♦ Part 8 - Knock My Door ♦

Pejam celik, pejam celik sudah seminggu sejak tragedi hitam itu menimpa keluarga Laura. Kereta yang terhumban ke gaung mengalami kerosakan yang agak teruk. Pihak yang bertanggungjawab pula telah disaman.

Paling mendera perasaan,wanita pengarang jantungnya meninggal dunia di tempat kejadian. Lelaki yang bergelar ketua keluarga itu pula mengalami keretakan tulang tangan. Erilyn pula koma dan masih tidak sedarkan diri.

Gadis berusia 19 tahun itu berubah 180 darjah. Jarang sekali dapat dilihat senyuman manis terlakar dibibir mungilnya. Dirinya lebih selesa berkurung di bilik. Hal makan dan minumnya pula tidak menentu. Boleh dikatakan jadual kehidupannya banyak berubah.

Pagi ke sekolah, waktu rehat dia lebih suka menghabiskan masa di perpustakaan. Mengikat perut menahan lapar. Jika rakan sekelas mengajak, dia memberi alasan tidak berselera.

Di dalam kelas pula dia banyak mendiamkan diri. Kerja sekolah dibuat ala kadar sahaja. Kelas tambahan usah dikata, habis diponteng.

Pada waktu petang pula gadis itu ke hospital menjenguk ayahnya dan juga Erilyn. Waktu malam banyak dihabiskan dengan termenung dan menangis.

Hati kecilnya bagai dijentik, adakah..ini balasan yang diterima kerana memungkiri perikatan janji?

Sungguh,dia rasa..

Sunyi.

Menyesal.

Keseorangan.

Lemah.

Rasa putus asa.

Sukar sekali dia ingin meneruskan hidupnya lagi.

Meoww

Ngiauan Maru mematikan lamunan Laura. Dia berpaling menghadap Maru di sisi katil. Air matanya dilap. Entah air mata yang keberapa kali, dia pun tidak pasti.

"Maru..adakah ini...karma?" luahnya kepada kucing bermata coklat itu.

"Adakah, ini balasan?" sambungnya lagi.

Empangan air matanya hampir pecah sekali lagi. Namun, dia tersentak. Matanya bertembung dengan sesuatu objek yang sudah lama dia biarkan sejak kematian ibunya.

"Ya, Allah..sesungguhnya aku hambaMu yang berdosa" tuturnya. Gadis itu terus ke bilik air untuk berwuduk. Menyucikan diri sebelum sujud kepada sang pencipta.

Selesai berwuduk, Laura mencapai telekung dan sejadah. Gadis itu menyarungkan telekung putih suci itu. Lalu, mula menunaikan solat.

Usai bersolat, Laura memohon kepada tuhan supaya diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menempuhi ujian yang diturunkan kepadanya. Tak lupa juga dia memanjatkan doa buat arwah ibunya serta ayah dan sahabatnya.

Saat berdoa, dirinya terasa begitu kerdil dan hina. Lalu,tanpa sedar air matanya jatuh lagi. Kali ini dia menangis di hadapan Yang Maha Mendengar. Air matanya kali ini bukanlah sia-sia. Dalam diam,hatinya diselaputi perasaan tenang.

Malam itu, Laura muhasabah dirinya sendiri. Al-quran dibaca tanpa henti.. tanpa henti..dan tanpa henti. Kerana semakin dia mendalaminya,semakin hatinya berasa jauh dengan perasaan negatif.

Buat pertama kali dalam hidupnya, dia tidur beralaskan sejadah nipis. Bertemankan Al-Quran disisi.

♦♦♦

Saat hari masih berkabus dan penduduk masih lagi lena dibuai mimpi, seorang gadis sudah sibuk di dapur. Menyiapkan sarapan untuk dirinya sendiri dan ayahnya.

Hari ini bagaikan permulaan baru bagi dirinya. Seakan bab seterusnya dalam fasa kehidupannya. Dia ceria, dia tersenyum,dia tenang dan dia bersyukur. Bersyukur kerana dia sempat berenang ketepian sebelum lemas dalam belenggu kesedihan. Mujur dia tidak terus hanyut kerana tuhan disisinya.

Hari ini,ayahnya dibenarkan keluar. Kecederaannya sudah surut dan boleh menjalani kehidupan normalnya semula.

Usai memasukkan nasi ke dalam bekas makanan,gadis berambut putih itu naik semula ke bilik. Hendak membersihkan diri.

Setibanya di bilik,Maru dilihatnya sedang lena dia atas katil. Apa lagi? Mulalah idea jahat si manusia bernama Laura.

Dengan langkah yang perlahan dan berhati-hati, Laura mendekati kucing montel tersebut. Tangan diangkat tinggi,dan dalam kiraan..

Tiga...

Dua...

Satu..

"Maru!"

Kucing itu terus melompat ke belakang. Bulu pada badannya berdiri tegak. Matanya membulat. Laura pula boleh senang-senang ketawa tepi katil. Seronok sangatlah tu!

Maru mengiau. Bunyinya sedikit garau. Mungkin kalau dalam bahasa kucing maksudnya 'Tak guna punya tuan,nasib aku tak ada sakit jantung'.

Tawa Laura hampir surut. Maru ditatapnya. Kucing itu nampaknya masih tak serik. Boleh pulak sambung tidur! Tak ada kerja lain punya kucing.

Gadis itu mula membelai lembut badan Maru. Kepalanya dilentokkan di atas katil. Terlupa seketika dia akan niatnya.

"Sorry tau,Maru. Kita gurau je kan?" katanya. Kucing itu pula diam. Memejam mata.

"Aik? Dah tidur? Cepatnya!" ujar Laura.

Kring..Kring! Kring..Kring!

Tiba-tiba telefonnya berbunyi nyaring. Nampaknya ada panggilan masuk untuk Laura. Dengan segera, telefon dia atas meja dicapai. Punat hijau ditekan dan telefon dilekapkan pada telinga.

"Hello my dearest friend, Laura! Assalamualaikum, how you doing?"

"Waalaikumussalam, I'm doing just fine. How about you?"

"Good. Betul ke kau dah ok nih?"

"Betul,alhamdulillah..I finally find my self back,"

"Baguslah kalau macam tu. Tak adalah nak murung aja!"

"Hehehe,kau nak apa ni?"

"Alo..nak tanya khabar kau lah. Tu pun tak dapat pickup lagi,"

"Woih! Mulut kau.."

"Hehehe,sorry cik Laura. Kau nak pergi hospital tak hari ni?"

"Of course la..hari ni ayah aku dah boleh keluar. Kau nak teman ke?"

"Ouh macam tu..mestilah nak!"

"Dah,dah siap cepat! Aku nak jadi orang pertama yang masuk melawat tau,"

"Lek,lek lah sahabat ku. Kau nak kejar apa? Nak check out tak payah tunggu waktu melawat.."

"Ouh,haah lah! Hehe.."

"Haish kau ni..tak apa,nanti naik aku pergi hospital. Jangan lambat! Assalamualaikum"

"Ok! Waalaikumussalam,"

Laura terseyum seorang memerhati skrin telefon. Nama sahabatnya jelas terpampang. Lama juga dia tidak berbuat mesra dengan sahabatnya. Ini semua gara-gara sikap dirinya yang bertukar dingin.

"Vivian, kaulah sahabat dunia akhirat aku," tutur Laura sambil mula mencapai tuala mandi dan segera ke bilik mandi.

♦♦♦

"Assalamualaikum, pakcik. Pakcik apa khabat? Sihat?" sapa seorang gadis berambut coklat separas bahu itu kepada Encik Hayden yang sedang membaca buku di atas katil.

Encik Hayden menoleh ke sisinya. Apabila dapat mengenal pasti wajah pelawat itu,dia meletalkan bukunya di tepi katil.

"Waalaikumussalam, Vivian. Pakcik sihat. Kamu macam mana?" soal Encik Hayden pula sekadar berbasa-basi.

"Baik,pakcik.." jawab Vivian sambil meletakkan bakul berisi makanan di atas meja bersebelahan katil pesakit.

"Laura mana?" tanya Encik Hayden setelah perasan ketiadaan anak gadisnya.

"Dia nak beli air kejap,nanti dia naik lah tu," jawab gadis bermata coklat itu.

"Assalamualaikum, papa!" sapa Laura ceria sebaik masuk ke dalam bilik. Gadis itu terus meluru ke arah ayahnya untuk di peluk.

Encik Hayden menjawab salam Laura fan mendakap anaknya itu dengan erat. Gembira rasanya dia melihat Laura seakan ceria hari ini. Selalunya muram saja saat melawatnya. Terseyum pun,jelas sangat terpaksa. Nampak yang anaknya itu masih bersedih. Namun kini? Ceria pula dia.

"Happy je anak papa ni?" tanya Encik Hayden sambil membetulkan cermin matanya yang hampir jatuh.

"Hurmm,minta maaf papa. Sebab sebelum ni Laura terlebih sedih sampai tak ingat Laura masih ada orang lain" balas Laura pula.

"Tak apa,mujur Laura dah sedar," kata Encik Hayden.

"Oh ye,tangan papa dah elok ke?" tanya gadis itu pula.

"Elok dah..tak sabar nak keluar je ni," jawab Encik Hayden sambil mengurut tangannya.

"Eloklah tu pakcik, boleh bawak kitorang jalan-jalan hari ni," sampuk Vivian sengaja mahu bergurau.

Masa yang ada mereka habiskan dengan berbual-bual dan bergelak ketawa. Masing-masing mahu bercerita, Encik Hayden pula hanya memandang telinga. Dalam diam,dia gembira dengan perubahan positif anaknya.

Dia tahu,hari-hari yang mendatang mungkin sukar untuk dihadapi tanpa isterinya disisi. Namun dia akan cuba, cuba yang terbaik untuk menjaga anaknya.

-♦♦♦-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top