♦ Part 6 - Promise ♦

Razen melepaskan keluhan berat. Dia meraup wajahnya dengan kasar. Melvy masih memandang penuh berharap. Laura juga mula membuang egonya jauh-jauh.

"Ada satu saja cara...kita kena bawa Laura dan Maru keluar dari alam ni"
Saat Razen melafazkan ayat tersebut, muka Laura memaparkan riak teruja dan gembira. Melvy juga berasa lega kerana tiada pertumpahan darah akan berlaku.

Namun,disebalik rasa lega itu,Melvy tahu keputusan itu merupakan jalan pintas yang tidak akan kekal selamat.

"Tapi,ianya satu risiko bagi kau Laura" Razen menyambung kata. Bibir Laura yang tadinya tersenyum terus mati.

"S.B kau... Maksud aku spirit beast kau tak terlatih,dan kau pun tak ada pengalaman mahupun pengetahuan tentang spirit beast ni. Ada akibat buruk nanti.." sambung Razen lagi.

"Apa?" tanya Laura.

"Takpa, biar Mel boleh train kucing tu" celah Melvy. Dia menyilangkan tangannya. Razen yang ingin menjawab pertanyaan Laura terus tercengang mendengar cadangan adiknya itu.

"Tak! Abang tak benarkan. Mel tahu kan? Mel boleh hilang ingatan? Makhluk alam Spirit Lorax yang melalui portal tu tanpa izin pihak atasan akan hilang ingatan" Razen cuba mengingatkan Melvy tentang akibat yang perlu ditanggung.

"Apa? Habis tu nak biarkan seekor spirit beast berkeliaran tanpa dijinakkan? Kucing tu tak terlatih! Biarlah Melvy yang latih...Biar Mel buktikan pada abang yang Mel dah bersedia. Mel pasti Laura akan bantu Mel pulihkan ingatan Mel dan seterusnya latih kucing tu,kan Laura?" hujah Melvy lalu memandang Laura meminta kepastian.

"Erk,aku cuba yang terbaik" balas Laura masih terkejut dengan keputusan Melvy.

"Huh! Apa yang buatkan Mel percaya sangat manusia ni?" balas Razen kasar. Matanya menjeling Laura. Hati kecil Laura terhiris mendengar kata-kata dari mulut Razen tadi.

"Abang,kita tak ada banyak masa tau? Bila-bila masa saja pihak atasan boleh buat lawatan mengejut! Mana tahu diorang boleh hidu aura manusia?" ugut Melvy.

"Abang tahu! Sebab itulah mula-mula abang nak bunuh saja dia!" Razen membidas sambil menunjuk ke arah Laura.

"Cepatlah! Kau boleh percayakan aku! Aku pun tak nak benda buruk terjadi!" Setelah lama mendiamkan diri akhirnya Laura berkata-kata juga.
Mukanya serius memandang Razen. Susah benar mahu meyakinkan lelaki ni,fikir Laura.

"Baik,tapi dengan syarat! Tempoh tiga tahun sahaja. Lepas tu Mel kena balik ke Spirit Lorax dengan S.B tu sekali. No excuse!" tegas Razen akhirnya bersetuju.

"Dalam tempoh tu,kau..belajarlah melepaskan. Kucing tu tak berhak duduk di dunia sana," sambung Razen tegas. Kata-katanya ditujukan kepada Laura.

"Cepat sikit keluarkan kucing tu dalam sangkar. Abang dah hidu aura halira lain" nyata Razen pantas. Melvy turut memaparkan riak terkejut setelah terbau aura halira seperti yang diperkata abangnya itu.

Mereka bertiga cepat-cepat keluar dari rumah melalui pintu belakang dan terus membuka kunci sangkar yang mengurung haiwan kecil dan comel itu.

"Mel,hati-hati. Abang tak dapat teman Mel ke portal. Jaga diri" pesan Razen sambil memegang lengan Melvy.

"Laura,aku harap kau tepati janji" pesan Razen pada Laura pula. Laura cuma mampu menganguk. Jejaka itu memandang Laura penuh kepercayaan. Dalam hatinya berharap semoga gadis bermata biru itu tidak memungkiri janji yang telah dimeterai.

"Abang pun jaga diri. Selamat tinggal" balas Melvy lalu menarik tangan Laura dan terus berlari pantas ke portal.

Razen memandang pemergian dua gadis itu. Berat rasa hatinya melepaskan Melvy,apa tah lagi perlu memungkiri ikrar yang dilafaz tatkala terpilih menjadi penjaga kunci.

Namun,berat lagi rasa hatinya jika perlu memungkiri janji yang diikat bersama adiknya 10 tahun yang lalu.

♦♦♦

Laura dan Melvy berlari tanpa henti walau seketika. Mereka tidak mahu dikesan makhluk lain yang mungkin mahu membunuh Laura.

"We almost there" tutur Melvy tiba-tiba. Setiap semak-semak yang semakin menebal mereka redah dengan bersahaja.

Grrrrr..

"Stop" Melvy menghalang pergerakan Laura.

"Kenapa?" soal gadis itu pula.

"Kau dengar tak?" soal Melvy kembali.

Grrrrrrrrr!

"Serigala!" jerit Melvy setelah terlihat kelibat serigala putih yang cuba menerkam Laura. Dia menolak Laura ke tepi. Maru masih di peluk erat Laura.

Serigala itu kini menerkam ke arah dirinya. Melvy yang tidak sempat berbuat apa-apa jatuh terbaring di atas lantai hutan. Dia dan serigala itu bergelut buat seketika.

Gadis itu mengerang sakit akibat pergelutan tersebut. Lengannya berdarah kerana cakaran pemangsa dihadapannya.

"Voan!" serunya. Lalu, haiwan itu memunculkan diri dan menyerang serigala itu. Laura segera membantu Melvy bangkit.

"Kau tak ap..." Belum sempat Laura menghabiskan kata-katanya, tangannya direntap Melvy dan mereka berdua berlari pantas meninggalkan tempat kejadian.

"Halira's coming"

Sebaik sahaja ayat itu dilafaz Melvy. Laura turut berlari dengan lebih laju. Maru di kendongannya cuma diam.

"We here"

Sebatang pokok besar yang berkulit coklat dipandang mereka. Melvy terkumat-kamit membaca beberapa baris mentera. Tidak lama kemudian, percikan biru muda terhasil. Diikuti dengan bukaan portal yang luas.

Melvy terpegun seketika. Dia memandang Laura. Kemudian,Maru dan seterusnya Voan,yang entah bila dia tiba.

"Voan,akak mungkin tak akan ingat kamu lepas ni... Tapi janji? Jangan tinggalkan akak" tutur Melvy sayu.

Voan si harimau putih itu menjilat-jilat tangan Melvy sebelum menghilang dengan tiba-tiba. Melvy beralih kepada Laura.

"Jom" katanya. Laura cuma menganguk akur. Mereka memimpin tangan bersama dan mula melangkah ke dalam portal.

'Hope to see you again,brother' desis Melvy di dalam hati sebelum semua ingatannya hilang.

♦♦♦

"Urmm" Laura mengerang sakit. Dia memegang belakang tengkuknya. Matanya masih samar-samar. Namun begitu,dia masih cuba untuk bangkit dari terus berbaring di atas lantai hutan yang dipenuhi dedaun kering yang gugur.

Tiba-tiba tangan kanannya terasa geli. Gadis itu cepat-cepat memandang ke arah kanannya. Menyedari pelakunya, Laura terus sahaja celik dengan segarnya. Dia mengangkat seekor kucing tinggi ke langit.

"Finally!" jeritnya teruja. Senyuman terlakar lebar di bibir merahnya. Kucing itu mengiau manja. Tiba-tiba, Laura teringat akan seseorang.

"Melvy..." ujarnya. Gadis itu memandang sekeliling mencari si gerangan empunya nama. Setelah dicari, mata Laura tertacap pada sekujur tubuh yang terbaring kaku tidak jauh dari tempatnya berdiri.

Laura menurunkan Maru dan segera menuju ke arah Melvy. Bahu gadis itu dipegang.

Tiada respon.

"Mel? Melvy?" panggil Laura lembut. Dia cuba untuk menduga ingatan gadis berambut hitam itu.

"Urmm" Melvy mengerang sedikit sebelum mencelikkan matanya perlahan-lahan. Perkara pertama yang dilihatnya ialah seorang gadis yang berambut putih panjang. Dia langsung tidak mengenal wajah dihadapannya itu.

Melvy bertukar posisi dari baring ke duduk. Wajahnya memandang Laura hairan. Laura pula masih diam.

"Siapa kau,hah? Aku kat mana ni?" soalnya.

"Kau tak ingat siapa diri kau ke?" tanya Laura kembali.

"Erkk,aku..emm...entah" balasnya.

"Nama aku Laura. Engkau sebenarnya..." ayat Laura terhenti disitu. Dia memandang Maru disisinya. Lalu dialihkan pula pandangannya kearah sebatang pokok besar yang berdiri berhampiran mereka.

"Tiga tahun..." ujar Laura separa berbisik.

"Ha? Apa?" tanya Melvy.

"Aku siapa?" sambung gadis berambut hitam itu memandang Laura penuh berharap. Sungguh dia keliru dengan keadaan dirinya sendiri.

'Maaf,Razen..maaf...Melvy' getus hati Laura. Dia memandang semula wajah Melvy. Sedaya-upaya cuba dilakar senyuman palsu.

"Nama kau,Erilyn"

♦♦♦

Oh my...Laura..

Stay tune for the next chap! 😝😝

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top