39.

Not short or long ending , specially made for you my readers mwah mwah mwah ;)

su ji
6 bulan kemudian

" Yah! Tengok ni habis hangus dah! " aku mengambil kipas dari tangan jungkook dan segera terbalikkan ikan yang sedang dibakar .

" Sorrylah, mana jungkook tahu ikan ni memang hidup hitam dah mati pun hitam! " balasnya, cuba untuk menyelamatkan diri dari dimarahi lagi.

" Sayang.. Tengoklah dulu lain kali.. penat su ji jaga ikan ni taknak bagi hangus " aku mencekak pinggang, menatap wajahnya yang terpinga-pinga.

" im sorry " dia mendepakan tangannya dan memuncungkan bibir.

Aku mencubit pipinya dan memeluknya.

" Sikit-sikit merajuk " kataku menepuk bahunya perlahan.

Dia tersenyum kemudian kembali dengan kerja membakar ikan.

Aku menuju ke arah kereta yang diparkir hanya berdekatan pantai tersebut untuk mengambil selimut.

Manalah tau kan? Angin di sini agak sejuk, lagi-lagi bila aku hanya memakai skirt.

Pintu kereta ditutup rapat, aku menuju semula ke kawasan perkhemahan kami tadi.

Aku meletakkan selimutku di atas tikar yang dibentang.

" Peliklah.. " aku melihat sekeliling ku, kelibat jungkook tiada di sekitar itu .

Aku mengendahkan sahaja, mungkin dia pergi ke tandas atau membeli air di sekitar kawasan ini.

45 minit berlalu

" dah lama sangat ni "

Jam ditangan aku lihat, sudah pukul 5:50 . Lagi satu jam atau lebih hti akan mulai gelap.

Telefon bimbit yang diletakkan di dalam beg tangan aku capai. Aku mencari nombor telefon jungkook dan menekan butang call .

Namun walaupun selepas beberapa kali menelofon, dia masih tidak menjawab.
" mana jungkook ni.. " aku melihat lagi sekeliling ku.

Tiada ramai pengunjung di kawasan tersebut pada hari ini. Hanya dua buah keluarga di bahagian kanan kami yang dapat dilihat yang tinggal dan masih belum pulang.

Aku menjenguk lagi buat kali ketiga.
" aduh.. " aku mengeluh .

Aku mengemas barang-barang di situ kemudian mengumpulkan ia di hadapan kereta.

Pintu kereta dikunci, aku berjalan disekeliling pantai untuk mencari jungkook. Aku berjalan di kedai berdekatan dan bertangya kalau-kalau mereka ada ternampak jungkook melalui kawasan itu.

" Maaf cik, saya tak nampak " jawabnya.

Aku mengangguk.
" takpe. Terima kasih ".

Aku melangkah keluar, aku sudah mulai buntu. Sekarang sudah masuk 1 jam 15 minit tetapi jungkook masih lagi tidak kelihatan.

" tandas. "Aku berjalan ke arah tandas, itu sajalah satu-satunya tempat yang belum aku pergi.

Tandas lelaki dan perempuan kedua-duanya kelihatan sunyi dan kosong aku melangkah masuk ke tempat mandian lelaki.

Kepalaku tertunduk-tunduk menjenguk ke dalam.

" takde orang " aku berbisik dan terus berjalan masuk.

Aku menolak setiap satu pintu sehinggalah ke pintu terakhir yang menyebabkan akumenjerit.

" Jeon jungkook! " jeritku.

" Siapa ni?! " jeritku lagi, kelihatan tubuhnya menutup seseorang yang kelihatan seperti wanita.

" Siapa ni? Don't tell me you're cheating again! " marahku, aku Agak trauma dengan kejadian sebegini.

" tak! Dengar dulu! " kelihatan tangannya memegang tangan wanita yang berada di belakangnya. Mataku memandang ke arah itu dengan amarah.

" humph! Awak tipu !" aku berlalu pergi dengan perasaan bercampur baur.

Aku tidak tahu di mana keberadaanku. Aku teruskan berjalan dengan kecelaruan di minda.
.

Sudah hampir satu jam aku duduk di kawasan yang sunyi di hotel berdekatan pantai tadi.

Aku sudah berjalan jauh dari kawasan tadi.

Aku bermain dengan jari jemari ku.

" Siapa perempuan tu... " aku termenung jauh.. Memikirkan siapa yang aku lihat sebentar tadi ..

" Tae hee?.. " aku meneka semua nama-nama wanita yang pernah bercinta dengannya dulu..

" Dia tak sayang aku ke? Atau dia dah mula bosan? "

Aku mula lah dengan overthink .

Aku mengukir namaku menggunakan kayu di pasir pantai tersebut.

Kedengaran suara samar-samar datang dari bahagian belakangku.

"Kang su ji!! "Panggilnya. Aku menoleh.. Sudah dapat menjangkakan yang, dia akan menemui ku.

" su ji " dia berada betul-betul dihadapanku.

Tubuhku dipeluk erat olehnya, begitu juga denganku.
" kenapa suji lari " soalnya, daripada pandangan matanya au dapat lihat bahawa dia sangat risau.

" takpelah.. Suji percaya jungkook.. Jom kita balik " kataku sambil memegang tangannya.

" Let me explain " dia memegang bahuku .

Aku hanya menunggu penjelasannya.

" Jimin hyung! "Panggilnya, aku mengerutkan kening apabila nama jejaka tersebut keluar dari mulutnya.

Dia melihat ke belakang, begitu juga dengan aku. Dengan perlahan, jimin menghampiri kami.

Aku tertawa dengan kuat apabila melihatnya.

Jimin is wearing rambut palsu dengan baju aku HAHA.

" Hah, nilah wanita yang berasmara dengan jungkook tadi " katanya.

Jimin memuncungkan bibirnya dengan posing-posing lucu.

Aku menepuk bahu jimin bersama dengan gelak tawa yang masih belum tamat.

" Wait, hyung.. " dia memberi isyarat kepada jimin.

Mereka seperti menukar sesuatu di tangan. Babak yang sama seperti yang aku lihat sewaktu di dalam tandas tadi.

Jungkook mengengam tanganku. Menyarungkan sebuah cincin di jari kelingking ku.

Aku memandang cincin itu, kemudian kembali semula kepada jungkook.

" Is this.. For real?.. " aku masih tidak percaya dengan apa yang bru terjadi.

" So kang su ji.. Isn't my girlfriend anymore.. " katanya

Kemudian menambah lagi.
" She's my wife to be.. " katanya dan mencium lembut tanganku.

" I love you, kang su ji " kata-kata tersebut dilafazkan.. Aku menekup mulutku kemudian memeluk nya.

" i love you too, jeon jungkook " ..

- THE END -

Omg dah tamat! Thank you so much sebab baca buku secret maid sampai habis. I appreciate you mlre than you ever imagined. Btw happy eid! Ily to the moon and back. Till we meet again in my next fanfics. Assalamualaikum !😘😘❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top