
Kau ni, cuba jaga sikit bahasa tu. Kau perempuan duhh.
Lagi satu, asal kau nak marah aje ni?
Zarf
Datang anak bulan🌚.
Mira
Memang aku bunuh kau nanti, Zarf.
Blah arhh! Malas layan korang!
Me
Sah datang anak bulan
Zarf
Ayee..
Zack tersenyum sedikit sebelum offline. Sempat dia berborak sedikit dengan Zarf. Tak lama kemudian matanya mula terlelap. Lena dia tidur. Letih sangat.
***
"Jadi, kau dah tahu cara nak balik ke sana? " soal lelaki berambut putih berjalur merah. Sekali lagi, dia diselembungi dengan kerundung yang menutupi hampir separuh wajah dan badanya.
Susuk tubuh dihadapanya membalas dengan senyuman kelat. Dia menggeleng. Rambut hitamnya beralun mengikut angin. Mulutnya berdarah. Bukan darahnya, tetapi milik mahluk lain. Taring jelas kelihatan disebalik bibirnya.
"Maaflah Ren, aku rasa aku akan lama di puak ni lagi. "
Dahi Ren berkerut tak mengerti.
"Maksud kau? "
"Ini baru permulaan, tapi apa yang aku boleh katakan.. "
Pandangan lelaki itu tertumpu pada bulan sabit yang merah. Dan warna merah itu hanya dapat dilihat olehnya.
".. kekejaman bakal berlaku. Orang yang menyebabkan aku hilang puak ini, mahukan Gadis itu. "
Kini mata merahnya menikam anak mata Ren. Mata Ren membulat sendiri. Dia menghela nafas berat.
"Queen of emotions. "
Lelaki dihadapan Ren tersenyum kelat. Dia merenung sekilas rumah yang berada tidak jauh daripada tempat dia dan Ren bersembunyi. Pandangannya redup aje.
"Taiga.. "
Taiga menoleh ke arah Ren semula. Faham dengan panggilan Ren, perlahan-lahan kaki diayun kearah jejaka itu. Kemudian mereka sama-sama hilang dalam kegelapan malam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top