♦ Part 5 - Him and She ♦

"Haish,kau ni..jawab soalan aku dulu boleh tak? Macam mana kau masuk alam ni?" tanya gadis berambut hitam itu menggesa Laura.

"Erk,jampi..dalam buku lama," jawab Laura jujur. Muka Melvy sudah berkerut. Tahan ketawa!

"Eurm,susah kes ni. Mungkin salah seorang atau seekor..hurm tah lah! Kena dibunuh.." tutur gadis itu selamba. Laura sudah terbelik biji matanya seakan tidak percaya kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu.

"Tak kan tak ada cara lain?" tanya Laura kerisauan. Dia tidak mahu mati,dia juga tidak mahu kucingnya mati.

"Sejak bila tanda tu muncul?" soalnya tanpa menjawab pertanyaan Laura. Laura memandang corak lingkaran yang ada di lengannya.

"Sebenarnya dah lama jugak..dia muncul tiba-tiba," balas Laura setelah dia pasti. Kedengaran gadis itu mengeluh perlahan.

"Kalau abang aku tahu pasal ni,dia mesti mengamuk..Tapi kalau tak bagi tahu dia,aku pun tak tahu nak buat apa," jelas gadis itu agak kasihan melihat Laura.

"Erk,nama kau siapa sebenarnya? dan..kau ni apa? Apa tempat ni?" tanya Laura bertalu-talu meluahkan isi hatinya yang ingin tahu.

"Aku...Melvy,seorang Halira. Tempat ni namanya Spirit Lorax. Dimana semua makhluk fantasi menghuni di sini," Gadis yang mengaku namanya Melvy itu menjawab lancar.

"Lengan kau berdarah..kau tak apa-apa? Aku bau darah serigala" tanya Melvy pada Laura. Laura memandang lengan baju putihnya yang dicemari warna merah.

"Aku tak apa-apa. Tadi aku kena kejar serigala. Nasib semuanya okey.. Ada yang menolong" balas Laura mula ramah.

"Gagahara? Gagahara ke yang tolong kau? Sebab aku dapat rasa auranya tadi masa aku tengah tidur," tanya Melvy.

'Kejap,kalau aku dapat rasa aura Gagahara walaupun aku tengah mamai,kenapa aku langsung tak dapat rasa aura manusia ni?' desis gadis bermata merah itu.

"Haah kot. Dia asyik sebut perkataan tu aja.." jawab Laura.

"Hahaha,makhluk kat sini bukan semua boleh berkata-kata. Apa pun, kau siapa?" Melvy bertanya Laura akan namanya.

"Nama aku Laura Teressa. Boleh panggil Laura," tutur Laura sambil tersenyum manis.

"Ouh, Laura nama kau? Sedap.." puji Melvy. Laura cuma tersipu-sipu malu dipuji begitu.

'Kuat blushing budak ni' fikir Melvy.

"Erm,aku minta maaf tadi gertak kau kuat sangat. Perkenalkan, ni Voan, spirit beast aku" kata Melvy sambil membelai tubuh harimau yang dari tadi di sisinya.

"Semua kat alam ni ada spirit beast juga ke?" tanya Laura mula ingin tahu.

"Yes,kami semua ada...dan disinilah tempat setiap spirit beast dilatih dan dijaga sebeluh setiap dari mereka cukup matang untuk dibebaskan dan mencari tuan sendiri," terang Melvy.

"Tapi ada sesuatu yang pelik,macam mana spirit beast macam Maru boleh masuk ke alam..."

Aumm!

Belum sempat Laura menghabiskan ayatnya,dia diterkam dari sisi. Melvy mula panik setelah mengetahui tuan empunya spirit beast yang menyerang Laura itu.

"Arghh! Tolong!" jerit Laura ketakutan. Mana tidaknya,seekor harimau hitam bertaring panjang tiba-tiba sahaja menerkam kearahnya. Mujur saja dia tidak ada sakit jantung! Jika tidak pasti k.o di situ juga!

"Argghhh! Tolong aku! Tolong!" laung Laura lantang. Namun Melvy masih membatukan diri sambil mukanya memandang tanah. Dia takutkan sesuatu.

"Diam kau manusia! Berani kau ceroboh masuk ke alam ni tanpa izin aku! Kau harus dihukum mati!" jerkah satu suara agak garau ke arah Laura. Empunya suara tadi mencengkam dagu Laura kasar.

Wajah mereka bertembung. Jelas terlihat muka seorang lelaki bermata merah sedang memandangnya dengan perasaan marah.

"Vern,cepat pengsankan dia" arah lelaki tadi. Dia pun melepaskan cengkaman dan memberi laluan kepada spirit beast tersebut menjalankan arahannya.

Harimau itu berlawan mata dengan Laura sebelum mulutnya menghembuskan nafas kasar serentak bersama debu-debu hitam berkilauan. Ia kemudiannya menjadikan pandangan mata Laura kabur sebelum dia langsung tidak sedarkan diri.

♦♦♦

"Please brother! She know nothing about it. All she want is just to take that cat back" suara rayuan sayup-sayup ditangkap oleh gegendang telinga Laura. Mata gadis itu masih terpejam rapat. Tiada daya untuknya membuka mata yang begitu berat untuk celik.

"No! You know that it is against the law right? Sudahlah Mel,there is nothing you or me can do. Hanya ada dua pilihan saja. Neither to kill her nor kill that cat..and you know the second choice is impossible to do right?" balas seseorang dalam nada tegas.

"But, there must be another choice! Tolonglah abang,cukup sekali peristiwa dulu tu berlaku. Mel tak nak ianya berulang balik..please" rayu gadis itu lagi tanpa berputus asa. Sungguh,dia terkesan dengan peristiwa yang berlaku 10 tahun lepas.

"Mel...hurmmm" suara jejaka yang tadinya tegas semakin mengendur. Betul,dia juga tidak mahu peristiwa itu terjadi lagi. Dia juga yang berjanji kepada adiknya itu. Ya,gadis di hadapannya itulah adiknya. Satu-satunya keluarga yang tinggal.

"Abang,abang dah janji. Mesti ada cara lain. There must be another way" tutur gadis itu lembut. Badan abangnya dirangkul dan dipeluk erat. Jejaka itu turut membalas pelukan tersebut.

"Ye,abang akan cari cara lain," kata jejaka itu memberi kata putus. Terpaksa.

"Ergh.." Suara erangan kecil Laura mematikan drama adik-beradik itu tadi. Gadis berambut putih itu dilihat cuba bangun dari atas sofa sambil memegang belakang tengkuknya.

"Laura, are you okay?" soal Melvy prihatin sambil menghampiri Laura.

"Emm,sikit" balas Laura pendek.

"Apa dah jadi ni? Where is Maru?" tanya Laura.

"Don't worry,Maru ok je. Nah, minun air ni" balas Melvy kembali sambil menghulurkan segelas cawan berisi air kosong. Laura menyambutnya lalu segera meminum air tersebut sehingga habis. Gelas dikembalikan. Dirinya kini berasa sedikit segar.

"Melvy dah ceritakan segalanya..dan aku agak kau dah tahu akibatnya. Tapi,aku rasa ada cara lain. Aku dah fikir tentangnya" celah seorang lelaki tidak mahu melengahkan masa. Wajah Laura dipandangnya. Muka gadis itu masih bingung.

"Haish,aku Razen,abang Melvy. Atau lebih penting lagi,penjaga kunci portal alam ni. Hanya aku sorang SAHAJA sepatutnya yang boleh melepasi portal tu. Bukan makhluk lain" jelas lelaki bernama Razen itu malas-malas. Namun sempat juga diperlinya Laura.

"Maksudnya kaulah lelaki yang menculik kucing aku tu kan?" tanya Laura mula bengang dengan lelaki yang bertanggungjawab merampas Maru darinya.

"Ye aku. Lagi satu,kucing tu bukan kucing kau" balas Razen selamba. Muka Laura memerah menahan geram.

"Aku tak kira. Dia tetap kucing aku! Sekarang pulangkan dia balik! Lepas tu aku janji aku akan pergi dari sini" bentak Laura.

"Huh,kau ingat semudah tu? Kalau kau rasa nak kena pancung,ah sila" jawab Razen tidak gentar. Dia menyandarkan tubuhnya pada dindingbkayu. Laura cuma mendecit.

"Aish,dah la tu. Abang kata abang ada cara. Apa caranya?" celah Melvy sambil menatap wajah abangnya. Malas pulak nak dengar dua ekor manusia ni bergaduh.

-♦♦♦-

Hi! Assalamualaikum!😘😘
How is the story goes?😋😋
Boring?😪
Ok?😊
Great?😄
Fantastic?😆

Apa2 pun yg terjadi. Harap korang enjoy!😘😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top