Kuatkan Semangat!

Boboiboy baru sahaja selesai menghubungi Kapten Kaizo. "Terima kasih Adudu kerana menolong kami hubungi Kapten Kaizo"

"Hah! Apa kata korang makan cekodok kotak nie, korangkan tetamu Adudu. Jadi, sila lah makan" kata Probe yang baru sahaja keluar dari dapur kecil sambil memegang sebuah dulang berisikan cekodok kotak. "Makan tau, ini khas aku buatkan untuk korang"

"Woi Probe! Apasal dengan kau nie. Dah sah sah dia orang datang ke sini bukan nak melawat kita orang" Adudu membaling sebuah tin cawan ke arah Probe. Cawan itu terkena Probe dan dia terjatuh terbalik. Habis semua cekodok kotak berterabur di lantai. "Adeh, habis cekodok kotak aku"

"Aiyaa.. kesian dekat Probe tue. Penat-penat dia buat untuk kita orang, kau baling dia dengan cawan pula" kata Ying sambil mengutip cekodok kotak itu dan letak keatas dulang tersebut.

"Pedulik apa aku. Hah! Sekarang apa rancang korang?" Boboiboy tiada rancangan untuk seterusnya. "Tak tahulah Adudu, mungkin tunggu Kapten Kaizo sampai sahaja kot"

"Ha ah, kita pun tak boleh nak buat apa dah. Dekat mana dia sembunyikan Fang pun kita orang tak tahu. Kalau kita dapat hapuskan Ratu Lily tue awal-awal, tak mungkin kita akan dapat jumpa Fang" kata Yaya yang sudah hilang semangat. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying seperti Yaya juga, masing-masing sudah mati akal.

"Isk korang nie. Jangan menyerah kalah"

"Habis tue, kau ada idea macam mana nak pergi cari Fang?" Kata Gopal sambil ketuk-ketuk kepala Adudu. "Tak pun kau pergi hubungi si Ratu Lily gunakan computer kau tue"

"Ratu Lily tue mana ada computer. Dia tue mana reti guna computer. Hebat macam mana pun, buta computer jugak si ratu gila tue. Yang korang nie semua macam dah hilang harapan kenapa?" Boboiboy tak pernah pula melihat Adudu marah macam nie. Ini bukan marah sebab kalah macam dulu-dulu, ini marah lain macam.

"Dah tue, kau ada cadangan ke?" tanya Yaya

"Aku mana ada idea, korang lah yang kena fikirkan sendiri. Nak aku bagi sedar kan korang baru ada semangat ke? Dulu masa Fang dah kena bawa pergi dengan abang dia tue, korang juga yang sanggup mintak tolong daripada aku kan. Terbang ke angkasa, selamatkan Fang. Sama juga masa korang cari Ochobot dekat Pulau Terapung tue" 

Apa yang dikatakan oleh Adudu, memang betul. Lebih-lebih lagi Boboiboy. Demi kawan, dia sanggup bermati-matian menyelamatkan kawan-kawannya

"Takde lah Adudu, bukan hilang semangat. Cuma kali nie, rasa lain macam" Boboiboy tunduk sahaja kepalanya kerana tak nak melihat kawan-kawannya yang dia sudah hilang semangat dan kekuatannya.

"Hah, korang nak tengok aku membebel lagi ke"

"Eh, takpe lah Adudu. Jom lah, kita pergi ke kedai Tok Aba. Mungkin Ochobot ada idea yang bernas untuk kita" kata Yaya "Terima kasih Adudu mengingatkan kami, kami minta diri dulu yea"

Setelah tiba di kedai Tok Aba, terus sahaja Ying bertanya kepada robot comel berwarna kuning. "Macam mana Ochobot, ada idea tak?" Ochobot mula berfikir kerana dia sendiri pun tiada idea. "Sebenarnya, aku pun tiada idea tapi buat masa nie, apa yang korang boleh buat ialah pergi cari tempat Fang disembunyikan dekat Pulau Rintis"

"Aik, itu bukan idea ke?" Kata Ying 

"Errr... hehehe.. itu baru aku fikirkan" Ochobot berasa malu, terus sorok dibelakang meja kaunter.

"Isk kau nie Ochobot. Pulau Rintis nie kan besar. Lagipun dekat mana lagi si ratu gila tue nak sembunyikan Fang, dekat kilang koko ke? Entah-entah dekat sekolah kita aje dia pergi sorokkan si Fang tue" Tak pasal-pasal Gopal kena belasah dengan Yaya dan Ying. "ala korang nie, aku cakap aje"

"Kau nie Gopal. Kalau kita tak mencuba, kita tak kan jumpa dekat mana Fang disembunyikan. Aku cadangkan kita semua berpecah. Gopal kau cari dekat-dekat sini sahaja, aku tahu kau malas nak berjalan jauhkan" kata Yaya yang telah mengambil alih tanggungjawap dalam misi kali ini. Yaya terpaksa memberi kekuatannya kepada Ying dan Gopal kerana Boboiboy sudah hilang semangat berjuangannya. Yaya melihat Boboiboy dari tadi senyap sahaja, seperti mahu bersendirian. Boboiboy setuju sahaja dengan kata-kata Yaya.

"Ok! Pukul 5 kita berkumpul di sini balik. Boboiboy jangan risau sangat ok" Ying memberi senyuman ikhlas kepada Boboiboy. Yaya dan Ying memandang satu sama lain, dia orang tak tahu macam mana nak naikkan semangat Boboiboy tetapi mereka faham perasaan Boboiboy pada ketika ini. "Boboiboy, kau balik rumah ajelah dulu. Kau pergi berehat. Biar kita orang uruskan" kata Yaya

"Eh, takpelah. Aku boleh bantu sekali"

"Betul nie? kalau macam tue, kita mulakan operasi kita. Kalau korang apa jumpa sesuatu yang mencurigakan, terus hubungi kita orang nanti" Yaya tidak mahu memaksa Boboiboy, jadi dia biarkan sahaja Boboiboy ikuti operasi ini. Maka mereka semua berpecah. Ying menggunakan kuasanya supaya dapat mencari dengan cepat, manakala Yaya pula terbang ke atas dan terus menuju ke bandar Pulau Rintis. Boboiboy cuba kuatkan semangat, dengan segara terus bertukar menjadi Boboiboy Taufan. Dia mencari tempat tersembunyi yang berada jauh daripada bandar. Mungkin Fang ada di situ.

Dan akhir sekali ialah Gopal

"Wei Ochobot, kau temankan aku cari dekat-dekat kawasan sini" Gopal berikan muka kecomelannya supaya Ochobot termakan pujuk rayu dia

"Aku mana boleh ikut kau. Aku kena jaga kena kedai Kokotiam Tok Aba. Kau pergi jelah, bukannya jauh pun kan. Dekat-dekat sini sahaja"

"Yelah yelah" Gopal dengan hati yang malas, pergi mencari didalam semak, dalam longkang, atas pokok, dekat kedai ice cream ayah Gopal, rumah mak cik kantin dan juga Markas Kotak Adudu. Walaupun baru sahaja pergi tadi, tetapi kali ini dia dihalau oleh Adudu kerana mengganggu dia sedang tidur. Probe pula sempat bagi Gopal cekodok kotak sebagai bekalan.

"Apalah Adudu nie, halau orang pula. Mana tahu kalau si ratu gila tue sorokkan Fang dekat markas kotak dia tue, saja nak kenakan Adudu ke" cakap Gopal sorang-sorang sambil pergi ke destinasi yang seterusnya.

Tepat pukul 5 petang, semua sudah berkumpul di Kedai Tok Aba kecuali Gopal yang masih belum muncul lagi. "Mana si Gopal? Bukan dia pergi cari dekat-dekat sini sahaja ka" kata Ying sambil melihat jam di kedai Tok Aba. "Entah-entah si ratu gila tue sudah tangkap sama Gopal"

"Tak mungkin lah Ying, kita tunggu dia 5 minit lagi" sambil menunggu ketibaan Gopal, Ochobot menyediakan Ice Chocolate Special kepada mereka yang sedang kepenatan. Dari 5 minit terus menjadi 10 minit, Yaya menjadi semakin marah. "Mana Gopal nie. Janganlah buat kita risau pula"

"Kalau lagi 1 minit dia tak muncul, siaplah kau Gopal"

"Sabar Yaya, mungkin dia jumpa sesuatu ke. Hah! tadi korang ada jumpa apa-apa tak tadi? tanya Ochobot. Boboiboy, Yaya dan Ying menggelengkan kepala tandanya mereka tidak menjumpai apa-apa

"Tapi tadi banyak orang pengsan-pengsan maaa.. ada satu ambulance tengah angkat mak cik nie" kata Ying

"Ha ah lah, aku pun sama gak, ada dalam 4 ke 5 orang macam tue. Makin lama makin teruk wabak nie. Korang rasa siapa punya angkara nie"

"Aku tak pasti Yaya tapi benda-benda nie semua berlaku 2 hari sebelum Fang kena culik" Bila difikirkan balik, memang betul kata Ochobot. Lebih kurang dalam 20 orang telah dimasukkan ke dalam hospital pada masa tue, sampai sekarang semuanya belum pulih lagi. Ochobot semakin risau kalau wabak ini akan berluasan dan membolehkan meragut nyawa orang.

"Korang kena hati-hati, jangan ia sampai terkena dekat kita" kata Ochobot lagi

"Eh Boboiboy, kau pergi hubungi si Gopal tue" kata Ying yang baru sedar Boboiboy dari tadi hanya duduk diam sahaja. Ying dan Yaya semakin risau melihat sikap Boboiboy yang berubah semenjak amaran yang diberikan oleh Ratu Lily.

"Ermm.. ok" kata Boboiboy. Dia terus menghubungi Gopal dengan jam kuasanya, dengan pantas, Gopal mengangkat panggilan Boboiboy. "Kau kat mana Gopal. Dah lama kita orang tunggu kau kat sini"

Gopal menguap dan lalu menjawap. "Aku dekat rumah lah, tadi aku pergi periksa semua tempat. Dekat rumah aku pun aku periksa juga, lepas tue aku terbayang diri aku tengah tidur atas sofa. Jadi aku pun tidur lah" Boboiboy menepuk dahinya. "Adoi, kau nie Gopal. Buat kita orang risau pula"

Tiba-tiba dia terasa ada orang memencut pantas dekat belakang, Boboiboy melihat Yaya dan Ying sudah hilang ke mana. Mana pula dia orang pergi? fikir Boboiboy

"Eh Yaya, Ying. Apa korang buat kat sini?"

"OH, KAU TIDUR YEA" itu suara Yaya. Selepas tue kedengaran seperti Gopal kena kejar dengan Yaya dan Ying.

"ALAMAK!"

"JANGAN YAYA! JANGAN YING!"

"TOLONG AKU BOBOIBOY!"

Ochobot dan Boboiboy tergelak sahaja. Hati Boboiboy terhibur sedikit dengan gelagat mereka bertiga tue

"Terbaik" kata Boboiboy sambil tersenyum

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari sudah bertukar menjadi malam, semua penghuni di Pulau Rintis sedang dibuai mimpi tetapi ada segelintir yang masih belum tidur lagi. Yaya masih tidak boleh melelapkan mata kerana risaukan Fang, lalu terus dia pergi ke dapur untuk membuat biskut-biskutnya. Ying juga tidak boleh tidur, dia menggunakan masanya untuk ulang kali mata pelajaran walaupun dia sendiri tidak boleh fokus tetapi dia paksakan diri. Gopal pula, tak payah banyak cakap, dia dah tidur pun.

Boboiboy juga tidak boleh melelapkan matanya, dia sedang duduk termenung di luar tingkap sambil memikirkan sesuatu. Jam dindingnya menunjukkan sudah pukul 12 malam. Ochobot terjaga dari tidurnya, dia ternampak Boboiboy sedang duduk di tepi tingkap. "Boboiboy, kau tak tidur lagi" Boboiboy hanya menggelengkan kepala sahaja. Ochobot ternampak wajah Boboiboy begitu sedih sekali.

Ochobot tidak pernah melihat Boboiboy berkelakuan begini sebelum ini. "Kau risaukan tentang Fang?" Boboiboy hanya membalas mengangguk kepala. Ochobot terbang ke arah Boboiboy dan lalu memeluknya dengan begitu erat. "Kau jangan sedih Boboiboy, kalau kau sedih, nanti yang lain pun turut sedih juga" Boboiboy membalas pelukan Ochobot

"Macam mana aku tak sedih Ochobot. Dekat mana Fang berada, kita semua tak tahu. Entah apa yang Ratu Lily sudah buat dekat Fang pun, kita tak tahu juga" Ochobot dapat merasakan sebutir air mata Boboiboy jatuh ke atasnya. Ochobot lepaskan pelukan mereka.

"Kau ingat tak lagi kau hampir kehilangan aku" Boboiboy teringat lagi semasa mereka sedang berlawan dengan geng Tengkotak. Pada masa tue Borara telah musnahkan Ochobot, mereka hampir kehilangan Ochobot tetapi Klamkabot menyalurkan semua tenaganya kepada Ochobot agar dapat hidup semula. Walaupun sebelum itu Boboiboy ingatkan dia sudah kehilangan Ochobot tetapi dia tak kan bagi Ochobot mati dalam keadaan sia-sia sahaja.

"Aku ingat lagi Ochobot tapi apa kena mengena dengan sekarang nie? Lagipun pada masa tue, kami dapat jumpa kau juga dekat gua. Tetapi kali nie berbeza, tiada satu petunjuk pun di mana Fang disorokkan"

"Aku cuma mahu mengingatkan kembali perjuangan kau sebelum nie. Boboiboy, kau tak pernah mengalah, kau akan berjuang sehabis-habisan, seperti apa yang berlaku dekat Fang sebelum nie. Kau juga yang mempertahankan Fang walaupun Kaizo sudah beberapa kali kalahkan kau. Kau sanggup terbang ke angkasa, kejar kapal angkasa Kapten Kaizo untuk mendapatkan semula Fang"

"Apa yang kau katakan tadi tue, sama sahaja apa yang Adudu katakan tadi"

"Jadi, kenapa kau duduk termenung macam orang sudah putus harapan?" Ochobot duduk di sebelah Boboiboy sambil melihat keindahan langit yang penuh dengan bintang-bintang berkelipan.

"Apa yang aku rasakan, pertarungan kali ini sangat berbeza dengan sebelum-sebelum nie. Kau juga yang dengar tadikan, Ratu Lily sudah pun seksakan Fang. Bila dia cakap macam itu, aku sendiri tak mahu bayangkan keadaan Fang macam mana sekarang nie. Selagi dia tak dapat apa yang dia, selagi itulah Fang akan terseksa"

"Habis tue, tadi kau yang cakap yang kau yakin dapat selamatkan Fang tanpa meminta bantuan daripada Kaizo tue kenapa?" Boboiboy senyap sebentar. Sebenarnya pemikirannya semasa itu sudah bercelaru. Dia tidak dapat berfikir dengan betul.

"Aku terlalu ikutkan perasaan Ochobot sehingga tak dapat berfikir. Maafkan aku Ochobot"

"Takpe Boboiboy, aku faham perasaan kau. Kita tak kan kehilangan Fang, percayalah. Lagipun aku rasa Ratu Lily tue hanya berbohong dengan korang sahaja, untuk menakutkan korang" Boboiboy menggelengkan kepalanya. Dia yakin Ratu Lily tidak bercakap bohong.

"Terpulang kepada kau Boboiboy. Apa jua yang berlaku, kuatkan semangat. Kuatkan semangat untuk Fang. Kuatkan semangat untuk kawan-kawan kau yang lain juga. Kalau mereka nampak diri kau lemah, mereka juga akan menjadi lemah sebab kau lah yang memberikan kekuatan kepada mereka untuk berjuang. Tadi aku nampak Yaya terpaksa kuatkan diri demi Ying dan Gopal. Jadi aku nak kau kuatkan semangat, supaya mereka nampak diri kau bukan yang lemah tetapi seperti superhero yang tidak mahu mengalah" Boboiboy tersenyum sahaja selepas sahaja mendengar kata-kata semangat dari Ochobot "Hari ini hari sabtu, pagi nanti kita akan teruskan mencari Fang lagi, jangan cepat mengalah Boboiboy"

"Baiklah Ochobot dan terima kasih kerana menasihati aku . Aku tak kan lupa kata-kata kau tadi" Boboiboy memeluk Ochobot sebagai tanda terima kasih.

"Boboiboy, kalau kau tak boleh tidur, biar aku temankan kau" Boboiboy dan Ochobot sama-sama melihat permandangan di langit yang dipenuhi bintang-bintang. Mungkin salah satu bintang tue adalah kapal angkasa Kaizo. Mungkin.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Awal pagi lagi, sudah kelihatan budak berbangsakan india sedang lepak di kedai Kokotiam Tok Aba dengan Special Hot Chocolate Tok Aba. Gopal berada di situ semenjak Tok Aba membuka kedainya. Dia sedang menunggu kehadiran kawan-kawannya Boboiboy, Yaya dan Ying. "Atok, Boboiboy mana? dah nak pukul 9 dah nie"

"Boboiboy ada dekat rumah. Dia tidur lewat semalam. Tak boleh tidur katanya, jadi Ochobot temankan dia sampai dia tertidur"

"Ala, tak seronoklah kalau macam nie. Kalau aku yang sampai lambat, mesti kena marah lagi dengan Ying dan Yaya"

"Tue lah, siapa suruh buat hal semalam, kan dah kena dengan dia orang. Nah, ambik Chocolate Pancake Special nie sementara menunggu dia orang sampai" Gopal dengan terlalu gembiranya, terus menjamu pancake tersebut. "Kalau macam nie lah tiap-tiap hari, rasa bahagian tak terhingga"

"Yelah tue, hutang bila nak bayar"

"Esok, esok" tersengih Gopal sambil menikmati chocolate pancake tersebut.

Tidak sampai 5 minit, Yaya sudah sampai dengan bakul yang berisikan biskut-biskutnya yang tidak sedap itu. "Awalnya kau sampai Gopal"

"Kenalah datang awal, kan kita kena teruskan pencarian kita" Padahal Gopal sebenarnya takut kena marah dengan dia orang lagi

"Yolah tue, kau ingat kita orang tak tahu ke. Kau takut kena belasah dengan kita orang kan" Kata Ying yang muncul di sebelah Gopal. Gopal tersengih lagi kerana apa yang Ying katakan memang betul.

"Eh, korang baca tak surat khabar hari ini?" Yaya mengeluarkan surat khabar dari bakulnya dan lalu meletakkan di atas meja kaunter kedai. "Ada kes lagi tentang wabak tue, kali ini 10 orang pula. Paling kesian, 5 ahli keluarga sekali gus pengsan"

"Aiyoo.. apa nak jadi nie. Ini mesti kerja si ratu gila tue"

"Kalau memang betul dia yang buat, kita kena cepat-cepat hapuskan Ratu Lily tue sebelum kita yang jadi mangsa dia nanti" kata Yaya.

"Betul tue Yaya, aku akan belasah dia sampai dia sendiri yang pengsan" Gopal menunjukkan kekuatannya sambil menumbuk-numbuk angin seperti orang sedang bertinju.

"Macam lah kau boleh pengsankan si ratu gila tue. Kau pun sendiri takut dengan dia kan"

"Kau nie Ying. Dia tue kalau gelak, macam pontianak. Macam mana aku tak takut, silap haribulan, terus jadi pontianak dia tue, seram aku"

"Banyak sangat tengok cerita hantu lah Gopal nie. Atok, mana Boboiboy" Yaya baru sedar yang Boboiboy dan Ochobot tiada di kedai Tok Aba.

"Kejap lagi dia sampai lah tue... hah! panjang pun umur cucu atok" Boboiboy kelihatan lebih ceria dan bersemangat berbanding dengan semalam. "Selamat pagi semua"

"Kau ok tak hari nie Boboiboy. Kalau tak ok, aku belanja kau Ice Chocolate Special" kata Gopal

"Ada hati nak belanja orang konon. Hutang bila nak bayar?" Gopal terus senyap dan tersengih lagi

"Ala atok. Suruh aje si Gopal nie kerja dekat kedai nie" Gopal memandang tajam ke arah Ochobot tetapi Ochobot buat-buat tak nampak sahaja.

"Korang. Aku nak minta maaf tentang sikap aku semalam. Lebih-lebih lagi aku perlu meminta maaf dekat Yaya" Boboiboy rasa sangat serba salah tentang sikapnya semalam yang putus harapan, dia ingin menebus balik kesalahan dengan bekerja lebih kuat mencari Fang, sampai lewat malam pun takpe. Yaya memberikan senyuman kepada Boboiboy. "Tak perlulah kau minta maaf dekat aku. Kau tak buat salah pun. Lagipun kita orang faham dengan perasaan kau"

"Terima kasih kawan-kawan" Boboiboy sangat bertuah kerana mendapat kawan-kawan yang memahami. Dia sangat bersyukur dapat berjumpa dengan mereka, dapat berkawan dengan mereka dan juga dapat sama kelas dengan mereka juga. Tidak disangka jam kuasa yang diberikan oleh Ochobot merapatkan lagi persahabatan mereka, hubungan mereka menjadi lebih kuat. Berbeza pula persahabatan Boboiboy dan Fang. Permulaannya mereka hanya lah musuh tetapi lama kelamaan mereka menjadi sahabat baik. Boboiboy akan dapatkan semula Fang, jikalau Yaya, Ying atau Gopal kena tangkap, dia akan pergi dapatkan mereka semula. Boboiboy tersenyum sahaja melihat kawan-kawannya

"Eh Ochobot, kau kan dah di upgrade. Tak boleh ke kau teleport aje kami ke Fang"

"Ha ah lah, terbaik lah kau Gopal. Macam mana Ochobot, bolehkan?" Ochobot dengan rela hatinya, terpaksa memberitahu mereka perkara yang sebenarnya. Dia tahu mereka akan kecewa nanti.

"Isk, mana boleh. Aku kena ada koordinat tempat Fang disorokkan, kalau tidak kuasa teleportasi aku memang tidak boleh diaktifkan tanpa koordinat. Seperti juga jam kuasa korang, masalahnya sekarang jam kuasa Fang telah dirampas oleh Ratu Lily. Itu pun kalau Fang dapat rampas balik jam kuasa dia dan aktifkan signal, mungkin kita dapat mengesan dimanakah dia disorokkan" Ochobot terpaksa menjelaskan kepada mereka.

"Kalau macam tue tak boleh, kita terpaksa guna... eh, kenapa kedai Tok Aba tiba-tiba bergegar nie?" Muka Boboiboy terus berubah menjadi panik. Dia sempat menahan surat khabar yang ada di atas kaunter meja daripada melayang. Ochobot pula memeluk tiang kedai Tok Aba daripada melayang jauh. Tok Aba terpaksa menahan beberapa pinggan, mangkuk dan juga cawan dari jatuh ke lantai. Manakala Gopal dan Ying melindungi mata dia orang daripada masuk debu-debu tanah.

Yaya sudah terbang ke atas dan nampak kapal angkasa Kaizo sudah sampai ke bumi. "Eh, Kapten Kaizo dah sampai lah"

"Kapten Kaizo dah sampai?" Gopal dengan segera, berlari keluar dari kedai Tok Aba ke kawasan lapang. Dia juga di turut serta oleh Boboiboy dan Ying.

"Kapten Kaizo dah sampai!" Gopal dengan begitu gembiranya, dia terus menari-nari, berpusing-pusing sambil dilihat oleh Boboiboy, Ying dan Yaya. Ochobot seperti mahu sahaja baling seketul batu dekat Gopal tetapi itu bukan sikap Ochobot yang sebenar.

Dengan sekuat hati, Gopal terus menjerit

"KAPTEN KAIZO SUDAH SAMPAI!"

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top