♦ Prolog ♦

Di dalam kepekatan malam, kelihatan satu figura kanak-kanak perempuan sedang berlari anak untuk sampai ke destinasi dengan cepat. Jaket yang dipakainya dibetulkan kerana seperti ingin tanggal daripada badan.

Air mata dari awanan mula menyentuh bumi. Kaki yang berlari dipercepat, tidak mahu hujan yang turun dengan lebat membuatkan dirinya basah.

"Ya tuhanku, tolonglah permudahkan perjalanan untuk sampai ke rumah sebelum hujan," doanya dalam hati.

Meow~

Meow~

Kaki kecil yang melangkah itu terhenti. Matanya melilau mencari punca datangnya bunyi kucing tersebut.

"Salah dengar ke?" tanyanya ragu lalu larian diteruskan. Namun, baru setapak dua melangkah. Matanya tertacap pada kotak coklat di tepi kedai yang telahpun ditutup.

Gadis itu tergerak untuk melihat isi kotak tersebut. Bertemankan lampu jalan, dia menjenguk isi kotak itu.

"A cat?" tanyanya sendiri. Dia mencangkung. Hujan renyai-renyai yang turun membuatkan suhu bertambah sejuk. Mata birunya tidak lekang dari memandang mata coklat anak kucing tersebut. Rambutnya yang kontra dengan warna kepekatan malam disisip ke belakang telinga apabila ada yang terurai ke depan.

Meow~

Ngiauan kucing itu membuatkan gadis kecil tersebut jatuh hati. Tangannya perlahan-lahan mengangkat makhluk ciptaan tuhan tersebut.

"Jom balik!" Gadis itu berkata teruja lalu makhluk berbulu yang comel itu dikendongnya ke rumah.

♦♦♦

Rumah agam di hadapannya dipandang sepi. Hatinya diusik oleh rasa gerun.

"Ya tuhan, kau lembutkanlah hati mama supaya tak marah-marah," doanya. Kasut yang dipakai ditanggalkan perlahan-lahan dan disusun rapi di rak kasut.

Dengan lafaz basmalah, daun pintu dikuak. Keadaan dalam rumah yang gelap itu hanya disinari lampu jalan yang samar-samar kelihatan melalui tingkap kaca yang besar.

Kaki melangkah penuh hati-hati. Anak kucing di dalam pegangannya cuma diam tidak berkutik sedikitpun. Selesa mungkin berada di dalam pegangan tuan baharunya.

Langkah dipandu menghala ke suis lampu. Tapi, belum sempat dia menekan suis, lampu ruang tamu itu menyala dengan sendirinya.

Gadis itu menutup sedikit matanya menggunakan tangan kanan kerana silau.

"Baru nak balik ke?" tanya seseorang dalam intonasi marah. Apabila gadis itu membuka matanya, seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an itu sedang bercekak pinggang menahan geram.

"Mama.." gadis itu bersuara kecil sebelum menundukkan kepalanya menghadap lantai. Merelakan telinganya mendengar segala butir bicara ibunya yang bakal menyinga.

"Laura tahu tak dah lewat! Kenapa keluar? Ibu risau keselamatan Laura tahu tak?" Nada suara Puan Laressa yang tinggi memenuhi ruang.

"Laura pergi mana? Jawablah! Kenapa diam?" sambungnya lagi.

"Laura.. ermm... Laura... pe..pergi..."

"Pergi mana?" Sekali lagi wanita yang juga berambut putih gading itu bersuara lantang. Geram kerana anak gadisnya itu tergagap- gagap menjawab pertanyaannya.

"Laura... sebenarnya pergi jumpa Tyren. Adik dia sakit.. Laura datang nak bawa ubat untuk Qlyra. Diorang anak yatim. Jadi Laura nak tolong.." ujar Laura sedikit takut-takut. Matanya terpejam rapat. Namun, masih tidak dapat menghalang air matanya daripada menitis.

Puan Laressa tergamam. Tidak menyangka Laura sanggup keluar dari rumah senyap-senyap semata-mata mahu menolong kawannya. Gadis berusia 10 tahun itu dipandang sayu. Terus lembut hati keibuannya. Dia marah-marah pun kerana dia sayangkan anaknya.

Puan Laressa merapatkan jarak sebelum tubuh kecil itu didakapnya penuh kehangatan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

"Laura... janganlah menangis. Mama tahu Laura cuba nak tolong kawan Laura. Tapi janganlah membahayakan diri sendiri. Mama cuma ada sorang saja tau anak dekat dunia ni. Kalau Laura hilang.. mama nak belai siapa? Mama nak gurau dengan siapa? Mama nak peluk siapa? Mama nak sayang siapa lagi? Cuma Laura je anak mama yang paling mama sayang. Jangan buat lagi tau.." tutur Puan Laressa panjang lebar sambil membelai-belai rambut lurus anaknya.

"Laura... sayang mama... juga.. Laura... janji tak.. buat lagi.." balas Laura dalam sedu-sedan. Air matanya dilap menggunakan belakang tangannya. Kehangatan tubuh Puan Laressa dapat dirasai.

"Macam tu lah anak mama.." Puan Laressa melonggarkan pelukan. Dia mencangkung di hadapan anaknya.

Tiba-tiba, Puan Laressa terlihat sesuatu yang bergerak-gerak di dalam jaket anaknya itu. Dengan segera dia menyeluk ke dalam jaket tersebut.

"Erm? Anak kucing?" soal Puan Laressa hairan. Anak kucing berbulu coklat dan bermata hijau itu dipandangnya penuh tanda tanya.

'Dari mana pula anak kucing ni datang?' soalnya dalam hati. Muka Laura dipandang mengharapkan jawapan.

"Laura jumpa dia dalam kotak... Kesian dia, mama.." kata Laura agak takut jikalau ibunya menghalang niatnya membela anak kucing itu.

Puan Laressa hanya tersenyum segaris. Tahu benar dia dengan perangai anaknya yang suka membantu orang lain. Malah, haiwan juga dibantunya.

Pernah dahulu, Laura masih lagi berumur lima tahun. Dia cuba untuk menyelamatkan seekor burung yang cedera di tengah jalanraya sehingga nyaris-nyaris sahaja dilanggar kereta yang kebetulan berada di situ. Nasib baik, suaminya, Hayden segera menarik Laura ke tepi jalan.

Senyuman Puan Laressa semakin mekar apabila terkenangkan peristiwa itu. Dia memandang wajah anaknya yang masih menunduk. Kakinya dikuis-kuis ke lantai.

"Laura nak bela dia ke?" tanya Puan Laressa lembut. Tangannya membelai-belai anak kucing itu.

"Boleh ke mama? Nak, nak!" jawab Laura teruja. Hatinya melonjak kegembiraan dengan anggukan daripada ibunya. Puan Laressa hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Cepat sahaja moodnya berubah.

"Laura nak namakan dia apa?" tanya Puan Laressa lagi.

"Ermmm...." Laura terdiam sejenak. Gayanya tak ubah macam seorang raja yang memikirkan masalah negara. Kemudiannya, Laura mencangkung pula menghadap anak kucing yang berada di tangan ibunya itu.

Puan Laressa hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat telatah anaknya. Terhibur juga rasanya.

"Ha! Apa kata namakan kucing ni Bulat? Sebab muka dia ni bulatlah. Macam nak gigit pastu tarik-tarik pastu peluk-peluk!" katanya teruja.

"Bulat?" Puan Laressa tergelak. "Okey saja nama tu. Hurmm, tapi mama ada idea lain. How about namakan dia Maru. Nak tak?" cadang Puan Laressa pula.

"Apa tu Maru? Sejenis sushi?" soal Laura ingin tahu. Wanita itu hanya tergelak kecil.

"Maru tu maksudnya bulat dalam bahasa Jepun, Laura sayang." terang Puan Laressa. Laura hanya membuat mulut berbentuk o.

"Okaylah! Hai, Maru! Maru suka tak nama tu?" tanyanya pada kucing yang masih kecil itu. Tangannya ligat mengambil Maru daripada pegangan ibunya. Puan Laressa hanya membiarkan anaknya berbuat demikian.

"Laura...nanti kita ziarah kawan kamu tu esok ya? Sekarang dah malam. Laura pergi tidur dulu," ujar Puan Laressa saat melihat anaknya mula leka bermain dengan anak kucing itu.

Laura hanya mengangguk patuh. Maru dipeluknya. Lalu, tangannya terus dipimpin Puan Laressa ke tingkat atas rumah agam itu menuju ke bilik tidurnya.

Entah siapa tahu kucing itu membawa tuah.. atau mungkin juga, membawa bahana.

♦♦♦

Done part one!

Apa khabar readers?😄😄😄 Sihat? Good! Ni lah buku ke dua Rerie selepas Coretan Andrina. Tapi belum finish lagi😅😅

Harap readers semua enjoy your time reading this book!💗 Kalau ada salah, please tegur tau! Ada cadangan? Boleh bagi komen!

Rerie x marah✌✌✌ Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top