»»-23-««
Jimin menyisip hot chocolate yang dipesannya sebentar tadi. Anak mata masih setia memandang Taehyung yang juga turut membasahkan tekak dengan strawberry juice. Selesai, mereka berdua berdehem kecil sebelum memulakan perbualan.
"Dua hari lagi." Mula Jimin dengan senada.
Taehyung mengangguk. "Aku tahu." balasnya.
Jimin melepaskan keluhan ringan. Pandangannya dialih tanpa menghadap Taehyung yang sedang tersenyum simpul itu. Dia yakin lelaki di hadapannya ini akan mengecapi kebahagiaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Bayangan wajah Aeryl bermain di mindanya. Apa reaksi gadis itu jika dia mengetahui bahawa Kim Taehyung adalah pengantin lelakinya?
Dia tidak sanggup melihat Aeryl menangis disebabkan Taehyung lagi. Cukuplah di pertemuan pertama mereka, Jimin yang menghapus air matanya pada saat itu dan dia tidak mahu menjadi punca air mata gadis itu mengalir di pertemuan akhir mereka nanti.
"Hak milik tuannya, kena pulangkan balik. Kau faham kan maksud aku?" Kata Taehyung dengan ayat mendalam, biar lelaki itu terasa.
"Aeryl bukan barang yang sesuka hati boleh kau ambil. Dia berharga dari permata. Aku harap kau manfaatkan pergorbanan aku ni dengan jaga dia baik-baik." balas Jimin juga turut menyindir.
Hujung bibir Taehyung ternaik sinis. "Apa maksud kau dengan pengorbanan?"
Jimin diam.
"Kau sukakan Aeryl?"
Masih berlagak tenang. Tetapi tidak menjawab pertanyaan Taehyung.
"Kuburkan perasaan kau sebab dalam hati Aeryl masih ada nama aku sebelum kau."
Jimin mengenggam erat tangannya di sisi,menahan pelbagai perasaan yang bergelut di hati. Kata-kata Taehyung itu menyentak kuat dirinya. Ya,dia mengaku Taehyung adalah lelaki yang Aeryl cinta sebelum ini.
Tapi itu sudah tidak bermakna lagi. Jadi Jimin masih berpeluang untuk bertakhta di hati gadis itu.
"Kim Taehyung." Nama sebaris itu disebut. Taehyung mengangkat kening,menunggu Jimin menyambung ayatnya.
"Aku cintakan dia." akhirnya Jimin meluahkan apa yang dipendam sejak tadi.
"Kita dah sepakat, kan? Aeryl milik aku dari dulu sampai sekarang. Jangan main peranan untuk jadi second hero dia. Kau tak layak so back off." Ujar Taehyung dengan nada tertahan.
"Kau yakin dia masih cintakan kau?"
Taehyung merasa tercabar dengan soalan itu.
"Kau dah tinggalkan memori hitam pada Aeryl dan sekarang kau yakin perasaan dia pada kau masih teguh? Taehyung, bangun. Dah berapa ramai kau sakitkan hati perempuan ni?"
Omma, Aeryl dan... Shae In. Ketiga-tiga nama itu cuma terbit di kata hatinya. Terpana. Betul-betul Taehyung rasa tertikam dengan kata Jimin. Pedih.
"Kau main hero dalam cerita ni tapi sikit pun kau tak mainkan peranan dalam pertahankan cinta kau dan Aeryl." Itulah ayat terakhir Jimin sebelum beredar meninggalkan Taehyung yang masih kaku di situ.
+++
Boyfriend ❤️
Kenapa tak boleh jumpa :(
Saya rindulah!
Tinggal berapa hari
je lagi awak dimiliki, Aeryl.
Sabarlah sikit...
Kita jumpa juga kan di hari
perkahwinan nanti 😗
Kalau saya demam rindu
lepastu tak dapat hadir
kat majlis tu macam mana?
Kahwinlah dengan paderi
tu ya😌
Pandai eh bergurau ❣️
Dah janji kan nak kahwin?
Janji kena tepati ✋🏻
Yelaaa~ 😌✋🏻
Betul-betul rindu saya
ke apa ni?
Betul laaa 😭😭😭
Jap ehh
Nak pergi mana? 🤨
Aku menunggu respon dari Jimin tapi dia tak balas pun. Bluetick. Aku mengumam perlahan. Busy lah tu. Malas lah nak kacau.
Beberapa minit selepas tu, telefonku berdering. Senyumanku terukir bila profile Jimin terpapar di skrin. Eyyy dia ajak video call! Pantas aku menjawabnya.
Terpapang bare face Jimin di situ. Comel!
"Hai, boleh saya tanya? Budak kecik yang tengah rindu saya tu dah makan ke belum?"
Aku tergelak. "Dah-dah... Awak?" soalku kembali sambil membetulkan posisi duduk dengan selesa. Terkebil-kebil mataku melihat Jimin yang sedang mendongak dagu memandangku.
"Dah juga. Eh, dah makan berdua sama-sama ni ada jodoh ke?" usik Jimin sambil tertawa kecil.
"Adalah jodoh saya dengan Park Jimin." Balasku sambil wink kepadanya. Pergh apa kena dengan aku ni gedik semacam.
Arhh tak kisahlah, ni bakal pengantin saya tau!
Jimin sekadar mengukir senyum. Kali ni dapat agak riak wajahnya. Nampak tidak seceria dari sebelum ni.
"Jimin, awak okey?"
Dia mengangguk laju. "Ya, Aeryl. Kenapa?"
Aku senyum dan geleng. "Saya nak tanya ni, awak betul kan nak kahwin dengan saya?"
"Kenapa tanya macam tu?"
"Nak minta kepastian je. Manalah tahu awak main-mainkan perasaan saya je." Di hujung ayat terselit gelak tawaku. Saja je ni nak usik dia.
Tapi serius Jimin diam bila aku cakap macam tu. Ke aku salah cakap? Aigooo!
"Jimin-"
Ting tong! Bunyi loceng rumahku kedengaran. Aku mengerut dahi. Siapa pula datang ni?
"Nanti saya call awak balik, ada orang datang rumah lah."
"Siapa? Lelaki ke perempuan?"
Aku mengangkat bahu. "Tak tahu. Kejap tau, saya off call eh?"
"Aeryl..." Cepat Jimin memanggil namaku.
"Ya?"
"Jaga mata jaga hati, saya sayang awak sangat-sangat ingat tu."
Aku tahan senyum. Rasa macam banyak rama-rama terbang dalam perut aku ni.
Ting tong!
"Saya pergi dulu, apa-apa chat tau! Byee~"
Setelah menamatkan panggilan, aku terus menuju ke pintu utama. Tanpa berlengah, aku terus buka dan terpacul wajah Shae In di hadapanku. Serta merta mood aku berubah dingin.
+++
"Saya nak minta maaf." Shae In menutur perlahan. Genggaman tangannya padaku masih tidak berbalas. Aku diam tidak terkata.
Dari nada bicaranya, berbunyi ikhlas. Patutkah aku maafkan dia? Baiklah mungkin aku perlu berikan dia peluang. Lagipun kesalahan perempuan ni taklah berat mana cuma aku sakit hati je hmm.
"Saya maafkan." Balasku senada.
Shae In ukir senyum nipis kepadaku. "Untungnya awak dapat tengok sisi baik Taehyung sebelum ni kan?"
Pelik. Taehyung layan dia macam sampah ke? Haipp jahat mulut kau ni Aeryl!
"Semua dah berlalu. Saya dengan dia dah takde apa-apa hubungan. Lagipun saya nak kahwin dengan Jimin tak lama lagi. Harap bakal suami saya kali ni tak kena kebas lah hehehe..." dalam bergurau aku masih sindir dia ni tau.
Shae In tergelak halus. Pehaku ditepuknya perlahan. "Jangan salah faham. Saya takde hubungan pun dengan Jimin. Kitaorang bussiness partner. Aeryl, awak jangan fikir lain-lain tau?"
Aku tersengih kekok. "Haaa hahahaha ya..." Tolonglah aku memang kekok berduaan dengan dia sekarang ni.
"Jom minum tea petang-petang. Kita boleh borak panjang, kenal each other kan? Saya ada bawa buah tangan ni." ujarnya ceria sambil menunjukkan buah tangan yang dibawanya.
Ajak borak pula... Apa aku nak bagi alasan ni? Nak menolak, nampak kurang sopan .
"Aeryl?"
"Okey haa boleh." Jawabku tanpa rela. Hurmm tak dapat nak spend time lama dengan Jimin :'(
+++
Hi, im back! Ff ni dah lama, korg mesti dh lupa jalan cerita ni isk refresh lah balik.
Jap bagi masa jap otak ngan jari masih tepu nak menaip sbb dah tinggal lama wp ni :)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top