•Tell Her•
2 minggu dah berlalu..
Reporter sudah tiada di depan rumah Jihyo kerana Chan.Jihyo tidak tahu bagaimana Chan lakukannya tapi yang pasti bossnya itu sudah banyak menolongnya.
Eunwoo menghilang.Entah apa yang dia cuba selesaikan sehinggakan Jihyo call dia akan reject.
Sejak dari kejadian itu Chan tidak benarkan Jihyo untuk menaiki bas atau teksi untuk ke tempat kerja.Dia sendiri yang datang jemput Jihyo atau Siwon.
Jihyo juga dapat lihat keanehan terhadap layanan Chan kepada dirinya.Kadang² Jihyo dapat merasai bahawa ada sesuatu yang Chan sorokkan darinya.
Jihyo tidak mahu ambil tahu kerana risau jika itu hanya mainan hatinya.
Harini seperti biasa Jihyo membuat kerja di tempat duduknya.
Sedang dia tekun meneliti dokumen yang seharusnya ditandatangani Chan,tiba² seorang lelaki menghampiri dan mengetuk mejanya.
Jihyo memandangnya.Lelaki itu tinggi ,putih dan rambut berwarna hitam.Mengenakan suit berwarna kelabu.Gayanya seperti CEO.
"May i help you,sir?" Tanya Jihyo selembut mungkin.Lelaki itu senyum dan Jihyo turut tersenyum.
"Of course i need your help lady..lagi² kalau perempuan secantik awak." Jawab lelaki tersebut sambil memandang tepat ke mata Jihyo.Matanya turut meneroka seluruh wajah Jihyo.
"Pervert.." Kata Jihyo dalam hati.Dia cuba senyum sehabis manis.
"Jadi..encik nak apa?"tanya Jihyo lagi.
" Saya nak jumpa Chan.Owner tempat ni"kata jejaka itu.
"Encik ada buat appointment?"
"Nope but just tell him yang saya nak jumpa dia"
"Saya akan cuba tanya tuan Chan.Siapa nama encik?"tanya Jihyo bersiap sedia untuk pergi ke arah pejabat Chan.
" Ohh..Hun!Kau buat apa di sini?"kata Chan yang baru sahaja keluar dari pejabatnya.
Jejaka itu senyum dan berjalan ke arah Chan lalu memeluknya.
"Long time no see bro!"kata jejaka tersebut
Chan menepuk belakang badan kawannya itu.
Jihyo masih berdiri dan melihat mereka berdua yang agak teruja apabila berjumpa.
Mereka meleraikan pelukan dan mula berbual.
" Bila kau balik?Kata pergi Singapore minggu lepas."
"Yup aku baru je balik semalam.Still have jet lag tapi sebab nak jumpa kau aku kuatkan diri aku ni!"
"Mengada la..ah anyway ni secretary aku yang baru." Kata Chan sambil tunjuk Jihyo.
Jejaka itu mendekati Jihyo dan menghulurkan tangan kanannya."Sehun,Oh Sehun kawan your boss.."Jejaka itu menunggu Jihyo untuk bersalaman dengannya.
"Song Jihyo."
Mereka bersalaman.Agak lama Sehun memegang tangan Jihyo.Chan pura² batuk dan pegangan itu terlerai.
Sehun senyum.
"Anyway Chan , jom keluar lunch." Ajak Sehun untuk luangkan masa dengan kawannya.
"Sorry bro aku nak temankan secretary aku untuk.."
"Takpa tuan chan.Saya okay saja."kata Jihyo tidak mahu menganggu.
Sehun memandang mereka berdua bersilih ganti.
" Hold on²..what's going on?"tanya Sehun sambil mengerutkan dahi.
"Nanti aku ceritakan." Jawab Chan.
Dia mendekati Jihyo lalu seakan berbisik kepada Jihyo.
"Are you sure?" Tanya Chan risau jika terjadi sesuatu.
"Saya okay.Lagipun sy makan di cafe tepi syarikat tuan ni jer." Jihyo cuba meyakinkan Chan.
"Alright.Kalau ada apa²..call aku."
Jihyo angguk sambil senyum.
Chan mengusap rambut Jihyo lalu beredar.
Sehun cuba menahan senyuman dan memandang Chan dan Jihyo dengan pandangan ada makna.
Jihyo agak terkejut sebenarnya tetapi kebelakangan ini Chan caring dengan dirinya.Mata Jihyo melihat Chan dan Sehun beredar.
*Finn Cafe*
Sehun menatap Chan yang asyik menyuap makanan.Chan yang perasan itu mula mengerutkan dahi.
"Kau dah kenapa?Makanlaa..tadi bukan main cakap lapar" kata Chan.
"Kau suka Jihyo kan?" Tanya Sehun befterus terang tanpa berlapis.
Chanyeol tersedak dan terus minum air.Dia berdehem dan meletakkan gelas di atas meja perlahan lahan sambil melihat ekspresi Sehun seperti ingin tahu.
"A-apa yang kau-" Belum sempat Chan menghabiskan kata² nya, Sehun smirk dan terus berkata "Kita dah kawan lama Chan..kau tak boleh nak tipu.."
Chan meneguk air liur.Pandangan Sehun buat dirinya tidak boleh mengawal espresi wajah cool yang selalu dia tunjuk pada orang lain.
Sehun menaikkan kening kanannya ke atas sambil smirk.
"So..?"
"Okay fine..ya aku suka Jihyo."
Pakkk!!
Sehun memukul permukaan meja dan membuatkan Chan dan orang yang berada di cafe itu terkejut.
"See!!Aku dah agak yang kau suka dia!!Oh Sehun is brilliant and handsome always!!Yess!" kata Sehun langsung tidak menghiraukan orang disitu.
"Kau tak duduk diam aku akan balik." ugut Chan malu.
"Okay²..So how it's start?!" tanya Sehun ingin tahu.
"Nothing.." Chan kembali menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Ow!Sampai hati kau eah..ye la mentang² dah ada orang mengisi hati kau..benda macam ni terus tak nak cerita pada aku.Hmph!" Sehun memuncungkan bibirnya untuk kelihatan seperti merajuk.
Chan menggeleng kepala melihat tingkah kawannya yang tidak pernah berubah.
"Alright².Kau masih ingat tak perempuan yang aku cerita pada kau masa kita belajar di universiti dulu?"
"That mystery girl yang pakai mask hitam tu?"
Chan angguk.
"Yeah ingat so ada kena mengena ke dengan Jihyo?"
"Tu la Jihyo dan perempuan yang langgar aku masa di fanmeeting tu Jihyo juga."
"Ohhooo..kuat eah fate kau dengan dia untuk berjumpa.First fanmeet ,lepastu dia yang peluk kau..and now dia bekerja di bawah syarikat kau."
Chan senyum tipis dan kembali makan.
"Jihyo tahu tak yang kau pernah jumpa dia dulu?" tanya Sehun excited.
"Tak."
Sehun mengeluh.
"Again?Ahh kalau kau terus macam ni..jangan datang rumah aku mabuk² dan suruh aku selesaikannya."
"Aku takut dia.."
"Chan..kau belum cuba dah cakap takut la itu la inila..Cuba dulu.Hal dia terima ke tak itu benda kedua.Jangan kau menyesal sebab belum start confess dah orang lain kebas."
Chan memandang Sehun dan wajahnya berubah seperti marah.
Sehun yang perasan aura yang merbahaya itu mula berdehem.
"I-itu aku bagi contoh jer.Kalau kau tak start awal².Say bye to Jihyo." kata Sehun lalu senyum.
Chan mengeluh.
Tiba² telefonnya berdering.Chan memandang skrin phone nya.Siwon.
"Erm" jawab Chan ringkas.
"Tuan Chan.Cik Jihyo sekarang berbual dengan tuan Eunwoo." kata Siwon.
Dahinya berkerut.
****
Siwon menyorok di sebalik pokok di taman.Kelihatan Eunwoo menarik tangan Jihyo . Mereka berdua berada di taman berdekatan dengan syarikat dimana Jihyo bekerja.
Eunwoo bawa Jihyo ke tempat yang agak tersorok.
Perbualan mereka tidak didengari oleh Siwon kerana agak jauh Siwon menyorok.Risau jika Eunwoo perasan kewujudannya di situ.
Jihyo cuba meleraikan pegangan Eunwoo.Tapi lelaki muda itu mengeratkan lagi pegangan tersebut.
Siwon terkejut apabila dia melihat bossnya berada tepat di belakangnya.
"Tuan Chan.C-cepatnya tuan sampai." kata Siwon.
"Nevermind..mana mereka sekarang?"tanya Chan .
Siwon menunjukkan ke arah mereka berdua dengan jari telunjukknya.
Chan memandang dan matanya terus perasan dengan tingkah Eunwoo yang memegang tangan Jihyo dengan erat.
" Apa yang saya perlu buat sekarang tuan?"
"Balik."
"Tapi tuan.."
"Balik!" Kata Chan tegas.
Siwon menunduk hormat lalu beredar.
Chan dapat lihat Eunwoo seperti merayu dan memberikan pandangan yang romantik kepada Jihyo.Entah apa yang dia cakap pada Jihyo.Tapi ke mana mamat ni pergi selama 2 minggu tanpa kabar berita.Sehinggakan dia hanya senyap bila Jihyo dalam kesusahan disebabkan kecuaiannya sendiri.
Ingin sahaja dia pergi ke arah mereka dan menumbuk wajah si Eunwoo.Kemarahan nya semakin bertambah apabila Jihyo turut memegang tangan Eunwoo.
"It's suck!Aku harap dapat dengar semuanya!" Kata Chan sendirian.
Tiba² Chan melihat riak wajah Eunwoo berubah.
Mata Chan mula meluas apabila Eunwoo mengambil langkah berani dengan memeluk Jihyo.
"Shit!"
•••
...to be continued...
ΔΔΔ
Hey² my lovely readers!!Chapter 21 done💌 Hope you guys enjoy✌
Jangan lupa untuk:
VOTE
•
COMMENT
•
ADD IN YOUR READING LIST
•
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top