♦ Part 2 - That Night ♦

Kaki Laura segera menapak turun ke tingkat bawah. Peluh perlahan-lahan menunjukkan diri. Sungguh, dia berasa amat risau. Takut. Ya, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Harapnya tak ada apa-apa yang buruk terjadi dekat Maru.." doanya sendiri.

Pintu belakang rumah dibuka luas. Gadis itu terus memakai kasutnya dan berlari anak ke tempat berlakunya kejadian itu tadi. Tak sedar yang dia sebenarnya memakai selipar besar milik ayahnya.

"Maru! Mana kamu, sayang?"  Laura tercari-cari kelibat Maru yang masih tidak kelihatan.

Laura mula mencari di belakang semak-samun. Namun kelibat kucingnya itu masih tidak kelihatan. Gadis itu mulai resah. Dia cuba berfikir positif namun rasa risau menguasai dirinya.

"Mana ni? Maru, cepatlah keluar! Kakak dekat sini ni" Laura cuba memanggil Maru. Akan tetapi, usahanya cuma sia-sia. Tidak langsung kedengaran ngiauan daripada kucing bertuah itu.

shoushh~

shoushh~

Laura memandang semak yang berhampiran dengannya. Hatinya dipagut harapan. Semoga Maru ada disebalik semak tersebut.

"Maru? Kamu ke tu?"

Tiada sahutan. Semak semakin bergerak-gerak. Begitu juga dengan langkah kaki Laura yang semakin menghampiri.

Tangan mulusnya memegang dahan itu, bersedia berhadapan dengan gerangan disebalik semak tersebut.

shuu~

Semak di tolak.

"Maru!"

♦♦♦

"Kenapa dengan kamu ni hah kucing bertuah? Ada-ada saja perangainya.." omel Laura seorang diri. Maru di dalam dukungannya cuma diam seribu bahasa.

Gadis itu berjalan tenang ke bilik tidurnya sambil tangan kanannya membelai lembut bulu gebu Maru. Maru pula semakin dibuai lena dengan setiap belaian lembut Laura.

Malam itu terasa sungguh nyaman. Angin bayu di luar rumah tidak dapat dirasai tubuh kecil Laura yang berada di dalam rumah.

"Laura!" Tiba-tiba suara puan Laressa menarik perhatian Laura. Kakinya terus berhenti melangkah.

"Ya, mama!" sahut Laura.

"Tolong mama kejap kat dapur ni!"

"Baik, mama!"

Laura segera menurunkan Maru. Ingin menuju ke dapur untuk membantu Puan Laressa.

"Naik sendiri ya sayang" ujar Laura sambil membiarkan kucingnya itu di atas tangga. Berharap agar kucing tersebut menuju ke bilik tidurnya sendiri.

Sesampainya Laura di dapur, dia segera mendapatkan Puan Laressa yang sedang sibuk membasuh pinggan di singki.

"Tolong apa mama?" tanyanya sebaik tiba di sebelah ibunya itu.

"Ei mak! Hish kamu ni.. bagi salam dulu tak boleh ke?" kata Puan Laressa sedikit terkejut dengan kemunculan Laura yang secara tiba-tiba itu. Dadanya diurut sedikit.

"Hehehe... Sorry, mama," tutur Laura sambil tersengeh kecil.

"Hmm, iyalah. Ni, kamu pergi tolong lapkan meja tu. Lepas tu bawa lagi cawan-cawan kotor letak singki," arah Puan Laressa dan terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

"Okay!" Laura dengan pantas melakukan apa yang disuruh ibunya. Tidak mahulah dia menjadi anak yang derhaka pula.

Sesekali Laura menyelitkan rambutnya yang panjang itu di belakang telinga. Kerjanya sedikit terganggu.

"Pakai ikat rambut Laura.." tutur Puan Laressa secara tiba-tiba. Matanya masih tidak lepas dari membasuh pinggan mangkuk yang ada di dalam singki itu.

'Mama ni, tau-tau saja aku tengah rimas.. ada six sense ke? Hurm, mana ikat rambut eh?' desis Laura dalam hatinya. Matanya mula meliar mencari getah rambutnya yang selalu dibiarkan bersepah di dalam rumah.

Hehehe... jangan cop Laura ni pengotor eh. Cumanyakan senang nanti kalau jadi apa-apa. Letak di ruang tamu satu, dapur satu dan lain-lain. Lagipula, dia tak begitu gemar untuk mengikat rambut. Dia lebih suka membiarkan rambutnya terlepas bebas.

"Getah rambut kamu dekat atas peti sejuk tu" Sekali lagi, Puan Laressa berjaya membaca masalah yang dialami Laura.

Laura tertawa kecil, tangannya mencapai ikat rambut coklat cair yang dikatakan oleh ibunya tadi.

"Thanks, mama! Mamalah ibu mithali," kata Laura sejurus saja mengikat rambutnya gaya ekor kuda. Dia menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi. Puan Laressa cuma tersenyum melihat telatah anak tunggalnya itu.

"Mama.." panggil Laura tiba-tiba memecah kesunyian.

"Ya, sayang. Kenapa?" balas Puan Laressa. Dia menoleh sekilas ke arah Laura dan menyambung semula kerjanya.

"Sejak dua tiga hari ni, Laura selalu rasa tak sedap hati pasal Maru. Petang tadi pula dia..."

PUSHHH!

Belum sempat Laura menghabiskan ayatnya, bunyi barang pecah di tigkat atas menarik perhatian mereka.

"Maru," kata Laura separa berbisik. Dia terus berlari laju menuju ke tingkat atas meninggalkan kerjanya tergendala. Puan Laressa juga begitu. Risau-risau jika ada pencuri yang memecah masuk ke dalam rumah.

Jikalau Maru, memang tidak mungkin. Tidak pernah sekalipun kucing peliharaan mereka sekeluarga itu memecahkan apa-apa selama enam tahun tempoh penjagaan mereka. Malah kucing tersebut memang terlatih.

Laura berlari pantas mendaki anak tangga. Dia yakin bunyi itu datangnya dari dalam bilik tidurnya. Hatinya tiba-tiba diserbu perasaan risau. Jantungnya memainkan irama yang berbeza daripada kebiasaan.

'Janganlah berlaku apa-apa yang buruk terhadap Maru' doanya penuh berharap.

Sesampainya Laura di tingkat atas, dia terlihat pintu biliknya langsung tidak terkunci. Keadaan didalamnya juga gelap.

Dengan segera dia membuka pintu bilik seluas-luasnya. Kelihatan seseorang sedang bertenggek di tepi tingkap sambil memegang erat kucing kesayangannya. Pakaiannya yang serba-serbi hitam dan berkerudung labuh itu menyukarkan Laura untuk mengecam gerangan penculik misteri itu.

Hanya dengan bantuan cahaya bulan, Laura dapat menangkap sepasang mata milik dia. Pemilik sepasang anak mata merah itu segera mengalihkan kepalanya dan dengan pantas dan yakin, dia melompat turun dari tingkap bilik Laura dengan cekap.

Laura sedikit tersentak dengan tindakan tersebut. Dia pula nekad untuk mengejar penculik itu. Tidak mungkin dia mahu membiarkan kucing istimewanya itu dibawa pergi darinya secara paksa. Kehilangan Maru ibarat kehilanggan separuh dari nyawanya.

Laura segera meluru keluar dari bilik. Mahu ke pintu utama dan keluar mengejar gerangan misteri tadi.

Puan Laressa yang baru tiba di bilik Laura sedikit terkejut dengan tindakan anaknya yang berlari turun pula. Dia agak binggung. Matanya tertacap pula pada pasu bunga yang pecah di dalam bilik Laura.

'Pencuri kah?' soalnya sendiri.

'Eh Laura...' desisnya.

"Laura!" jerit Puan Laressa. Langkahnya cuba dilajukan mengejar Laura yang sudah tiba di tingkat bawah. Kebetulan pula, malam ini suaminya tiada di rumah. Terpaksa kerja lebih masa. Semata-mata mahu mencari makan untuk keluarga.

Dalam sekelip mata sahaja, Laura sudah berlari keluar dari rumah. Hatinya sudah nekad.

"Laura!" Jeritan Puan Laressa langsung tidak Laura pedulikan. Dia tidak akan berhenti. Keselamatannya adalah soal kedua. Keselamatan Maru lebih penting. Entah mengapa dia rasa terdorong sebegitu. Tindakannya seakan secara automatik. Mungkin kerana kasih sayangnya... atau ada sesuatu diantara mereka?

Laura berlari tanpa arah tuju. Malam itu agak sunyi. Dia berhenti sejenak. Cuba berfikir secara teratur ke mana mungkin penculik itu pergi.

"Hutan,"

Gadis itu gigih menyambung lariannya. Kedudukan rumah mereka yang diatas bukit memang dekat dengan hutan. Jiran-jiran pula agak jauh. Laura terus melintas jalan yang memisahkan kediamannya dengan hutan tebal. Nasibnya baik,tiada kereta yang ada dijalan.

Dia terus meredah masuk ke dalam hutan selepas berjaya memanjat pagar sederhana tinggi itu. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan yang kucingnya itu dibawa lari ke dalam hutan.

Lariannya seaakan tiada penamat, tiada tanda yang kucingnya itu ada di situ. Namun, hatinya.. ya! Hatinya kuat mengatakan Maru disitu.

Penat lelah Laura membuahkan hasil apabila dia terlihat penculik tadi sedang berdiri tegak menghadap sebatang pokok besar. Laura sedaya upaya menyembunyikan diri di belakang pokok. Nafas cuba dikawal supaya tidak menarik perhatian.

Gadis itu kemudiannya terdengar beberapa baris ayat dalam bahasa yang tidak difahaminya dibaca penculik tadi lalu, percikan yang seakan api berwarna biru tua muncul dan melingkar di hadapan lelaki tersebut. Bentuknya bulat dan bercahaya biru. Laura menekup mulutnya tidak percaya. Selalunya perkara itu cuma dapat dilihat di dalam filem-filem fantasi sahaja. Tapi kali ini dia dapat melihatnya secara langsung!

'Apakah?..' getus hati kecil Laura.

Penculik tersebut kemudiannya melangkah masuk ke dalam portal itu dan perlahan-lahan ianya lenyap daripada pandangan.

-♦♦♦-

Hai dan assalamualaikum pembaca semua!😘

Thanks sbb masih sudi nak baca cerita pelik ni😌

Salah silap please tegur ye..

bye!😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top