♦ Part 22 - Demonic Spirit ♦
"Aku yakin kau panggil kami ke sini sebab kes Melvy. I guess?" Ace membuka kata. Ayatnya dituju kepada lelaki berambut putih kekuningan itu.
Pejabat khas Gurdian yang serba lengkap dan luas itu sering menjadi tempat perjumpaan mereka. Hiasan emas, putih dan biru tua memenuhi suasana ruang tersebut.
"Yes. About that..," Lelaki itu mengeluh sebelum menyambung, "Aku dah tahu apa yang terjadi.." Berita itu sepatutnya melegakan namun entah mengapa King mengeluh.
Dia bangkit dari duduk di atas kerusi empuk di pejabatnya. Sebuah fail berkulit keras nipis yang bewarna merah dilempar di atas meja. Kedua tangannya memegang hujung meja dan dijadikan tongkat menampung badannya. Wajah lelaki itu hanya serius.
"Jadi? Something wrong with that?" tanya Ace hairan melihat keluhan abangnya. Dia segera mencapai fail merah tersebut. Isi didalamnya dibaca dengan keadaan gusar.
"Ada satu kes S.B. dilaporkan hilang. Kucing, jenis magika. Kuasanya tak dapat dikenal pasti lagi." ujar King. Dia bergerak kehadapan mejanya dan bersandar disitu. Tangannya disilangkan. Disebelahnya, Ace masih menilik fail tersebut.
"Banyak yang kita tak tahu fasal kucing ni. Dia.. lain sikit. Aku tak tahu nak jelaskan macam mana." sambung King.
"Maksud kau?" soal Edric. Dia langsung tidak faham kaitan antara kes kehilangan Melvy dan kehilangan Spirit Beast itu.
King menghela nafas sebelum berkata, "Kena terangkan satu-satu nampaknya.."
"Kucing magika ni, dijumpai dalam hutan Devono. Tapi.. entah macam mana, kucing ni boleh terlepas dan hilang. Lepas satu tempoh masa, S.B. ni dijejaki terlepas ke dunia manusia. Berita ni masa tu agak merisaukan pihak atasan. Jadi sebab tu pihak atasan beri arahan secara terus ke Key Keeper, Razen." terang King panjang lebar.
"Ouh ya, aku ingat. Razen ada laporkan S.B. tu dah berjaya ditangkap, kan?" soal Azean pada King. Lelaki itu hanya menganguk.
"Tapi..," King jeda seketika sebelum menyambung, "Laporan tu palsu." Azean dan Edric terkejut. Mana mungkin Razen sanggup untuk menipu perkara penting sebegitu?
"Biar aku teka. Melvy bawa kucing tu ke dunia manusia?" tembak Ace. Fail ditangannya ditutup. King menganguk.
"Huh?" Azean dan Edric bertambah terkejut. "Apa motif mereka?" soal Azean.
"Tak pasti. Ini hanya teori aku sahaja. Tapi berdasarkan apa yang berlaku, aku yakin dengan tekaan aku." jelas King. Dia kenal Razen. Lelaki itu bijak dan penuh dedikasi. Hairan dia, apa yang membuatkan Razen bertindak melanggar undang-undang sehingga begitu?
"Kau tak boleh gunakan kuasa kau?" soal Edric. Mukanya beriak risau. Memang masalah besar.
"Aku tak pasti tarikh sebenar benda ni berlaku. Jadi aku tak dapat nak imbas waktu tu dengan tepat." jawabnya tenang.
"Lagipun benda ni dah bertahun!" dengus Ace. "Tapi.. tak rasa pelik ke, abang? Hutan Devono? Hmm?"
"Ya, tentang tu.. Hutan itu hutan mati. Kawasan yang dahulunya sebelum perang, kawasan jajahan Demon." cerita King.
"Kau nak cakap yang S.B. itu berkemungkinan adalah sisa Wabak Demonic?!" teka Edric dengan terkejut. Matanya membulat.
"Aku harap tak. Tapi kalau betul..." jawab ketua muda itu tergantung.
"Bahaya! Kalau betul dia terlepas ke dunia sana, hancur kedua alam ni!Binasa jadinya!" ujar Edric risau. Azean gigit bibir, Ace pula menunduk.
Wabak Demonic. Wabak yang membuatkan spirit beast jadi buas dan tidak terkawal apabila mencapai tempoh matang. Darah mereka juga akan dipengaruhi dengan sifat Demon. Fakta itu bermain dalam minda Ace. Jarinya digenggam erat. Sungguh, ini perkara yang sangat teruk.
Alangkah seekor Spirit Beast normal yang tersesat ke alam manusia juga boleh menyebabkan kemusnahan besar, apatah lagi seekor Spirit Beast dengan Wabak Demonic!
"Ada kemungkinan yang.. kucing tu sengaja dibebaskan ke dunia manusia?" tanya Azean tiba-tiba.
"Ada.. Tapi aku tak rasa Razen angkara semua ini. Mungkin, ada pihak cuba nak beri amaran awal tentang peperangan yang bakal melanda antara dua dunia." jawab King.
Edric mendengus geram. Yang lain hanya mampu termanggu sendiri. Mati.. memang mati.
♦♦♦
"Frex, macam mana dengan jampi pengunci memori tu?" soal seorang lelaki berambut hitam lebat.
Frex hanya memandang Razen tanpa menjawab sepatah pun soalan Razen. Wajah lelaki bermata merah itu dipandang dengan riak menjengkelkan.
"Razen, yang masuk rumah kau tu Gurdian. Gurdian, faham tak? Like seriously kau expect diorang tak dapat kesan medan kuasa aku tu? Come on, Razen." Sarkastik nada Frex. Bebola matanya diputarkan.
"Tch, jawab elok-elok tak boleh ke? Patutlah kau kawan 'terbaik' aku." sindir Razen pula. Dia terus mengigit roti bakar dengan rasa meluat.
"Dah memang aku sorang aja kawan kau, memanglah aku kawan terbaik kau." balas Frex turut menghabiskan sarapan yang terhidang.
Razen tepuk dahi. 'Alahai mak tuan, perli orang pandai, orang perli balik tak faham pulak? Haish.. kawan aku ni boleh tahan lurus juga.' desis Razen.
"Tu dah kenapa tepuk-tepuk dahi tu? Selama aku duduk rumah ni, tak pernah pulak kena gigit nyamuk. Aku dah pasang ridsect padahal." soal Frex hairan.
"Aduhai kau ni... Apa-apa ajalah. Lepas ni sambung latihan kita." ujar Razen buat penutup kata. Sakit hati saja layan mamat ni. Kejap pandai, kejap alahai..
♦♦♦
Tap..
Tap...
Tap..
Bunyi derapan tapak kaki itu menarik perhatian seorang lelaki yang berdiri di tengah ruang yang kelam dan sunyi itu. Namun, dia masih tenang tanpa menoleh siapa yang menghampirinya.
Tidak sampai beberapa meter jauh dari lelaki yang berdiri tegak itu, derap tapak tadi senyap. Dia yang baru tiba itu terus melulut dan merendahkan kepalanya.
"Tuan." serunya yang masih menunduk. Rambut coklatnya jatuh menutupi wajahnya.
Lelaki yang berdiri tegak itu tidak langsung berganjak. Apatah lagi terdetik hendak menoleh. Sejujurnya, dia juga tidak sanggup ingin bertentang mata dengan lelaki tegap itu.
Seakan tahu reaksi tuannya itu, dia hanya menyambung hasratnya. "The Gurdian dah sedar kehilangan S.B. dan mereka sedang dalam siasatan." Dia berhenti sejenak sebelum menyambung, "Razen pula sudah melarikan diri. Dia mungkin ikut bersembunyi dengan kawannya, seorang magician."
Senyum singgung terukir di hujung bibir lelaki berambut merah gelap itu. Dia rasa senang dengan berita ini. Tiba-tiba, dia meletuskan tawa besar.
Pengikutnya tadi hanya diam membisu. Tanpa amaran, satu lintasan cahaya bewarna merah menyala melintas betul-betul disisinya dan diikuti dengan bunyi hentakan yang kuat di dinding belakang. Telinganya berdengung dan matanya terbeliak. Bahang yang dapat dirasakan buat dia tahu, sebijik bola api baru sahaja hampir meragut nyawanya.
Dia jadi tidak tentu arah. Dalam keadaannya yang masih keliru itu, derapan tapak kaki datang menghampirinya. Kulitnya basah dengan peluh. Dia tidak dapt sembunyikan rasa gentarnya.
Tiba-tiba kolar bajunya ditarik memaksa dirinya bangun dan menghadap dengan pemilik mata kuning tersebut.
"Kau nak mati ke?" soal lelaki tegap itu dengan mata yang terjengil.
"T... tt.. tak.." jawabnya takut-takut. Tingginya yang ketara dengan tinggi lelaki api itu membuatkan dia berasa sungguh tak berdaya.
Serta-merta kolarnya dilepaskan dan dia terus melutut. Bagaikan apa yang terjadi itu salahnya.
"Tch, jangan buang masa aku. Buat kerja kau yang seterusnya." Dan si pengikut tadi menurut dengan patuh.
Shuuu....
"Lambat."
"Maaf."
"Apa yang kau bawa untuk aku?" soalnya dingin.
Senyum sinis terukir pada bibir wanita itu.
Ayuh campak saya ke lautan Pasifik? Lama sngatkan tak update. Sumpah cakap ayat tunggang langgang. Nnti edit balikಠᴥಠ
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top