♦ Part 7 - Broken Wing ♦

Melvy..atau kini, Eriyln duduk di bucu katil empuk berona merah jambu tersebut. Kepalanya meninjau keadaan bilik itu dengan teliti. Bilik yang kini sah menjadi miliknya.

Beberapa ketika yang lalu,dia dibawa ke rumah agam ini oleh seorang gadis yang mengaku sebagai kawannya. Laura namanya.

Katanya,mereka bermain di dalam hutan itu bersama seekor kucing. Kucing yang comel,Maru. Kemudian, entah bagaimana dia terhantuk pada ranting pokok,dan lengannya pula cedera terkena ranting yang tajam. Lalu,dia tidak sedarkan diri.

Jelas Laura,kemungkinan dia hilang ingatan. Kerana itu dia dibawa ke sini. Dia dibesarkan di rumah anak yatim. Jadi untuk keselamatan, lebih baik dia tinggal bersama keluarga Laura.

"Untungnya aku ada kawan macam Laura. Urmm..walaupun aku tak ingat apa-apa" ujar gadis itu sendiri sambil menghempaskan tubuhnya di atas katil.

Erilyn menoleh pula pada luka yang berbalut di lengannya. Teringat pula dia wajah penyayang Puan Laressa tatkala sedang merawat lukanya. Orangnya cantik. Padanlah dengan Laura.

"Panggil saja mama. Mulai hari ini, Erilyn buatlah rumah ni macam rumah sendiri," kata Puan Laressa prihatin.

Dia tersenyum sendiri. Gadis itu merasakan nasibnya begitu untung.

"Nasib baik aku hilang ingatan..." ulasnya. Matanya memandang syiling. Erilyn ketawa kecil. Apalah mulut! Macam tu pulak?

"Eh,eh..ada orang beranganlah," tegur satu suara.

Erilyn terus bangkit dan melihat gerangan yang menegur dirinya. Dia menghadiahkan senyuman manis ke arah Laura. Laura membalasnya.

"Masuk bilik bukan nak bagi salam," kata Erilyn.

"Ye lah,assalamualaikum..cik Erilyn Jasmine," ujar Laura. Dia duduk di sebelah Erilyn.

"Ok tak kau? Good?" soal Laura.

"Better" jawab Erilyn sepatah.

"Ruginya aku hilang ingatan. Aku langsung tak ingat kenangan kita bersama," ujar Erilyn. Mukanya sedikit sayu.

"Betul ke kau tak ingat apa-apa?" soal Laura minta kepastian. Dalam diam, gadis itu takut juga jikalau tembelangnya pecah.

"Hurmm,langsung tak ingat apa-apa. Tu lah kau,ajak aku main dekat hutan apa hal?" kata Erilyn sengaja mengusik Laura.

"Alahai, tak apa! Lupakan kenangan lama. Kita mulakan hidup baru dan cipta kenangan baru. Things will be better" jawab Laura penuh maksud tersirat.

Erilyn tersenyum manis. "Yes,you right. I think we're better in this way"

"True," balas Laura tersenyum.

'Maaf, Melvy,' desis hatinya.

'Aku tak rela kehilangan Maru'

♦♦♦

"Laura, are you sure Laura tak nak ikut?" tanya Encik Hayden pada anak gadisnya.

"Yes,I'm very sure dad" balas Laura. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada ayahnya.

"Lagipun, papa tak payah risaulah. Abang Austin kan ada? Kirin salam saja Laura dengan Aunty Thea," kata Laura cuba meyakinkan ayahnya.

"Laura betul ni ok? Laura tak nak jumpa Aunty Thea ke? Ucap happy birthday kat dia?" pujuk Puan Laressa pula.

"Mama,Laura tahu mama risaukan Laura kan? I'll be fine. Nanti Laura ucaplah kat telefon. Lagipun Laura penatlah, baru balik dari kem. Lepastu ada kelas guitar pulak tu" tutur Laura cuba memberi alasan untuk mengelak daripada mengikut ibu bapanya menghadiri majlis hari lahir makciknya.

"Kalau kau penat,nak buat macam manakan? Nanti aku kirim salam dekat Aunty Thea," sampuk Erilyn pula yang kini sebahagian daripada keluarga Laura. Laura cuma menganguk.

"Ok, kalau itu keputusan Laura. Papa tak dapat nak halang. Kalau papa,papa pun penat" kata Encik Hayden. Dia mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah. Lalu menuju masuk ke dalam perut kereta.

"Fine,tapi Laura jaga diri tau! Mama balik je,Laura mesti tunggu mama," ujar Puan Laressa pula. Dia menampar lembut pipi Laura.

Laura tertawa kecil dengan perbuatan ibunya. Puan Laressa sempat pula mencubit hidung anaknya sebelum turut berjalan masuk ke dalam kereta.

"Mama ni,janganlah buat cam tu lagi." ujar Laura sambil mengusap hidungnya.

"Ye la, mama tak buat lagi," balas Puan Laressa sambil menutup pintu kereta. Wanita itu melambai ke arah Laura sebelum kereta hitam Mercedes itu berjalan laju membelah jalanraya.

Laura masuk semula ke dalam rumah. Pintu rumah dibuka,namun langkahnya terhenti.

"Tak apa ke duduk luar,abang? Nak duduk dalam ke?" soal Laura kepada pengawal peribadi tersebut yang sedang berjaga di luar rumah.

Sebenarnya gadis itu juga tidak selesa jika pengawal peribadi tersebut berada di dalam rumah. Saja dia bertanya,hendak memastikan si pengawal peribadi itu masih bernyawa lagi atau tidak. Mana tidaknya? Daripada tadi asyik dengan muka seriusnya saja,mulut diam,pakai cermin mata hitam waktu malam. Buang tabiat,fikir Laura.

Austin kemudiannya menggelengkan kepala. Tanda menolak pelawaan anak majikannya.

"Cik Laura duduklah berehat. Saya akan mengawal keselamatan cik Laura" katanya penuh dedikasi. Laura cuma tersenyum dan berlalu masuk ke dalam rumah. Udara di luar sejuk!

Sebaik sahaja gadis itu menjejakkan kakinya ke dalam rumah. Seekor kucing comel dan montel terus menyapa gadis itu.

Badan kucing tersebut diusap perlahan Laura. Segaris senyuman dihadiahkan pada kucing berbulu coklat itu.

"Apa rasanya bila dah tua ni? Hehe..sembilan tahun tu dah kira tua tau," kata Laura kepada kucingnya itu. Seronok sangat dia berbual dengan Maru.

Dia terus menukar posisi tubuhnya kepada mencangkung. Tangannya masih ligat membelai-belai tubuh Maru.

"Hurmm..." Tiba-tiba senyuman Laura mati. Dia teringat akan janji yang dia mungkiri 3 tahun dahulu. Tanpa dipinta,air matanya jatuh di tubir matanya.

"Maafkan aku, Melvy. Aku bersalah.." ucap Laura sambil air matanya tidak berhenti mengalir.

Sebenarnya,terdetik juga dihatinya untuk memberitahu Melvy perkara yang sebenar. Tetapi mulutnya terasa bagai dizip ketat. Rasa sayangnya kepada Maru melebihi kewarasan akalnya.

"Sampai bila?..."

Soalannya dibiarkan sepi. Tiada sesiapa yang mampu menjawab. Melainkan...dirinya sendiri.

♦♦♦

Kring...Kring! Kring...Kring!


Terpisat-pisat Laura cuba membuka matanya. Dia sedang bermimpi indah tadi. Dengan keadaan televisyen yang masih terpasang. Rupa-rupanya dia tertidur sambil menunggu kepulangan ibunya. Seperti yang dijanjikan.

"Kacau betullah telefon ni.." rungutnya. Tangannya mencapai telefon pintarnya sebelum meletakkannya ke telinga.

"Hello assamualaikum,cik Laura"

"Erm,waalaikumussalam..siapa ni?" jawab Laura masih dalam sisa kantuk.

"Cik Laura, sebenarnya..."

Setelah mendengar berita yang tidak disangka-sangka itu,air mata Laura tumpah sekali lagi. Kali ini begitu deras. Hatinya remuk bagai kaca yang terhempas ke batu.

Telefonnya sudah jatuh mencium lantai. Retak. Namun,tidak seretak hatinya kini. Hatinya hancur. Mengenangkan insan yang paling dia sayangi pergi meninggalkan dirinya sebegitu awal.

Dalam esak tangis,dia menjerit nama wanita itu.

"Ibu!"

♦♦♦

Pintu wad itu dihempas Laura kuat. Gadis itu terus meluru masuk tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang.

Namun, perlakuannya terhenti saat terlihat sekujur tubuh dilitupi dengan kain nipis berwarna putih. Warna putihnya juga sudah tercemar dek kerana warna merah daripada darah pesakit.

Lututnya terasa longgar. Dengan perlahan-lahan gadis itu membuka kain yang menutupi wajah tersebut.

Saat wajahnya di tangkap oleh mata. Kain putih itu terlepas dari tangan. Gadis malang itu menangis semahu-mahunya. Dia menggoncangkan tangan jasad wanita yang terbaring kaku itu.

"Ibu! Ibu jangan tinggalkan Laura! Ibu dah janji tunggu Laura lepas ibu balik!"

Gadis itu meraung sepuasnya. Sungguh,berita kemalangan yang menimpa ahli keluarganya itu bagaikan bilah pedang yang menghiris perlahan hatinya. Pedih.

"Ibu! Bangunlah! Bangun..bangun ibu, bangun!" jerit gadis itu lagi. Jururawat yang berhampiran cuba menenangkan gadis yang bersedih itu.

"Saya tahu ianya sukar untuk cik Laura. Tapi cik kena tabah,ini ketentuan takdir" nasihat jururawat itu.

"Tak! Ibu! Bangun ibu! Bangun... Laura tak kisah ibu cubit hidung Laura... Laura tak kisah.." Gadis itu menekup mukanya. Peritnya ujian ini.

"Ibu mungkiri janji! Ibu jahat! Ibu jahat! Arghh!...Kenapa? Kenapa ibu?.. Kenapa?..." Akhirnya gadis itu terduduk di atas lantai bersebelahan dengan katil yang menampung jasad arwah ibunya.

"Isk..isk...in..inalillah.." tutur gadis itu dalam kepayahan. Hatinya masih lagi sakit,namun dia tahu syaitan yang membisikkan kepadanya supaya dia menyalahkan takdir tuhan. Lalu,digagahkan hatinya supaya bertenang dan meredhai pemergian ibunya.

♦♦♦

Hai,Assalamualaikum kawan2😘
Semoga Bab kali ini lebih dapat dihayati dengan lebih mendalam, yes..hargailah orang yang kita sayang sementara kita masih ada masa.😭😭

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top