Kalahkan Dia!

Suasana bertukar menjadi dingin. Kapten Kaizo kini berhadapan dengan musuh silamnya iaitu Ratu Lily. Semenjak Kapten Kaizo sudah berada di bumi, Ratu Lily sudah dapat mengesan dengan ketibaan Kapten Kaizo, dengan segera dia terus pergi untuk bertemu dengan musuhnya. Dendam dihati masih lagi segar. Dia tidak boleh melupakan pertarungan hebat antara dia dan Kapten Kaizo pada suatu ketika dahulu.

Kapten Kaizo sendiri yang memusnahkan Kota dan askar-askar kegelapannya yang telah berluasa dengan pesatnya. Kapten Kaizo juga yang menghalang kejahatan Ratu Lily. Semenjak itu, Ratu Lily berazam akan membalas dendam terhadap Kapten Kaizo. Dia secara senyap-senyap menjejaki kapal angkasa Kapten Kaizo. Dia juga dapat tahu bahawa adik Kapten Kaizo telah dihantar ke bumi tapi dia tidak pasti yang mana satu adiknya. Dia terpaksa tinggal di bumi untuk menyiasat tentang adik Kapten Kaizo dan akhirnya, sekarang ini, rancangan dia hampir berjaya.

Ratu Lily mahu melihat kesangsaraan Kapten Kaizo yang dia pernah berikan kepadanya sebelum ini.

"Hahahaha" Ratu Lily memberikan gelakan yang sinis kepada Kapten Kaizo. "Akhirnya, kita bertemu lagi Kaizo"

"Mana adik aku? Baik kau pulangkan adik aku sebelum aku hapuskan kau" Kaizo bersiap sedia untuk mengeluarkan pedang tenaganya

"Eh, jangan terburu-buru. Apa kata kita main dahulu. Bukannya senang untuk kita bertemu lagikan. Aku cuma nak tengok kau sengsara sahaja. bolehkan" Ratu Lily gelak lagi. Inilah yang dia mahukan, selagi Kapten Kaizo tidak dapat melihat adiknya, selagi itulah dia akan menjadi sengsara. Cepat Kaizo, cepat berlawan dengan aku, kata Ratu Lily dihati

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying hanya berdiri melihat mereka berdua di kedai Tok Aba. Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi seterusnya tetapi mereka perlu bersiap sedia untuk berlawan. "Wei wei, apasal dia orang tak lawan lagi" bisik Gopal kepada Boboiboy

"Mana aku tahu. Kalau apa-apa yang berlaku, kita kena tolong Kapten Kaizo untuk kalahkan Ratu Lily" Gopal, Yaya dan Ying mengangguk sahaja tanda setuju.

"Aku tiada masa untuk bermain dengan permainan kau" Suara Kaizo begitu terdesak sekali kerana tidak dapat melihat adiknya.

"Kau begitu terdesak sekali. Baiklah, aku akan tunjukkan adik kesayangan kau tue" Ratu Lily memetik jarinya dan muncul Fang di tengah-tengah antara Kaizo dan Ratu Lily. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying begitu terkejut sekali melihat keadaan Fang yang sedang terbaring di tengah padang. Kaizo tidak percaya apa yang telah terjadi dengan adiknya sendiri, dia terlalu marah kepada diri sendiri dan terlalu marah dengan Ratu Lily. Dia tidak akan maafkan dirinya kalau adiknya tiada lagi di dunia nie.

Kaizo tidak sanggup melihat adiknya Fang yang sudah lemah dan keadaan yang sungguh menyedihkan. Badan dan muka Fang penuh dengan kesan luka dan calar-balar. Kelihatan seperti darah yang masih segar di dahi Fang. Kaki kanan luka Fang pula menjadi lebih teruk. Mata Fang masih tertutup, dia tidak sedarkan diri.

Yaya dan Ying tidak sanggup melihat keadaan kawan mereka dalam keadaan begitu. Yaya menangis sambil berpelukan dengan Ying. Ying pula menahan air matanya tetapi akhirnya gagal. Dia juga turut menangis. Gopal terkaku sehingga tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya

"FANGGG!" Boboiboy baru sahaja hendak berlari ke arah Fang tetapi dia telah dihalang oleh Kapten Kaizo

"Kau marah Kaizo. Kau ingat aku takkan seksa adik kau. Kau tersilap besar Kaizo. Dulu aku sengsara kerana kau musnahkan semua yang aku miliki. Kau musnahkan askar-askar aku. Kau musnahkan kota kerajaan gelap aku! INILAH DENDAM AKU TERHADAP KAU" Ratu Lily menjadi semakin marah, dendam dia semakin parah menyebabkan elektrik-elektrik yang berada di sekeliling mereka mengalir dan menyalurkan kepada ke badan Ratu Lily. Tidak terhenti-henti elektrik menyalur kepada dia

Percikkan elektrik terkeluar dari tiang-tiang elektrik. Mereka semua panik melihat keadaan. "Ochobot! Bawa Tok Aba ke tempat yang selamat" Ochobot menerima arahan dari Boboiboy dan terus dia pergi dengan Tok Aba. Keadaan menjadi semakin teruk dan semakin berbahaya kalau berterusan sebegini. Kalau tidak mereka boleh terkorban. Boboiboy juga harus mengambil Fang yang berada di situ, kena selamatkan dia. Tapi Bagaimana? Gunakan kuasa terkuat dia?

Sebelum sempat Boboiboy menggunakan kuasa terkuatnya, Gopal sudah mempunyai idea. Tanpa ragu-ragu dia berlari ke arah Ratu Lily.

"Tukaran penebat elektrik" Badan Gopal terus bertukar menjadi getah. Dia menanduk Ratu Lily itu sekuat hati. Walaupun serangan dari Gopal tidaklah sekuat mana tetapi ia dapat memberhentikan Ratu Lily daripada mendapat kuasa-kuasa elektrik yang sedang menyalur kepadanya. Ratu Lily terjatuh ke tanah.

"Padan muka!" kata Gopal

"JAGA KAU!"

"Gopal! hati-hati" Boboiboy terus bertukar menjadi Boboiboy Halilintar. "Gerakan kilat!" Dengan pantasnya dia terus pergi menyelamatkan Gopal sebelum Ratu Lily menyerang dia dengan bebola elektrik. Ratu Lily tidak berpuas hati, lalu dia mengangkat kedua belah tangannya.

"KUASA TELEKINESIS!"

"TOLAKAN TENAGA!"

Kaizo dan Ratu Lily menggunakan kuasa mereka secara serentak menyebabkan kuasa mereka pergeseran satu sama lain dengan begitu kuat sekali. Akibat itu, mereka semua terpelanting ke belakang. Fang yang berada di tengah-tengah antara Kaizo dan Ratu Lily telah hilang. Kaizo begitu panik sekali, adakah tolakan yang begitu kuat itu membuatkan adiknya turut terpelanting sekali? Kaizo mencari-cari Fang tetapi gagal.

"Kapten jangan risau, Yaya sudah bawa Fang pergi dari sini" kata Ying yang muncul disebelah Kaizo

"Ha ah, sekarang nie kita perlu hapuskan Ratu Lily tue" Boboiboy Taufan pula muncul tanpa hoverboardnya

Yaya sudah terbang jauh dengan Fang yang sedang terbaring di atas hoverboard Boboiboy Taufan. Tanpa disedari Yaya, Ochobot mengikut belakang Yaya sambil berpegang hoverboard itu. "Yaya! kita nak ke mana?"

"EH! Ochobot! Terkejut aku. Aku perlu membawa Fang tempat yang selamat"

"Kalau begitu, kita pergi ke markas kotak. Kita akan selamat di situ" Yaya setuju sahaja, lalu Yaya terbang di hadapan, hoverboard itu mengikut sahaja Yaya. Ochobot terpaksa memegang Hoverboard itu supaya Fang tidak jatuh kerana mereka terbang begitu pantas sekali sebelum Ratu Lily dapat mengejar mereka.

Mereka semakin hampir dengan markas kotak Adudu tetapi mereka telah di halang oleh Ratu Lily.

Flashback

Pada ketika Fang sudah hilang di depan matanya, Ratu Lily terdengar cakapan Ying bahawa Fang telah dibawa lari. Ratu Lily menjadi begitu marah. Dia kena rampas balik Fang dari mereka. Tetapi bagaimana dia dapat lepaskan diri daripada Kapten Kaizo.

Kapten Kaizo menyerang Ratu Lily dengan pedang tenaganya. Tetapi Ratu Lily begitu pantas dia menggunakan kuasa telekinesis. Boboiboy Taufan yang menjadi mangsa. Boboiboy Taufan tiba-tiba tidak dapat bernafas dengan sempurna, seperti ada tangan yang sedang mencekiknya. "Boboiboy!" jerit Gopal dan Ying.

"Marilah sini Kaizo. Mari ke sini kalau kau nak tengok kawan baik adik kau sendiri terkorban. HAHAHAHAHA!"

"Kau memang kejam" Kaizo tiada pilihan lain, lalu dia simpan balik pedang tenaga dia

"Bagus Kaizo Bagus. Tapi kau ingat aku akan lepaskan dia begitu mudah" Boboiboy Taufan terasa sangat pening, dan dia hampir kehilangan oksigen. Ying yang tidak dapat menahan kemarahannya terhadap Ratu Lily, lalu dia menggunakan kuasanya.

"BEBOLA MASA!" Ratu Lily terperangkap di dalam bebola masa. Ratu Lily tidak dapat bergerak dan ini lah masa peluang untuk menyerangnya. Boboiboy Taufan berasa lega kerana akhirnya dia dapat bernafas dengan sempurna.

"TUMBUKAN TANGAN BATU!" Gopal menukar separuh tangannya menjadi batu dan lalu menumbuk Ratu Lily itu. Manakala Kapten Kaizo kembali menyerang Ratu Lily dengan pedang tenaganya, dia menghayun pedangnya ke arah tepat Ratu Lily.

Bebola masa hilang, lalu Ratu Lily jatuh dan sebahagian badannya tercedera.

"Ratu gila tue dah cedera, kita serang dia lagi" kata Gopal tetapi malangnya Ratu Lily sudah melarikan diri.

"Pang" Kapten Kaizo dapat rasakan Ratu Lily sedang mengejar Yaya yang kini bersama-sama dengan Fang. Dia perlu mencari adiknya sebelum Ratu Lily menjumpai mereka terdahulu.

End of Flashback

Yaya kini berhadapan dengan Ratu Lily. Dia perlu melindungi Fang daripada Ratu Lily. Yaya berasa pelik kerana ada asap-asap yang terkeluar dari badan Ratu Lily tue. "Asap apa tue Ochobot?"

Ochobot scan badan Ratu Lily dari jauh dan mendapati asap-asap tersebut ialah tenaga-tenaga orang yang dia curi sebelum ini. "Kau kena cederakan dia Yaya, makin cedera dia, makin keluar semua tenaga yang dia curi"

"Tenaga? Sebab itu dia menjadi kuat? sebab dia mencuri tenaga-tenaga orang di Pulau Rintis nie"

"Yea, tapi kau sorang sahaja tak dapat kalahkan dia Yaya" Mereka tiada masa untuk berfikir panjang lagi kerana Ratu Lily semakin hampir dengan mereka. "Takpe Ochobot, walaupun aku tak dapat kalahkan dia tapi aku boleh menghalang dia. Kau pergi bawa Fang jauh dari sini" Ochobot tidak mahu Yaya berlawan dengan Ratu Lily itu sorang-sorang. Dia berasa berat hati untuk meninggalkan Yaya tapi dia tiada pilihan lain. Dia perlu bawak Fang ke tempat selamat dan jauh dari sini

"Tapi Yaya"

"Takpe Ochobot, jangan risau tentang diri aku. Cepat lari dari sini" Demi kawan, Yaya sanggup berhadapan dengan musuh yang lebih kuat daripada dia, asalkan Fang terselamat daripada Ratu Lily itu.

"GRAVITY PEMBERAT!" badan Ratu Lily menjadi berat, dia tidak dapat gerakan badannya. "Ochobot! cepat lari!" kata Yaya

"Kau ingat aku tiada kuasa lain untuk menghalang kau" Ratu Lily menggunakan mindanya untuk kuasa Telekinesis. Yaya, Ochobot dan Fang terpelanting dan lalu terkena tembok jalan dengan begitu kuat sekali. Gravity pemberat Yaya hilang. Dia bangunkan dirinya dan berjalan ke arah mereka yang tidak sedarkan diri kecuali Fang. Dia sudah sedar dan terkejut melihat Yaya dan Ochobot terdampar di sebelahnya.

"Yaya.. Ochobot" Fang memanggil nama mereka dengan nada yang begitu lemah sekali. "Kau dah sedar Fang" Fang terkejut apabila mendengar suara Ratu Lily, dia menjadi ketakutan kerana dia tak dapat melindungi mereka dan dirinya. Kalaulah dia dapat jam kuasanya balik, mungkin dia dapat melindungi mereka semua. Fang berdoa banyak-banyak agar Yaya dan Ochobot bangun dan dapat selamatkan mereka daripada Ratu Lily.

"hehehehe.. BEBOLA ELEKTRIK MAKSIMA!"

"TANAH PELINDUNG! Boboiboy gempa datang tepat pada masanya. "Fang! kau dah sedar" Boboiboy gempa lari ke arah Fang. "Terima kasih Boboiboy kerana melindungi aku" Fang memberikan senyuman kepada Boboiboy gempa. "Sama-sama Fang. Jangan risau Fang, aku akan lindungi kau"

"Boboiboy! Fang! Hati-hati" Yaya yang sudah sedarkan diri, memanggil nama Boboiboy dan Fang kerana Ratu Lily datang menyerang mereka lagi.

"HAHAHAHA! AKU TAK KAN DUDUK DIAM SELAGI AKU TAK HAPUSKAN KAU! BEBOLA ELEKTRIK BERTUBI TUBI!" berpuluh puluh bebola elektrik muncul dan menyerang ke arah mereka.

"DINDING TENAGA!" Bebola elektrik tersebut hancur apabila terkena dinding tenaga. Kapten Kaizo sempat datang melindungi mereka. "Bawa adik aku lari daripada sini, cepat! Biar aku uruskan si perempuan gila tue"

"Tapi Kapten"

"Tiada tapi tapi, cepat lari dari sini!" Fang terpaksa mengikut kata-kata abangnya, Boboiboy gempa bertukar menjadi Boboiboy normal. Dia memimpin Fang secara pelahan-lahan kerana Fang tidak boleh berjalan dengan cepat. Ochobot pun turut menyertai mereka untuk lari dari pertempuran itu. Fang yang tidak mahu meninggalkan abangnya melihat sahaja dari belakang. Kaizo itu sahaja lah ahli keluarga yang dia ada sekarang, dia tidak mahu Ratu Lily membunuh abangnya. Dia tidak sanggup hidup bersendirian. Dia pernah bersendirian selepas sahaja abangnya tinggalkan dia sorang-sorang di bumi. Dia berasa sungguh sunyi sekali, dia tidak mahu kesunyian lagi. Fang menahan air matanya, dia kena kuat. Dia tidak mahu menangis di depan Boboiboy.

"Boboiboy, hati-hati ya, Jaga Fang elok-elok. Kita orang akan belasah si ratu gila tue" kata Ying. Sekarang Yaya, Ying dan Gopal perlu merampas balik jam kuasa daripada Ratu Lily tue dan cederakan dia lagi supaya dia menjadi lemah. Mereka perlukan rancangan bagaimana hendak rampas balik jam kuasa Fang.

Kapten Kaizo yang sedang mengelakkan diri daripada serang bebola elektrik dengan begitu pantas sekali. Kali nie, dia dapat menyerang Ratu Lily dari belakang dengan tumbukannya "TUMBUKAN TENAGA PADU!" Ratu Lily tidak sempat mengelak, lalu dia terkena tumbukan itu. Yaya juga menyerang dia dari tepi "TUMBUKAN PADU!"

Ratu Lily terus terjatuh, makin banyak tenaga-tenaga yang keluar dari badan Ratu Lily. Dia sudah menjadi semakin lemah. "Kau dah kalah! baik kau menyerah kalah sahaja" kata Kaizo sambil mengacukan pedang tenaga dia kepada Ratu Lily

"HAHAHAHA! Kau lupa yang aku ada satu lagi kuasa yang tidak memerlukan tenaga-tenaga manusia. PENGIKAT BAYANG! ALIRAN ELEKTRIK MAKSIMA!" Kapten Kaizo telah tertipu dengan perangkap Ratu Lily itu. Kaizo terpaksa menahan kesakitan yang teramat itu.

"Rasakan kuasa aku Kaizo. RASAKAN! AKU AKAN HAPUSKAN KAU SEPERTI MANA AKU HAPUSKAN KEDUA IBU BAPA KAU!" Ratu Lily terus ketawa dan ketawa seperti orang gila.

"JANGAN HARAP! TUMBUKAN GIGA!"

"TOMBAK HALILINTAR!"

"CAKERA UDARA!"

"MERIAM PEMBEKU!"

"TUMBUKAN TINJU BERAPI!"

Boboiboy telah berpecah 5 lima setelah dia nampak Kapten Kaizo terkena aliran elektrik. Fang yang memaksa Boboiboy supaya jangan pergi jauh, dia tidak mahu meninggalkan abang dia.

Ratu Lily akhirnya sudah lemah, kuasa di dalam badannya sudah lemah. Dia tidak boleh menggunakan kuasa-kuasanya. Tenaga-tenaga yang pada badan Ratu Lily semuanya sudah pergi ke tempat asalnya, yang tinggal hanyalah tenaga Ratu Lily yang begitu lemah. Ratu Lily tidak boleh menerima kekalahan dirinya, dia takkan berputus asa. Dia tahu Fang masih ada lagi dekat sini

"Kau sudah lemah. Kau sudah tiada kuasa lagi. Aku akan hapuskan kau" Kaizo menghayunkan pedang tenaganya tetapi Ratu Lily sempat menghilangkan diri. Ada sisa-sisa baki tenaga lagi didalam badannya, jadi dia gunakan tenaga yang ada untuk teleportasi dirinya ke Fang.

Fang yang duduk tersandar di tembok jalan, berasa lega kerana semuanya sudah berakhir tetapi dia tidak tahu bahawa Ratu Lily telah melarikan diri. Kesemua pecahan Boboiboy sudah bersatu semula dan terus pergi ke Fang. Tiba-tiba sahaja Boboiboy berhenti dan menjerit "FANGGGGGG!"

Dari jauh lagi, Kaizo terdengar jeritan dari Boboiboy. Kaizo, Gopal, Yaya dan Ying berlari ke arah Boboiboy.

"Ratu Lily... dah.. tangkap.. Fang.. semula" Boboiboy menangis kerana dia gagal melindungi Fang. Ochobot memeluk Boboiboy untuk meredakan dia. "Jangan salahkan diri sendiri Boboiboy, ini bukan salah kau"

"Tapi aku gagal Ochobot. Aku sepatutnya bawa diri dia lari tapi Fang yang memaksa aku. Dia tak nak tinggalkan abang dia" Gopal, Ying dan Yaya memandang satu sama lagi, adakah Fang akan diseksa dengan lebih teruk daripada sebelum ini? Mereka juga tidak pasti, apa yang penting sekarang ini, mereka perlu mencari Fang semula, mereka dapat rasa Ratu Lily tidak boleh pergi jauh kerana tenaganya sudah lemah.

Kaizo mengenggam tangannya dan beredar dari situ, dia sendiri akan pergi mencari Fang. Tunggu Fang, abang akan datang selamatkan kau.

To be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top