♦ Part 16 - Madam ♦

Tap!

Tubuhnya ditolak! Pisau perak tadi terus jatuh ke lantai. Mentera pengunci yang digunakan juga terbatal kerana mati konsentrasi. Erilyn memandang sisinya.

"Laura, what are you doing here?" soalnya terkejut.

"I'm the one that suppose to ask you that question! Kau dah tak betul ke?" suara gadis itu naik seoktaf. Matanya tajam menikam anak mata Erilyn.

Seketika, dia melirik ke arah Maru. Kucing itu sudah kembali kepada rupa asalnya.

'Tak guna,' monolog Erilyn. "Pandai kau sembunyikan rupa sebenar kau, ya?" soalnya sambil sepasang anak mata merah itu memandang tepat kucing tersebut.

"Erilyn! Kenapa dengan kau?" Laura cuba menumpukan perhatian Erilyn kepadanya apabila gadis itu seakan hilang dirinya yang sebenar.

Yang sebenar? Oh, tolonglah Laura. 'Yang sebenar' dah lama terkubur, remember?

"Laura, kucing ni perlu dibunuh! Tak boleh biarkan dia hidup!"

"Are you insane?" bantah Laura. Nak bunuh? Langkah mayat dia dahulu.

"Kau yang gila, Laura. You break our promise just because of this killer monster. Can't you see? This cat it the one that killed your father!" Suaranya berubah kepada nada sinis. Matanya menjeling Laura sebelum beralih kembali kepada kucing tadi.

Laura terkaku. Jam seakan berhenti berdetik. Tangannya mengeletar dan jantungnya berdegup kencang. Tak, tak mungkin Maru yang bunuh papa?

Serampang dua mata. Ayat dari mulut Erilyn buat dirinya disentak dengan perbagai perasaan. "Papa mati, sebab.. Maru?" soalnya tidak percaya. Kepalanya tertunduk ke lantai. Lebih mengejutkan, Erilyn nampaknya sudah tahu hal yang sebenar.

"Erilyn.." Laura mati kata.

"Yes, Laura. So just shut up and let me do my job," Pisau perak dikutip. Objek tersebut sebenarnya merupakan alat khusus yang digunakan untuk memusnahkan mana-mana haiwan semangat. Alat ini telah dicipta khas untuk setiap penjaga kunci dan pelatih. Salah seorang, tentunya abangnya.

Pisau perak digenggam sambil giginya diketap. Insiden petang tadi berputar dalam kotak memorinya.

♦♦♦

"Nah, gunakan alat ni." tutur Razen sambil menghulurkan pisau perak yang berukir corak purba kepada Erilyn.

Gadis itu terdiam sebelum menyambut huluran abangnya. Pisau perak bertukar tangan. Selama ini, tak pernah-pernah abangnya membenarkan dia memegang alat ini. Katanya berbahaya. Alat itu dibelek.

"Ini.."

"Alveniq. Gift from the pheonix king.."

Kata-kata Razen dipintas adiknya. Lelaki itu tersenyum nipis. Erilyn pula masih sibuk menilik pisau itu. Tajam. Pada hujung pemegangnya ada corak pheonix.

"Mel, boleh abang harapkan kamu?" tanya Razen penuh berharap.

"You can count on me," balas Erilyn yakin.

♦♦♦

"No, tak boleh!" jerit Laura.

Tubuh Erilyn ditolak menjauh dari kucingnya. Mereka bergelut diatas lantai. Laura cuba merampas pisau perak itu namun Erilyn masih berdegil.

"Get off me!" jerit Erilyn sambil tangannya menolak kuat tubuh Laura ke tepi. Gadis itu terus bangkit berdiri apabila Laura sudah tidak menghempap dirinya.

Laura panik! Erilyn bakal membunuh kucingnya. Nyawanya! Tanpa berfikir, Laura terus meluru kearah Erilyn dan menolak dengan kekuatan penuh dari belakang.

Impaknya, gadis itu terus jatuh terlentang ke hadapan. Kepalanya terhantuk dengan begitu kuat di atas lantai dan darah pekat mula memercik keluar. Tubuhnya terus kaku.

Mata Laura membulat. Dia kejung di tempatnya berdiri.

Seperti kata orang, perfect timing. Tiba-tiba Kaylee muncul di muka pintu. Wanita itu terbeliak dengan situasi yang dilihatnya. Anak kesayangannya sedang tidak sedarkan diri!

"Erilyn!"

Wanita itu terus meluru ke tubuh kaku Erilyn. Badan Erilyn digoncangkan. "Erilyn! Erilyn! What happened?" pekiknya dengan keadaan panik yang melampau. Air matanya merembes keluar.

Wajah Laura dipandang tajam. Dadanya turun naik menahan amarah.

"Kau.. kau pembunuh!" laungnya penuh kebencian. Bahu Laura terhincut. Mulut bagai digam kuat sehingga suaranya hanya tersekat di kerongkong

"Pembunuh!"

♦♦♦

PUSHHH!

Gadis itu menyerang sakit. Pasu kaca yang pecah disebabkan impak pelanggaran berserakan diatas jubin lantai yang berkilat.

"KAU NI TAK FAHAM BAHASA KE, HAH?" bentak seseorang kasar. Rambut ikalnya direntap kuat memaksa tubuhnya berdiri. "TAK BOLEH PAKAI! ADA TELINGA TAK NAK GUNA!" Sekali lagi jeritan menjadi halwa telinga.

Air mata tanpa dipinta jatuh bercucuran membasahi pipi mulusnya. "Mu.. mumm.." Dua culas bibirnya cuba mengeluarkan suara namun tindakannya itu cuma mengundang tamparan kuat di wajahnya.

"APA? APA? AKU KATA, AKU BUKAN MAK KAU! ANAK TAK GUNA!" Rambut putih gadis itu dilepaskannya kasar lalu kakinya melangkah laju masuk ke dapur.

Dia menangis teresak-esak sendiri di ruang tamu yang gelap itu. Malam ini tiada bintang. Hanya kedinginan yang mengisi suasana. Wajahnya penuh dengan rona merah dan cecair jernih. Gadis itu cuba berdiri namun telapak kakinya terasa pedih.

"Argh.." Ternyata, tanggapan dia benar belaka. Terdapat luka dari serpihan pasu kaca tadi.

Laura duduk termanggu. Semuanya berubah. Semuanya..

Seminggu selepas insiden pada malam itu berlalu, Erilyn dibawa ke hospital dan dia disahkan koma. Tidak tahu berapa lama akan sembuh kerana kecederaan pada sel otaknya agak merisaukan.

Sejak daripada detik itu, perangai ibu tirinya itu berubah 360 darjah. Tiada lagi senyum, tiada lagi kelembutan pada tingkah laku wanita itu. Dirinya kini dilayan seakan pembantu rumah dan hamba. Malah, Laura tidak dibenarkan sama sekali untuk melawat Erilyn.

Pantang silap sedikit, pasti saja mendapat hukuman berat. Luka dan lebam silih berganti pada tubuhnya. Makan dan minum usah cerita. Dia cuma dapat makan sekali sehari sahaja. Iaitu waktu malam dimana Kaylee sudah nyenyak tidur di dalam bilik.

"MENYUSAHKAN ORANG!"

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan jeritan dari belakang yang sudah pastinya daripada Kaylee. Mata terus terbeliak saat terlihat gunting dapur yang tajam di tangan kanan wanita itu.

Laura terus mengesot kebelakang. Tangannya terketar dan andrealinnya meningkat laju. Adakah dia akan mati? Tak.. tak tolonglah..

Tangan diangkat dan ditekapkan bersama. Merayu, dia cuba merayu. "Mu.. mummy... maafkan Laura.. Laura janji tak..."

"Ah, diam!" Tangannya ditepis kasar. Cecair jernih di matanya yang mengalir laju menghalang retina matanya menangkap imej dengan jelas. Sekali lagi rambutnya direntap. Laura memegang rambutnya dengan sisa tenaga yang ada.

Sungguh, dia lemah sekarang. Sangat lemah. Mental dan fizikal.

"Kau dengar sini," Suara wanita itu berbaur amaran keras. "Mulai hari ni, kau.." Rambut putih itu direntap kasar memaksa gadis tersebut memandangnya.

"Jangan panggil aku 'mummy' lagi. Kau faham tak?" Laura diam dan hanya mampu menganguk lemah.

"KAU FAHAM KE TIDAK?" tengkingnya betul-betul dihadapan wajah Laura.

"Ya.. ya.." Suaranya mengeletar.

"Panggil aku, Madam Kaylee. Faham?"

"Ya.."

"Lagi satu, aku nak ingatkan kau. Kau bukan siapa-siapa lagi dalam rumah ni. Kau cuma hamba. Faham? HAMBA.. dan hamba ikut arahan tuannya." Gunting tadi dibawa main di celahan rambut pada atas telinga gadis itu.

"Semua harta dalam rumah ni, aku yang punya. Kau tak berhak satu sen pun!"

Sejurus itu, gunting tadi lincah menari dalam lipatan rambut ikal gadis itu. Laura terkejut dengan tindakan Kaylee dan cuba meronta untuk dilepaskan. "Ja.. jangan! Jangan!"

Namun, itu semua tidak lagi berguna. Sehelai demi sehelai rambut panjangnya gugur ke lantai membentuk satu gumpalan. Kaylee tersenyum meleret lalu mencampak gunting tadi di hadapan Laura.

"That's the first warning," Kemudian wanita itu berlalu pergi dengan lagak angkuh.

Gadis itu pula kaku. Air matanya menitis lagi. Kenapa? Kenapa semua ini perlu berlaku? Dia tahu ini salahnya, tapi perlukan sehingga begini?

Tangannya digenggam cuba mencari ketabahan yang bersisa dalam hatinya. Berguna, untuk dibawa sebagai bekalan buat hari yang mendatang.

"Mama, papa... Laura rindu sangat dekat mama, papa.."

Tanpa disedari sesiapa, ada sepasang mata sedang memerhatikan adegan yang terjadi.

Mata itu... bertukar biru.

-♦♦♦-

No idea untuk bab ni.. serius.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top