♦ Part 15 - Mission ♦

"Huf.. Huf.. Huf..."

Erilyn membuka matanya luas! Jantungnya berdegup tidak tentu arah lantas, dia bangkit dari duduknya. Buku di peha jatuh tidak disambut. Ianya masih terbuka dan jelas terlihat tajuk bab buku itu, Memory.

"Mel? Melvy?" Tiba-tiba ada suara garau yang memanggilnya. Bulu romanya terus meriding. Namun, ianya terjadi bukan kerana takut. Tetapi dia berdebar-debar untuk menoleh. Matanya dipejam. Suara itu... dia ingat suara itu. Suara seseorang yang paling dirinduinya.

Entah mengapa, dia berasa dia baru bangun daripada tidur yang lena. Tidur yang mengunci dia dari realiti. Namun, kini dia telah sedar. Dia bebas dari belitan lena itu. Tanpa dipinta, air matanya jatuh. Tubuh dipusing kebelakang dan tanpa menunggu lagi, gadis itu terus memeluk lelaki bertubuh tegap itu.

Wajahnya.. emm... bukan wajah dia. Tapi, suaranya sama..?

Lelaki tadi terus membalas pelukannya. 'Perasaan ini..' monolog gadis itu. Dia kini tahu siapa dihadapannya itu. Pelukan dieratkan. Namun mulut dibuka ingin menutur kata.

"Abang gunakan sihir larangan?" soalnya tanpa mengangkat muka.

"Abang terpaksa, Mel... Demi Mel abang sanggup buat apa sahaja." balas lelaki dewasa berkot coklat tadi yang sebenarnya Razen. Matanya yang merah kini berwarna coklat gelap dan rambutnya juga coklat keriting. Lain benar dengan perwatakan sebenar Razen yang sebati dengan warna merah. Si dingin abadi.

Sebenarnya, dia terpaksa menggunakan sihir larangan untuk mencari tubuh di dunia manusia ini. Dengan cara ini, dia tidak perlu melalui portal dan aktivitinya tidak akan dikesan oleh pihak atasan.

"Mel.. dah ingat sepenuhnya?" soal Razen pula. "Kurang, tapi Mel cuba ingat.. Terima kasih abang sebab cuma bawa kembali memori Mel." Pelukan dileraikan. Mereka saling bertentang mata.

"Maafkan abang sebab terpaksa guna peristiwa tu. Abang tak.."

"Tak apa abang. Dengan kejadian tu saja yang buat Mel ingat diri Mel semula," Erilyn menundukkan pandangannya. Rambutnya tiba-tiba dibelai oleh Razen. Belaiannya pada mulanya lembut, lama-kelamaan bertukar kasar!

"Sakitlah, abang!" Erilyn segera menepis tangan sasa Razen. Lalu, mereka berdua menghamburkan ketawa.

Setelah reda, Erilyn bertanya lagi. "Tapi abang.. abang tahukan bayaran bagi sihir larangan ni? Abang.. abang... boleh ma.."

"Melvy, jangan fikir pasal tu. Itu biar abang uruskan. Sekarang kita tak ada banyak masa. Erilyn kena bunuh S.B. tu. Kucing tu!" Razen bersuara tegas.

"Ta.. tapi..."

"Tak boleh tapi Mel. S.B. tu dah capai tahapnya. Kita tak boleh tangguh lagi.. kalau tidak, dua-dua dunia akan musnah."

"Tapi, abang. Mel masih tak berapa ingat apa yang berlaku.." ujar Erilyn atau sebenarnya Melvy dengan intonasi yang sayu. Kepalanya ditundukkan.

"Mel," Kedua belah bahu adiknya itu dipegang menyalurkan semangat. Dagu gadis itu dipagut dan anak matanya tepat memandang anak mata adiknya. "Mel buat sahaja. Semua ini demi kebaikan bersama.. Mel masih ingat Laura?"

"Ya, tentu sekali. Mel ingat apa yang berlaku disini. Mel cuma tak ingat apa yang berlaku di sana."

"Okay, bagus tu. Jangan cederakan mereka yang lain. Hanya S.B. tu saja. Bila Mel siap sahaja tugas tu, terus lari ke dalam hutan depan rumah ni. Setakat ni, faham?"

"Ya," jawab Erilyn yakin.

"Bagus, lepas tu Mel.."

"Pergi ke sebatang pokok untuk buka portal kat situ?" Kata-kata Razen dipintas oleh Erilyn. Razen menganguk sambil tersenyum. Pegangan tangannya dibahu Mel dilepaskan.

"Beberapa malam yang lepas, Mel ada pergi ke situ. Tapi masa tu Mel tak tahu apa-apa. Mel cuma.. dipandu ke situ. Mungkin oleh memori Mel sendiri." jelas Erilyn.

"Tak apa, Mel. Sekarang, abang kena pergi. Abang tak boleh lama disini. Kalau boleh, buat dengan cepat ya, Mel. Jangan tangguh." ujar Razen kepada adiknya. Tingkap ruang bacaan yang dibuka itu dipanjat Razen.

"Abang ni, tak ubah macam pencuri. Masuk lalu tingkap, keluar pun lalu tingkap." ujar Mel. Razen hanya tersenyum.

"Hati-hati," pesan Razen sebelum melompat turun. "Ya," balas Erilyn walupun dia tahu abangnya tidak mungkin akan mendengar.

Kakinya diatur ke tepi tingkap, langsir putih jarang yang terbuai lembut oleh angin senja itu menyentuh kulit gadis tersebut. Erilyn membuang pandang ke arah abangnya yang berlari masuk ke dalam hutan. Setelah kelibat abangnya tidak kelihatan, dia mengangkat wajah dan memandang kearah langit senja.

Matahari mula melabuhkan tirainya. Janji matahari, esok dia datang menyinari langit lagi.. dan matahari selalu menepati janjinya.

'Aku pula? Macam mana aku nak hapuskan Maru? Macam mana dengan janji aku?' soalnya sendiri.

♦♦♦

Erilyn duduk berteleku di atas katilnya, warna merah lembut yang membaluti selimut dan bantalnya tidak kelihatan dek kerana lumrah waktu malam memang begitu.

Erilyn melirik ke arah jam dinding yang tergantung.

Tik.. Tok... Tik.. Tok...

'Hmm, dah tengah malam. Tapi aku masih tak dapat kesan aura kucing tu. Mana dia pergi ya? Atau..' Erilyn segera mengelengkan kepalanya. Apa yang difikirkan macam tidak masuk akal.

'Tak mungkin dia pandai sembunyikan aura dia pula? Kucing tu bukannya ada dilatih untuk buat begitu. Jadi itu memang agak mustahil baginya.. Ya, aku yakin'

Sekali pandang, gaya gadis itu tidak ubah seperti orang hilang akal. Sekejap mengeleng sendiri, sekejap garu kepala, sekejap mengangguk.

"Hish, tak boleh jadi ni. Aku kena juga keluar cari kucing tu. Nak tunggu sampai aku berjanggut ke baru nak datang?" rungut Erilyn sambil dengan berhati-hati, dia mengatur langkah ke pintu bilik.

Pintu bilik dibuka. Sejurus itu dia tersentak. 'Aura ni, dia mesti ada!' getusnya apabila dia dapat merasai aura S.B. tersebut.

Perlahan-lahan kaki menapak turun ke tingkat bawah. Matanya dibuka luas tidak mahu terlepas setiap sisi. Keadaan dalam rumah yang gelap dan hanya disinari lampu jalan melalui tingkap itu sedikit sebanyak menyukarkan pencarian gadis tersebut.

Meow~

"Ah," Erilyn tersentak. Kucing itu adakah...

Gadis itu mempercepatkan langkahnya ke tingkat bawah. Aura kucing itu semakin kuat.

Erilyn tanpa membuang masa membawa langkah ke bilik stor di tepi dapur. Perlahan-lahan, pintu bilik dikuak.

Kreek..

Bunyinya membuatkan bulu roma Erilyn meremang. Kepala dijenguk ke dalam ruangan mencari kucing yang bakal ditamatkan riwayatnya.

Meow~

Gulp! Erilyn menoleh ke belakang. Kosong.. Pelik, bunyi dari belakang, aura dari depan.

Dia menarik nafas dalam sebelum melangkah ke dalam bilik. 'Come on, Mel. Sejak bila kau jadi penakut ni?'

"Maru? Where are you?" tutur Erilyn cuba menarik Maru keluar.

Sesuatu yang tajam dikeluarkan dan digenggam erat. Barang itu bukanlah barang sebarangan. Ianya merupakan alat khas yang digunakan untuk S.B. sahaja.

Mata yang meliar tadi terhenti saat bertentang dengan sepasang cahaya biru dari dalam kegelapan celahan kotak-kotak di hujung bilik.

Cahaya biru itu.. ianya sepasang mata. Bukan milik manusia. Sepasang mata itu juga sedang membalas renungan matanya. Garang.

'Pergi'

"Ah? Kau.. kau cakap dengan aku ke tadi?" soal Erilyn kekeliruan. Kenapa.. kenapa kucing ni berbeza? Sangat berbeza.

"Aku tak boleh biarkan kau hidup," tutur Erilyn. Rasa gerunnya menipis. Dia lantas melangkah berani ke arah timbunan kotak itu dan terus ditolak kasar.

Dan.. kosong.

"Ma.. mana?" Gadis itu tercari-cari kelibat empunya sepasang mata biru tadi. Objek ditangannya dipegang kejap.

'Atas, halira lemah,'

Erilyn menoleh ke atas.

'Lambat,'

Dan ke kiri pula.

'Kau tak mampu bunuh aku,'

Ke kanan.

"Tak guna, kalau berani keluarlah!" jerit dia kegeraman. Pisau perak ditangannya bersinar tatkala terkena pancaran purnama melalui tingkap tinggi di dalam stor itu.

Erilyn terpandang rak kaca di dinding. Pantulan kucing itu kelihatan. Entah mengapa, ianya kelihatan sinis. Belang pada badannya sudah berwarna biru sama dengan warna anak matanya.

'Jenis magik, tahap kedua,' getus Erilyn.

'Greater than what you imagine,'

"Kau baca fikiran aku ke, tak guna?" Suara Erilyn meninggi. Pisau diangkat dan dihunus pada rak kaca.

PUSHH!

"Tch!"

Serpihan kaca berserakan di sekitar. Bebola mata Erilyn mencari kelibat Maru. Dirinya seakan dirasuk!

Tiba-tiba satu lingkaran berwarna biru menjerut kedua belah kakinya. "Tak guna! Lepaskan aku!" Dia meronta hebat namun kakinya masih terikat utuh.

Pisau perak tadi terus dilibas pada tali cahaya yang membelit. Putus. Tali itu putus. "Kau yang lemah," tuturnya pula.

Pisau diangkat lagi. Kali ini, dia tak akan terlepas! Matanya ditutup lantas tangan kirinya dibawa separas dada dengan simbol tertentu. Mentera khas dibaca bagi menyekat salur kuasa haiwan magik itu.

Pandangan dicelikkan. Kucing itu tidak boleh bergerak. Nah! Senyum sinis dikoyak. Kakinya dibawa merapat dan pisau perak tadi akhirnya dihunus ke badan haiwan berbulu itu!

-♦♦♦-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top