Mari Kita Siasat!
Keesokan harinya, awal pagi lagi Boboiboy sudah tiba ke sekolah. Di tangan kanannya terdapat sebuah beg plastik yang berisikan donut lobak merah. Dia sudah berjanji dengan Fang semalam bahawa yang dia akan membeli donut tersebut khas untuk Fang
"Selamat Pagi Boboiboy" ucap dua orang gadis kepada Boboiboy
Yaya dan Ying yang sudah sampai di sekolah lebih awal lagi daripada Boboiboy. Mereka kelihatan sedang sibuk mengemas kelas 5 Jujur dan manakala Gopal pula terburu-buru menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan semalam
"Mana Fang? Aku dari tadi lagi tunggu dia sampai. Dia takde dengan kau ke Boboiboy?" Gopal mengaru-garu kepalanya kerana tidak tahu jalan kerja matematik tersebut. Dia langsung tidak memahami soalan matematik itu. Selalunya dia akan meminta tolong dari sesiapa pun tapi bila sudah diajar pula, Gopal masih lagi tidak faham
"Aku nak mintak tolong dari dia ajarkan soalan nombor 5 nie, susahlah" kata Gopal sambil tersengih
"Itulah kau, semalam kau yang tak nak kita orang tolong ajarkan" marah Yaya kepada Gopal
"Macam mana aku nak belajar dari kau. Asal aku salah sedikit sahaja, mesti kena marah dengan kau. Kalau dengan Ying pula, dia tu cakap laju sahaja macam keretapi. Satu benda pun aku tak faham. Kalau dengan Fang, dia marah sikit terus aku faham.. hehe"
"Aik, macam itu pula. Bukan ke kemarahan Yaya dan Fang sama sahaja"
"Tak sama pun Boboiboy. Fang tue kalau marah orang, asyik nak belasah orang sahaja. Tak pasal-pasal harimau bayang dia pergi keluarkan, macam semalam. Dengan Yaya pula mesti kena ceramah. Entah berapa jam aku akan kena ceramah dari dia tu. Tak pun kena denda tulis nama dekat buku dia tue" kata Gopal sambil menghentam sahaja jawapan matematik tersebut.
Yaya dengan muka yang sudah kemerah-merahan dan hati dia sudah panas, dia rasa ingin mencekik-cekik Gopal. Boboiboy dengan pantasnya pergi tenangkan Yaya supaya kawan perempuanya tidak bertindak ganas
"Jangan macam begitu, bawak bertenang, Yaya. Lagipun kau kan suka belajar bersendirian dan tak biasa ajar orang lain" kata Boboiboy dengan tenangnya
"Selamatlah kau kali ini Gopal. Kalau tidak, aku denda kau kutip sampah satu sekolah" Kata Yaya dan terus duduk di tempat asalnya iaitu meja hadapan Boboiboy
Gadis bertudung pink itu melihat jam di dinding, lagi 5 minit loceng sekolah akan berbunyi. Fang masih lagi tidak muncul. Boboiboy menjadi risau
"Mana Fang? Bukan ke dia selalunya orang pertama yang akan sampai ke sekolah?" Boboiboy dapat merasakan ada sesuatu yang buruk terjadi terhadap diri Fang tapi itu cuma perasaan sahaja. Harap-harap ianya tidak akan menjadi kenyataan, bisik di hati Boboiboy
"Takkan disebabkan tak dapat makan donut lobak merah, terus tak datang sekolah. Pelik betul kawan-kawan aku semua ni, sorang suka cakap laju sangat tapi selamatlah kita orang semua paham. Tiap-tiap hari makan chocolate dan gula-gula ke apa. Sorang lagi suka sangat lupa, sampai lupakan nama kawan sendiri. Sorang lagi suka sangat denda orang, sampai mak cik kantin pun dia nak denda juga. Lepas nie, siapa pula dia nak denda, kucing? ayam? kambing? yang terakhir lak, suka sangat dengan donut lobak merah dia tue, 2 hari tak dapat, terus tak datang sekolah. Deman Donut Lobak Merah lah tue" kata Gopal yang masih lagi menghentam jawapan Matematik. Dia tidak sedar bahawa Boboiboy, Yaya dan Ying sedang berapi-api dengan dia tetapi dia orang tenangkan diri dan teruskan dengan perbualan mereka
"Tak mungkinlah" kata Yaya "Dia sihat ke tak sihat ke, mesti dia akan datang ke sekolah juga"
Mereka setuju dengan kata-kata Yaya tadi. Lagipun sepanjang persahabatan dia orang, mereka tidak pernah sekali pun nampak Fang tidak sihat. Deman ke, selesema ke, batuk ke, semua tidak pernah kena. Fang sentiasa nampak sihat
"Hmmm... Kalau macam tu, kita kena pergi melawat dia selepas tamat sekolah nanti" kata Boboiboy dengan penuh semangat
Lalu dia terus duduk di tempatnya dan menoleh kebelakang untuk melihat meja kosong Fang. Selalunya pagi-pagi lagi si Fang sudah kacau dia tetapi pada hari ini, dia bagaikan rasa seperti tidak lengkap. Boboiboy dapat rasa tidak senang hati pada dirinya. Dia dapatkan rasakan Fang bukannya tidak sihat tetapi kejadian buruk yang melanda pada diri Fang. Dia seperti ingin berlari keluar dari kelas dan terus pergi ke rumah Fang untuk melihat keadaan kawan baiknya. Oh ya, dia mula terfikirkan tentang sesuatu. Dia terlupa yang dia boleh menghubungi Fang dengan menggunakan jam kuasanya
Loceng sekolah telah pun berbunyi dan Cikgu Papa Zola datang tepat pada waktunya. Boboiboy tidak sempat menghubungi Fang
"Bangun!" Yaya selaku ketua darjah kelas 5 Jujur, menjalankan tugasnya dan manakala penolong ketua darjah mereka adalah Gopal, yang tidak boleh diharapkan langsung
"Selamat Pagi Cikgu, KEBENARAN!" ucap Yaya dengan ceria sekali
Pelajar-pelajar lain pun turut serta sekali
"Selamat pagi murid-murid. Duduk semua, cikgu ada sesuatu yang menarik nak bagi dekat kamu semua"
Masing-masing sungguh teruja apabila mendengar kata-kata cikgu mereka dan tidak sabar untuk menerima kejutan itu. Adakah mereka akan dapat makanan yang sedap, itu yang di fikirkan oleh Gopal
"Cikgu nak bagi kita orang hadiah kan kan kan" kata Gopal dengan penuh harapan "Tak pun cikgu nak bagi kita orang keluar berehat lebih awal!"
Sebenarnya Gopal pada ketika itu, dia sedang kelaparan dan dia belum lagi makan sarapan pagi
"Banyak cantik! Kamu ingat cikgu nak bagi kamu pergi keluar berehat ke hah!" marah Cikgu Papa Zola"Cikgu nak bagi korang hadiah ujian untuk kamu semua! menarik tak? menarik kan kan kan kan"
Cikgu Papa Zola memberikan senyuman yang begitu indah sekali kepada pelajar-pelajarnya. Manakala pelajar-pelajarnya membuat muka takut kerana setiap kali cikgu Papa Zola bagi ujian, makin susah pula soalannya tetapi hanya 3 orang sahaja yang dapat menjawap dengan sempurna sekali iaitu Yaya, Ying dan Fang.
"Haiya, Cikgu nie. Asyik ujian sahaja. Bukan minggu lepas kita baru buat ujian ka" kata Ying. Cikgu Papa Zola terus memandang tepat ke arah Ying dan membuatkan Ying rasa tak senang duduk
"Mestilah kena ada ujian tiap-tiap minggu. Kalau tak, macam mana kamu nak jadi pandai. Nak kamu gagal dalam peperiksaan akhir tahun nanti ke?"
"Hehe.. tak nak cikgu. Cikgu nak bagi ujian setiap hari pun takpe" Ying tersengih sedikit
"Ha! bagus kalau macam tue" Cikgu Papa Zola dengan senyapnya membahagi-bahagikan kertas ujian kepada anak-anak muridnya. Dia berhenti di meja kosong Fang dan mendapati Fang tiada di situ
"Eh, mana kawan baik kamu si Fang?" Cikgu Papa Zola bertanya kepada Boboiboy
"Dia tak datang sekolah hari ini cikgu"
"Apa! Kenapa pula dia tak datang sekolah. Cikgu baru sahaja nak berbincang tentang kertas peperiksaan yang cikgu bagi hari tue" Yaya dan Ying terdengar kata-kata Cikgu Papa tadi, mereka terus terasa tidak adil
"Cikgu! kenapa Fang seorang sahaja yang dapat buat peperiksaan tue?" tanya Yaya dan Ying secara serentak
"Kamu berdua tidak perlu tahu kerana ini urusan cikgu dengan Fang sahaja. Ala, nanti kamu akan tahu juga. Dah, dah dah! Jawap soalan ujian kamu sebelum cikgu bagi rotan keinsafan!"
Dengan segera mereka semua terus menjawap soalan ujian yang cikgu Papa bagi tadi
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mesti aku dapat markah terendah lagi, takpun kosong terus. Susah sangatlah soalan matematik tadi" kata Gopal dengan muka yang murung. Dia asyik mengeluh dengan setiap soalan yang dia jawab
Sesi waktu persekolahan sudah tamat. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terus bergerak ke rumah Fang tanpa berfikir panjang lagi
"Itulah kau Gopal, tahu main sahaja. Tak pernah nak ulang kaji" kata Yaya "Cubalah rajin-rajinkan diri tue ulang kaji mata pelajaran, dah lah tahun depan kita orang semua nak UPSR dah. Macam mana nak masuk kelas pertama nie kalau asyik gagal sahaja. Asyik main game game game game sahaja. Boboiboy pun sama, bagi si Gopal lagi semangat main game. Kalau main game sekejap 30 minit ke 1 jam takpe. Ini berjam-jam mainnya"
"Dah dah, kau simpan sahaja ceramah kau tue Yaya. Nanti-nanti aku insaflah" Yaya memandang kearah Gopal dengan muka yang garang
Terus Gopal ketawa kecil dan tidak rasa senang pula melihat muka Yaya yang garang itu. Takut nanti Yaya bertukar menjadi harimau, selamatlah Yaya bukanlah seperti Fang. Kalau tak, tentu Gopal dah lama kena belasah
"Korang semua ok ke ikut aku pergi ke rumah Fang?" tanya Boboiboy
Sebenarnya sepanjang persekolahan tadi, perasaan risau tentang Fang membuak buak di hati Boboiboy. Jawap ujian matematik pun dia rasa tidak begitu semangat. Mungkin dia akan dapat markah yang teruk lagi, fikir Boboiboy.
"Mestilah ok. Kami nak juga tengok keadaan dia hari ini. Fang kan kawan kita orang juga, bukannya kawan kau sorang sahaja Boboiboy" kata Yaya "Mari kita pergi ke rumah Fang!"
----------------------------------------------------------------------------------------------
5 minit kemudian, mereka sudah berada di hadapan rumah terbiar. Gopal masih lagi rasa ketakutan walaupun dia tahu itu rumah hantu Fang. Yaya dan Ying tidak pernah menjejaki lagi ke rumah Fang walaupun mereka tahu di mana Fang tinggal. Mereka rasakan sungguh seram sejuk melihat rumah terbiar itu
"Betul ke ni rumah Fang?" tanya Ying dengan tubuh badan dia menggigil sedikit
"Mestilah betul, Fang tu kan hantu. Jadi inilah rumah hantu dia" Gopal menolak pagar rumah tersebut pelahan-lahan dan mereka semua masuk ke halaman rumah yang penuh dengan dahan-dahan pokok dan daun-daun kering. Di tengah-tengah halaman tersebut terdapat sebiji donut yang telah dimakan separuh dan sebuah kotak kecik yang telah dibuka luas
"Itu bukan ke donut lobak merah kesayangan si Fang tue tapi kenapa separuh sahaja?" kata Boboiboy sambil melihat donut itu
Gopal, Yaya dan Ying berdiri belakang Boboiboy sambil memeriksa donut tersebut. Pemikiran mereka memikirkan benda yang sama iaitu Fang tidak pernah membazirkan donut kegemarannya itu, apatah lagi membuang makanan yang tidak habis dimakan merata-rata tempat
"Apa yang terjadi sebenarnya?" Boboiboy cuba mencari petunjuk yang lain sekeliling rumah tetapi gagal
Ying mengangkat kotak kecil itu dan memeriksa jikalau ada tertulis apa-apa tetapi malangnya tiada. Boboiboy cuba mengambil donut separuh makan itu tetapi dihalang oleh Gopal. Gopal mencapai tangan Boboiboy dan lalu berkata
"Jangan usik donut tue, entah-entah kau pun hilang macam Fang juga"
"Mana adalah. Aku tak kan hilanglah. Kalau aku hilang pun, mesti aku dapat bertemu dengan Fang kan kan kan" Tetapi logic Boboiboy itu memang tidak boleh pakai
"Kalau kau hilang, macam mana nak cari kau nanti. Kau guna ranting kayu nie untuk mengangkat donut tue" Gopal berikan sebatang ranting kepada Boboiboy
Boboiboy paksakan dirinya untuk mengambil ranting itu dari tangan Gopal. Dia hanya sekadar mahu menghiburkan hati kawan
"Hah! aku dah angkat donut nie, mana beg plastik"
Gopal membuka beg sekolah Boboiboy dan keluarkan beg plastik merah yang ada donut lobak merah di dalamnya. Donut tue dia makan, manakala beg plastik tue dia bagi dekat Boboiboy. Donut itu selamat simpan di dalam beg sekolah Boboiboy.
"Sekarang macam mana?" tanya Yaya
Boboiboy rasa dia perlu masuk ke dalam rumah Fang untuk siasat
"Baiklah, Yaya dan Ying pergi cari petunjuk yang lain dekat sekitar sini. Aku dan Gopal akan mencari di dalam rumah Fang" jelas Boboiboy
"Baik!" kata Yaya dan Ying secara serentak
Kedua remaja lelaki itu masuk ke dalam rumah untuk mencari petunjuk baru. Boboiboy dan Gopal membuka pintu rumah Fang secara perlahan dan lalu masuk ke dalam rumah secara senyap. Rumah Fang masih lagi seperti dulu tetapi sedikit kemas
"Kau pergi tengok bahagian bawah, aku pulak dekat bahagian atas" kata Boboiboy
"Aku tak nak pergi sorang-sorang, kita pergi siasat sama-samalah Boboiboy" merayu Gopal yang dalam ketakutan
"Mana ada hantu, yang hantunya ialah si Fang tu. Sekarang Fang takde kan, so hantu pun takde lah" kata Boboiboy
"Ala Boboiboy" Merayu Gopal lagi
Boboiboy terpaksa mengalah. Dia terpaksa pergi menyiasat di dalam bilik bahagian bawah terlebih dahulu bersama Gopal. Dari satu ke bilik ke satu bilik, Boboiboy asyik memanggil nama Fang
"Wei, daripada kau panggil Fang Fang Fang Fang, apa kata kau panggil Pang pula. Boleh aku lempang kau"
"Selamatlah kau Gopal, nasib baik aku bukan Fang. Kalau tak, dah lama aku ikut cara si Fang tu" marah Boboiboy
"Ala, aku bergurau aje Boboiboy.. hehehe" Gopal ketawa kecil sambil tersengih
Setelah mereka selesai siasat di bahagian bilik bawah, mereka terus ke bahagian tingkat atas. Boboiboy membuka pintu bilik pertama yang berdekatan dengan tangga rumah itu
"Eh, ini bilik tidur Fang"
"Mana-mana, aku nak tengok" Gopal menolak Boboiboy masuk ke dalam bilik Fang
Bilik itu terdapat sebuah rak buku yang penuh dengan buku-buku berilmu, katil Fang yang berwarna ungu, sebuah meja untuk Fang membuat kerja dan juga sebuah komputer di tepi katilnya. Di tepi meja Fang, tersandai sebuah beg baju dan bola keranjang
"Banyaknya buku dia. Kamus english, kamus cina, kamus india, kamus jepun... berapa banyak kamus lah dia ada. Aik, buku Matematik tambahan pun ada, dasyat betul. Matematik tahap sekolah menengah nie" Gopal melihat semua buku-buku Fang dengan penuh kagum
"Tak sangka kawan aku ni suka membaca rupanya" Boboiboy menuju ke meja Fang dan terdapat beberapa buku latihan sekolah tapi paling banyak sekali, buku latihan Matematik "Gila Matematik rupanya si Fang nie, patutlah pandai semacam dia ni tapi macam mana boleh dapat no.3"
Boboiboy ternampak beberapa keping gambar di tepi buku latihan Matematik. Dia mengambil gambar-gambar itu dan tersenyum bersendirian. Dia melihat kenangan-kenangan mereka semua bersama semasa hari kantin sekolah, hari pesta kitar semula, pergi berkhemah di Pulau Terapung dan beberapa lagi kenangan yang mereka cipta bersama
"Jangan risau Fang, kami akan mencari kau sampai dapat" bisik Boboiboy
"Ada jumpa apa-apa tak" Ying muncul di pintu bilik
Dia kelihatan penat sekali kerana menggunakan kuasa kelajuannya
"Tak, kita orang tak jumpa apa-apa pun. Baju sekolah dan beg sekolah dia pun takde dekat sini. Maknanya Fang kena culik semenjak semalam lagi atau pagi tadi" jelas Boboiboy
"Jadi macam mana sekarang. Report dekat polis?" kata Gopal
"Tak perlu. Aku rasa ini bukan kes culik yang biasa. Aku dapat rasakan ada orang jahat luar biasa yang culik Fang" Boboiboy meletak semula kepingan gambar tadi di tempat asalnya "Jom kita ke kedai Tok Aba, aku perlukan Ochobot untuk memeriksa donut tadi"
Jadi mereka berempat segera ke kedai Tok Aba untuk mendapatkan bantuan daripada Ochobot
Jangan risau, aku pasti akan selamatkan kau Fang, bisik dihati Boboiboy
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top