♦ Part 4 - Mark ♦

Laura membuka matanya yang tadi terpejam rapat. Sekujur tubuh serigala putih tadi terbaring kaku betul-betul di hadapan Laura. Dia sedikit tersentak apabila menyedari mukanya turut terpalit darah.

"Awooo!" Laura tersedar,seekor lagi serigala masih bernyawa. Namun, tidak seperti yang pertama,serigala kedua tidak menerkam Laura. Malah, haiwan tersebut perlahan-lahan mengundur ke belakang dan akhirnya melarikan diri.

"Gagahara?..." Laura segera berpaling. Suara itu datangnya dari suatu makhluk berkulit biru. Di tangannya, sebatang busur yang dipegang kejap. Mata kuningnya menjeling Laura.

"Te...terima..kasih..." ucap Laura tergagap-gagap. Takut makhluk dihadapannya itu juga satu ancaman baginya. Laura segera bangkit. Darah segar pada wajahnya dilap menggunakan hujung bajunya.

"Gagahara" tutur mahluk itu sebelum menundukkan sedikit kepalanya. 'Mungkin maksudnya sama-sama?' teka Laura dalam hati.

Makhluk bersayap itu kemudiannya terbang turun dari dahan yang dipenuhi getah kuning itu. Dia mendarat di sebelah bangkai serigala itu dan mengangkatnya mengunakan sebelah tangan lalu dimasukkan ke dalam karung coklat yang besar dan sejurus itu diikatnya ketat.

Mata kuningnya sekali lagi bertembung dengan mata biru laut Laura. Mata kuning itu kemudiannya beralih memerhati Laura dari atas hingga bawah. Laura masih tercegat di situ. Kekok.

"Gagahara," kata makhluk biru itu lalu melangkah pergi dari tempat itu. Sekilas dia memandang Laura dan mengulang lagi ayat sama. Laura tidak mengerti apa yang dimaksudkan makhluk itu namun dia segera mengekori setelah makhluk tersebut setelah diberi isyarat supaya mengikutinya.

♦♦♦

Sepanjang perjalanan, Laura cuma berdiam diri. Tak tahu bagaimana mahu menyusun kata untuk membuka bicara dengan makhluk yang menyelamatkannya itu.

'Sudahlah daripada tadi cuma sebut 'Gagahara', nak bual pun tak paham. Gila hebat kalau aku boleh faham' Laura berangan sendiri.

Tiba-tiba makhluk itu berhenti. Laura juga begitu. Kepalanya dipalingkan menghadap Laura.

"Gagahara," katanya lalu menunjuk ke arah sebatang pokok yang teramatlah besar dan tinggi. Di bawahnya terdapat binaan-binaan yang turut sama dipenuhi lumut hijau yang cantik seperti di batang pokok itu.

Laura bingung seketika. Patutkah dia mengetuk pintu rumah tersebut seperti yang diarahkan si makhluk yang entah baik,entah jahat.

'Tapi,tak mungkin dia berniat jahat. Sebab dia juga yang membantu aku' Laura berkira-kira di dalam hati. Mempertimbangkan baik dan buruk perbuatannya.

"Terima kasih..." ucap Laura pada makhluk berkulit biru itu. Dia sudah membuat keputusan.

"Gagahara" balasnya lalu sekali lagi menundukkan kepalanya. Sayap jernihnya dilebarkan,lalu dia pun terbang meninggalkan Laura sendiri.

Laura melambai pada makhluk yang sayup-sayup menghilang dari pandangan. Gadis itu kemudiaannya mengatur langkah kakinya ke arah pintu dengan yakin.

Nafas ditariknya dalam,mengumpul segala kekuatan. Tangan diangkat untuk mengetuk.

Meow~

Meow~

Tangan yang hanpir mengenai permukaan pintu berhenti. Perbuatan Laura terjeda seketika.

"Maru..." katanya separate berbisik. Dia terus berlari mencari punca datangnya bunyi itu. Kakinya melangkah pantas di bahagian belakang pokok besar tersebut.

Secara tiba-tiba lariannya terhenti. Matanya tertacap teguh pada sangkar-sangkar yang mengurung berpuluh-puluh haiwan mistik yang selama ini hanya disaksikan di dalam buku fantasi kanak-kanak.

Daripada yang kecil dan comel sehinggalah yang besar dan menakutkan.

Namun,ada juga dilihatnya haiwan-haiwan biasa di dunia 'sana'. Seperti ular,kelawar,beruang dan badak sumbu.

Laura menahan rasa takutnya. Namun kerana terlalu ralit memerhati satu persatu haiwan di dalam sangkar itu dengan tiba-tiba dia terjatuh sekali lagi kerana tersepak dahan.

"Auch!" rintih Laura. Dia cuba bangkit semula. Apabila dia mengangkat mukanya,matanya bertaut dengan mata merah menyala seekor burung bersaiz raksasa.

Uakkkk!

Burung tersebut berbunyi nyaring. Laura juga menjerit sama tatkala keluarnya api daripada setiap libasan kepak burung yang lebar itu.

♦♦♦

Selimut ditarik menutup muka tatkala sinaran mentari mula menyentuh wajahnya. Gadis berambut hitam itu cuba meneruskan tidurnya namun tidak berjaya.

Akhirnya dia bangkit dari pembaringannya. Mata merahnya masih terkatup. Dirinya masih mamai lagi. Perlahan-lahan cuba digagahkan diri ke bilik mandi. Mahu mencuci muka.

"Haishh,malasnya...lepas ni dah la kena bagi makan kat SB. Lepas tu kena train diorang pulak. Huarghh..." Keluhnya sendiri. Ini lah tanggungjawab yang diamanahkan oleh abangnya. Paling parah,jika abangnya pukang lewat. Habis dia terpaksa melatih setiap spirit beast dengan sendiri.

Uakkkk!

Baru pintu bilik air dibuka,tiba-tiba kedengaran jeritan dari arah belakang rumah. Matanya yang katup,terus sahaja celik. Terkejut.

Sambil berlari keluar dia berteka-teki sendiri. "Apa dah jadi ni? Tak pernah-pernah si Felix ni memekak pagi-pagi!".

Kakinya segera melangkah ke luar rumah setellh pintu dibuka. Terus dia berlari menuju ke sangkar Felix,si burung phoenix yang meningkat remaja.

Sesampainya dia di situ,lariannya terhenti. Matanya memandang satu susuk entiti yang duduk mengesot ke belakang menjauhi Felix yang sedang marah.

"Siapa kau hah?" jerkah gadis berambut hitam itu.

Penceroboh tersebut memalingkan wajahnya. Mata mereka beradu buat seketika. Namun,pandangan mata merah itu lebih tajam seakan membunuh.

"Voan!" laung gadis bermata merah itu. Seketika kemudian,muncullah seekor harimau belang dari belakang gadis bermata merah itu. Badan harimau tersebut yang agak besar menambah gerun si penceroboh.

Dapat dibaca riak wajah penceroboh tersebut yang ketakutan.

♦♦♦

Laura semakin tidak keruan. Habislah dia kali ini fikirnya. Harimau putih itu semakin menghampirinya. Gadis malang itu mengesot perlahan-lahan kebelakang.

'Ya tuhan ku,selamatkan hamba mu ini!' doa Laura dalam hati.

"Kau nak apa hah?" tanya gadis dihadapannya dengan kasar. Mata merahnya menikam anak mata Laura. Laura pula diam membisu. Masih dalam keadaan terkejut.

"Cakap sebelum aku suruh Voan serang kau!" bentak gadis asing itu lagi.

"Aku..aku nak..ku...kucing aku..balik" balas Laura ketakutan diugut begitu. Gadis itu memaparkan riak terkejut.
Dia kemudiannya menghampiri Laura dengan pantas. Ditenungnya anak mata Laura. Laura pula berasa tidak selesa.

Lengan Laura segera direntapnya. Laura cuma membatukan diri. Sekali lagi gadis itu terkejut melihat corak di tangan Laura. Laura dibangunkan secara paksa dan di bawa pergi agak jauh dari situ. Laura juga pelik dengan tingkah-laku gadis berambut hitam di hadapannya.

Setelah agak jauh ke dalam hutan,mereka berhenti. Lengan Laura dilepaskan. Mata merah gadis itu memandang Laura tajam.

"Macam mana manusia macam kau boleh ada dekat sini?" tanyanya masih dalam riak serius.

"Erk..manusia macam aku? Kau bukan..manusia ke?" tanya Laura agak takut-takut. Terkejut juga dia apabila gadis itu berkata begitu. Mengikut pandangan mata kasarnya fizikal gadis dihadapannya itu sama sahaja seperti manusia dan bukan makhluk mistik.

"Hahaha...yes,aku bukan manusia. Kenapa?" balas gadis itu dengan riak menakutkan. Sengaja dia mahu menduga Laura.

"Erk...aku kat sini cuma nak ambil balik kucing aku. Itu aja,lepastu aku akan pergi dari tempat ni. Aku janji!" rayu Laura bersungguh-sungguh cuba meraih ehsan gadis bermata merah itu.

"Tak boleh,spirit beast tak boleh tinggal di alam manusia.. Bencana alam kau nanti!" larang gadis itu.

"Hah? Kucing pun spirit beast? Apa ni?" Laura terkejut dengan fakta yang dikemukakan gadis asing itu.

"Ye la..dia belum tunjuk it true color lagi..its still tak matang...dan sebab itu dia berbahaya!"

"Hah? Kau tipu kan?"

"Kau fikir senang-senang aku nak lepaskan spirit beast tu? Itu satu peraturan alam! Spirit beast tak boleh ada dalam dunia manusia"

"Tolonglah..aku tak boleh hidup tanpa Maru.. Aku ke sini kerana 'dia'!"

"Aku tahu tuan spirit beast takkan boleh hidup tenang tanpa spirit beast nya dan begitu juga pada spirit beast tersebut"

"Apa kau maksudkan dengan 'tuan'?"

Gadis berambut hitam berkilat itu menarik lengan Laura. Dia menunjukkan corak hitam tersebut dihadapan muka Laura.

"Kau dengan Maru kau tu dah ada pertalian spirit" jelasnya selamba.

"Hah?"

-♦♦♦-

Hi! Assalamualaikum!😄😄😄

Jadi ha...amacam? Cerita dah semakin menarik! Apa jadi kat Laura lepas ni? Manusia tak boleh tinggal dekat situ. Tpi spirit beast dengan tuanya pulak mmg tak boleh berjauhan!

Apalah nasib diorang? Mungkin salah seorang terpaksa dibunuh..Who know?

Bye!😆😆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top