12(Special sikit xD)

"jagalah dirimu sebagai suatu amanah yang suci."
         
inilah antara salah satu ayat yang terkandung dalam khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.
         
kalau ikut sekarang ni, couple clash, couple clash, kadang tu sampai tak terkira berapa kali couple, berapa kali clash. sekarang ni bukan berapa kali couple clash kita nak cakap tapi apa yang kita nak cakap kat sini adakah bercouple itu masih dikatakan kita berpegang dengan khutbah di atas? tepuk dada tanya iman.
         
sebelum kita pergi lebih jauh, renungkan mukaddimah ini. diri kita ini tak boleh dibayar dengan duit, kerana apa? jawapannya mudah, kerana harganya tak mampu dihitung dengan duit kerana tersangatlah mahal. jadi jangan kita biarkan diri kita sampai boleh dihitung dengan duit.
         
biarlah, biarlah, biarlah kita dikata sombong kerana sukar untuk bercakap face to face dengan kaum lain. kerana apa? kerana apa yang kita cari sekarang adalah redha ALLAH bukan redha manusia.
         
motif haramkan couple? islam melarang untuk umatnya bercouple kerana diri kita adalah satu amanah yang suci yang telah diberikan oleh ALLAH. jadi islam nak kita jaga diri kita, islam nak jauhkan kita dari perkara-perkara yang buruk sebab itu islam haramkan bercouple.
         
jadi berbalik pada persoalan tadi, adakah bercouple itu masih dikatakan berpegang dengan khutbah di atas? jawapan sudah terang, nyata, dan jelas. jawapannya 'tidak´, kerana motif islam larang untuk kita bercouple adalah untuk kita jaga diri kita, tapi bila kita bercouple itu sudah dikira sebagai tidak menjaga diri.
         
berubahlah wahai anak muda, jangan terus leka. lontarkan selimut ilusimu dan bukalah mata hatimu dan lihatlah apa yang islam katakan. pandanglah dengan rahmat dan ubahlah dengan hikmah.berjuanglah hingga akhirat demi mendapatkan redha ILLAHI.

---

Setuju 😍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top