Donut Ku!

"DONUT LOBAK MERAH!"

 Dari jauh lagi para pelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis boleh dengar jeritan dari seorang lelaki berkaca mata yang sedang berlari menuju ke arah kantin sekolah. Tetapi tanpa pengetahuan dia, donut lobak merah sudah habis dijual

Fang dengan segera, dia terus ke kaunter kantin sekolah. Dia mencari-cari donut kegemarannya di atas kaunter itu dan dia dapati donut kegemarannya sudah habis dijual. Riak wajah dia yang penuh dengan harapan terus berubah menjadi kecewa. Punah semua harapan Fang untuk menikmati donut kegemarannya

"TIDAKKKKK!" 

Fang berasa sungguh sedih dan dia terus beredar dari situ tanpa membeli makanan lain

Boboiboy yang sedang berehat di kantin sekolah dengan Gopal, dia hanya melihat gelagat Fang yang dalam kesedihan dan kekecewaan. Apakah dayanya kerana donut terakhir telah di beli dan dimakan oleh Gopal

"Wei wei, mulut aku takde bau donut kan?" Gopal membuka mulutnya seluas luasnya agar Boboiboy dapat membau mulutnya itu

"Adalah bau sedikit" kata Boboiboy

Gopal dengan paniknya, dia terus pergi membeli seberapa banyak nasi lemak yang dia mampu

"Kau kenapa? Boleh ke kau habiskan semua nasi lemak nie?" tanya Boboiboy sambil melihat kawan baiknya itu melahap kesemua nasi lemak tersebut

Gopal tahu jikalau Fang dapat tahu dia yang makan donut lobak merah yang terakhir, sudah tentu diri dia akan di belasah oleh Fang. Lebih-lebih lagi kalau dia menggunakan kuasa harimau bayangnya. Memang nahaslah si Gopal nanti. Untuk menggelakkan daripada di ketahui oleh Fang, dia terpaksa makan seberapa banyak nasi lemak yang dia mampu supaya bau donut itu hilang dari mulutnya

"Kalau tak habis, aku bawaklah balik rumah, makan dekat rumah" kata Gopal sambil mengambil sebungkus nasi lemak yang seterusnya

"Isk, kau ni. Kau beli banyak-banyak ni kenapa?"

"Dey, kalau Fang tahu aku yang makan donut kegemaran dia yang terakhir tu, tentu dia akan belasah aku nanti. Sebab itu aku beli banyak-banyak nie, nak hilangkan bau donut lobak merah tu"

"Yelah Gopal. Dah lah, aku nak pergi tengok si Fang. Entah dia ok ke tak tue" Boboiboy bangun dari bangkuk kantin dan terus meninggalkan Gopal dengan nasi lemaknya

Fang berjalan hanya perlahan sahaja untuk ke kelas 5 Jujur dengan perasaan sedih dan kecewa kerana sudah 2 hari dia tidak dapat menikmati donut kegemarannya

"Fang! Tunggu!" Fang menoleh kebelakang dan nampak Boboiboy sedang berlari ke arahnya

"Apa kau nak Boboiboy?" tanya Fang dengan nada yang sedih

Tidak pernah Boboiboy nampak Fang sedih hanya kerana sebiji donut lobak merah. Macam-macam ragam manusia ada dekat dunia, fikir Boboiboy. Dia hanya mampu bersabar dengan perangai kawan baiknya

"Aku nak tengok kau lah. Kau janganlah sedih sangat Fang. Esok aku janji aku belikan donut lobak merah untuk kau" Muka Fang terus berubah menjadi gembira sehingga tidak berkata apa "Tapi kenapa dah 2 hari kau lewat pergi ke kantin?" Tanya Boboiboy

Fang mula bercerita

"Semalam Cikgu Papa panggil aku ke bilik guru. Aku pun tak tahu kenapa. Nak kata aku buat salah pun takde pulak sebab aku selama ini adalah seorang pelajar yang baik kecuali buat nakal dekat kau.. hehehe" cerita Fang dengan senang hati kerana hati dia gembira sangat sebab Boboiboy akan membeli donut kegemarannya esok

"Aik, kenapa cikgu papa panggil kau. Kau bukannya suka buat salah dekat sekolah kecuali suka cari gaduh dengan akulah.. hehehe" Boboiboy ketawa kecil sehinggal membuat Fang merenung tepat kepadanya "hehe, maaf"

"Takdelah, cikgu suruh aku mengambil peperiksaan dekat bilik guru. Tadi pun sama gak. Masalahnya aku sorang sahaja yang kena ambik, orang lain takde pun kena macam aku"

Boboiboy berasa pelik, kenapa Fang perlu menduduki peperiksaan sorang-sorang, kenapa Fang sorang sahaja yang kena, orang lain tak kena. Sebelum sempat Boboiboy bertanya lagi, mereka sudah sampai di kelas 5 Jujur

"Hai Boboiboy!" terkejut Boboiboy dengan teriakan dari Yaya dan Ying. Nada mereka berdua begitu ceria sekali seperti ada sambutan hari jadi di situ

Yaya dan Ying tidak ke kantin sekolah untuk berehat kerana mereka berdua terlalu sibuk menyiapkan kerja sekolah mereka

"Aik, mana Gopal?" Tanya Yaya sambil melihat kiri dan kanan kedua kawan lelakinya

"Aiya, dia mesti ada dekat kantin lagi tue tengah makan" kata Ying

 Tekaan Ying memang tepat kerana pada masa itu, Gopal masih lagi sedang menghabiskan nasi lemaknya yang hanya tinggal lagi 6 bungkusan nasi lemak. Gopal fikir apakah dia boleh menghabiskan keenam-enam bungkusan nasi lemak itu

"Ha ah, betul kata Ying. Si Gopal masih lagi tengah makan.. hehe" Boboiboy ketawa kecil

"Makan lagi si Gopal tu" Yaya terus mencekak pinggang "Eh, korang dengar tak pasal kejadian aneh yang berlaku dekat bandar kita nie" kata Yaya dengan nada yang serius

Memang betul apa yang dikatakan oleh Yaya tadi. Terdapat sesuatu yang misteri berlaku di Pulau Rintis. Ramai penduduk pulau itu kehilangan tenaga sehingga ada yang menyebabkan segelintir daripada mereka pengsan ataupun koma untuk beberapa hari. Mereka semua tidak tahu apa punca sebenarnya atau bagaimana ianya berlaku. Mungkin serangan dari alien yang mereka tidak dikenali atau Adudu sedang merancangkan rancangan jahat dia terhadap kesemua penduduk Pulau Rintis dan juga para adiwira di pulau itu

"Yolah, ramai yang terkena dengan penyakit ganjil itu. Kita kena berhati-hati" Ying dengan loghat cinanya dan percakapan dia yang sangat laju tetapi semua faham apa yang dia cakapkan. Loceng sekolah berbunyi, tandanya waktu rehat sudah pun tamat

Gopal masuk ke kelas dengan 2 beg plastik yang di penuhi dengan nasi lemak. Gopal kelihatan begitu kenyang sekali. Dia nampak terlalu letih untuk berjalan kerana perut dia penuh dengan nasi

 "Gopal! banyak betul kau beli, membazir betul kau nie. Ini adalah suatu pembaziran!" Yaya baru sahaja hendak mengeluarkan pen dan buku denda dia. Gopal cepat-cepat berkata sesuatu kepada Yaya

"Ala, kau nie Yaya. Yang lebih ni aku makan lah dekat rumah, tak membazirkan kan kan"

"Habis tu kau beli banyak-banyak nie kenapa?" Yaya sedang bersedia hendak menulis nama Gopal jikalau Gopal tidak memberi alasan yang kukuh

"Aku beli banyak-banyak ni sebab aku nak hilangkan bau donut lobak merah. Nanti si Fang tahu pulak aku yang makan donut terakhir dia tue" baru Gopal sedar, dia sudah bocorkan rahsianya sendiri

"APA! Jadi kau lah orang yang terakhir membeli donut terakhir aku!"

Aura hitam mulai keluar dan mengelilingi tubuh badan Fang. Yaya terus sahaja simpan pen dan buku dendanya kerana denda dari Fang pun mencukupi

"Sabar Fang, kan aku dah janji aku akan beli donut kau esok" Boboiboy cuba menenangkan Fang tetapi malangnya sudah terlambat kerana Fang sudah mengeluarkan harimau bayangnya dan menyuruh harimau bayang itu mengejar Gopal

"TOLONG AKU BOBOIBOY!"

Boboiboy melihat sahaja sambil mengatakan "Terbaik"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu sesi persekolah sudah tamat, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Pulau Rintis boleh pulang ke rumah masing-masing kecuali jika ada yang perlu ke aktiviti club-club sekolah.  Muka Gopal penuh dengan kesan luka akibat dari serangan Fang waktu rehat tadi. Fang cukup berpuas hati kerana dia sudah tahu siapa yang makan donut terakhir dia tetapi hati dia masih lagi sedih kerana tidak dapat menikmati donut lobak merah kesayangan dianya. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying melalui jalan ke kedai Kokotiam Tok Aba iaitu atuk kesayangan kepada Boboiboy. Begitulah rutin mereka setiap, mereka akan terus ke kedai Tok Aba untuk menyiapkan kerja sekolah atau ulang kaji mata pelajaran atau duduk untuk lepak-lepak sahaja

Tetapi pada hari ini, semangat Fang sudah hilang untuk pergi ke kedai tok Aba. Dia ingin pulang  ke rumah dan menyiapkan semua kerja sekolahnya bersendirian di rumah sahaja. Mungkin dia dapat ketenangan di rumah, lagipun tiada siapa yang boleh kacau dia nanti. Fang lalu meminta dirinya pulang ke rumah

"Betul ke kau tak nak ikut kita orang pergi ke kedai tok Aba. Boleh kita buat kerja sekolah sama-sama nanti" Boboiboy melihat sahaja riak wajah kawan baiknya. Fang hanya menggangguk  kepalanya sahaja sebagai tanda dia tidak mahu ikut mereka ke kedai Tok Aba

"Isk kau nie Fang, jangan hanya sebiji donut lobak merah, kau pun terus hilang semangat. Donut sahaja pun" kata Gopal

"Kau nak kena dengan harimau bayang aku lagi" Gopal terus menyorok di belakang badan Boboiboy untuk melindungi dirinya. dia memang takut dengan kemarahan Fang yang suka mengamuk itu

"Eh sudah, jangan cari gaduh. Kau pulanglah dulu Fang, kita jumpa esok sahaja ok" kata Boboiboy sambil melambai lambai ke arah Fang tetapi Fang terus berjalan tanpa menghiraukan lambaian tersebut

 Akhirnya Fang pulang ke rumah bersendirian tanpa ditemani oleh rakan-rakannya. Kawan-kawan dia hanya terus ke kedai Tok Aba 

Fang melalui jalan perjalanan untuk sampai ke rumahnya. Pemikirannya dia penuh dengan tentang peperiksaan dari Cikgu Papa Zola dan juga tidak lupa Donut lobak merah. Peperiksaan yang cikgu bagi di sekolah amatlah susah tapi dia dapat menjawap dengan sempurna sekali. Apa maksud ini semua, kenapa diri dia yang kena pula, Fang terfikir seketika. Kenapa Yaya dan Ying tiada pula terkena peperiksaan macam aku

"Cis, mesti ada udang di sebalik batu nie" bisik Fang sambil menggenggam kedua tangannya

Tanpa disedarinya, Fang sudah sampai di hadapan rumah terbiarnya. Di situlah menjadi tempat tinggalnya kerana dia tidak mempunyai rumah yang lain. Abang dia tidak membeli sebuah rumah yang elok untuk adiknya tinggal. Lagipun abang dia sendiri tak pernah nak turun ke bumi untuk beberapa hari dan melihat kehidupan dia di sini. Terpaksalah Fang tinggal di dalam rumah terbiar yang dikatakan rumah berhantu itu. Baguslah tu, tiada siapa yang boleh menggacau dia nanti, fikir Fang

Semasa Fang hendak membuka pintu rumahnya, dia ternampak sebuah kotak kecil yang terbiar di hadapan pintu rumahnya. Dia mengangkat kotak itu dan lalu mencari nama penghantar dan penerima kotak tersebut tetapi malangnya tiada. Dia menggoncang kotak itu. Ternyata ada sesuatu yang kecil berada di dalam kotak tersebut. Fang rasa amat curiga sekali. Adakah dia patut buka kotak tersebut atau melontar kotak itu sejauh mungkin, fikir Fang sambil membelek-belek kotak kecil itu. Entah-entah di dalam kotak itu ada bom, fikir Fang lagi. Siapa pula yang nak hantar bom dekat Fang

Tetapi rasa yang ingin tahu apa yang ada di dalam kotak tersebut, dia terus memberanikan dirinya. Kalau benda-benda jahat yang keluar, Fang boleh melindungi dirinya dengan kuasa bayangnya. Dia dengan keberanian yang ada di dalam dirinya, dia terus membuka kotak tersebut tanpa rasa was-was. Fang begitu terkejut sekali kerana di dalam isi kotak tersebut ada sebiji donut lobak merah. Tanpa rasa curiga, dia mengambil donut tersebut dan lalu dia gigit sedikit donut itu. Tiba-tiba muka Fang berubah, ada sesuatu yang telah meracuni dirinya. Tekak Fang seperti terkena api yang amat panas, kepala dia terasa pening dan dia rasa agak mual pada ketika itu. Fang cuba memanggil untuk meminta pertolongan tetapi tiada satu patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Penglihatan Fang semakin lama semakin kabur dan akhirnya, semuanya menjadi gelap. Lalu dia rebah di atas permukaan tanah dan terus pengsan di hadapan pintu rumahnya

Datanglah seorang perempuan dengan senyuman sinisnya. Dia terus mendekati dirinya kepada Fang dan lalu berkata

"Akhirnya, aku dapat kau"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top