Sweet Aryan 💓 Kayla
Ready St0ck
“Kayla fikirkan apa?”
“Tak ada apa.”
Aryan menarik nafasnya dalam-dalam. Dia yakin isterinya sedang menyembunyikan sesuatu. Sikap isterinya mula berubah selepas kejadian Datin Yasmin mengamuk.
“Abang dah lama kenal Kayla. Fikirkan tentang hal tadi ke?” teka Aryan.
Kayla mengeluh lemah. Dia sebenarnya berasa agak pelik dengan layanan dingin Datin Yasmin. Wanita itu seolah-olah sudah membencinya. Mustahil hanya kerana Husna, dia dilayan seperti itu. Malah, nama ibunya turut diheret dalam masalah ini.
“Kayla risaukan umi.” Terluah juga perkara yang mengganggu fikirannya ketika ini. Aryan menunduk mencari wajah Kayla yang jelas kelihatan sugul. Dagu isterinya diangkat sedikit.
“Jangan risau. Umi marah sekejap aje. Dia marahkan abang sebab tak bersikap jujur.”
Kata-kata Aryan itu tidak mampu menenangkan Kayla. Jelas sebentar tadi Datin Yasmin lebih berpihak kepada Husna. Dia takut jika perhatian Datin Yasmin akan beralih arah kepada gadis itu.
“Abang tak akan tinggalkan Kayla kan?”
Terhenyak Aryan. Mata yang berkaca itu membuatkan hati Aryan agak tersentuh. Pasti isterinya sangat terkesan dengan kejadian tadi.
“Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam ni? Tak mungkin abang nak tinggalkan Kayla…”
Kayla tersenyum hambar. Pinggang Aryan dirangkul erat. Wajahnya disembam ke dada sang suami. Aryan turut membalas pelukan itu. Rambut Kayla dielus dengan lembut. Mungkin lebih baik dia membawa isterinya melancong untuk menenangkan fikiran.
“Lepas daddy balik dari umrah, kita pergi bercuti ya?” cadang Aryan.
Kayla mendongak memandang Aryan. Wajahnya berubah ceria.
“Serius? Abang nak bawa Kayla bercuti dekat mana?” tanya Kayla dengan perasaan teruja.
“Rahsia. Abang yakin, Kayla mesti suka tempat tu.” Tersenyum Aryan kerana berjaya mengembalikan wajah ceria si isteri.
“Ehmm… okay. Kayla akan sabar menunggu. Tak sabarnya nak pergi honeymoon dengan abang. Lepas kita kahwin, abang sibuk sangat dengan kerja.” Panjang muncung Kayla tayangkan.
Tergelak Aryan dengan sikap selamba isterinya.
“Dekat rumah pun, kita boleh honeymoon,” sakat Aryan sambil tersenyum nakal.
Kayla menampar kuat paha Aryan.
“Main-main pula abang ni!” Satu jelingan manja diberikan kepada suaminya. Makin kuat Aryan ketawa.
“Tak percaya, jom abang bawa pergi honeymoon sekarang.” Aryan sudah bertindak untuk mencempung tubuh isterinya. Namun Kayla cepat melarikan diri.
Aryan lekas mengejar isterinya sehingga berjaya menarik pinggang Kayla rapat dengannya. Dalam sekelip mata sahaja tubuh kecil itu diangkat sehingga perut Kayla berada di atas bahu Aryan.
“Abang! Turunkan Kayla.” Kayla menampar belakang tubuh suaminya dengan kuat.
Pap!
“Auchh! Sakitlah abang.” Geram Kayla kerana Aryan sengaja menampar kuat punggungnya.
“Duduk diam…” Langkah Aryan semakin laju menghala ke bilik mereka.
Dalam hati Kayla sudah menjerit bahagia. Bahagia dengan layanan Aryan yang semakin mesra.
💗
Nk jimat boleh kombo bersama buku akak yg lain😘
Wasap 0129284568
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top