BAB 3 LELAKI MISTERI

"Papa, akak keluar dengan Zack!" Laung Ayfa di muka pintu rumahnya. Pedang fencing miliknya disisipkan di bahagian pinggang.

"Jangan balik lambat sangat! " balas Encik Edwin yang berada di ruang makan bersama isterinya. Surat khabar dibaca manakala Puan Ayra elok mencuci pinggan.

Ayfa dengan gembiranya keluar daripada rumah. Wajah pertama yang dilihat membuatnya melompat kegembiraan.

"Zack! " terus dia berlari anak lalu memeluk leher jejaka itu. Lagak seperti pasangan kekasih yang terpisah berpuluh tahun dah! Zack yang sudah biasa dengan perangai Ayfa tersenyum membalas.

"Jom."

Dia berubah menjadi serigala bersayap lalu membiarkan Ayfa naik diatasnya. Sayap dilebarkan, bersiap sedia untuk terbang.

"Pegang kuat-kuat! "

"Ya! "

Dengar sahaja jawapan itu, sayapnya dikibas-kibas lalu mereka naik keudara dan terbang. Ayfa menyedut udara diangkasa. Nyaman aje. Kalau lah hidup seperti udara, kan mudah?

***

"Kau jangan memburu jauh-jauh. Kejap lagi Zarf dengan Mira datang. "

"Ok. "

Sebaik sahaja mendapat respond daripada Ayfa, laju sahaja Zack bertukar menjadi serigala lalu memecut masuk kedalam hutan. Ayfa pula tersengih sendiri. Dia meregangkan badan lalu memandang sekeliling. Jari telunjuk naik mengusap dagu.

"Tapi aku nak buru apa?"

Tiba-tiba semak yang berada tidak jauh daripadanya berbunyi. Ayfa yang terkejut melompat ke sisi. Liur diteguk payah.

'Zack ada cakap tak yang kalau aku diganggu mahluk halus harus menjerit nama dia? ' mula dah fikiran dia ke lain.

"Err.. ka-kau siapa? " tak tahu lah nak kategorikan soalan bodoh atau bernas. Ni padah kalau dok bilik tengok movie horror malam-malam. Sekali horror cari kau, tak ke jadi bodoh kejap?

Ayfa cuba menenangkan diri seraya berjalan kearah semak. Gasak ajelah! Kemudian, badanya mengeras tetiba. Teguk liur jugaklah dibuatnya. Sepasang mata emas bercahaya disebalik semak. Muka Ayfa pucat lesi apabila cahaya itu bagai memanggil-manggil dirinya.

"Berambus.. "

Tak bertangguh, terus Ayfa berubah menjadi musang dan mengayun langkah seribu apabila suara garau daripada semak itu berbunyi. Ayfa lari tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dia takut! Sangat takut! Entah macam mana, dunianya sekali lagi gelap.

***

Zack POV

"Grrr... "

Aku berbunyi geram kepada rusa yang daripada tadi melawan aku. Eii, sakitnya hati hanya tuhan yang mengetahui. Aku punyalah nak makan dia, dia boleh pulak main aci kejar! Lepas tu bila aku terkam, dia main tendang-tendang! Boleh tak kalau kau mampus senyap-senyap aje? Last-last duduk dalam perut aku aje kut!

TIK

Eh? Hujan? Tapi bukan tadi cerah ke? Terus aku mendongak ke atas. Awan yang tadinya cerah berubah hitam dan kelabu. Rusa tadi pun dah lari entah kemana. Aku berubah menjadi manusia kembali. Hujan yang tadinya rintik berubah lebat. Aku kenal hujan ni, ini bukan semula jadi.

"Ah Shit! "

Laju aku berlari kearah di mana aku berpisah dengan Ayfa. Tak guna! Sepatutnya daripada tadi aku ikut gerak hati tak tinggalkan dia! Bodohlah Zack!

***

"Hik.. hik.. Zack.. Hik.. Mama.. Hik.. Papa.. "

Ayrain menangis dan menangis. Dia takut! Kenapa dia boleh ada dekat hutan ni? Kenapa harus dia? Kenapa bukan Ayken? Dan banyak lagi yang persoalan yang bermain di minda Ayrain.

'Ayfa nanti janganlah buat Ayrain macam ni! Ayrain takut! '

BBBOOOMM!!

"Arghh!!"

Semakin lebat hujan turun. Guruh dan kilat juga sambar-menyambar. Ayrain berubah menjadi manusia lalu memeluk lututnya dan menangis teresak-esak.

"Kenapa.. Kau .. Menangis ?"

Soal satu suara menyentakkan Ayrain. Dengan getaran yang hebat, kepala diangkat melihat si penyoal. Hampir gugur jantung Ayrain apabila melihat susuk tubuh seorang lelaki bercangkung dihadapanya. Matanya berwarna emas. Rambutnya pula putih bersama dengan  dua jalur merah. Pakaianya juga hanya berjubah hitam dengan kerundung. Matanya dingin memandang dirinya.

"Ay-Ayrain takut.. Ay-Ayrain nak Za-Zack.. "

Tergagap-gagap Ayrain menjawab dalam gigilan. Dia tak tahu apa yang harus dibuat. Yang dia tahu hanya takut. Lelaki itu pula tidak sudah-sudah merenung dirinya macam nak tembus.

"Zack? Serigala bersayap tu?" soal lelaki misteri. Ayrain mengangguk. Sekali lagi lelaki itu merenung Ayrain atau lebih tepat gelangnya.

"Queen.. " katanya.

"Huh? " Ayrain terpinga-pinga dengan penyataan lelaki itu yang secara tiba-tiba.

"Kau tak tahu atau buat-buat tak tahu? "

"A-apa ya-yang awak ma-maksudkan? "

"Nanti kau akan tahu jugak .."

Tak semena-mena jubah yang dipakainya dibuka lalu diberi kepada Ayrain. Jubah itu cukup besar untuk membaluti seluruh tubuh Ayrain daripada hujan.

"Kalau kau demam, mesti pelindung kau naik gila. Nampak gaya pun macam ayah-ayah aje."

Selamba sahaja lelaki itu mengutuk. Ayrain pula mengerut dahi lalu mencubit lengan lelaki itu. Lelaki misteri meritih sakit dan memandang geram kearah Ayrain. Tangan digosok sakit. Kuat sia cubitan dia! Ayrain teguk liur dengan pandangan geram lelaki itu. Tetapi itu bukan salah dia! Tangan dia yang spontan naik mencubit!

"Jangalah kutuk Zack. Zack baik. Ayrain sayang Zack. " kata Ayrain dalam nada perlahan dan mendayu. Tak jadi terus lelaki itu untuk memarahi. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Dia bangkit daripada bercangkung. Kaki dibuka untuk pergi bersama tangan didalam poket.

"Aku tahu semua identiti kau sayang dia. " bisik lelaki itu tetapi dapat didengari oleh gadis itu. Terkebil-kebil Ayrain ketika itu.

'Macam mana dia tahu? '

Kemudian baru Ayrain tersedar. Pantas dia berdiri tetapi lelaki misteri itu terus hilang dalam kegelapan. Ayrain mengeluh kecewa.

"Sepatutnya Ayrain tanya nama dia.. "

"AYRAIN! "

Laungan kuat itu menyentakan Ayrain. Kali ni dia tidak teragak-agak untuk menoleh. Apabila kornea matanya menyapa susuk tubuh yang sedang termengah-mengah memegang lutut, air matanya mula bertakung. Jubah yang membaluti dirinya dicampak lalu kakinya berlari ke arah susuk tubuh itu.

"Zzzaaacckk!!! "

Ayrain melompat lalu memeluk lelaki itu. Badanya mula terhinjut-hinjut dek tangis. Kepala pula diusap-usap oleh Zack untuk menenangkan dirinya. Tak kesahlah orang kata dia cengeng sekalipun, dia nak Zack. Selama-lamanya dia mahukan Zack!

"Ssh.. dah-dah. "

"Zack.. Zack.. "

"Ya, Rain. Ya. Aku dekat sini. Sshh.. dah jangan takut okey? "

Zack membuka jaketnya lalu disarungkan kepada Ayrain. Gadis itu pula menerima tanpa bantahan. Perlahan-lahan Zack mencempung badan gadis genit itu. Ayrain pula memeluk leher Zack supaya tidak jatuh. Kepala disandarkan didada lelaki itu. Degupan jantung Zack menyapa telinga. Perlahan-lahan Ayrain diuli kantuk walaupun hanya mendengar bunyi jantung Zack.

"Zack.. "

"Hurmm..? "

Zack membalas tenang sambil berjalan keluar daripada hutan. Hujan yang membasahi diri tidak dihiraukan. Yang penting Ayrain selamat.

"Jangan tinggalkan kami.. "

Langkah Zack terhenti seketika. Wajah lena Ayrain ditatap penuh emosi. Bibir merah yang merekah sedikit sentiasa menjadi igauan. Bulu mata yang lentik menarik minat lelaki itu sejak dahulu. Hidung yang kecil dan juga pipi yang agak tembam. Zack ketawa sendiri. Polos sahaja gadis bernama Ayfa Ayana.

"Tak kiralah siapapun kau, aku tetap akan jadi pelindung setia. Because I'm your knight and you're my Queen. Forever. "

Satu kucupan hangat hinggap didahi Ayrain. Lama Zack mengucup dahi gadis itu. Penuh kasih sayang dan keikhlasan. Perlahan-lahan bibirnya dibawa jauh. Pipinya memerah sekejap.

'Kalau Ayfa keluar tetiba mesti kena bahan. Tapi lagi teruk Ayken, mampus aku dimakinya.'

Tak berlengah, Zack mempercepatkan lariannya kerumah. Hujan dah makin lebat.

***

"Betul kamu tak nak stay Zack? " soal Puan Ayra risau apabila anak muda itu basah dek hujan. Terkejut betul dirinya apabila Zack pulang bersama Ayfa yang nyenyak tidur. Zack hanya menggeleng kepala dengan sengihan.

"Ala sikit aje ni Aunty. Nanti bila Ayfa dah sedar Aunty call Zack tau? " pinta Zack. Perasaan risaunya masih berbaki. Puan Ayra hanya tersenyum lembut. Tahu bertapa pentingnya seorang Ayfa Ayana terhadap Zachary Rose.

"Ya nanti Aunty bagi tahu kamu. "

"Thanks Aunty! Kalau macam tu, Zack mintak diri dulu. "

"Haa.. yelah. Bawak superbike kamu tu elok-elok. "

Zack mengangguk lalu berjalan kearah superbike miliknya. Sengaja dia tinggalkan superbikenya di rumah Ayfa kalau dia malas mahu terbang balik ke rumah.

"Bye aunty! "

Laungnya, lalu pacuan 2 roda itu membelah jalan. Puan Ayra hanya melambai dan tersenyum. Suka dia melihat keihklasan Zack menyayangi Ayfa.

Daripada jauh, seorang lelaki berhoodie memerhati rumah Ayfa di atas pokok. Lelaki itu tersenyum sinis sambil mengigit sedikit epal merah ditangannya. Rambut hitamnya beralun mengikut tiupan angin.

"Interesting.. "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top