Selamat Tinggal

Pada ketika dahulu, semasa Kaizo dan Fang masih kecil lagi. Kehidupan mereka penuh dengan keceriaan dan kebahagian. Mereka sangat disayangi oleh kedua ibu bapa mereka. Walaupun Kaizo selalu mengusik Fang dengan mengejek Fang kerana dia tidak dapat menyebut namanya dengan betul tetapi dia sangat sayang dengan adik kecilnya itu. Sehingga membuatkan Fang betul-betul mempercayai bahawa nama betul dia Pang. Kedua ibu bapanya selalu melihat gelagat mereka yang begitu manja dan rapat sekali.

Tetapi semua itu tidak kekal lama. Ratu Lily telah menghancurkan semua kebahagian mereka. Sebelum Ibu Kaizo mati di tangan Ratu Lily, dia berpesan agar menjaga adik dia dengan baik, manakala ayah dia sempat memberi jam kuasa yang sudah lama dia miliki kepada Kaizo. Kaizo mendukung adiknya yang sedang nyenyak tidur dan selamatkan diri mereka daripada Ratu Lily. Fang tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas kedua bapanya. Kaizo sendiri tidak pernah cerita kepadanya. Kaizo tidak mahu adiknya sedih, jadi setiap kali Fang bertanya mana ibu bapa mereka, Kaizo hanya berdiam diri sahaja.

Semenjak kejadian itu, Kaizo berubah menjadi seseorang yang lebih tegas dan ganas. Itulah dia Kaizo yang penuh dengan keganasan tetapi semuanya untuk kebaikan adiknya. Setiap hari Kaizo tidak terhenti-henti berlatih dengan jam kuasa yang diberikan oleh ayahnya. Siang malam Fang asyik memerhatikan abangnya berlatih dan tiada masa lagi untuk bermain bersama. Fang rindukan abangnya yang dulu, setiap kali diajak bermain, abangnya menolak ajakan dia. Pada suatu hari, Fang sedang bermain-main dengan sphera kuasa yang dijumpainya. Pada masa yang sama, dia diperhatikan oleh alien jahat. Alien itu hanya inginkan kuasa dari sphera kuasa, lalu dia menyerang Fang dan Sphera kuasa. Kaizo sempat menyelamatkan adiknya tetapi malangnya sphera kuasa telah ditangkap oleh alien jahat.

Dari situ, Kaizo menyertai satu pasukan. Pasukan yang akan melindungi sphera kuasa daripada jatuh ke tangan yang salah. Dia juga dilatih sehingga mendapat pangkat kapten. Jadi, bermulal ah pengembaraan dia untuk pergi mencari dan melindungi sphera kuasa sampai lah dia bertemu dengan sebuah planet. Planet yang dimiliki oleh Ratu Lily. Mereka bertemu lagi tetapi kali ini dia telah bersedia dan akan mencari kedamaian untuk kedua ibu bapanya. Dia dan Lahap musnahkan semua kota-kota kegelapan Ratu Lily dan juga askar-askar kegelapannya. Ratu Lily sempat melarikan diri dan berjanji bahawa Kaizo akan menerima padahnya.

Fang yang sudah dalam belasan tahun, telah dihantar ke bumi untuk mencari dan merampas jam-jam kuasa. Fang sebenarnya tidak mahu menyertai misi ini tetapi dia takut dengan abangnya yang suka memberikan dia hukuman. Tetapi semua hukuman yang diterimanya adalah untuk kuatkan dirinya supaya tidak lemah. Fang terpaksa ikut sahaja kata-kata abangnya sehingga dia dipaksa ditinggalkan sorang-sorang di bumi. Fang keliru dengan keputusan abangnya tetapi pada masa yang sama, dia sangat sayangkan abangnya. Semenjak itu, Fang berasa sungguh sunyi. Dia tiada kawan untuk bermain, untuk bergelak ketawa dan dia juga tidak tahu macam mana hendak berkawan kerana abang dia tidak pernah ajar dia erti persahabatan.

Dari situlah dia berazam hendak menjadi popular. Mungkin dari situ dia akan mendapat kawan tapi malangnya, dia masih lagi tiada kawan. Fang boleh dikatakan sifat yang sombong dan kurang bersosial dengan kanak-kanak lain. Setiap hari di dalam kelas dia akan melihat di luar tingkap dan memandang ke arah langit kerana dia rindukan abangnya. Tetapi semuanya berubah semenjak Boboiboy telah berpindah sekolah ke Pulau Rintis. Mereka selalu bersaing pada awalnya dan Fang masih lagi dengan sifat yang sombongnya tetapi lama-kelamaan, Fang mulai berubah. Dari satu pengembaraan ke satu pengembaraan, mereka menjadi kawan. Walaupun mereka suka sangat pertelingkahan dan Fang yang suka sangat kacau Boboiboy, mereka tetap menganggap mereka adalah kawan. Maka dari situlah Fang belajar erti persahabatan antara dia, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying.

aaaaaaaaaaaa

Gopal, Yaya dan Ying mengejar Boboiboy dari belakang. Boboiboy yang tidak terhenti-henti mencari Fang seluruh Pulau Rintis. Dia tidak patut meninggalkan Fang sorang-sorang di situ tetapi pada masa yang sama, Kapten Kaizo dalam bahaya. Dia terpaksa meninggalkan Fang sebentar untuk menyelamatkan Kapten Kaizo. Malangnya Fang telah tertangkap oleh Ratu Lily.

Mereka hanya dapat menyelamatkan Fang hanya sekejap sahaja dan akhirnya Fang ditangkap balik. Boboiboy kelihatan begitu penat sekali tetapi dia tidak mahu mengalah. Dia akan selamatkan Fang dengan cara macam mana pun. Boboiboy berhenti seketika untuk mengambil nafas.

"Boboiboy, jangan begini. Jangan salahkan diri kau, kau tak buat salah. Cuma kau tak tahu yang Ratu Lily mengambil Fang balik"

"Tak Yaya, salah diri aku juga meninggalkan dia sorang-sorang. Kalaulah aku dengar cakap Kaizo, Fang mungkin sekarang ini bersama dengan kita. Aku tak mahu mengalah Yaya, aku tak mahu melihat Fang dalam keadaan sengsara lagi" Lalu Boboiboy teruskan berlari meninggalkan mereka.

"Macam mana sekarang nie Yaya. Kita sendiri tak boleh menasihati dia" kata Gopal

"Hmmm... entahlah tapi kita juga tidak boleh mengalah. Jom kita cari Kapten Kaizo dahulu, mungkin dia dapat kesan mana Fang dan Ratu Lily berada sekarang"

"Habis tue, kau nak tinggal si Boboiboy tue cari Fang sorang-sorang" kata Ying. Yaya sendiri tidak tahu hendak berfikir macam mana dah. Dia sudah keliru, pemikiran dia sudah bercelaru. "Aku tak tahu lah Ying tapi apa boleh buat kalau Boboiboy sendiri tak mahu dengar cakap kita"

"Tapi kalau kita pergi dekat Kaizo pun sama juga kan"

"Betul tue Gopal. Habis sekarang, apa perlu kita buat?" kata Ying. Yaya cuba memikirkan sesuatu tetapi tiada satu idea yang datang kepadanya.

"Hah! Kita minta bantuan daripada Ochobot" kata Gopal dengan tiba-tibanya. Yaya dan Ying setuju, dan terus pergi ke Ochobot yang berada di rumah bersama Tok Aba. (Boboiboy tak bagi Ochobot ikut, kena jaga rumah dan Tok Aba)

aaaaaaaaaaaa

Di sesuatu tempat yang sangat terpencil, Fang telah dibawa ke sini. Ratu Lily tidak dapat pergi ke guanya kerana dia tenaga dia hampir habis. Tetapi itu semua tidak penting, yang penting sekarang ini, Ratu Lily akan menyerap semua tenaga-tenaga yang ada di dalam badan Fang. Semenjak dari awal dulu lagi, dia dapat merasakan tenaga Fang begitu kuat sekali sama seperti abangnya.

"Apa kau nak dengan aku lagi?" jerit Fang yang dalam ketakutan. Hatinya sungguh berdebar-debar, mungkin dia dapat seksaan lagi dari Ratu Lily. Dia juga menyesal tidak dengar arahan dari abangnya dan memaksa Boboiboy jangan pisahkan dia daripada abangnya. Apa boleh buat, benda sudah terjadi.

"Aku cuma nak tenaga kau sahaja. Tenaga kau begitu berharga sekali. Dengan tenaga kau, aku boleh mengambil nyawa abang kau! hahaha!" Ratu Lily pelahan lahan mendekati Fang. Fang cuba untuk berdiri dan lari dari sini. Malangnya, kaki dia tidak membenarkan dia berdiri tetapi dia harus mencuba, kalau tidak, dia akan menjadi mangsa Ratu Lily tue.

Mungkin dia tak perlu lari, mungkin dia ada cara lain. Ya, dia mulai fikirkan sesuatu. Sesuatu yang membolehkan dia merampas jam kuasa dia balik. Tangan dia pelahan-lahan mencari sesuatu untuk menjadi sebagai senjata. Dia terjumpa sesuatu. Batu yang tidaklah begitu besar, dia menyorok batu itu disebalik badannya.

Ratu Lily semakin hampir, Fang pula memegang erat batu tersebut. Ratu Lily mengangkat tangan kanannya, dia mulai menyerap tenaga-tenaga Fang. Badan Fang semakin lama semakin lemah, dia perlu baling batu itu dengan segera, kalau tidak, dia akan pengsan. Fang kuatkan dirinya walaupun dirinya sudah lemah, dia membaling batu itu tepat ke arah kepala Ratu Lily.

Lalu Fang cuba berdiri, dia menjerit kerana kesakitan di kakinya tetapi akhirnya berdiri juga dan berlari dengan suka hati dan lalu menolak Ratu Lily jatuh ke tanah.

"Kau! Kau ingat kau kuat. TOLAKAN BAYANG" Fang ditolak dengan tolakan bayang. Fang tidak larat lagi untuk bergerak. Ratu Lily terus menyerap tenaga-tenaganya. "Hahaha! Tiada siapa akan selamatkan kau. Kau akan mati juga akhirnya nanti seperti IBU BAPA KAU! Ya, aku tahu abang kau tak pernah bagitahu kau di mana ibu bapa kau. Aku yang mengambil nyawa dia orang, aku yang membunuh kedua ibu bapa kau. HAHAHAHAHA!"

Mata Fang terbulat besar selepas mendengar kata-katanya itu. Ibu bapanya rupanya mati dibunuh oleh Ratu Lily. Selama ini abang aku cuba lindungi aku daripada perkara yang sebenar, fikir Fang. Tapi dia tahu kenapa abang dia buat begitu, dia tidak mahu Fang mempunyai perasaan dendam atau membuat dia sedih. Fang bukan begitu, Fang bukan orang yang berdendam.

Dia cuba untuk menghalang daripada tenaganya di ambil semua oleh Ratu Lily tapi apakah dayanya, matanya makin lama makin kabur dan akhirnya semuanya gelap.

Sedikit lagi tenaga-tenaga Fang hampir diambil semua oleh Ratu Lily tetapi akhirnya dia dihalang oleh Kapten Kaizo. "TOLAKAN TENAGA" Kaizo dengan begitu pantas mendukung adiknya yang tidak sedarkan diri dan lalu beredar dari situ.

"JAGA KAU KAIZO!" Ratu Lily begitu marah sekali. Tapi takpe, dia ada tenaga baru daripada adiknya walaupun separuh lagi tenaga Fang masih ada di dalam badan Fang. Dia akan menggunakan tenaga ini untuk menghabisan Kaizo dan adiknya sekali.

aaaaaaaaaaaaaaa

"Pang, dengar tak suara abang" Kaizo cuba untuk bangunkan adiknya. Fang masih lagi tidak bangun. Kaizo menumbuk tanganya ke tanah. Dia kesal meninggalkan adiknya di sini, dia sepatutnya tidak benarkan adik tinggal di bumi lagi setelah misi dia tamat. Tetapi dia juga tidak mahu melihat adiknya sedih kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawannya di bumi. "Ibu, maafkan Kaizo ibu. Kaizo gagal jaga adik dengan baik" kata Kaizo. Dia memeluk Fang sepenuhnya.

Tanpa disedarinya, Ratu Lily berada di belakang Kaizo. Ratu Lily tersenyum dengan gembiranya. Matilah kau Kaizo, kata Ratu Lily sambil mengangkat kedua tangannya. "KUASA ELEKTRIK MAKSIMA"

Kaizo terkejut dan lalu melepaskan adiknya. "MAAA.. MAAFKAN... AAA.. ABANGGG"

"hahahaaa! tamatlah kau Kaizo" Ratu Lily menjadi betul-betul gila. Semuanya akan menjadi kenyataan. "Sekian lama aku berdendam dengan kau, akhirnya aku dapat tamatkan riwayat kau Kaizo. RASAKAN LAGI DENGAN KUASA AKU!" Dia kuatkan lagi tenaga elektriknya itu.

Fang tersedar kerana air mata Kaizo jatuh di atas mukanya. Dia terkejut dengan apa yang sudah berlaku ke atas abangnya. "lari.. lari Pang" Mata Kaizo memandang Fang dengan begitu lembut sekali, sudah lama abangnya tidak memandang wajah Fang seperti itu. Kaizo semakin lemah, dia tidak berdaya menahan lagi dengan kuasa elektrik Ratu Lily itu. Fang gelengkan kepalanya, dia tidak mahu terpisah dengan abangnya, lalu dia memeluk abangnya. Fang juga turut terkena dengan kuasa itu. Dia menahan kesakitannya, dia memeluk abangnya lebih erat lagi.

"Pang... apa kauu buat nie" kata Kaizo yang sudah lemah.

"Jangan... tinggal.. kan.. Pang..."

Boboiboy yang sedang mencari-cari Fang dekat dengan kawasan tue, dia ternampak Fang sedang memeluk abangnya itu. Mereka telah diserang oleh Ratu Lily. Tanpa membuang masa dia terus bertukar menjadi Boboiboy Gempa.

"TANAH PELINDUNG!"

"Fang!" Boboiboy Gempa terus pergi ke Fang dan Kaizo. Fang seperti hendak pengsan sekali lagi tetapi dia kuatkan dirinya.

"Bawa dia pergi, dengar arahan aku. Jangan datang ke sini selagi perempuan gila itu masih hidup" kata Kaizo. Nampaknya Kaizo tidak mahu kalah dengan Ratu Lily itu. Walaupun badan dia sudah lemah, dia tetap akan berdiri dan akan menggunakan kesemua tenaganya yang ada untuk hapuskan Ratu Lily itu.

"Jom Fang. Kali ini aku akan melindungi kau dengan betul" Boboiboy Gempa bertukar menjadi Boboiboy normal lalu memimpin Fang, dengan segera mereka meninggalkan kawansan itu. "Fang, kau ok tak?"

"Aku.. aku ok aje. Cuma tidak berdaya untuk berjalan lagi" Fang tidak larat untuk berjalan jauh. Boboiboy dudukkan Fang. "Jangan risau, aku tak kan pergi ke mana-mana lagi"

"Tapi.. abang aku.. " Fang menundukkan kepalanya. Apa yang dia fikirkan hanyalah abang dia sahaja. Kerisauan melanda diri Fang. Boboiboy nampak Fang sedang menangis. Air matanya mengalir ke pipi Fang.

"Fang" Boboiboy memegang bahu Fang. Dia cuba untuk tenangkan Fang.

"Sudah! Kau jangan bagitahu sesiapa yang aku menangis" Fang cepat-cepat mengelap air matanya.

"Jangan risau lah, aku tak kan bagitahu sesiapa pun" Boboiboy tersenyum. Entah kenapa, dia terus memeluk kawannya itu

"Woi woi! apasal kau peluk aku nie" Fang cuba lepaskan diri daripada Boboiboy.

"Takdelah, aku sebenarnya gembira tengok kau kembali seperti dulu" Fang mengalah dan berikan senyuman kepada Boboiboy, lalu mereka berdua tergelak bersama.

Sementara itu, pertempuran antara Kaizo dan Ratu Lily menjadi semakin sengit. Masing-masing tidak mahu mengalah. Kaizo telah ditolak dengan kuasa telekinises Ratu Lily. Lalu dia mencekik Kaizo sekuat hati.

"Walaupun beberapa kali aku jatuh, aku tetap akan bangun. Aku akan tetap kalahkan kau. Selamat tinggal Kaizo" dia mencekik Kaizo sekuat hati. Kaizo tidak dapat bernafas lagi, dia tidak boleh mati ditangan Ratu Lily begitu sahaja.

"SERIBU TENDANGAN LAJU!"

"TEMBAKAN MAKANAN!"

"TUMBUKAN SUPERSONIK!"

Dengan serangan dari Gopal, Ying dan Yaya, Ratu Lily tewas dengan serangan mereka. Kali ini giliran Kaizo pula menyerang

"GERAKAN PEDANG TENAGA" libasan pedang tenaga Kaizo terkena bahu Ratu Lily. Dia mengalami kecederaan begitu teruk sekali. Tenaga-tenaga yang diserap olehnya, akhir keluar dari badan Ratu Lily dan kembali kepada Fang.

"CENGKAMAN TENAGA" Ratu Lily tidak dapat melawan kerana dia sudah digari oleh Kaizo.

"Kau, aku tetap akan kalahkan kau" Ratu Lily tahu dia sudah kalah tetapi dia tetap berdegil. Dia tidak boleh bergerak dan tidak boleh menggunakan kuasa telekinesisnya mahupun kuasa elektriknya. Kaizo mengacu pedang tenaganya kepada Ratu Lily "Apa kata-kata kau yang terakhir"

"hahahaha... aku mana ada kata-kata terakhir. Aku akan kembali Kaizo. Aku akan kembali lagi dan tentukan siapakah yang bakal menang. HAHAHAHAA..." Kaizo dengan serta merta menikam terus ke jantung Ratu Lily.

Ratu Lily menjerit sekuat hati dan akhirnya dia meletup dan hilang lesap begitu sahaja. Yang tinggal hanyalah jam kuasa bayang Fang yang telah terjatuh ke tanah, Kaizo mengangkat jam kuasa itu dan simpan ke dalam poketnya. Gopal, Yaya dan Ying menjerit kerana gembira, mereka akhirnya dapat kalahkan Ratu Lily itu.

"YEAH! kita berjaya kalahkan ratu gila tue" Kata Gopal dengan gembiranya. Kaizo hanya separuh senyum. Tiada lagi ancaman dari musuhnya si perempuan gila tue. Mereka berempat terus beredar dari situ dan pergi mencari Boboiboy dan Fang.

Boboiboy yang sedang duduk bersebelahan dengan Fang, hanya menunggu sahaja, adakah mereka telah berjaya mengalahkan Ratu Lily atau tidak. Dia masih tidak tahu lagi bahawa Ratu Lily sudah tiada lagi. Tiba-tiba sahaja bahu dia menjadi berat. "Eh.." dia menoleh ke kiri dan melihat Fang sedang terbaring pengsan di bahunya.

"Fang!" Dia memegang Fang dan terasa sungguh panas. Tapi dia baru sahaja peluk Fang sebentar tadi. Tiba-tiba pula suhu badan Fang naik begitu mendadak. Dia perlukan rawatan dengan segera.

"Itu dia orang!" Boboiboy mendengar jeritan dari Ying. Dia menoleh ke belakang dan memanggil mereka untuk datang ke sini dengan segera.

"CEPAT! FANG DEMAM PANAS!"

aaaaaaaaaaaaa

Boboiboy dan kawan-kawannya sekarang berada di rumah Fang. Mereka duduk di tangga rumah Fang sambil menunggu apa-apa berita tentang Fang. Fang kini berada di dalam bilik tidurnya bersama dengan Kaizo. Kaizo sedang merawat Fang, demamnya masih tahap dalam tahap tinggi. Kaizo meletakkan sehelai kain basah di dahi Fang untuk turunkan demam panas beliau. Lahap pula sedang memerhati kawan-kawan Fang dari atas, muka masing-masing penuh dengan kepenatan dan kerisauan.

Lahap dipanggil masuk ke dalam bilik oleh Kaizo. Dilihatkan Fang sedang terbaring diatas katil. Kaizo sudah membuat keputusan yang sudah tentu adiknya sendiri tidak akan suka.

"Lahap, aku perlu membawa pulang Pang. Dia tidak boleh duduk disini lagi"

"Tapi Kapten. Tak kan Kapten sanggup pisahkan Pang dengan kawan-kawannya. Mereka tue kawan baik"

"Kawan baik atau tidak, Aku terpaksa juga. Aku tidak mahu mana-mana musuh aku menyerang adik aku lagi. Silap aku juga membenarkan dia duduk di bumi ini. Aku selama ini menjaga dia begitu baik tetapi aku meninggalkan dia tanpa perlindungan dari aku. Jadi, ini adalah keputusan terakhir aku. Dah, panggil dia orang naik" Lahap dengan rasa berat hati, dia memanggil mereka semua naik.

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terus naik ke atas dengan lajunya dan masuk ke dalam bilik Fang. Kaizo memberi isyarat bagitahu mereka tentang perkara tadi. Kaizo terus keluar dari bilik dan menutup pintu bilik itu.

"Macam mana keadaan Fang?" tanya Boboiboy sambil melihat kawannya yang sedang terbaring di atas katil.

"Pang nampaknya ada kecederaan yang serius dekat kaki kanannya. Luka tue membuat Pang terkena demam panas yang amat teruk. Tapi korang mesti tak suka apa yang akan aku bagitahu nie" Lahap betul-betul berat hati. Dia tidak sampai hati memberitahu perkara yang sebenar.

"Kenapa? Ada sesuatu yang mengancam nyawa Fang ke?" tanya Yaya

"Bukan begitu cik adik. Kapten telah membuat keputusan untuk membawa balik adiknya pergi" mereka semua terkejut. "Jadi, aku tinggalkan korang sebentar untuk mengucapkan selamat tinggal dekat kawan korang"

"Tak, Fang tak kan pergi. Aku tak nak ucapkan selamat tinggal"

"Terpulang kepada kau Boboiboy. Ini semua untuk kebaikan Pang" lalu Lahap meninggalkan mereka. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berdiam sahaja, wajah mereka menjadi suram. Mereka tidak tahu bagaimana hendak mengucap selamat tinggal kepada kawan mereka. Fang adalah rakan seperjuangan mereka. Walaupun Fang jenis yang cepat marah dan tidak sabar, hatinya tetap baik. Lagipun sudah banyak kali dia menyelamatkan kawan-kawannya yang berada dalam keadaan bahaya. Gopal teringat lagi Fang mengeluarkan pelindung bayang untuk melindungi dirinya daripada terkena bebola api dari Boboiboy Api. Ying pula teringat tentang Fang cuba melindungi dia dan Yaya daripada terkena serangan dari Boboiboy Api. Yaya teringat semasa mereka diserang oleh Lahap dengan kuasa toksinya. Fang menggunakan kuasa penembusnya untuk menyelamatkan mereka.

Manakala Boboiboy pula, terlampau banyak kenangan dia dengan Fang, dari musuh sehinggalah menjadi sahabat baik. Dia takkan lupakan perjuangan mereka bersama.

"Mungkin. Mungkin apa yang dikatakan oleh Lahap, mungkin ada betulnya" Boboiboy tersenyum walaupun hatinya sedih.

"Jangan lah cakap macam tue. Kita kena pujuk si Kaizo tue jangan bawak Fang pergi" kata Gopal

"Takpelah Gopal. Ini untuk kebaikan Fang juga. Satu hari nanti, Fang akan kembali ke sini juga. Lagipun dah lama sangat dia orang berpisah. Bagilah dia orang luangkan masa bersama balik." Boboiboy terpaksa tabahkan hati dan dia yakin, Fang akan kembali juga

Pada malam itu, Kapten Kaizo dan Lahap telah membawa Fang pergi. Mereka berempat berlari ke halaman rumah Fang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kawan baik mereka.

"FANG! JANGAN LUPA TENTANG DONUT LOBAK MERAH KAU" kata Gopal

"NANTI HUBUNGI KAMI TAU" kata Ying yang sedang mengelap air matanya

"FANG! KALAU KAU KEMBALI KE SINI, AKU AKAN BUATKAN BISKUT YANG SEDAP UNTUK KAU" kata Yaya

"FANG! JANJI TAU, KAU AKAN DATANG BALIK! JANGAN LUPAKAN KAMI DI SINI" Boboiboy melambai lambai ke arah Kapal Angkasa Kaizo.

Janji tau Fang, yang kau akan kembali, kata dihati Boboiboy sambil tersenyum.

TA... eh, belum tamat lagi

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top