•Aku Suka Dia?•

Di rumah Song..

Jihyo merebahkan badannya di atas katil.

Dia mengingat kembali kejadian petang tadi.

Sesekali dia pandang jaket Chanyeol yang disangkut di ampaian.

Dia telah mencuci jaket itu dan ingin pulangkan kembali pada bossnya itu.

Entah mengapa..dia terharu atas apa yang Chan lakukan pada nya.Lain sungguh sifat nya di tempat kerja dan di luar.

Tapi..kenapa dia perlu campur tangan urusan Jihyo padahal Jihyo hanya pekerjanya..Malah masalah peribadi , boss di tempat kerja tidak perlu campur tangan...kan?

"urm..maybe itu sifat dia yang sebenar?Suka tolong orang apabila susah..Walau kadang² dia menjengkelkan tapi...dia baik."

Dalam pada Jihyo berkata kata seorang diri..

Ting!

Sampai satu mesej.Jihyo terus buka app Kakaotalk.

From : Tuan Annoy Chan
"Yah.Kau dah tidur ke?"

Jihyo yang dari tadi baring terus bangun dari pembaringannya kerana terkejut yang melampau bila Chan menghantar mesej kepadanya.

Malam pula tu.

Jihyo menaip dengan berhati hati.Bimbang kalau cara dia reply membuatkan sifat annoy bossnya itu kembali.

To: Tuan Annoy Chan
"Belum tuan Chan.Kenapa ya?"

Ting!

From:Tuan Annoy Chan
"Aniya..saja."

Ternganga dibuatnya Jihyo.

"Biar betul bos aku ni?Ker mabuk?Takkan saja²..kan?"kata Jihyo seorang diri.

Jihyo tidak membalas balik chat itu.

Ting!

From:Tuan Annoy Chan
"Neo waeirae?!Balas la chat aku!Kau ingat aku tunggul ke?"

Jihyo mengeluh geram.

Tapi dibalas dengan penuh sopan.

"Apa yang perlu saya balas tuan?Tuan tidak tanya apa² pun pada saya."

Ting!

"Balas la okay..or ya..or anything!"

"Tuan nak tanya sesuatu kan?Tanya je."

Setelah Jihyo hantar chat berbunyi begitu.Dekat 5 minit Chan typing tapi masih tak hantar chat..typing..

Ting!

"Kau tu..macam mana?"

"Macam mana apa?"

"😑Pasal tadi la..Dah okay ke?Yela mana la tahu kot² trauma ke..dahi tu sakit ke...kaki ke.."

"Kalau saya tak okay apa yang tuan nak buat?"

Sekali lagi Chan typing dengan agak lama..

"Aku suruh Siwon hantarkan kau ubat or anything.."

"Saya okay je tuan..Ah..Boleh saya tahu kenapa tuan pedulikan saya?"

Dan sekali lagi dia typing..tapi kalini lagi lama.
Bosan dibuatnya jihyo.

Last² Jihyo letak phone di atas katil dan bangun untuk ke tandas.

Baru saja dia ingin masuk.

Ting!

Dia pandang phone nya itu.

Nak pergi baca or nak masuk tandas dulu?

Jihyo berfikir sejenak.

Kakinya pilih untuk baca chat itu dulu kerana kalau dia lambat balas , nanti mengamuk bossnya tu.

"Sebab aku suka kau."

Terbeliak biji mata Jihyo.Banyak kali dia menggosok matanya,takut² tersalah baca.

Sesekali dia pastikan itu no. bossnya..Kot² la dari orang lain.Tapi betul itu no. Chan.

Teragak agak juga untuk dia balas.

Or memang betul bossnya itu tengah mabuk?

Jihyo menggigit jari nya sambil berfikir.

"Noona, nak pinjam powerbank jap."

Kebetulan Guanlin masuk ke biliknya lalu ambil powerbank.

"Yah..Mari sini kejap."

"Apa?"

"Cuba Guanlin tengok ni.Dia tulis apa?"

No.phone Chan ditutup takut kecoh kerana adiknya itu kan bergaduh dengan Chan.

"Noona ni biar betul?Tak pandai baca eah?"

"aihh baca jela!"

"Ni kan dia tulis 'Aku suka kau'..Ish macam mana boleh jadi secretary kalau baca pun xpandai."

Bukk!

Jihyo pukul kepala Guanlin.

"Noona pandai baca la!Dah² keluar.."

Guanlin menggaru kepalanya..

Dah kenapa dengan kakaknya ni??

Setelah Guanlin keluar, Jihyo tutup pintunya rapat dan menyandar di pintu.

Dilihat sekali lagi mesej tersebut.

Hatinya berdegup laju!Suka?
Tak semestinya kan?

Bila korang terima mesej dari orang yang korang kenal..Mesej pada korang and cakap " aku suka kau"

Berdebar juga kan?Tpi xsemestinya kita suka dia😊

•••
Sebaliknya situasi Chan...

Dia lihat phonenya..

Dia senyum.

Sesekali dia meneguk air yang memabukkan itu.

Ya..Dia sedang mabuk.Entah apa yang dia fikirkan untuk mesej pada Jihyo.

"Neo..Song jihyo..Kau akan sukakan aku..*hiccup*"

Matanya mula rasa mengantuk

Kebetulan dia sudah berada di atas katil.Dia melepaskan botol arak itu dan mula tertidur.Phonenya jatuh ke lantai.

Keesokannya..

Pagi sudah menjelma di bumi Seoul.

Jam tepat menunjukkan pukul 9.00 pagi.

Siwon pelik kerana bossnya belum keluar dari rumah lagi..sepatutnya mereka dah bertolak.

Dia masuk ke rumah Chan.

Di intai ke dalam bilik.

3 botol soju yang sudah kosong terdapat di atas meja dalam bilik Chan.

Dan sebotol di lantai.

Baju tidur masih dipakainya.

Ya Tuan Chan masih bermimpi indah di atas katil tersebut.

Bau masam arak itu membuatkan Siwon berkerut.

Dia cuba kejutkan Chan.

"Tuan Chan.Sudah pukul 9 pagi.Nanti tuan ada meeting pukul 10 pagi."

Chan membuka matanya dengan pantas bangun.

"Aihh ni aku malas kalau minum..Urgh!!"

Dengan cepat dia gapai tuala dan masuk ke tandas.

Siwon memanggil maid untuk membersihkan bilik Chan.

Setelah 20 minit.

Chan masuk ke dalam kereta yang dipandu Siwon.

Tiba² telefon Siwon berdering.

Dia menjawab panggilan itu.

"Ya baikla..saya akam bagitahu tuan Chan."

Chan memandang Siwon.

"Tuan..Meeting tu ditangguh kerana klien tuan ada hal peribadi."

"Tct!aishh jinjja..Arraseo..Terus jela ke pejabat.Kepala aku masih pening ni.Nak rehat di pejabat.So kalau ada apa² hal...aku buat esok.Harini jangan kacau aku."

"Baik tuan."

Chan masih lupa tentang mesej yg dia hantar pada Jihyo semalam.Kerana ia berlaku tanpa dia sedar.

••••

Di pejabat.

Jihyo seakan gelisah kerana harini kan dia sepatutnya rehat di rumah sebab Chan bagi dia cuti..tapi dia datang juga sebab nak hantar jaket.

Dan bukan sebab itu saja..Pasal Chan hantar mesej begitu padanya semalam.

Jihyo menunggu Chan di dalam bilik pejabatnya.

Chan membuka pintu lalu terus masuk tanpa melihat siapa yang ada di sofa.

Jihyo berdiri.

Chan pandangnya dan membuat riaksi biasa..Seperti tiada apa².

"Ah kau datang buat apa?Bukan aku suruh cuti?"

"Ya..saya datang ni pun sebab nak hantarkan jaket ni."

"Ah hal tu esok kau boleh hantar.Dah pergi balik rehat.Aku nak rehat ni.."

"Ya tuan.."

Jihyo agak pelik..memang macam ni ke riaksi dia selepas confess?

Takda rasa malu atau rasa apa² ke?

Selepas Jihyo letak jaket tu.Dia ingin keluar, tapi hatinya nak tahu kenapa bossnya itu hantar mesej sebegitu padanya.

"Erm..tuan.."

"Apa lagi?"

"Pasal semalam kan..erm..mesej yang.."

Chan macam tertanya tanya.

"Ah..takpala tuan..Takda apa..Saya balik dulu."

Jihyo buang niatnya untuk tanya..Nanti malas pula kecoh.Yela bossnya ni bukan nya betul sangat.Semalam kata lain..hari ni kata lain.

"Entah apa² la dia ni.."

Jihyo keluar dari bilik itu.

Baru sahaja Chan rebahkan kepalanya di penyandar kerusi.

Ingatan semalam seakan bermain di fikirannya .

Jihyo sebut pasal semalam..dan tentang mesej?

Kejap..

Chan mengambil phone nya lalu membuka app kakaotalk

Tentera nama Jihyo yang ada di atas.

Bermakna dia chat Jihyo untuk kali terakhir sebelum dia tidur?!

Dia buka dan membaca chat² tersebut dan dia mula ingat..

Mesej yang terakhir itu membuatkannya ingin menghempap kepala nya dengan batu😅

"Aihhhhh!Ige bwoya?!Aku gila ke apa!!"

Chan berlari keluar.

Kebetulan Jihyo masih menunggu lif di situ.

Setelah pintu lif terbuka, Jihyo masuk.

Baru saja dia menutup pintu lif.

Seseorang menahan dan berada di depannya.

Jihyo melihat orang itu.

Semestinya Chanyeol yang termengah mengah sambil membawa phone nya.

"kenapa tuan?"

Chan turut masuk ke dalam lif tersebut.

"Ini..aku memang sempat hantar ke pada kau?"kata Chan sambil tunjuk mesej itu.

Jihyo angguk

"Dan kau dah baca?!"

"Nae...tuan."

Chan mengeluh.

"Kau..erm..kau jangan salah faham..err..a-aku cuma terlebih minum semalam..jadi aku.."

Jihyo senyum.

"Ya tuan..saya faham.Lagipun takkan la tiba² tuan mesej saya malam².Kwenchana.."

Chan rasa lega sedikit bila Jihyo tak ambil serius atas apa yg berlaku.

"Ah..Lelaki semalam..Boyfriend kau ke?"

Jihyo bingung.Lelaki mana pula ni?

"Eoh?"

"Aihh..yang masa aku hantar kau balik rumah tu.."

"Ahh..Eunwoo.Aniya.Dia kawan saya jer.Kenapa tuan?"

•••

...to be continued...

ΔΔΔ

Hey² my lovely readers!!Chapter 12 done💌 Hope you guys enjoy✌

Jangan lupa untuk:

VOTE

COMMENT

ADD IN YOUR READING LIST

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top