Kau Siapa?
Fang terasa kepala dia amat berat sekali. Seperti ada sesuatu yang berat berada di atas kepalanya. Fang mulai membuka matanya dengan pelahan-lahan, lalu dia sedar bahawa dia bukan lagi berada di hadapan rumahnya mahupun tempat mana-mana yang dikenali olehnya. Fang terkejut, terus dia bangun terduduk dan lalu dia melihat sekelilingnya. Nampaknya dia sekarang berada di dalam gua tapi gua apakah ini. Setahu dia, dekat Pulau Rintis tiada gua. Adakah dia dibawa jauh dari Pulau Rintis seperti Pulau Terapung kerana situ terdapat banyak gua-gua yang dia boleh pernah terokai. Tak mungkin, kata hatinya. Mungkin ini gua yang tersorok, tersembunyi daripada mata khalayak ramai. Mungkin gua dibawah tanah? Mungkin juga. Fang perlu mencari jalan keluar dari sini.
"Akhirnya, kau sedar juga"
Fang terdengar suara seorang perempuan dari arah belakang. Lalu dia memusing badannya ke belakang dan nampak seorang perempuan muda yang cantik tetapi mempunyai hati yang penuh dengan kegelapan dan dendam. Perempuan itu mempunyai rambut putih yang panjang seperti puntianak, muka yang begitu serius dan senyuman yang begitu menakutkan.
"Siapa kau hah! Kenapa kau tangkap aku?" Fang bangunkan dirinya dan berdepan dengan perempuan itu. Dia baru sahaja hendak menggunakan kuasa bayangnya tetapi jam kuasanya tiada di tangan kirinya.
"Hahahaha! Nama aku ialah Ratu Lily. Aku tangkap kau kerana abang kau, si Kapten Kaizo tue. Aku sudah lama perhatikan kau tapi aku hanya menunggu masa sahaja untuk menangkap kau. Selama ini aku bersabar dan perlu pastikan bahawa kau adalah adik kepada Kapten Kaizo"
"Kau tak kan dapat keluar dari sini" sambung Ratu Lily itu lagi sambil ketawa kecil "Oh ya, jam kuasa kau, aku telah rampas. Kuasa kau begitu kuat sekali, sama seperti kuasa abang kau. Aku tahu kau nak menggunakan kuasa bayang kesayangan kau nie. HARIMAU BAYANG!"
Fang terkaku sebentar selepas sahaja melihat harimau bayang telah terbentuk dan bersiap sedia untuk menyerangnya. Tanpa jam kuasa, macam mana dia mahu mempertahankan diri, lagipun kuasa penembus dia sudah lama rosak disebabkan diserang oleh abangnya sendiri. Fang mengundurkan dirinya secara pelahan-lahan dan matanya memandang ke arah kiri dan kanan jikalau ada jalan keluar untuk melepaskan dirinya dari gua ini.
"Hahaha! Kau takut dengan kuasa harimau bayang kau sendiri. Selama ini kau yang selalu menggunakan kuasa ini. Apa kata kau rasakan sendiri bagaimana harimau bayang ini menyerang kau!" Fang berhenti seketika, dia tidak ada jalan lain, melainkan mempertahankan dirinya dengan serangan harimau bayang itu. Dia bukan pengecut, dia tak kan lari. "Kau tak kan dapat abang aku. Aku tak kan benarkan kau mendekati abang aku. Aku yakin kawan-kawan aku akan mencari aku dan mereka akan hapuskan kau" Ratu Lily benci dengan kata-kata semangat dan keberanian dari Fang. Ya, dia memang benci dengan orang-orang begitu.
"Aku kagum dengan semangat dan keberanian kau. Kau dan abang kau sama sahaja. hahahaha! Rasakan serangan ini! HARIMAU BAYANG, SERANG BUDAK ITU!" Ratu Lily mengarahkan harimau bayang menyerang Fang. Fang dengan begitu pantas melakukan somersault ke arah belakang. Dia melompat ke kiri ke kanan ke depan, ke belakang, untuk mengelak daripada terkena harimau bayang itu. Ratu Lily hanya berdiri sahaja sambil ketawa sekuat hati seperti orang terkena rasuk.
"Hahahaha! Ambik ini pula, CAKARAN HARIMAU BAYANG!" Fang sempat mengelakkan dirinya tetapi malangnya kaki kanan Fang terkena cakaran harimau bayang tersebut. Fang terjatuh ke lantai tanah dan menahan kesakitan itu. Luka di kakinya begitu parah dan dia tidak berdaya untuk bangun. Ratu Lily berdiri dekat dengannya dan melihat Fang yang sedang menahan kesakitan itu, dia mengangkat tangan kanan "Bebola elektrik" sebuah bola elektrik muncul di tangan kanannya dan lalu baling ke arah Fang. Fang menjerit sekuat hati kerana badannya tidak dapat menahan dengan kuasa elektrik itu, lalu dia pengsan serta merta.
"Inilah salah satu kuasa sebenar aku, kuasa manipulati elektrik" Dia melutut dan lalu mengusap-usap rambut Fang sambil tersenyum sinis. "Kau akan datang ke sini juga Kaizo sebelum aku hapuskan adik kesayangan kau" Dia bangun dan terus beredar dari situ, meninggalkan Fang yang sedang pengsan itu.
aaaaaaaaaaaaaaa
Dikedai Tok Aba, terdapat sebuah robot bulat yang berwarna kuning sedang mengelap kaunter meja kedai. Tok Aba tiada di situ, dia keluar pergi membeli barang-barang yang sudah kehabisan stok. Jadi Ochobot terpaksa menjaga kedai Kokotiam Tok Aba sambil menunggu kepulangan kawannya, Boboiboy.
"Ochobot!" Ochobot dengan gembiranya, meninggalkan kedai itu dan terus terbang ke arah Boboiboy. Gopal, Yaya dan Ying berada di belakang Boboiboy.
"Lambat betul kau balik hari ini, kau pergi mana tadi?" tanya Ochobot.
"Maaf Ochobot, kami ke rumah Fang tadi" Ochobot baru sedar bahawa Fang tiada dengan mereka. Fang tidak datang ke sini ke? fikir Ochobot.
"Aik, mana Fang? Bukan dia selalu dengan korang ke?" Tanya Ochobot lagi. Ochobot dapat melihat riak wajah Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying yang sedang bersedih dan risau. "Kenapa? Apa yang terjadi?" semuanya berdiri senyap sebentar, akhirnya Boboiboy membuka cerita apa yang terjadi terhadap Fang. Mereka semua pergi duduk di kedai Tok Aba sambil mendengar Boboiboy bercerita
"Fang kena culik Ochobot. Kami dah cari dia dekat rumah tadi, tapi Fang takde. Yang kami jumpa hanya donut lobak merah separuh makan oleh Fang"
"Kena culik? siapa culik dia?" terkejut Ochobot. Macam mana Fang kena culik, bukan ke Fang tue mempunyai kuasa yang kuat, fikir Ochobot. Boboiboy mengeluarkan donut lobak merah di dalam beg sekolahnya dan lalu memberi kepada Ochobot.
"Ochobot, tolong scan donut ini. Mungkin kita dapat jawapannya" Boboiboy keluarkan donut itu dari beg plastik dan meletakkan donut itu di atas meja kaunter. Dengan segera, Ochobot scan donut tersebut. Beberapa data telah terkumpul.
"Cepatlah Ochobot, kita kena cari Fang cepat"
"Isk kau nie Boboiboy, sabar lah dulu. Bagi Ochobot scan betul-betul donut tue" marah Yaya tetapi Boboiboy mengendahkan sahaja kata-kata Yaya. Dia mana boleh sabar dalam situasi begini, nyawa Fang mungkin dalam terancam. Kita tak tahu apa yang telah terjadi terhadap Fang. Mereka semua tidak tahu bahawa Fang sedang luka parah sekarang nie dan dalam keadaan pengsan.
Walaupun wajah Yaya dalam keadaan terdesak tetapi dia kena bersabar kalau tidak pemikirannya akan menjadi kucar-kacir. "Macam mana Ochobot, dapat kesan apa-apa tak?" tanya Yaya
"Hmmm... Ada kesan racun dekat donut nie" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terkejut dan lalu memandang satu sama lain. Racun?! Mereka tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan.
"Racun?! Jangan-jangan racun tue buat Fang mati! Macam mana nie, siapa yang bunuh Fang?" Yaya dan Ying memandang ke arah Gopal dengan begitu marah sekali.
"Wei Gopal! kau jangan fikir macam tue, boleh tak" marah Ying.
"Entah Gopal nie, benda macam nie serius. Kau boleh pula buat main-main" Nak sahaja Boboiboy belasah si Gopal tue tapi dia kena banyak bersabar.
"Aku mana ada main-main dey. Tengok muka aku nie, serius kan. Macam mana kalau apa yang aku cakap tue betul" Tetapi Boboiboy tak naklah apa yang Gopal katakan itu tadi menjadi kenyataan. Dalam hati Boboiboy sungguh kuat mengatakan bahawa Fang masih hidup cuma kita tak tahu dimana dia disembunyikan.
"Sudah lah, kita jangan bergaduh tentang hal ini. Korang jangan risau, ini bukan racun untuk membunuh orang tetapi racun untuk pengsankan orang sahaja. Jadi jangan risau, yang penting sekarang kita kena mencari lokasi tempat Fang disembunyikan" Semuanya lega setelah mendengar kata-kata Ochobot. Boboiboy boleh menarik nafas dengan lega. Masalah pertama sudah selesai, masalah kedua pula dia kena selesaikan. Siapa yang culik Fang? Dan dimana dia disembunyikan? Tapi bila di fikirkan balik, hanya satu sahaja alien jahat yang ada di Pulau Rintis ini iaitu Adudu.
"Nampaknya ada orang mempergunakan donut kegemaran Fang sebagai umpan" kata Ochobot.
"Ini mesti kerja si kepala kotak tue" kata Ying. Boboiboy pula berfikiran lain, ini bukan kerja si Adudu sebab kalau Adudu, dia mesti tangkap kawan-kawannya di depan matanya sendiri.
"Bila masa pula aku yang pergi culik kawan baik jahat korang tue" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menoleh ke belakang dan kelihatan alien jahat, Adudu dan robot ungunya, Probe yang sedang mengangkat beberapa kotak besar. "Entah korang nie, tak baik tau tuduh Encik Bos yang bukan-bukan" kata Probe
"Apa korang buat kat sini?" Tanya Boboiboy yang sudah bersiap sedia untuk melawan Adudu dan Probe tetapi kelihatan seperti mereka bukan disini untuk berlawan.
"Dia orang ada dekat sini sebab tolong atok angkat barang-barang nie semua" kata Tok Aba yang muncul dari belakang Adudu dan Probe, dengan beberapa beg plastik penuh dengan barang-barang dapur. "Kebetulan atok nampak dia orang nie tadi, jadi atok mintak lah tolong daripada dia orang"
"Baiknya Adudu. Baguslah macam tue, sifat tolong menolong adalah sifat yang murni" kata Yaya.
"Baik apa kebendanya, esok-esok jadi jahat balik. Lepas tue baik, lepas tue jahat balik. baik jahat baik jahat baik jahat"
"Betul cakap Gopal tue. Encik bos nie macam suis lampu, boleh bertukar-tukar. Kejap jahat, kejap baik, kejap jahat, kejap baik"
"Apa yang kau merepek nie Probe. Aku alien jahat lah" Adudu mengetuk kepala Probe sampai membuat dia terjatuh ke tanah. "Hah! Apasal korang tiba-tiba tuduh aku culik Fang pula? cepat cerita" Dengan itu, Boboiboy pun bercerita lagi sekali tentang kes penculikan Fang. Probe begitu teruja mendengar cerita tersebut manakala Adudu membuat muka yang serius.
"Isk, siapa pula orang jahat baru dekat sini, yang aku tahu, aku sorang sahaja yang jahat lagikan kejam dekat sini" semua berfikir sebentar. Nak katakan si Ejojo, tak mungkin juga sebab dia kan dah kalah dengan sekelip mata sahaja dan kena tangkap dengan Kapten Kaizo. Boboibot pula dah lama hancur tapi Boboibot tue hanya mengikut arahan dari tuannya sahaja. Tak mungkin si Borara, dia kan dah lama dihapuskan, geng-geng tengkotak dia pun dah masuk penjara. Kedai Tok Aba menjadi sunyi kerana masing-masing sedang sibuk berfikir. Tanpa disedari mereka, seorang perempuan sedang berdiri jauh memerhatikan mereka semua.
"Harimau bayang"
"Fang?" Boboiboy mulai sedar tetapi itu bukan suara Fang, suara itu milik seorang perempuan. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying memusing kebelakang dan tiba-tiba sahaja mereka semua menjerit kerana harimau bayang sedang berlari menuju ke arah mereka untuk menyerang. Boboiboy dengan segera menukar menjadi Boboiboy Halilintar. Dengan pantasnya dia menghapuskan harimau bayang itu menggunakan pedang halilintarnya.
"Siapa kau?" perempuan itu tersenyum sahaja kepada Boboiboy. "Jadi, kaulah yang menculik Fang dan merampas kuasa dia. Baik kau lepaskan kawan aku tue sebelum aku hapuskan kau"
"Hahahaha!" Perempuan itu ketawa kecil "Siapa aku? Aku adalah Ratu Lily. Betul tekaan kau, akulah yang menculik kawan kesayangan kau tue. Jangan risau, Fang sekarang hanya pengsan sahaja" Ratu Lily tersenyum sini dan bersambung lagi "selepas sahaja aku telah mencederakan dia dengan menggunakan jam kuasa ini" Ratu Lily ketawa sekuat hati. Gopal terus sembunyikan diri belakang kaunter kedai kerana ketawa Ratu Lily itu seperti bunyi pontianak sedang mengilai. Boboiboy Halilintar, Yaya dan Ying berasa sungguh marah apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Ratu Lily itu tadi.
"Berani kau cederakan kawan baik aku. Lepaskan Fang!" Boboiboy Halilintar menyerang Ratu Lily itu dengan pedang Halilintarnya. Ratu Lily itu mengangkat kedua tangannya "Kuasa Telekinesis!"
Tiba-tiba sahaja badan Boboiboy Halilintar terpelanting ke kedai Tok Aba. "Jangan Boboiboy, Ratu Lily tue mempunyai kuasa yang luar biasa"
"Maksud kau Adudu?" Boboiboy Halilintar mengosok kepalanya kerana terkena signboard Kokotiam Tok Aba
"Maksud aku, Ratu Lily tue berbahaya. Kuasa yang dia miliki bukan datang dari jam kuasa. Kuasa Telekinesis tue adalah salah satu kuasanya" kata Probe "Kuasa dia tue boleh mengerakkan sesuatu object menggunakan mindanya"
"Dah habis bercerita? Ambik serangan ini lagi" Ratu Lily menyerang mereka semua lagi dengan kuasa Telekinesisnya. Mereka semua terpelanting ke belakang, Boboiboy halilintar sempat menyelamatkan atoknya, manakala Yaya sempat terbangkan diri. Adudu, Probe Gopal dan Ying terjatuh dan terkena pokok. Ratu Lily tidak berpuas hati, dia terus menyerang mereka dengan kuasa Elektriknya pula. Dia mengeluarkan bebola elektriknya dan lalu membaling ke arah mereka tetapi Probe sempat bertukar menjadi Mega-Probe.
Probe menjadikan dirinya sebagai pelindung untuk melindungi mereka daripada terkena bebola elektrik itu.
"PROBEEEE!" menjerit Adudu. Probe jatuh tetapi tidaklah rosak teruk, dia masih lagi berfungsi. Boboiboy Halilintar menjadi semakin marah dan bertukar menjadi Boboiboy Blaze.
"Jaga kau Ratu LiLy! BEBOLA API BERKEMBAR!" Boboiboy Blaze menghantar bebola apinya tepat ke arah Ratu Lily itu tetapi nasib tidak menyebelahi Boboiboy Blaze kerana Ratu Lily menggunakan kuasa Telekinesis dan bebola api itu datang balik ke arah Boboiboy Blaze
"TUKARAN BISKUT-BISKUT YAYA!" bebola api tersebut bertukar menjadi biskut Yaya yang sangat panas. Boboiboy blaze sedar dengan keadaan itu, dia mengelakkan diri daripada terkena.
"Alamak! maaf Boboiboy. aku tak sengaja, aku panik tadi" kata Gopal.
"Aduh! Kau nie, jangan lah tukar jadi biskut Yaya. Kau tahukan biskut tue keras macam batu"
Ratu Lily terus menyerang mereka lagi dengan kuasa Telekinesisnya. Boboiboy Blaze terjatuh kebelakang dan dia terus bertukar menjadi Boboiboy normal.
"TUMBUKAN PADU!" giliran Yaya pula untuk menyerang Ratu Lily itu tetapi nasibnya sama sahaja seperti Boboiboy.
"YAYA!" dengan pantasnya Ying pergi menyelamatkan Yaya daripada terjatuh ke tanah. Masing-masing sudah kalah dengan Ratu Lily itu tetapi mereka tidak boleh mengalah. Demi kawan mereka Fang, mereka sanggup berlawan bermati-matian.
"HAHAHAHA! Korang tak kan dapat kalahkan aku. Aku datang ke sini untuk memberitahu korang, aku akan kembalikan kawan korang tapi dengan satu syarat. Hubungi Kapten Kaizo tue dan datang ke sini kerana aku ada kejutan khas untuk dia. Kalau tidak, kawan korang akan menjadi mangsa keganasan aku. Aku akan seksa dia sehingga Kapten Kaizo muncul di depan mata aku sendiri" Ratu Lily terus menghilangkan diri tanpa kesan. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying memandang satu sama lain. Mereka tiada pilihan, terpaksa menghubungi Kapten Kaizo juga tetapi bagaiman kalau itu semuanya hanyalah satu perangkap dari Ratu Lily itu.
"Perangkap ke tak, kita kena hubungi Kapten Kaizo. Kita perlukan bantuan dari dia untuk menyelamatkan Fang" Pelahan-lahan Boboiboy bangunkan dirinya. "Tapi aku tak sanggup melihat Kapten Kaizo menjadi mangsa si Ratu Lily tue"
"Aiyoo.. jangan risau ma. Abang Fang tue kan kuat. Mesti dia dapat kalahkan si Ratu gila tue" kata Ying
"Entahlah Ying, aku rasa kita sendiri perlu pergi selamatkan Fang sendiri. Tak payah meminta bantuan daripada Kapten Kaizo, melainkan kita sudah terdesak" pemikiran Boboiboy terus berubah
"Habis tue, kau nak Fang terseksa. Kau sendiri dengarkan kata-kata Ratu Lily tue kan, selagi Kapten Kaizo tak datang ke sini, selagi tue lah nyawa Fang dalam bahaya. Terdesak atau tidak, kita kena hubungi Kapten Kaizo juga. Lagipun tak baik sembunyikan perkara ini daripada Kapten Kaizo tue tentang adiknya" Boboiboy mengalah selepas sahaja mendengar kata-kata dari Yaya. Boboiboy memandang kawan-kawannya dan dia pun setuju untuk menghubungi Kapten Kaizo.
"Aku akan tolong korang hubungi Kapten Kaizo. Jom ikut aku ke markas kotak"
"Terima kasih Adudu" kata Boboiboy.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Dirinya sudah lemah, kaki kanannya masih luka akibat terkena cakaran harimau bayang tadi. Fang tidak mahu mengalah, dia akan mencari jalan keluar juga walaupun dengan badan yang lemah. Pelahan-lahan dia cuba untuk berdiri tetapi kesakitan itu amat perit sekali, lalu dia tersungkur jatuh. Fang tiada jalan lain, dia merangkak ke sudut-sudut tepi untuk mencari jalan keluar. Mungkin dia dapat jumpa ruang kecil yang membolehkan dia merangkak keluar daripada gua ini. Mata Fang memandang liar ke arah kiri dan kanan supaya Ratu Lily tidak muncul pada saat-saat ini.
"Mana kau nak lari!" Ratu Lily mengeluarkan pengikat bayang untuk mengikat Fang. Dia mengheret Fang dengan ganas sekali sehingga membuatkan kesakitan kakinya itu menjadi lebih perit seperti terkena tikaman pisau.
"LEPASKAN AKU!"
"Lepaskan kau? Hahahahaha! Selagi abang kau tidak datang menyelamatkan kau, selagi itulah kau akan menjadi tebusan aku. Lagipun kau akan menjadi bahan untuk menghilangkan kebosanan aku. AMBIK NIE! ALIRAN ELEKTRIK!" Ratu Lily itu mengeluarkan elektrik ke pengikat bayang, Fang menjerit kesakitan. Ratu Lily hentikan aliran elektrik itu.
"Aku akan menyeksakan kau. hehehe! Aku tidak sabar untuk melihat wajah abang kau apabila melihat adik kesayangannya telah aku diseksakan" Ratu Lily gelak sekuat hati. Apa yang dia inginkan selama ini akan menjadi kenyataan. Datanglah kau Kaizo, datanglah dengan cepat, fikir Ratu Lily "Kau patut bersyukur kerana kuasa elektrik yang aku bagi tue tidaklah sekuat mana"
Perasaan Fang sudah menjadi kucar-kacir kerana dia tidak mahu abangnya datang kerana dia tahu, Ratu Lily itu akan membunuh abangnya tetapi pada masa yang sama, dia tidak mahu dirinya menjadi alat permainan Ratu Lily. Dia tidak tahan lagi dari satu seksaan ke satu seksaan dari Ratu kejam itu. Dia berdoa banyak-banyak agar Boboiboy dan rakan-rakannya yang lain datang dan menyelamatkan dirinya dengan segera sebelum abang dia sampai.
"Kau.. kau tak kan.. dapat... abang aku... Kawan... kawan aku.. akan... datang.. menyelamat.. kan... aku" kata Fang dengan begitu lemah sekali.
"Kau yakin? AMBIK NIE! BEBOLA ELEKTRIK"
Fang tidak berdaya untuk menjerit lagi tapi apakah dayanya, kuasa elektrik itu sungguh menyakitkan walaupun dalam kuasa rendah.
"ABANGGGGG!"
aaaaaaaaaaaaaa
Jauh di ruang angkasa, Kapten Kaizo terjaga dari mimpi buruknya. Kapten Kaizo bangun dan pergi ke sink untuk membasuh mukanya, pemikirannya masih lagi bermain-main dengan mimpi buruknya tadi. Dia mimpi adiknya telah terseksa begitu kejam sekali, dan paling peliknya, dia boleh mendengar adiknya memanggil namanya dengan jelas sekali. Jangan fikir yang bukan-bukan Kaizo, semua itu hanyalah mainan mimpi sahaja, fikir Kaizo sambil menenangkan dirinya.
"Kapten!" satu skrin kecil keluar dari jam kuasanya. "Kenapa Lahap?"
"Datang ke bilik kawalan dengan segera, kita ada panggilan kecemasan"
"Kecemasan?" dengan gegasnya, Kapten Kaizo terus berlari ke bilik kawalan. Di skrin besar dia nampak wajah Boboiboy terpapar di skrin
"Kenapa kau hubungi aku?"
"Kapten Kaizo kena datang ke bumi dengan segera. Fang kena tangkap dengan Ratu Lily, kami perlukan bantuan dari Kapten untuk selamatkan Fang" Kapten Kaizo terkejut besar selepas sahaja mendengar nama Ratu Lily. Musuh lama dia sudah kembali, kali ini adik dia menjadi mangsa. Nampaknya mimpi tadi bukanlah hanya sekadar mimpi mainan.
Tanpa mengucapkan terima kasih kepada Boboiboy, dia menutup terus skrin itu. "Lahap, dengan pantas kita ke Bumi" Riak wajah Kapten Kaizo menjadi marah.
Jaga kau Ratu Lily, jika kau cederakan adik aku, aku sendiri akan hapuskan kau, kata Kapten Kaizo dihati sambil menggenggam tangan kanannya
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top