»»-25- Ending
Suasana majlis perkahwinan mewah yang berlangsung itu hanya dihadiri oleh rakan terdekat dan keluarga rapat sahaja. Para tetamu seronok menjamu selera sambil berbual kosong menunggu ketibaan pengantin perempuan yang bakal masuk ke dalam dewan tidak lama lagi.
Shae In yang duduk di meja vvip itu mengukir senyum nipis di bibirnya. Cantik... Sempat dia memuji hasil decoration ballroom tersebut. Sebenarnya dia dan Jimin yang bekerjasama mengubah suai majlis ni.
Apabila satu suara mengumumkan ketibaan pengantin yang akan datang sebentar lagi, Shae In langsung berdiri begitu juga dengan tetamu yang lain.
Tiba-tiba muncul satu figura yang berdiri di sebelahnya. Haruman perfume milik seseorang itu menyengat masuk ke hidung. Shae In langsung menoleh ke arahnya dan ternyata ianya Taehyung.
"........." Tidak terkata Shae In tatkala Taehyung betul-betul ada di sisinya ketika ini. Lelaki itu sekadar buat-buat tidak sedar akan kewujudannya. Wajah dingin itu sentiasa terpamer tanpa secalit senyum.
Pintu dewan terbuka luas. Spotlight yang terpancar pada susuk tubuh Aeryl yang memakai dress wedding berwarna putih itu. Tidak dinafikan gadis itu kelihatan seperti puteri diraja cantik yang sedang menunggu puteranya.
Yang pasti bukan Kim Taehyung lah.
Lagu beautiful in white dimainkan ketika Aeryl melangkah masuk menuju ke arah Jimin yang dari jauh setia memandangnya. Jelas senyuman kedua mereka tidak lekang dari bibir. Saat yang dinantikan akhirnya telah tiba!
Shae In tersenyum melihat Aeryl dan Jimin yang sudah berdiri bertentang antara satu sama lain. Pasangan yang bakal disatukan itu mendapat perhatian oleh orang ramai tetapi tidak dengan Taehyung.
Dia sekadar menatap kosong. Hatinya hancur. Sakit yang tidak boleh diungkapkan bila melihat gadis yang dicintainya akan berkahwin dengan lelaki lain.
"I will."
"I will."
Sesudah lafaz itu maka Park Jimin dan Park Aeryl telah menjadi suami isteri.
+++
Malam sebelum hari perkahwinan.
"Jaga Aeryl baik-baik."
Jimin masih diam memandang wajah Taehyung yang langsung tiada perasaan itu. Jelas pandangan mata Taehyung nampak sembab. Mungkin baru habis menangis.
"Taehyung aku tak jahat lagi nak ambil dia dari kau---"
"Aku yang jahat dalam hal ni. Aku selfish. Langsung tak fikir pasal perasaan Aeryl dan kau." Pintas Taehyung.
"Aku tak nak lukakan hati dia lagi. Kau kahwin dengan dia. Aku tahu kau cintakan dia, kan? Jangan tipu akulah Jimin." sempat Taehyung tertawa halus di hujung ayat.
Jimin menghela nafas. Bahu Taehyung dipegang sekejap, ditepuk-tepuk beberapa kali sehinggalah Jimin mendengar esakkan kecil daripada Taehyung. Nampaknya Taehyung betul-betul cintakan Aeryl.
"Taehyung..."
"Mulakan hidup baru kau dengan Aeryl. Aku takkan ganggu hubungan kau dan dia lepas ni. Janji dengan aku, kau takkan sakitkan hati dia? Jaga dia dengan sepenuh hati kau. Nae?"
Jimin mengangguk faham. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Namun melihatkan Taehyung yang berusaha menyakinkan dirinya itu, Jimin berasa lega.
Yeayy dapat kahwin dengan Aeryl!
"Terima kasih." ucap Jimin ikhlas. Taehyung mengukir senyum nipis sebelum beredar meninggalkan tempat tersebut.
+++
"Terima kasih." Shae In memberikan beberapa keping duit kepada pemandu teksi itu sebelum beredar pergi. Belum sempat dia melangkah masuk ke rumah, satu suara memanggilnya.
"Woi."
Shae In memandang Taehyung yang santai berdiri di belakangnya. Langkah kaki lelaki itu membuatkan dia berdebar seketika. Apabila Taehyung berdiri betul-betul di hadapannya, Shae In menayang muka tidak peduli.
"Kenapa?"
"Mama kau cakap yang kau nak membawa diri pergi Malaysia esok."
Shae In mengetap bibir. Eish kenapa pula mama nak bagitahu dia ni!
"Bukan membawa diri. Saya nak bercuti kat sana." Jelas Shae In sekaligus menafikannya.
"Habis tu kau nak tinggalkan aku lah?"
Terkedu. Shae In menggeleng kepala sambil menatap Taehyung yang masih berwajah dingin itu.
"Mengarut apa awak ni?"
"Tak payah pergi. Stay sini."
Shae In tergelak kecil. "Saya dah tempah tiket---"
"Cancel."
"Malaslah. Dah pergi balik."
Cepat Taehyung memegang pergelangan Shae In untuk menghentikan gadis itu.
"Halau aku eh?"
Shae In merentap kasar pegangan Taehyung. "Awak nak apa dari saya lagi hah? Tolonglah jangan ganggu saya lagi!"
"Tak payahlah nak jerit-jerit, aku kiss nanti."
"Awak tak payah nak mainkan saya lagi Taehyung. Kita dah takde apa-apa jadi awak boleh pergi sekarang. Sampah macam saya ni tak layak dekat dengan awak." Sempat lagi diselit kata sindiran di situ.
"Aku pun dah dibuang oleh Aeryl macam sampah. Aku sampah,kau sampah. Kita dua-dua sampah. Sweet kan?"
Gila. Sah Taehyung gila.
Shae In tidak melayan. Baru sahaja dia ingin meninggalkan Taehyung,tubuhnya langsung ditarik masuk ke dalam dakapan hangat lelaki itu.
"Kutiplah aku balik... Aku nak kau jadi permaisuri dalam hidup aku. Nanti aku tatahkan berlian atas kepala kau." ujar Taehyung dengan nada manja. Pelukkan tadi dieratkan.
Dia tidak kisah lagi dengan sifat gerun, dingin, sombong semulajadi nya hilang di hadapan gadis itu.
"Kim Taehyung lepas!"
"Tak naklah pabo! Aku nak kau stay dengan aku,faham?"
"Awak ni gila ke apa? Saya tahu awak nak mainkan saya lagi dah tak payah! Saya takkan terpedaya dengan awak. Awak layan saya macam patung , ingat saya ni takde perasaan?!" Terluah juga segala isi hati Shae In yang terpendam selama ni.
"Kita restart hidup kita. Delete memori hitam antara kau dan aku, okey?" Taehyung melepaskan pelukkan tadi sambil melihat Shae In dengan senyuman kotaknya.
Shae In terpana. Seriuslah Taehyung ni senyum? Comel pula tu.
"Hai, aku Taehyung." Mulanya dengan memberi sapaan serta huluran tangan kepada Shae In.
Lama kelamaan huluran tadi disambut juga. Taehyung tersenyum. Tidak salah dia bagi peluang pada gadis yang kejarkan cintanya selama ni.
Taehyung akan membuka hatinya untuk Shae In dan cuba melupakan kisah hidupnya yang dulu bersama Aeryl.
+++
Aku membuka mata tatkala terasa sentuhan halus yang bermain di hidungku. Terpapar wajah Jimin yang tergelak-gelak. Seronok mengusik aku!
"Morning wife!" ucapnya ceria seraya menghadiahkan ciuman di pipi kananku. Aku menahan malu. Pagi-pagi dah buat perut berkupu-kupu!
"Morning husband." Balasku sambil menekup wajah dengan tapak tangan.
Feeling jadi isteri orang lain macam.
Bahagiaaa!
"Sayanggg..."
Aku pandang Jimin dengan terkejut. "Sayang?" soalku.
Jimin mengangguk. "Mmm mmm! Sayang. Tak suka eh?"
"Suka..." Aku tersenyum manis. Huwaaa malunyaa!!!
"Cepat bangun, mandi, breakfast lepas tu kita keluar." Arah Jimin.
"Pergi mana?" aku hairan.
"Rumah parents saya. Diaorang ajak kita lunch kat sana. Omma pun ada jemput family Kim."
"Ada Taehyung..." Aku mengumam perlahan.
"Sayang..." Jimin menggeleng kepala seakan memberi maksud untuk mempedulikan sahaja.
"Ya ya... Saya okey. Saya mandi dulu lepas tu saya sedia sarapan--- arghh Park Jimin!" Terjerit aku bila Jimin selamba mengangkat tubuhku. Sempat tanganku berpaut di lehernya dan pandangan kami bertaut.
"Tak pernah baca buku alam perkahwinan ke? First day ni suami isteri digalakkan mandi bersama-sama." Jimin mengenyit mata kepadaku.
"Ajaran mana awak pakai ni? Jiminnn!!!"
Jimin terus membawaku masuk ke bilik air. Habis riuh suara gelak tawa kami berdua pada pagi itu.
+++
Kini kami tiba di rumah kediaman keluarga Park. Ops, rumah mertua aku hewhew! Lepas ni panggil aku Park Aeryl.
Kami berdua berjalan masuk ke dalam. Sempat juga aku ternampak kereta mewah Taehyung yang terletak elok di kawasan perumahan.
Baiklah, Aeryl buat biasa je. Kentalkan hati dan---
"Shae?" Aku tersentak bila bertembung dengan Shae In. Dia melemparkan senyum kepadaku.
"Hai Aeryl!" Sapanya mesra. Aku tersengih kecil. Kemudian aku toleh ke arah Jimin sambil mengangkat sekilas sebelah keningku.
Jimin sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tidak lama selepas itu, muncul pula kelibat Taehyung yang langsung berdiri di samping Shae. Malah dia turut memeluk bahu gadis itu rapat.
Okey...? Aku tak faham. Tapi kalau betul mereka masih berhubungan aku tumpang gembira.
"Masuklah, family semua ada kat dalam." Kata Taehyung sekilas mengukir senyum kepada kami.
"Jom." Aku mengikut rentak Jimin diikuti juga dengan Shae In dan Taehyung.
Masing-masing kami berempat mengambil tempat di ruang tamu. Aku nampak Puan Kim dari tadi melihat gerak-geriku. Aku mula rasa tak selesa.
Puan dah-dah lah tu berdendam dengan saya hiks, saya dah kahwin!
"Jimin, Aeryl. Baru sampai pengantin baru ni." Usik omma Park sambil tersenyum-senyum.
Aku menunduk segan. Jimin pula menarik tanganku lalu dicium sekilas. Adegan kami itu diperhatikan semua lagi-lagi Taehyung.
Eh tapi dia nampak biasa. Tak cemburu? Okey Aeryl kau patut lega sebab dia dah boleh terima hakikat tentang jodoh kami yang tak kesampaian tu.
"Dah makan ke semua? Maaflah lewat sikit tadi jalan sesak." Ujar Jimin dengan sengihan di bibir.
"Belum lagi, Jimin. Ni omma kamu nak kita berkumpul kejap. Ada benda nak umumkan." Balas Apa Park pula.
Kening aku dan Jimin bertaut pelik. Pengumuman apa?
Tiba-tiba Puan Kim yang duduk berhadapanku menghulurkan sekeping kad. Aku menyambut hulurannya teragak-agak tapi bila melihatkan wajah manis Puan Kim, hati aku tenang sikit.
Kim Taehyung ♡ Shae In
Kali kedua aku dapat kad kahwin yang sama namanya. Tapi aku tak terkejut atau kecewa seperti kali pertama aku mendapat undangan ni. Ffuh bila fikir balik kat sanalah titik perkenalan aku berkenalan dengan Jimin.
"Jemput datang Aeryl, Jimin." Puan Kim berkata. Aku mengangguk senyum. Sempat juga Puan Kim mengelus lembut rambutku dengan tangannya. Aku tersentuh.
Rindu omma saya :'( .
"Tahniah Taehyung. Jaga bakal isteri kamu baik-baik ya..." Pesan omma Park.
Taehyung sekadar senyum manis. Shae In pula aku tengok tersipu-sipu malu. Bila pandang diaorang nampak sepadan pula.
"Jom lah kita makan, banyak makanan tersedia tu." Appa Park beredar mengetuai mereka semua membawa ke ruangan meja makan.
Tetapi aku dan Taehyung masih di sini. Jimin menyuruhku untuk berbual sekejap. Nak tak nak aku turutkan sahaja.
"Aeryl..."
Aku memandangnya. "Ya?"
"Tae minta maaf... Ah Ani. Saya minta maaf untuk semuanya." Sasulnya sambil menggaru kepala.
Aku senyum sedikit. "Takpe, kita lupakan. Sekarang saya dah ada life baru. Awak juga dengan Shae. Saya harap awak bahagia dengan dia."
"Saya cuba terima perempuan lain dalam hidup saya selepas awak." Tuturnya dengan nada rendah.
"Saya yakin dia boleh bahagiakan awak lebih daripada saya. Terima dia dengan hati ikhlas. Saya doakan kebahagiaan awak selalu."
Wajahnya nampak sedikit kecewa tapi masih ditutupi dengan senyuman. Taehyung mengangguk.
"Jaga diri Aeryl."
"Awak juga Taehyung."
Perbualan terakhir itu seolah-olah menghentikan perasaan lama aku dan Taehyung sebelum ni. Aku yakin takdir kami berdua telah ditentukan dengan baik dan aku terima dengan hati yang terbuka.
+++
Bingkai gambar perkahwinan aku dan Jimin tergantung elok di dinding bilik kami. Aku menatapnya lama. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirku. Pandang sekali gambar ni pun dah jelas terpancar kebahagiaan di wajah kami berdua.
Terasa pinggangku dipeluk dari belakang. Jimin meletakkan dagunya di atas bahuku.
"Dah lewat malam sayang. Dah-dahlah tenung lelaki dalam gambar tu. Saya ada ni tenunglah puas-puas." Tuturnya gedik.
"Awak tidurlah dulu. Kejap lagi saya tidur."
Cup~ cuping telingaku dicium sekilas.
"Tak boleh nak tidur kalau takde bantal peluk saya ni." Makin erat pelukkan kami.
Aku pusing menghadapnya. Rambutnya aku kusutkan sedikit sebelum dia membuat mimik muka masam. Comel!
"Kalau awak tak tegur dulu saya dulu, mesti kita tak jumpa kan?"
"Cantik kan Tuhan aturkan pertemuan pertama kita?" Soalnya.
"Eee hodoh gila muka saya masa menangis dalam hujan tu. Entah lelaki manalah yang tak faham bahasa main peluk-peluk orang pula." sengaja aku mengusik.
Tapi bila ingat balik dramatiknya lahai!
"Ye ke sayang? Macam handsome lah lelaki yang tak reti bahasa tu. Eh tapi kalau kita tak jumpa buat kali kedua masa sayang nak beli roti tu memang taklah kita kahwin." Jimin menggosok bawah dagunya seperti memikirkan sesuatu.
Ewahh dia ingat situasi memalukan tu!
"Sayang sempat menari kiri kanan kat tengah jalan---ummph!"
Aku menekup mulut Jimin dari terus berbicara tentang kisah tu. Tak kenapa ingatan dia kuat sangat?
"Nasib saya sempat selamatkan kalau tak, tak merasa lah saya jadi suami orang." Sambungnya setelah berusaha melepaskan tanganku darinya.
Aku menekup telinga pura-pura untuk tidak mendengar.
"Blablablablabla kalau awak tak usaha dapatkan alamat rumah saya, takdenya saya nak rapat dengan awak. Entah-entah saya kahwin dengan Seokjin---"
"Sayang tendang tut saya kan masa tu."
"JIMIN!" Kali ni aku betul-betul malu nak mati. Agak-agak lah dia nak throwback benda tu woi!
"Usaha punya usaha ada juga hasilnya dapat kahwin dengan budak kecik ni." Kepalaku ditepuk lembut olehnya.
Jimin memegang kedua bahuku untuk menghadapnya. Aku masih memeluk tubuh sambil menarik muka merajuk. Acah je nak kena pujuk.
"Saya bukan hero pertama yang muncul dalam hidup awak,sayang." Nada Jimin berubah sedikit serius. Aku terkebil-kebil memandangnya.
"Tapi saya janji mulai detik dan saat ini saya akan jadi hero dalam hati Park Aeryl buat selama-lamanya. Jaga awak, bimbing awak tu dah jadi tanggungjawab yang besar untuk saya. Saya sayang isteri saya ni..." Dahiku diciumnya buat seketika.
Pandanganku kian berkaca-kaca. Sebak. Untungnya aku dapat lelaki macam dia dan aku bersyukur sangat dia sanggup terima aku seadanya.
"Jimin awak buat saya menangis..." Tak tahan lagi akhirnya jatuh juga air mataku. Seperti biasa Jimin menghapus dengan usapan ibu jari miliknya.
"Uljima~" Pujuknya.
Aku tergelak halus. "Saya terharulah. Siapa suruh mulut tu manis sangat." geram aku mencubit bawah bibirnya.
"Tahu tak bibir yang sayang cubit ni aset saya yang paling berharga."
"Tahulah." jawabku bersahaja.
"That's why you stole my first kiss, kan?" Duganya dengan usikkan.
Oh tak jangan repeat moment tu.
"B-bila?"
"Tak payah buat-buat tanyalah sayang. Suka kan waktu tu?" Jimin mencuit pinggangku sekali.
Wajahku merona kemerahan. Ni kalau tak berhenti sampai esok pun dia tak habis nak ungkit kisah memalukan tu.
"Huwaaarghhh mengantuk! Jom tidur." ajakku beralasan. Tapi memang betul pun aku nak lelapkan mata sekarang. Penat.
Jimin belum berganjak malah dia masih menahan aku untuk berdiri di hadapannya. Beberapa saat kemudian, dia keluarkan sekotak kecil dari poket seluarnya lalu diberikan kepadaku. Tanpa banyak soal, aku terus buka.
"Rantai?"
"Haah kenapa? Tak suka? Kalau tak nanti saya belikan rantai besi untuk awak."
Aku menepuk pelan dadanya. Kuat bergurau lah dia ni tapi takpe aku suka!
Tanpa disuruh, Jimin memakaikan rantai tersebut di leherku. Sempat aku menilik perhiasan itu. Cantik.
"Beautiful." Pujinya.
"Terima kasih Jimin... Saya suka!" Balasku riang.
"Sebelum kita tidur, saya ada benda nak pesan ni."
"Apa dia?" Anak mata kami bertaut lama. Jimin pula meletakkan kedua tangannya di sisi pinggangku.
"Sayang..."
"Hurmm?"
"You're my heroin in the life of my story and I love you until my last breath."
Aku tersenyum-senyum mendengarkan ayatnya. Simple tapi manis. Aku terus masuk dalam dakapannya dengan erat.
"I love you too my hero."
+++
The End.
Second Hero melabuhkan tirai. Thankyou kepada sesiapa yang sudi baca ff ni 💜!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top