Teaser 🔥
Pratempahan.
#seikhlascintakayla
“Waalaikumussalam,” jawab Kayla dan Aryan hampir serentak.
Husna tersenyum tawar ke arah pasangan pengantin itu. Dia sanggup datang ke sini untuk membuktikan kepada Aryan yang dia juga mampu melupakan lelaki itu dalam hidupnya.
Dari awal lagi dia dapat melihat kemesraan yang terjalin antara pasangan pengantin baharu itu. Langsung tiada riak kecewa pada wajah Aryan setelah memutuskan hubungan mereka. Jelas hanya dia sahaja yang bertepuk sebelah tangan selama ini.
“Kawan abang ke?” tanya Kayla kepada Aryan apabila gadis itu masih berdiam diri.
“Saya kawan Aryan semasa kami belajar di universiti dulu. Panggil saya Husna.” Tangannya dihulurkan kepada Kayla.
Terhenyak Kayla saat mendengar nama itu. Dia cuba bersikap tenang. Huluran tangan itu disambut dengan mesra. Ternyata gadis yang pernah menjadi kekasih suaminya seorang yang sangat ayu dan sopan.
Aryan serba salah dengan pertemuan ini. Dia menyangka Husna tak akan datang ke majlis ini tetapi telahannya salah.
“Tahniah atas perkahwinan korang berdua. Maaf saya tak sempat nak beli hadiah sebab baru aje tahu tentang majlis ni 2 hari yang lepas,” kata Husna sambil melirik sekilas ke arah Aryan.
“Tak apa. Terima kasih sebab sudi datang ke majlis kami.” Kali ini Aryan yang menjawab bagi pihak Kayla.
“Sama-sama.” Husna cuba berlagak tenang.
“Err... Husna dah makan ke? Kalau belum, pergilah makan dulu,” pelawa Kayla ramah. Dia juga agak kurang selesa jika terus berbual dengan Husna. Lebih-lebih lagi melihat Aryan yang kelihatan sangat kekok.
“Belum lagi. Kalau macam tu, saya pergi makan dulu.” Sebelum melangkah pergi, sempat Husna memandang Aryan.
Aryan segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Perasaan Kayla ketika itu semakin panas. Geram kerana merasakan suaminya masih mencintai Husna.
“Kayla nak ke tandas.” Belum sempat Kayla ingin berlalu pergi, tangannya disambar oleh Aryan.
“Kayla marah?” Aryan tidak mahu Kayla salah faham tentang tujuan dia menjemput Husna ke sini.
“Tak ada sebab Kayla nak marah.” Kayla tersenyum hambar. Dia segera menolak tangan Aryan dengan lembut dan berjalan laju meninggalkan suaminya. Hatinya bertambah sakit saat melihat raut wajah bersalah Aryan terhadap Husna.
Pintu tandas ditutup rapat. Dia bersandar lemah di sebalik pintu itu. Matanya dipejam rapat.
“Aku pun terkejut masa dapat kad tu, Lia. Aku ingat Aryan kahwin dengan Husna.”
“Tergamak pula Aryan tu pergi jemput Husna datang ke sini. Memang dasar lelaki tak guna betullah Aryan tu. Masa dekat universiti dulu, bukan main lagi mereka tu bercinta,” luah Liana dengan perasaan geram.
“Memanglah isteri Aryan tu nampak lagi cantik, tapi tak sangka pula taste Aryan dah berubah nak isteri yang tak bertudung pula sekarang. Kalau nak dibandingkan antara Husna dengan isteri Aryan tu... memang macam langit dengan bumilah,” Nani turut menambah rencah.
Kayla menggenggam kedua tangannya dengan kuat. Rasa mahu cili saja mulut kedua-dua gadis itu.
“Aku rasa kan, mesti perempuan tu yang rampas Aryan daripada Husna. Kesian Husna. Husna dengan Aryan tu memang nampak lagi sempurna kalau mereka berkahwin.” Liana berasa simpati dengan nasib rakannya, Husna.
“Eh, lama pula kita ni. Jomlah kita ke dewan,” gesa Nani setelah membetulkan solekan di wajahnya.
Sebaik kedua-dua gadis itu melangkah keluar, Kayla turut keluar dari bilik air. Dia sempat melihat wajah kedua-dua gadis itu. Satu senyuman sinis terukir di bibirnya.
👉👈
Silap besarlah diorg ni cari pasal dengan Kayla🥲 pantang Kayla satu. Jangan 'usik' Aryan. Usik dia tak apa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top