Perbezaan cetakan pertama dan kedua
Assalamualaikum dan selamat malam semua...
Disebabkan ramai sangat yang wasap n PM tanya soalan yang sama, dekat sini kak jelaskan berkenaan kedua cetakan di bawah.
1. Isi dalam sama ke?
Cover lama dan baru, isi untuk SCK
tiada perubahan kecuali ada penambahan cerita baru iaitu Aidan dan Iman untuk cetakan kedua. Bermakna dalam cover terbaru ada dua cerita yang berbeza dalam satu buku. ( Seikhlas cinta Kayla + special edition Iman dan Aidan)
2. SE Aidan Dan Iman tak jual berasingan ke nanti?
Setakat ni, tiada perancangan untuk terbit versi ebook atau jual berasingan. Jadi yang nak tahu kisah Aidan dan Iman, nak tak nak kena beli buku SCK juga. Kalau tak nak pun, tiada paksaan. Semua keputusan dilakukan oleh penerbit. Kalau ada, mereka akan beritahu.
3.Panjang tak SE Aidan Dan Iman?
Panjang boleh tahan. Hampir 30k. Dah gaya ebook Fath dan Delisha tu. InsyaAllah berbaloi.
4. Apa kaitan Iman dan TST?
Yang dah baca tidak sempurna tanpamu, akan jumpa watak Husna. Husna ibu kepada Iman. Jadi boleh nampak kan konflik hubungan Aidan dan Iman nnt👉👈
5. Dah beli sck tapi tak beli TSt? Boleh faham tak jalan cerita nnt.
Boleh kalau awak baca SCK aje. Tapi kalau baca part SE SCK, risau tak faham sebab akan ada konflik Aidan terhadap Husna nnt. Nak lagi seronok, bacalah keduanya❤️
6. Masuk kedai tak?
Yg ni sebenarnya kak tak sure sebab ini cetakan kedua. Biasanya cetakan kedua permintaan tak begitu banyak berbanding pertama. Kemungkinan besar hanya jualan online. Jadi yang kata nak beli tunggu masuk kedai tu, sejujurnya kak tak berani nak bagi jawapan tepat☺️
Harap jelas penerangan diatas. Jangan plak cakap SCk reprint ni sambungan buku SCK yang dulu. Tak ya. Hanya reprint cuma ada penambahan kisah Aidan dan Iman. Tak faham lagi, boleh wasap kak ya. Maaf sangat kalau lambat reply. Dah dua bulan bercuti tanpa PO, tetiba hari ni jadi blur...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top