Teaser SE (2)
“Okey. Dah lah cakap pasal hal belajar. Bosan. Mana hadiah Iman.” Iman tadahkan tangan. Sengaja dia menukar topik perbualan kerana tidak mahu isu belajar dijadikan topik.
Aidan keluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Satu bekas baldu bersaiz sederhana diserahkan kepada Iman.
“Apa ni?”
“Bukalah dulu.” Aidan enggan menjawab. Tak sabar untuk melihat reaksi gadis itu.
Iman segera membuka kotak baldu tersebut. Tak berkelip anak matanya seketika. Ada seutas gelang emas putih yang dihiasi dengan batu berwarna biru. Cantik.
“Suka tak?”
“Cantiknya…” Kagum Iman melihat hiasan di sekeliling gelang itu.
“Ini batu Tanzanite. Sebab abang tahu Iman suka warna biru, jadi abang pilih batu permata ni. Abang yakin, Iman mesti suka.”
Iman mengangguk laju. Memang dia sangat sukakan gelang tersebut. Laju dia keluarkan gelang itu dari kotak.
“Pakaikan untuk Iman.” Dia hulurkan tangan kepada Aidan.
Aidan sekadar menurut. Setelah berjaya memakaikan gelang ke pergelangan tangan gadis itu, Iman segera beralih tempat duduk di sebelah Aidan. Terkejut lelaki itu apabila kedudukan mereka sangat rapat.
“Jom kita ambil gambar. Iman nak tunjuk dekat Irfan nanti.”
Iman membuka kamera di telefon bimbitnya. Tangan yang dipakaikan gelang, di tayang di hadapan kamera. Gugup Aidan apabila terbau wangian gadis itu. Wajah lelaki itu sudah berubah sedikit merah.
“Cantiknya gambar ni. Abang nampak lagi kacaklah.” Puji Iman dengan ikhlas. Pasti ramai yang cemburu jika dia berjalan bersama Aidan. Tak pernah pula dia mendengar lelaki ini mempunyai teman wanita.
“Err… abang nak ke tandas.” Aidan segera bangun dan berjalan menuju ke tandas. Di bilik air, Aidan merenung wajah sendiri melalui cermin. Dadanya ditekap dengan tapak tangan. Makin berdebar dadanya.
Mungkin ini masa yang sesuai untuk dia berterus terang. Pakaian di tubuhnya dibetulkan sedikit. Nafas ditarik dalam-dalam. Kali ini dia sudah bersedia untuk membuat pengakuan kepada Iman.
❤️
Aidan ni malu sangat orangnya😆
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top