♦ Part 3 - Another World ♦
Puan Laressa mundar-mandir di sekitar ruang tamu. Dia bermain-main dengan jarinya sendiri.
"Hish.. Mana budak ni?" rungutnya sendiri. Hatinya resah mengenangkan Laura yang entah di mana. Terdetik juga di hatinya, mengapa anaknya begitu menyayangi si kucing itu.
Memanglah tak salah kalau mencintai haiwan. Akan tetapi, gaya anaknya seperti melebih pula. Entah apa yang merasuk fikiran gadis itu.
"Haish.. nak telefon Eden rasa menyusahkan pula. Nanti habis dimarahnya si Laura tu. Habis tu, nak telefon Austin?" Puan Laressa berkira-kira di dalam hatinya sama ada mahu menelefon Austin, si pengawal peribadi keluarga yang diupah oleh suaminya.
"Telefonlah..." putus Puan Laressa. Akan tetapi, belum sempat wanita itu mencapai telefon bimbitnya, pintu rumah diketuk dari luar.
'Aikk, belum telefon dah datang ke? Siapa ni?' Puan Laressa berteka-teki sendiri.
Pintu rumah dibuka dari luar. Sah, pasti Laura.
"Laura.." kata Puan Laressa tatkala melihat Laura memasuki rumah.
"Mama..." balas Laura sayu.
Kepala Laura menunduk memandang tanah. Dia berniat mahu meluahkan segalanya kepada ibunya. Air jernih perlahan-lahan jatuh menitis membasahi pipinya.Puan Laressa tergamam.
Dengan segera wanita itu memeluk tubuh anak gadisnya. Pelukan dieratkan. Laura juga membalas pelukan tersebut. Tiba-tiba, Puan Laressa dan Laura masing-masing teringatkan peristiwa yang terjadi enam tahun lalu.
Pada waktu itu,bermulalah detik Maru menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Kini, dengan peristiwa yang hampir serupa, Maru menghilang.
Laura ingin menyatakan tentang apa yang dilihatnya kepada ibunya. Namun, mulutnya terkunci. Terkatup rapat tidak mampu bersuara.
Akhirnya Laura tertidur keletihan di dalam pelukan hangat seorang wanita bergelar ibu.
♦♦♦
Buku-buku dan jurnal penuh berserakan di atas meja tempat gadis itu duduki. Mata-mata yang lalu-lalang di situ kebanyakkannya mempamerkan riak hairan. Tak kurang juga ada yang tertawa kecil.
Namun itu semua langsung tidak mempengaruhi gadis tersebut. Dia kekal fokus pada pembacaannya.
Sesekali kedengaran dia mengeluh kecil. Helaian demi helaian diselak dengan perasaan kecewa. Dia kian buntu mencari petunjuk tentang kejadian malam tadi di dalam buku-buku mistik yang dianggap mengarut oleh pandangan semua.
"Macam mana ni?" keluh Laura. Sudah berpuluh buku dibuka dan ditelitinya untuk mencari petunjuk yang diperlukan. Namun usahanya seakan sia-sia.
Akhirnya, Laura bangkit dari duduknya dan mula mengemas segala macam buku-buku sejarah dan mitos yang bersepah.
"Eh?" Laura terkejut apabila terlihat sehelai kertas terkeluar dari salah sebuah buku yang dipegangnya.
"Apa ni?" tanyanya sendiri tatkala terbaca bait-bait ayat yang tertulis pada permukaan kertas tersebut.
"Mungkin ini membantu," ulasnya lalu terus melipat kertas itu dan memasukkannya ke dalam kocek seluar.
♦♦♦
"Nah, take care kucing ni" kata seseorang yang berbaju serba hitam dan berkerudung menutup wajah.
"So cute!" balas seorang lagi setelah kucing yang diperkatakan selamat berada di dalam pangkuannya.
"Banyaklah kau punya cute. Cepat masukkan dalam kurungan," arah lelaki berhud tadi.
"Tahulah..." balasnya dingin dan dengan segera berlalu pergi dari situ.
♦♦♦
Laura kini tiba di hadapan pokok besar yang menjadi pintu laluan untuk lelaki misteri pada malam kelmarin.
Gadis itu membelek-belek kawasan sekitar. Mana tahu ada petunjuk untuk membuka portal yang dilihatnya semalam.
"Ah?" Laura tertacap pada satu corak di kulit pokok kayu itu. Dia kemudiannya mengeluarkan sehelai kertas dari dalam poketnya.
Matanya silih berganti memandang permukaan kertas dan corak pada badan pokok itu.
"Menurut mitologi Yunani dan Mesir purba, burung Phoenix merupakan satu burung mistik yang besar dan lazimnya berwarna merah darah keunguan. Dikatakan makhluk ini mampu mengawal api dan hidup semula daripada debu dan bara mayatnya." Satu-persatu bait-bait ayat dibaca Laura.
"Hmm, immortal lah burung ni," Bacaannya diteruskan lagi. "Burung ini diangkat sebagai penghulu bagi kesemua haiwan-haiwan semangat dan mistik. Ia juga digelar sebagai 'the royal bird' dan diberi kepercayaan untuk menjaga pintu-pintu masuk ke dunia yang tidak terlihat."
"Mengikut mitos dan kepercayaan masyarat dahulu kala, pintu ke dunia tersebut hanya boleh dilalui oleh penjaga kunci yang digelar 'the key keeper'. Kajian juga mendapati, mentera yang dibaca boleh memecahkan magis yang mengelilinggi portal dan sekaligus membenarkan manusia atau makhluk selain daripada penjaga kunci untuk melepasi portal. Namun harus diingatkan akibat yang bakal dihadapi." Laura terhenti. Dia meneliti bait-bait mentera yang tertera di atas keras lusuh itu. Senarai risiko tadi tidak dibaca. Dia malas mahu ambil tahu.
"Dua dunia antaranya kaca
Tebal lagi niat ku terus
Penjaga kunci biarkan ku lepas
Satu hajat bawaku rentas
Sempadan hadapku pecah halus"
Dengan serta-merta, satu percikan api biru menyala melingkar melakar bulatan dan sekaligus menghasilkan portal yang dilihat Laura pada malam kejadian. Simbol phoenix tadi turut bercahaya.
Tanpa berfikir panjang Laura melangkah yakin. Dia sudah nekad. Nyawanya jadi taruhan!
Sekelip mata, portal yang terang bercahaya tadi lenyap. Tidak meninggalkan sebarang jejak. Simbol phoenix yang tadinya terang bercahaya juga kembali malap. Warnanya mula sebati dengan warna kayu pokok. Keadaan kembali sunyi. Hanya terdengar unggas menyanyi riang di hutan.
♦♦♦
"Auch, aku kat mana ni?" tanya Laura sendiri. Dia mengurut kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Matanya masih terpejam rapat.
Namun,perlahan-lahan matanya dibuka luas. Cuba mengimbas kedudukan dirinya.
"Hutan?"
Laura terdiam sendiri. Hutan yang ada di hadapannya jauh berbeza daripada hutan yang dilaluianya sebelum itu. Laura bingkas berdiri. Dia menapak di atas sebuah batu yang besar. Matanya liar memerhati persekitaran baharu itu.
"Ya tuhan, lawanya..." ucap Laura. Suasananya nyaman sekali. Tanpa sedar dia berjalan turun dari atas batu. Masih tanpa arah tuju, dia berjalan tenang. Matanya masih terpukau.
Shoushhh~
Sapaan angin lembut yang singgah di pipi Laura mematikan lamunannya. Dia berpaling ke arah belakang. Gadis itu agak pasti ada sesuatu yang melintasinya.
Jantungnya mula berdegup kencang. Manik-manik peluh mula membasahi dahinya. Anak mata gadis itu pula masih ligat mencari punca bunyi tersebut.
Entah mengapa, kakinya terasa berat sekali untuk melangkah pergi dari situ. Seakan dipasak teguh pada tanah berumput malar hijau itu.
"Siapa tu?" Laura memberanikan diri bertanya. Dia cuba bersedia untuk apa-apa kemungkinan.
Shoushh~
Shoushhh~
Bunyi itu sekali lagi ditangkap oleh gegendang telinga Laura. Kali ini seakan benda itu tidak bersendirian.
Laura semakin cuak.
Tiba-tiba, Laura dapat menangkap sepasang mata biru tua sedang memerhatikannya di balik semak yang rimbun. Perlahan-lahan ia mula menunjukkan diri.
Tatkala melihat sesuatu dihadapannya itu. Tekak Laura tiba-tiba berasa kering. Nafasnya bagai tersekat di kerongkong. Dadanya berombak laju.
Perlahan-lahan empat batang kaki berbulu putih milik haiwan itu berjalan kearahnya. Diikuti lagi empat kaki yang juga sama cirinya dengan yang pertama. Cuma warna matanya sahaja yang lain.
Satu berwarna biru tua , dan satu lagi berwarna hijau zamrud. Masing-masing tidak sabar mahu menerkam mangsa yang tercegat dihadapan bagaikan tidak sayang nyawa.
Laura masih membatukan diri. Dia langsung tidak dapat berfikir. Hanya hatinya sahaja kuat memanjatkan doa kepada tuhan agar diselamatkan daripada bahaya.
Tanpa menunggu lebih lama, serigala berbulu putih yang pertama mula menerkam ke arah Laura. Automatik kaki melangkah laju. Pantas Laura membuka langkah seribu cuba melepaskan diri daripada menjadi santapan dua ekor serigala yang gigih mengejarnya dari belakang.
Keadaan lantai hutan yang licin dan berakar menyukarkan langkah Laura. Tanpa disangka, kaki gadis itu tersadung akar pokok yang menjalar di lantai hutan. Dia terus jatuh terlentang kerana tidak sempat menyeimbangkan diri.
Serigala tadi apa lagi, pantas sahaja melompat untuk menerkam Laura yang sudah pasrah. Laura memejamkan mata. Tidak sanggup melihat.
Zapp!
Seiring dengan bunyi itu, Laura terasa ada cecair merecik menyentuh kulitnya.
♦♦♦
Pada masa yang sama di hadapan portal...
"Tak guna,ada yang menceroboh!" marah seseorang. Dia mengibas mantelnya yang berwarna hitam lalu melutut ke tanah. Tangannya menyentuh permukaan tanah.
"Jejak baru," tuturnya lalu berlalu pergi dari situ.
-♦♦♦-
Hai and Assalamualaikum readers! Masih ada ke yg membaca ni?😄😄 Kalau ada kesilapan,cpt2 tegur! Harap enjoy eh! Bye!!😘😘😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top